Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Si Comel Lebih Segar Dengan 9 Jenis Sabun Bayi Terbaik Untuknya

Keperluan mandian si comel setiap hari.

Product in this article

Bayi memiliki kulit yang sangat lembut dan lebih sensitif berbanding kulit orang dewasa. Oleh itu, penggunaan sabun yang sesuai adalah sangat penting agar kulit si manja tidak terjejas dan iritasi. Selain itu, sabun yang sesuai akan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda dan memelihara kehalusannya.

Bagi anda yang gemarkan si kecil berbau harum selalu, gunakanlah produk mengandungi haruman tetapi seharusnya tidak membahayakan si manja.

Terdapat pelbagai pilihan sabun bayi di pasaran. Sekiranya anda sedang mencari sabun yang sesuai dan selamat digunakan untuk si comel tersayang, ikuti senarai di bawah.

Johnson's Baby Top to Toe (500ml)

RM 18.27
Johnson & Johnson
1. Johnson's Baby Top to Toe (500ml)
Sesuai digunakan untuk mencuci muka, tidak memedihkan mata

Sabun ini tidak mengeringkan kelembapan semulajadi kulit bayi anda. Formula NO MORE TEARS® nya adalah sesuai untuk mandian menyeluruh termasuk bahagian muka kerana bahannya yang lembut dan tidak memedihkan mata. Ia bebas warna, sabun, tidak menyebabkan alergi dan bebas paraben.

Drypers Baby Head to Toe (750ml)

RM 8
Sesuai untuk newborn, tidak membahayakan
Drypers
2. Drypers Baby Head to Toe (750ml)
Sesuai untuk newborn, tidak membahayakan

Sabun bayi jenama Drypers ini mengandungi wangian mesra bayi (Baby Friendly Fragrance) yang telah diluluskan oleh International Fragrance Association (IFRA) dan sesuai digunakan untuk bayi baru lahir. Diperkaya dengan ekstrak Oat Kernel dan Pro-Vitamin B5 yang mampu untuk membersih dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Sabun dari produk ini bertindak untuk melembap kulit sambil memberikan ketenangan kepada bayi anda. Ianya juga berfungsi sebagai perapi rambut bayi dan diformulasi agar tidak memedihkan mata.

Chicco Baby Moments No-tears Bath Foam Set (500ml)

RM 59.9
Sabun bayi yang bagus untuk kulit sensitif
Chicco
3. Chicco Baby Moments No-tears Bath Foam Set (500ml)
Sabun bayi yang bagus untuk kulit sensitif

Adakah kulit bayi anda sensitif? Diuji secara klinikal pada bayi terutamanya yang mempunyai masalah kulit sensitif, sabun ini terbaik untuk si manja. Ia juga diformulasikan agar dapat meminimakan kesan alergik pada kulit, produk ini mengandungi hypoallergenic. Sabun ini juga tidak mengandungi SLS, SLES, paraben, pewarna tiruan serta alkohol yang tidak akan memedihkan mata.

Di samping bauannya yang menyenangkan, ia juga membersih kulit halus bayi anda dengan lembut. Dengan menggunakan ekstrak Calendula, ianya mampu untuk melembutkan kulit si manja menjadi lebih halus dan mulus.  

Pureen Baby Yogurt Head To Toe Wash (750ml)

RM 16.9
Untuk wangian bertahan lebih lama, sabun ini terbaik untuk si comel
Pureen
4. Pureen Baby Yogurt Head To Toe Wash (750ml)
Untuk wangian bertahan lebih lama, sabun ini terbaik untuk si comel

Sekiranya anda sedang mencari sabun bayi yang wanginya tahan lama, anda boleh memilih set sabun bayi jenama Pureen ini. Ia didatangkan dalam wangian Peach & Cherry dan juga Blackcurrent & Plum. Diperkaya dengan yogurt asli yang bertindak sebagai pelembap natural, menjadikan kulit si kecil lebih lembut dan halus selepas satu cucian.

Dengan mengandungi protein, Lactic Acid, Vitamin, mineral dan Lipids, sabun ini tidak memedihkan mata serta boleh digunakan sebagai perapi rambut untuk bayi anda.  

Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash (230ml)

RM 27.8
Kekalkan kelembapan dengan sabun bayi ini
Cetaphil
5. Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash (230ml)
Kekalkan kelembapan dengan sabun bayi ini

Sabun bayi jenama Cetaphil ini diadun dengan 1/3 moisturizer dan aloe vera yang tidak membahayakan kulit si kecil. Sabun dari produk Cetaphil ini terbaik dalam penjagaan kulit terutamanya kulit bayi yang harus dijaga lebih rapi dan teliti. Ia membersihkan kulit bayi dengan halus dans secara lembut tanpa mengeringkannya. Sabun ini tidak akan memedihkan mata dan mempunyai pH seimbang untuk mandian bayi anda. Selamat digunakan untuk si comel kerana kandungannya bebas paraben, minyak mineral dan bahan berasaskan haiwan.

Baby Organix Top To Toe Cleanser Bath (400ml)

RM 29.2
Sabun yang mengandungi bahan organik – baik untuk si kecil
Baby Organix
6. Baby Organix Top To Toe Cleanser Bath (400ml)
Sabun yang mengandungi bahan organik – baik untuk si kecil

Sabun bayi ini diformulasi daripada bahan organik dan berasaskan daripada tumbuhan semulajadi. Ianya diperkayakan dengan Aloe Vera dan Vitamin E yang membersih dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki bayi anda. Ianya berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit bayi anda agar sentiasa lembut dan halus.

Dirumus agar tidak memedihkan mata, selamat dipakai jika bayi anda jenis yang tidak duduk diam semasa mandi. Sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan untuk seisi keluarga, tidak kira peringkat umur.  

Himalaya Herbals Gentle Baby Bath (200 ml) 

RM 17.47
Sabun bayi dengan kandungan hypoallergenic
Himalaya Herbals
7. Himalaya Herbals Gentle Baby Bath (200 ml) 
Sabun bayi yang hypoallergenic

Keunikan Himalaya Gentle Baby Bath ini adalah ia diformulasikan dengan khasiat dari ramuan Chickpea, Fenugreek dan Green Gram yang membersih kulit si manja secara halus dan lembut tanpa menyebabkan iritasi.  Diuji secara klinikal, sabun ini mengandungi hypoallergenic, yang akan mengelakkan berlaku alergi semasa memakainya.

Selamat digunakan untuk bayi anda kerana produk sabun ini bebas paraben, SLS dan SLES serta pewarna sintetik.

Sebamed Baby Liquid Cleanser (200ml)

RM 21
Tahap pH rendah, sesuai untuk bayi mempunyai kulit bermasalah
Sebamed
8. Sebamed Baby Liquid Cleanser (200ml)
Tahap pH rendah, sesuai untuk bayi mempunyai kulit bermasalah

Sebamed Baby Liquid Cleanser ini mempunyai pH 5.5 yang ideal untuk kulit yang sihat. Ia membersihkan kulit si comel anda secara lembut dan tidak memedihkan mata. Ahli dermatologi telah menguji secara klinikal bahawa sabun ini mengandungi hypoallergenic, sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit bermasalah.

Diformulasikan dengan Vitamin B yang mengandungi Panthenol untuk merangsang regenerasi kulit serta Vitamin E sebagai agen pelembap semulajadi, dapat melindungi kulit daripada kekeringan. Sabun ini juga membantu mengurangkan masalah kulit bayi anda seperti eczema, xerosis dan psoriasis.

Arau Baby Full Body Soap Wash 450mL 

RM 25
Sabun anti alergi – sesuai untuk bayi kulit bermasalah
Arau Baby
9. Arau Baby Full Body Soap Wash 450mL 
Sabun anti alergi – sesuai untuk bayi kulit bermasalah

Sabun yang dihasilkan di Jepun ini diperbuat 100% daripada bahan semulajadi. Ianya telah menjalani ujian klinikal dan mengandungi anti-alergi yang tidak akan menyebabkan kulit si kecil menjadi iritasi atau kemerahan semasa menggunakannya.

Dengan mengandungi minyak Lavender dan Lime, ekstrak daun Perilla, Rosemary, Aloe Vera serta Shiso yang mempunyai ciri antiseptik dan anti-radang yang dapat melindungi kulit bayi anda. Usah risau, bahan yang terkandung dalam sabun ini selamat untuk kulit bayi anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article