Product in this article

Kebanyakan anak kecil sangat menggemari perisa coklat, tidak kira samada untuk makanan atau dijadikan sebagai minuman. Tetapi, ibu bapa haruslah sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang sesuai untuk anak-anak, terutama sekali apabila melibatkan perihal gizi seimbang seperti susu.

Berapakah kesesuaian umur si kecil untuk meminum susu formula perisa coklat?

Pakar kesihatan dan kanak-kanak sangat menggalakkan susu ibu sebagai sumber makanan utama untuk anak-anak. Susu formula dijadikan sebagai alternatif buat para ibu untuk membiasakan si kecil tanpa susu ibu terutamanya buat ibu yang bekerja. Seeloknya, biasakan si kecil anda mengambil minuman susu berformula seawal usia 6 bulan.

Selepas anak anda mencecah 1 tahun, tukarkan perisa susunya kepada perasa coklat untuk beri kelainan dan supaya si kecil tidak mudah berasa bosan. Jika anda sedang mencari susu formula berperisa coklat untuk si comel, mungkin anda boleh mempertimbangkan senarai yang berikut.

10 Susu Formula Berperisa Coklat di Malaysia 2019

1. DUTCH LADY 1 2 3 Chocolate

Susu formula coklat sesuai untuk anak 2 tahun

Harga mulai RM18.99

Susu formula Dutch Lady berperisa coklat ini sesuai untuk anak-anak berumur 1 hingga 3 tahun yang agak aktif dan sudah mula hendak memerhatikan keadaaan sekelilingnya. Pada peringkat umur ini, anak kecil akan lebih faham akan keadaan persekitarannya dengan menyentuh dan juga merasa. Inilah perlunya badan yang tahan lasak dan tidak mudah dijangkiti penyakit.

Susu Dutch Lady ini adalah susu formula berperisa coklat yang ideal untuk dijadikan makanan tambahan kepada anak-anak. Diperkaya dengan 5 x DHA, Magnesium, Selenium, Vitamin A,B, D dan zat besi, bagus untuk tumbesaran anak.

2. DUMEX Dugro 4 Perisa Coklat (900g)

Susu formula perisa coklat untuk anak 3 tahun ke atas

Harga mulai RM24.99

Bagi ibu bapa yang mencari susu formula berperisa coklat untuk anak berumur 3 tahun ke atas, bolehlah mencuba susu Dumex Dugro 4 ini. Susu formula berperisa coklat daripada Dumex Dugro® ini mempunyai nutrien berkhasiat yang dirumus dengan campuran Kalsium, lcFOS, Protein, Vitamin A. Zat-zat dan mineral penting ini dapat membantu proses tumbesaran anak serta mengurangkan risiko si kecil terkena penyakit.

Di samping itu, susu formula berperisa coklat Dumex Dugro 4 ini mengandungi lebih banyak DHA untuk menyokong tumbesaran si manja secara menyeluruh dan mengaktifkan saraf-saraf di otak anak.

3. FERNLEAF Calciyum (900g)

Susu formula perisa coklat dengan kandungan probiotik

Harga mulai RM23.65

Bagi bayi berumur antara 1 hingga 3 tahun, susu formula Fernleaf Calciyum berperisa coklat ini mungkin alternatif terbaik untuk membiasakan si kecil meminum susu berformula tinggi. Ianya sedap, penuh nutrisi dan sangat memudahkan. Sediakan sarapan si kecil dengan susu formula Fernleaf Calciyum ini untuk menambahkan selera anak sebagai permulaan yang indah.

Susu formula ini juga mengandungi sumber probiotik yang baik untuk usus anak kecil.

4. SUSTAGEN Junior 1 (600g)

Susu formula coklat untuk si kecil berusia 1 tahun

Harga mulai RM34.40

Anak semakin membesar dan aktif sangat memerlukan nutrien dari sumber pemakanannya seharian. Susu Sustagen Junior 1 berperisa coklat ini diformulasi oleh Mead Johnson dengan pelbagai zat dan nutrien tambahan untuk anak-anak berumur 1 hingga 3 tahun. Ia mengandungi kesemua nutrien daripada kelima-lima kumpulan makanan utama dari piramid makanan serta tambahan DHA untuk perkembangan otak.

Susu Sustagen Junior 1 berperisa coklat ini juga mempunyai rasa yang enak dan membuatkan ibu bapa senang hati apabila tiba waktu hendak memberi anak makan.

5. Susu Kambing LAZZ

Susu formula coklat terbaik dengan kandungan rendah gula

Harga mulai RM37.90

Susu formula berasaskan susu kambing jenama Lazz ini mempunyai tiga pilihan perisa dan antaranya ialah perisa coklat yang dapat meningkatkan sistem imunisasi. Susu ini diformulasi dengan bahan-bahan kandungan yang dapat membantu penghadaman anak menjadi lebih lawas dan lancar.

Selain itu, kalsium pada susu kambing lebih tinggi daripada susu lembu dan membuatkan tulang anak lebih kuat dan gigi cepat tumbuh. Ia juga membantu meningkatkan IQ si kecil dengan sempurna.

6. ABBOTT Ensure Gold – Chocolate (400g)

Susu formula coklat yang tinggi dengan zat besi

Harga mulai RM40.88

Mungkin ada ibu bapa yang tidak berasa selesa untuk memberi susu formula perisa coklat Ensure Gold ini untuk kecil kerana sudah menjadi kebiasaannya susu Ensure untuk orang dewasa. Sebenarnya, susu formula Ensure Gold ini telah direka secara saintifik untuk kegunaan semua lapisan umur bermula seawal umur 1 tahun ke atas hinggalah untuk warga emas.

Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tubuh membesar dengan sihat. Antara sumber mineral yang ada termasuklah zat besi yang membantu memberi imunisasi kepada badan, meningkatkan bilangan hemoglobin dan melindungi daripada jangkitan bakteria dan kuman.

7. Susu NOUQMAN

Susu formula coklat dilengkapi dengan nutrien AA dan DHA

Harga mulai RM40.00

Susu formula Nouqman Langkah 3 dilengkapi dengan Taurina, DHA, Probiotik, Gam Arab dan 8 jenis makanan sunnah juga boleh membantu meningkatkan tahap antibodi badan serta mengurangkan risiko dari dijangkiti penyakit. DHA membantu meningkatkan perkembangan otak dan minda si manja.

Selain itu, susu formula Nouqman Langkah 3 ini juga mengandungi kandungan Inulin yang tinggi dan sangat sesuai untuk anak-anak atau orang dewasa yang mengalami masalah sembelit, penghadaman dan masalah usus. Terbaik untuk si kecil yang alami masalah ekzema dan kurang selera makan.

8. Susu Juna Perisa Coklat

Susu formula coklat yang dijamin selamat dan sihat untuk si kecil

Harga mulai RM42.75

Susu formula Juna ini berasaskan susu kambing ini serta didatangi juga dalam perisa coklat. Diperbuat dari 100% susu kambing yang diimport dari Holland, ianya diperkaya dengan ekstrak madu, kurma, manna dan delima. Susu formula Juna ini juga tidak menggunakan sebarang gula tambahan.

Disahkan dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, susu formula ini dijamin selamat, bersih serta memberi kesihatan tubuh badan buat si kecil.

9. Susu WILDAN (500g)

Susu formula coklat yang dapat mengurangkan pengumpulan kahak

Harga mulai RM45.00

Susu Formula Kambing Wildan berperisa coklat ini kaya dengan khasiat yang bukan sahaja khusus untuk tumbesaran kanak-kanak malahan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan jasmani. Ianya membekalkan nutrien penting untuk kesihatan tubuh badan serta meningkatkan kecergasan. Terbaik dalam menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit seperti seperti selsema, batuk, kahak, dan lelah.

Susu ini juga menggalakkan kecerdasan dan kecergasan minda serta membekalkan tenaga agar si manja anda kekal aktif dan cergas sepanjang hari.

10. PEDIASURE Optiheight Milk Formula - Chocolate (850g)

Susu formula coklat yang digunakan di hospital kerajaan

Harga mulai RM81.90

Doktor pakar menggalakkan si kecil untuk meminum susu ibu berbanding susu formula. Tetapi, ianya boleh dikecualikan jika ibu tidak dapat menghasilkan susu dengan banyak buat minuman si kecil. Susu formula PediaSure® mengandungi zat tambahan bernutrisi tinggi serta berpandukan US Dietary Reference Intakes menjadi susu pilihan hospital.

Susu formula berperisa coklat ini sesuai untuk anak dari seawal 1 tahun yang mempunyai masalah kurang selera makan tetapi sangat aktif, memilih dalam pengambilan pemakanannya, kurang gemar makan buah dan sayur-sayuran. Tiada laktosa atau gluten terkandung dalam susu ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!