Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

16 Sabun Basuh Baju Baby (Detergent) Terbaik 2024

Perlindungan sepenuhnya untuk pakaian si manja anda

Sekarang ramai ibu bapa mula mengambil berat tentang bahan kandungan pencuci baju baby ketika membeli sabun basuh baju baby untuk pencucian pakaian anak mereka.

Ini kerana baby detergent merupakan salah satu barang baby yang memiliki ciri-ciri tertentu yang tidak terdapat pada sabun pencuci biasa.

Lebih-lebih lagi jika bayi anda menghidap ekzema atau mengalami kulit sensitif, pemilihan sabun basuh baju memang menjadi keutamaan peribadi.

Lagipun menggunakan sabun basuh baju baby untuk bayi baru lahir adalah wajib sekurang-kurangnya dalam tempoh satu tahun pertama.

Waktu ini bayi akan menunjukkan rekasi atau tindak balas tertentu terhadap semua produk barangan bayi yang digunakan ke atas mereka.

Jadi, untuk memudahkan kerja anda kami bantu menyenaraikan jenama sabun basuh baju baby dengan harga sabun basuh baju baby yang berpatutan.


Senarai 16 Jenama Sabun Basuh Baju Baby Terbaik

Sabun basuh baju bayi terbaik secara keseluruhan
Semak OFFSPRING Baby Laundry Detergent harga dibawah:
add_circle 100% bahan mentah Biodegradasi
add_circle Tidak mengandungi bahan toksik
add_circle Menggunakan bahan organik
add_circle Melembutkan fabrik
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

OFFSPRING Baby Laundry Detergent bukan saja menyegarkan pakaian dan sesuai untuk kulit sensitif tapi bahan yang terkandung dapat menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat pada pakaian.

Ciri-ciri:

Sabun baju baby ini mengandungi bahan Coconut-Derived Surfactants yang menghasilkan buih untuk menyingkirkan kotoran.

Terdapat juga bahan Eucalyptus Globulus yang berfungsi menyingkirkan bakteria dan kuman.

Ingin diingatkan juga, sabun baju baby ini tidak mempunyai bau wangi kerana untuk mengelakkan kulit bayi baru lahir merengsa akibat bahan kimia.

Lagipun sabun ini direka untuk bayi yang mengalami masalah kulit ekzema dan sensitif jadi selama untuk digunakan.

Kalau nak tengok sabun basuh baju baby review yang positif, inilah antara yang dapat banyak review positif.

Review:

“Memang mahal tapi kalau guna memang rasa puas hati. Anak pun tak ada masalah kulit lepas guna detergent ini.”

Sabun basuh baju baby murah
fiffy baby laundry
Semak FIFFY Baby Laundry Detergent (2L) harga dibawah:
add_circle Mengandungi minyak pokok teh dan kayu putih
add_circle Tidak merengsakan kulit bayi
add_circle 100% bahan semulajadi
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit ekzema

Bagi bayi yang tidak mengalami masalah kulit yang serius boleh menggunakan sabun baju ini.

Sabun baju daripada jenama Fify ini mengandungi minyak pokok teh dan minyak kayu putih dalam detergent yang dapat menghapuskan hama dan pepijat di setiap cucian.

Tambah pula, produk ini menggunakan 100% bahan semula jadi dan terbiodegradasi dimana tidak akan merengsakan kulit bayi yang lembut. 

Malah dirumus dengan kacang sabun semula jadi untuk pembersihan yang efektif dan deodaran yang lebih berkesan.

Paling penting, sabun ini bersifat anti sisa, pH neutral, bebas Klorinm Fostat dan Formalin sekaligus menjadikan detergent yang terbaik dan selamat.

Sabun basuh baju baby organik
Semak APPLECRUMBY & FISH Baby Laundry Detergent harga dibawah:
add_circle Menyingkirkan kotoran dengan efektif
add_circle Bebas Paraben dan SLS
add_circle Tiada pewangi tiruan
add_circle Bau wangi
remove_circle Harga mahal

Dengan Jus Daun Aloe Barbadensis Organik dan Ekstrak Lavandula Stoechas Organik, sabun ini dapat memberi aroma yang menyegarkan untuk seorang bayi.

Bahan sabun baju bayi ini di rumus dengan bahan semula jadi sepenuhnya, bebas Paraben dan SLS menjadikan sesuai untuk kulit yang sensitif.

Tambah pula, bebas pewarna, Fosfat, NPE, SLS, SLES, Formaldehid, Phthalates, Fosfat, Klorin, pencerah optik.

Jadi, anda tidak perlu risau kulit bayi anda merengsa atau naik ruam disebabkan alergi bahan sabun.

Paling penting dapat membersihkan kotoran dengan berkesan tanpa meninggalkan sisa susu, gris makanan, kotoran dan banyak lagi dengan mudah!

Sabun basuh baju baby yang wangi
Semak PUREEN A-B-D Liquid Detergent (4.8L) harga dibawah:
add_circle Dapat menyingkirkan kotoran dengan efektif
add_circle Sesuai untuk mesin basuh
add_circle Menghilangkan bau busuk
add_circle Membasmi kuman
remove_circle Harga mahal

Sabun cuci baju dari Pureen ABD ini merupakan detergent menjadi pilihan ramai ibu bapa.

Ini kerana mempunyai Germicide yang berkesan untuk menyingkirkan kuman disebabkan kotoran makanan.

Malah dengan kombinasi Enzymes dapat membersihkan kotoran degil dan dengan campuran Anti-Depository yang dapat memberi pencucian yang efektif.

Selain itu, formulasi sabun ini kurang buih menjadikan mudah dicuci tidak kira apa jenis cucian.

Tapi untuk maksimum pencucian, sental sabun pada bahagian kotoran kemudian baru cuci dengan mesin basuh.

Sabun cuci baju cair terbaik
Semak BUDS Baby Safe Laundry Detergent (1L) harga dibawah:
add_circle Menggunakan bahan semula jadi
add_circle Tidak mengandungi pewangi sintetik
add_circle Mengandungi Jus Daun Aloe Vera Organik
add_circle Mengandungi Minyak Oren Organik
remove_circle Harga mahal

Bahan utama yang terkandung dalam sabun ini adalah Jus Daun Aloe Vera Organik dan Minyak Oren Organik.

Bahan ini dapat menjadikan pencucian yang berkesan dan lembut pada fabrik sekaligus tidak merengsakan kulit bayi.

Malah bahan ini mempunyai bau yang menyenangkan yang diperoleh daripada minyak pati organik. 

Paling penting tidak menggunakan pencerah optik, enzim, pewarna dan wangian sintetik.

Pihak mereka juga memperakui sabun baju bayi dari jenama mereka selamat, berkesan dan mesra alam.

Sabun basuh baju baby eczema
Semak K-MOM Laundry Detergent (1.7L) harga dibawah:
add_circle Mengandungi 5 bahan organik
add_circle Detergen terbiodegradasi
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Tidak merengsakan kulit
add_circle Cucian yang efektif
remove_circle Harga mahal

Sabun ini sesuai untuk bayi yang mengalami masalah kulit ekzema kerana kandungannya bebas daripada 10 bahan kimia berbahaya.

Antaranya Paraben, Phenoxyethanol atau bahan pengawet yang serupa, pewarna, minyak, Triethanolamine, Etanol, Benzyl alkohol, Surfaktan Sulfat, Talc dan Propylene Glycol.

Bahan utama ialah Surfaktan minyak benih iaitu Surfaktan yang berasal daripada tumbuhan.

Ciri ini menjadikan kuasa pembersihan yang efektif dan menghasilkan banyak buih yang sesuai untuk bayi.

Malah mengandungi 5 bahan organik (ekstrak daun Aloe Vera organik, Lavender, Chamomile, Centella Asiatica dan ekstrak teh hijau) yang mampu melindungi kulit sensitif bayi dan diperakui oleh USDA.

Sekaligus dapat melindungi kulit sensitif bayi daripada kerengsaan melalui kesan menenangkan kulit yang unggul dan kuasa pelembap.

Oleh kerana agen antibakteria ditambah, produk ini boleh melindungi kulit bayi daripada sentuhan langsung dengan kuman.

Sabun basuh baju baby dengan pelembut
Anakku Detergent With Softener
Semak Anakku Detergent With Softener harga dibawah:
add_circle Bebas klorin
add_circle Harga murah
add_circle Melembutkan kain
add_circle Bersifat anti-bakteria
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit ekzema

Jenama Anakku sudah terkenal dalam dunia barangan bayi, daripada sabun mandian, pakaian dan cucian.

Bagi produk sabun baju baby, Anakku telah menggabungkan enzim yang menghilangkan kotoran degil.

Jadi sabun ini mempunyai ciri Surfaktan dan agen pembersihan menjadi lebih lembut berbanding cecair biasa sekaligus sesuai untuk kulit bayi yang halus.

Dengan penambahan pelembut pada sabun pakaian bayi ini juga dapat melembutkan pakaian secara tidak langsung.

Wangian yang terhasil dalam setiap cucian tidak akan merengsakan kulit bayi malah memberi kesegaran pada fabrik selepas dicuci.

Magic101 Antibacterial Baby Laundry Detergent
Semak Magic101 Antibacterial Baby Laundry Detergent harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Anti bakteria
add_circle Menyingkirkan kotoran
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit ekzema

Pencuci pakaian bayi dari jenama Magic101 dirumus khas dengan formula anti-bakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman.

Dalam masa yang sama, dapat menghilangkan bau dan kotoran pada pakaian. 

Jangan risau, sabun ini boleh digunakan untuk cucian merendam dan mesin basuh kerana kedua-dua proses cucian ini tetap dapat menanggalkan susu, sisa makanan, air kencing serta kotoran kuning yang degil.

Walaupun murah tapi sabun basuh baju bayi ini tidak mereputkan fabrik malah melembutkan dan mengimbangkan pH.

Paling penting, sabun basuh untuk baby ini tidak mengandungi pewarna dan Fosfat.

Sabun basuh baju untuk kulit sensitif
Nappikleen Anti-Bacterial Liquid Wash
Semak Nappikleen Anti-Bacterial Liquid Wash harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Anti-bakteria
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Tidak merengsakan kulit bayi
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit ekzema

Kami yakin, kalangan anda yang baru bergelar ibu bapa jarang dengar jenama ini tapi percayalah, sabun baju baby ini antara yang terbaik.

Ini kerana Nappikleen Anti-Bacteria Liquid Wash mengandungi Enzim Duo yang menghilangkan kotoran yang paling degil.

Malah, mampu membunuh 99.9% bakteria melalui agen antibakteria yang dicampur dalam sabun.

Ciri ini juga menjadikan sabun ini berkesan menanggalkan kesan peluh dan membasmi kuman pada pakaian serta dapat beri perlindungan yang tahan lama.

Jika diikutkan agak kuat sifat sabun ini kerana mampu membunuh 99.9% bakteria tapi sabun ini tetap dapat mengekalkan kelembutan fabrik.

Bagaimanapun, sabun ini tidak sesuai bagi baby yang mengalami masalah kulit yang teruk seperti ekzema.

Sabun basuh baju baby yang wangi
BZU BZU
BZU BZU Baby Laundry Detergent
Semak BZU BZU Baby Laundry Detergent harga dibawah:
add_circle Ada sistem Enzim
add_circle Mengandungi Surfaktan berasaskan kelapa
add_circle Ada Jus Aloe Vera Organik
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Bau mudah hapak jika lambat sidai

Campuran pekat dirumus secara klinikal dengan sebatian Enzim kuat yang berfungsi hebat pada tumpahan susu, bekas air liur dan juga calitan najis.

Paling penting, sabun basuh baju bayi ini tidak meninggalkan kesan sabun atau kerosakan pada fabrik.

BZU BZU Baby Laundry Detergent tidak mengandungi bahan kimia kuat dan alergen biasa menjadikannya sangat lembut untuk kulit sensitif. 

Sabun ini juga mengandungi Jus Aloe Vera Organik untuk menenangkan kulit, ekstrak Kacang Sabun Asli untuk kuasa pembersihan yang unggul dan sistem Enzim menghilangkan kotoran dan bau yang degil. 

Turut mempunyai Surfaktan berasaskan kelapa yang lembut untuk bayi baru lahir dan sesuai untuk cuci tangan. 

Sabun basuh baju baby yang menjaga warna pakaian
Pureen
pureen kiddiwash
Semak Pureen Kiddiwash Detergent with Softener (2000ml) harga dibawah:
add_circle Membunuh kuman dan menghilangkan bau busuk
add_circle Penjagaan warna
add_circle Mencerahkan, memutih dan menyegarkan kain
add_circle Menghilangkan kotoran degil
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit ekzema

Sabun basuh baju Pureen Kiddiwash Detergent with Softener adalah pilihan bagus untuk menjaga pakaian bayi anda dengan bau wangi. 

Ia membunuh kuman, menghilangkan bau yang tidak enak, menjaga warna pakaian, dan mampu menghilangkan kotoran yang degil. 

Dengan buih yang sedikit, ia mudah untuk dibilas dan sesuai untuk mesin basuh. 

Pakaian baby jadi lebih cerah, putih, dan berbau wangi!

Sabun basuh baju baby lotus
Cute & Care
cutte & care detergent
Semak Cute & Care Baby Anti-Bacterial Liquid Wash 1.8L harga dibawah:
add_circle Menghilangkan bau busuk
add_circle Lembut pada tangan
add_circle Wangian yang berpanjangan & menenangkan
add_circle Untuk kotoran degil
remove_circle Tidak selamat untuk kulit ekzema

Sebenarnya, Lotus's Cute & Care adalah berasal dari jenama Tesco FRED & FLO yang telah diberi nama semula. 

Kandungan dan kualiti premium produk ini kekal sama seperti sebelumnya.

Sabun basuh baju ini direka khas untuk lampin dan pakaian bayi, ia membunuh 99.9% kuman, menghilangkan bau yang tidak enak, lembut pada tangan, dan berbau wangi.

Untuk mencuci 5kg baju baby dengan mesin basuh, cukup guna satu penutup sahaja, sekaligus sabun ini menjimatkan wang anda.

Dengan formulanya yang pekat dan anti-bakteria, sabun ini meresap dengan berkesan ke dalam fabrik untuk menanggalkan semua kotoran pada baju baby.

Sabun basuh baju baby refill
Pigeon
pigeon baby laundry detergent
Semak Pigeon Baby Laundry Detergent Refill harga dibawah:
add_circle Membersihkan kotoran dengan teknologi Trap.Lift.Clean
add_circle Anti-bakteria
add_circle Tidak menyebabkan iritasi
add_circle Murah
remove_circle Perlukan botol untuk menyimpan sabun

Sabun basuh baju bayi Pigeon Baby Laundry Detergent diformulasikan dengan teknologi unik Trap.Lift.Clean, mampu menarik dan mengelakkan kotoran tanpa merosakkan pakaian, mesin basuh, dan kulit anda. 

Selain itu, sangat berkesan dalam membersihkan najis, air kencing, serta kesan makanan dan buah-buahan. 

Dengan formula yang terinspirasi dari Jepun, ia menghasilkan buih yang sedikit, menjadikan proses bilasan lagi mudah terutamanya untuk cucian tangan. 

Pigeon Baby Laundry Detergent juga bebas paraben dan diformulasikan dengan bahan anti-bakteria yang selamat. 

Sabun basuh baju baby tanpa pewangi
NUK
nuk sabun basuh baju baby
Semak NUK Baby Laundry Detergent harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi fosfat & pendarfluor
add_circle Bebas pencerah optik
remove_circle Perlu basuh pakaian berwarna berasingan

NUK Laundry Detergent 1L tidak mengandungi fosfat, bahan pemutih fluoresen, dan pencerah optik, jadi lebih selamat untuk kulit bayi anda. 

Namun, pastikan anda menggunakan kuantiti yang sesuai untuk hasil pencucian yang lebih baik dan elakkan penggunaan berlebihan kerana ia boleh merosakkan mesin basuh.

Dengan NUK Laundry Detergent, pakaian bayi anda akan sentiasa bersih dan terjaga. 

Jangan lupa untuk menyimpan detergent ini jauh dari tangan anak-anak.

Sabun basuh baju baby untuk semua fabrik
Pureen
Pureen HypoAllergenic Detergent HAD 1000ml-main-0.png
Semak Pureen Hypo-Allergenic Detergent Liquid harga dibawah:
add_circle Tiada pewarna, peluntur, dan fosfat
add_circle Selamat dan sesuai untuk semua fabrik
add_circle Tanpa pewangi
remove_circle Sedikit cair

Pureen Hypo-Allergenic Detergent Liquid boleh membersihkan hingga ke gentian fabrik, menjadikan pakaian lembut secara semulajadi dan berbau wangi. 

Selain itu, ia bebas daripada pewarna, pemutih, fosfat, pelembut fabrik, dan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi kulit. 

Sabun ini selamat digunakan untuk semua jenis fabrik termasuk kapas, wol, sutera, linen, dan fabrik yang sensitif. 

Berfungsi dengan baik dalam air panas atau sejuk.

Sabun basuh baju baby newborn
momo_house detergent
Semak Momo House Liquid Detergent harga dibawah:
add_circle Membunuh kuman
add_circle Mudah dibilas
add_circle Melembutkan fabrik
remove_circle Perlukan botol penyimpanan

Bagi yang masih mencari sabun basun baju baby yang boleh membunuh kuman, dapatkan je sabun basuh baju bayi Momo House Liquid Detergent.

Selain mampu membunuh kuman, sabun ini boleh mencerahkan pakaian dan menghilangkan 99% kesan kotoran.

Ia juga mengandungi enzim yang mampu menghilangkan kotoran yang degil, boleh melembutkan fabrik dan meninggalkan bau wangi pada pakaian selepas setiap cucian.

Jangan risau, sabun ini sesuai untuk kulit bayi yang sensitif kerana diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.


Sepatutnya Basuh Baju Baby Guna Air Suam Atau Sejuk?

Sebenarnya dua-dua jenis suhu air boleh bergantung pada jenis cucian. 

Jika pakaian si comel terdapat banyak kotoran dan anda merasakan terlalu banyak bakteria, gunakan basuhan air suam atau panas untuk mematikan bakteria dan kulat pada pakaian.

Tapi tidak baik jika kerap membasuh pakaian baby menggunakan air panas kerana gusar mudah reput dan merosakkan fabrik.

Sebaiknya guna dengan air biasa cuma pastikan anda menggunakan detergent yang terbaik untuk kulit bayi anda.


Adakah Baju Bayi Perlu Dicuci Menggunakan Detergen Khas?

Bila masuk topik mencuci pakaian bayi, pertama sekali haruslah mengasingkan pakaian anda dan bayi supaya dapat mengelakkan alergi pada kulit halus bayi.

Seterusnya, pastikan anda guna detergent khas untuk si comel terutama bayi baru lahir kerana kulit mereka halus dan sangat sensitif dengan bahan kimia.

Jadi, sebaiknya beli sabun baju baby yang dikhaskan untuk mereka dan basuh tanpa mencampurkan sabun lain atau bahan lain.

Seperti cecair antiseptik atau pewangi kerana larutan antiseptik mengandungi bahan kimia yang tidak serasi dengan kulit bayi.

Untuk pengatahuan anda juga, sabun basuh baju baby tidak berbau wangi yang kuat atau buih yang banyak kerana selalunya bahan yang terkandung adalah bahan semula jadi.


Adakah Anda Menggunakan Pelembut Pada Pakaian Bayi?

Sudah tentu anda ingin yang terbaik untuk bayi anda, termasuk dalam pemilihan pakaian yang selesa dan lembut untuk dipakai.

Tapi terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memutuskan sama ada untuk menggunakan pelembut atau tidak pada pakaian bayi anda.

  • Baca arahan penggunaan pelembut dengan teliti

Ini kerana banyak jenis pelembut yang tidak sesuai untuk digunakan pada pakaian bayi anda, jadi pilihlah jenis pelembut yang sesuai.

Selain itu, pastikan anda mencuci pakaian dengan air mengalir setelah menggunakan pelembut.

  • Lihat kandungan pelembut pakaian bayi

Walaupun ia boleh membuatkan pakaian bayi anda lebih lembut dan wangi, tapi terdapat kandungan dalam pelembut yang boleh menyebabkan alahan pada kulit bayi anda.

  • Fikirkan adakah anda perlu gunakan pelembut

Pakaian bayi yang baru biasanya sudah cukup lembut dan selesa untuk dipakai, terutama jika anda mencuci pakaian tersebut dengan sabun yang lembut dan air suam.

Selalunya pelembut pakaian hanya memberikan kelembutan sementara pada pakaian bayi anda.

Jadi, pastikan anda sentiasa mencuci pakaian bayi anda dengan baik dan menggunakan sabun yang sesuai supaya ia sentiasa bersih dan selamat untuk dipakai.

Jadi, sebelum menggunakan pelembut pada pakaian, pastikan anda mempertimbangkan semua faktor ini. 


Artikel Berkaitan

End of Article