Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

14 Krim/Ubat Terbaik Untuk Eczema Bayi di Malaysia 2024

Jangan ambil mudah, pantau kulit si kecil!

Eczema adalah masalah keradang pada kulit yang boleh mengakibatkan kulit bengkak, berkerak, gatal dan timbul ruam merah.

Kadang-kadang kulit akan kelihatan seperti melecur yang berair dan sering terjadi di bahagian muka, lutut, pergelangan tangan dan siku.

Ada banyak krim ekzema tanpa steroid, ubat eczema untuk bayi atau losyen untuk baby eczema bagi merawat masalah kulit ini.

Bagaimanapun, tidak semua krim gatal baby dan krim untuk eczema baby sesuai dengan kulit jadi anda perlu dapatkan khidmat nasihat dari doktor atau pakai jika masalah kulit ini makin teruk. 

Jom lihat senarai produk untuk baby eczema terbaik untuk merawat masalah kulit ringan ini. 


Senarai 14 Produk Krim Untuk Eczema Baby

Ubat eczema untuk bayi terbaik secara keseluruhan
CETAPHIL
CETAPHIL BABY Eczema Soothing Lotion
mulai
RM126.00
Semak CETAPHIL Baby Eczema Soothing Lotion 296ml harga dibawah:
add_circle Telah diuji dermatologi
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Bebas Hypoallergenic
add_circle Mengandungi Mil Oat Koloid
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Produk CETAPHIL Baby Eczema Soothing Lotion ini telah diuji oleh ahli dermatologi dan telah diiktiraf pihak NEA kerana keberkesanannya terhadap kulit sensitif.

Ciri-ciri:

Losyen ini mengandungi gabungan unik iaitu Mil Oat Koloid yang dapat memberi kesan lembut pada kulit kering.

Selain itu, menggunakan teknologi Filaggrin yang dapat memulih dan meningkatkan keupayaan kulit sekaligus mengembalikan kelembapan kulit halus bayi.

Dalam losyen ini tidak mempunyai pewarna, bebas Paraben, mineral dan Hypoallergenic jadi sesuai untuk anak kecil yang mempunyai masalah kulit sensitif dan ekzema.

Malah, krim ini boleh digunakan jika si comel mengalami ruam, bintik merah dan kegatalan pada seluruh badan.

Anda boleh guna losyen krim ini selepas bayi anda mandi iaitu 2 kali sehari.

Review:

"Anak nak naik ekzema, terus beli lotion cetaphil ni. Seminggu lepas tu, terus baik,"

Krim ekzema viral TikTok / Shopee
Snowhitee
Snowhitee Treatment Lotion susu unta eczema
mulai
RM34.50
Semak Snowhitee Treatment Lotion Susu Unta harga dibawah:
add_circle Ada beberapa pilihan bauan
add_circle Tidak melekit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Merawat kudis
remove_circle Harga mahal

Snowhitee Treatment Lotion ini diperbuat daripada susu unta yang bagus untuk kulit sensitif dan merawat masalah kulit seperti ruam pada baby, kulit alergi, kudis, kegatalan kulit, panau atau kudis ringan.

Selain itu, produk ini juga bagus untuk mencerahkan kulit dan boleh dipakai pada seluruh anggota badan termasuk muka.

Menarik lagi, krim ekzema viral ini selamat dipakai oleh baby sehingga orang dewasa untuk melembutkan kulit sambil baunya memberikan ketenangan pada si pemakai. 

Produk ini juga mengandungi SPF 30 jadi anda boleh sapukan pada kulit wajah dan badan setiap hari untuk lindungi kulit daripada sinaran UV. 

Ubat ekzema paling berkesan
Aveeno
Aveeno Baby Eczema Therapy Moisturizing Cream (Tick as editor’s choice)
mulai
RM55.50
Semak Aveeno Baby Eczema Therapy Moisturizing Cream harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi Phthalates & pewangi
add_circle Mengurangkan kerengsaan kulit
add_circle Tanpa Paraben
add_circle pH seimbang
add_circle Hypoallergenic
remove_circle Harga mahal

Krim pelembap jenama Aveeno Baby ini wajib dimiliki oleh ibu bapa yang sedang mencari produk untuk baby eczema kerana telah terbukti secara klinikal boleh mengurangkan kegatalan dan kulit kering.

Krim ini di rumus dengan Colloidal Oatmeal dan vitamin B5 yang akan melembapkan kulit bayi anda dengan baik.

Krim ekzema tanpa steroid ini turut bantu menguatkan lapisan perlindungan kelembapan kulit.

Produk ini juga telah disarankan penggunaannya oleh pakar kanak-kanak dan pakar kulit sendiri. 

Menarik lagi, teksturnya tidak melekit, jadi tidak akan menyebabkan ketidakselesaan pada badan si comel. 

Produk tanpa paraben untuk eczema
Youbaby Baby Cream
mulai
RM59.90
Semak Youbaby Baby Cream harga dibawah:
add_circle Membantu kurang masalah kulit gatal
add_circle Kurangkan ruam bayi
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Produk bebas paraben & merkuri
remove_circle Harga sedikit mahal

Walaupun fungsi krim Youbaby ini lebih kepada untuk membantu masalah ekzema bayi, namun bagus juga untuk merawat masalah kudis, Psoriasis, kembung perut dan tidur yang tidak lena.

Memiliki PH 5.5 dan tekstur krimnya tidak melekit, mudah meresap ke dalam kulit dan tidak terasa panas apabila disapu pada kulit.

Paling penting, produk Youbaby selamat digunakan pada bayi kerana tiada steoroid. 

Krim untuk eczema bayi ini telah dirumus khas menggunakan bahan premium seperti Casia Senna Leaf, Habatussauda, bawang putih, minyak Jojoba, Aloe Vera dan EO Geranium. 

Jadi dengan semua bahan ini sangat bagus untuk kesan luka terbakar, masalah kulit berair dan gigitan serangga turut boleh dikurangkan.

Krim organik untuk bayi ekzema
Jolicare Cream Baby
mulai
RM64.90
Semak Jolicare Cream Baby harga dibawah:
add_circle 100% herba
add_circle Tanpa steroid & merkuri
add_circle Berkesan untuk ruam lampin
add_circle Melegakan keradangan kulit
remove_circle Harga mahal

Selain boleh mengurangkan kegatalan kulit dalam masa 30 minit, krim Jolicare juga mampu menyelesaikan masalah ruam, kemerahan dan melegakan kegatalan. 

Apa yang bagusnya tentang krim gatal baby ini, sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga kanak-kanak berusia 6 tahun. 

Bagi golongan dewasa pula, krim ini boleh dipakai sesiapa saja tidak kira ibu hamil atau orang tua jika mempunyai masalah gatal atau kurap.

Memang selamat jika disapu pada bahagian muka bayi jika terdapat kegatalan sebab tidak mengandungi Paraben dan wangian. 

Jika anak anda ada alahan pada muka atau digigit serangga seperti nyamuk, boleh juga sapu pada kawasan badan yang bermasalah. 

Krim ekzema tanpa bau
Eucerin
Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme
mulai
RM39.90
Semak Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme harga dibawah:
add_circle Terbukti secara klinikal
add_circle Orang dewasa boleh guna
add_circle Diperkaya dengan Ceramide 3
add_circle Bantu kuatkan lapisan perlindungan kulit
remove_circle Perlu nasihat doktor untuk bayi bawah 3 bulan
remove_circle Hanya untuk ekzema ringan

Dirumus dengan Colloidal Oatmeal yang boleh melegakan masalah kegatalan dan kekeringan pada kulit ekzema.

Krim jenama Eucerin yang khas untuk bayi ini turut mengandungi Licochalcone. 

Bahan tersebut boleh membantu melegakan kulit yang kemerahan dan rengsa akibat ekzema dan ruam.

Selain itu, formula krim untuk eczema baby ini turut melembabkan kulit agar tak mudah kering atau gatal.

Ibu bapa boleh sapu krim jenama nombor 1 pilihan pakar kanak-kanak ini pada kulit anak yang kering tanpa keraguan kerana tidak mengandungi pewangi, pewarna dan steroid.

Krim untuk kulit bayi kering (& eczema)
Applecrumby Ultimate Rescue Cream 50ml
mulai
RM31.00
Semak Applecrumby Ultimate Rescue Cream 50ml harga dibawah:
add_circle PH seimbang & Hypoallergenic
add_circle 100% ekstrak lavender organik
add_circle Menghidratkan kulit
add_circle Melindungi kulit sensitif & kering
remove_circle Tidak sesuai dipakai harian

Ucapkan selamat tinggal kepada ekzema yang dialami oleh anak kecil anda dengan bantuan produk Applecrumby. 

Apa yang menarik tentang krim ini ialah tidak mengandungi air (Aqua) tapi jenama ini menggantikan bahan itu dengan jus Aloe Vera organik. 

Jangan risau, boleh gunakannya dengan selamat pada kulit bayi kerana tiada Paraben, SLS dan sebarang pewangi tiruan. 

Selain mengandungi bahan madu Manuka, krim ini juga mempunyai bahan teh hijau dan Beta-Glucan yang mampu mengurangkan kemerahan kulit yang sensitif. 

Turut mengandungi Tasmannia Lanceolatta iaitu ekstrak yang beri Tasmania yang akan mengurangkan kegatalan dengan pantas. 

Krim untuk kulit bayi sensitif (& eczema)
QV Baby Moisturising Cream
mulai
RM40.92
Semak QV Baby Moisturising Cream harga dibawah:
add_circle pH seimbang
add_circle Tanpa pewangi & lanolin
add_circle Mudah menyerap dalam kulit
add_circle Sesuai untuk kurangkan ruam lampin
remove_circle Harga mahal

Untuk si kecil yang memiliki kulit jenis sensitif, kering dan ekzema, krim ini boleh membantu mengurangkan kegatalan dan masalah kulit mengelupas. 

Ini kerana produk buatan Australian mengandungi Squalane yang akan mengekalkan kelembapan kulit. 

Turut diformulasikan dengan 3 jenis bahan melembap iaitu Emollient, Humectant dan Occludent yang akan menjamin kulit kekal lembap sehingga 24 jam. 

Malah, ubat eczema untuk bayi ini juga sangat mudah digunakan kerana tidak melekit.

Boleh juga disapu pada kulit yang mengalami masalah dermatitis dan Psoriasis. 

Paling penting, boleh disapu pada bahagian muka dan tubuh bayi selepas mandi.

Krim ekzema murah (dibawah RM20)
Sebamed
Sebamed Baby Cream Extra Soft (50ml)
mulai
RM13.90
Semak Sebamed Baby Cream Extra Soft (50ml) harga dibawah:
add_circle Bacaan pH 5.5
add_circle Boleh sapu pada kulit
add_circle Cepat menyerap dalam kulit
add_circle Melindungi kulit bayi yang halus
add_circle Telah diuji secara klinikal
remove_circle Kesan ambil masa

Untuk ibu bapa yang mahukan krim eczema untuk bayi yang mampu milik, kami sarankan untuk dapatkan produk Sebamed yang mengandungi 42% komposisi lipid.

Malah, sangat kaya dengan Panthenol, Allantoin dan ekstrak Camomile yang akan menggalakkan pertumbuhan semula kulit yang rengsa. 

Malah, sesuai untuk kulit bayi yang kering dan sensitif seperti masalah Atopic eczema

Walaupun murah tapi keberkesanannya amat bagus kerana boleh menjadi ubat eczema untuk bayi. 

Cara penggunaanya hanya sapu pada kawasan tubuh yang berlipat seperti siku, leher dan lutut. 

Selain dapat melembabkan kulit, krim ini boleh melindunginya dari kerengsaan, kekeringan dan jangkitan. 

Pada keluarga yang suka melancong ke luar negara, memang perlu sapu krim ini pada bayi sebab boleh melindungi kulit dari cuaca sejuk.

Ceradan Skin Barrier Repair Cream 30gm
mulai
RM39.90
Semak Ceradan Skin Barrier Repair Cream 30gm harga dibawah:
add_circle Terbukti secara klinikal
add_circle Sesuai untuk kulit kering & sensitif
add_circle Melegakan kegatalan
add_circle Boleh disapu pada seluruh tubuh termasuk muka
remove_circle Harga mahal

Hadir dalam tiub dengan kandungan krim sebanyak 30gm dan sesuai untuk seisi keluarga da semua peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak. 

Krim pelembap yang mengandungi Ceramide, kolestrol dan asid lemak ini telah diformulasikan secara saintifik dengan nisbah 3:1:1 untuk setiap bahan. 

Hasilnya, boleh membantu menggalakkan pertumbuhan lapisan perlindungan kulit. 

Memang bagus digunakan oleh individu yang mengalami masalah kulit termasuklah cenderung terhadap ekzema. 

Cara penggunaanya, pakai 2 kali sehari pada bahagian badan yang bermasalah. 

Lepas ini, tidak akan ada lagi masalah gatal-gatal kulit pada anak-anak anda.

Krim ekzema tanpa steroid
SMCR Ezlief Cream
mulai
RM22.90
Semak SMCR Ezlief Cream harga dibawah:
add_circle Tanpa steroid, paraben & wangian
add_circle Melegakan kegatalan & keradangan kulit
add_circle Tidak melekit
add_circle Ada ekstrak Aloe Vera
remove_circle Kandungan sedikit - 25g

SMCR Ezlief Cream ini desuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi dan wanita hamil.

Krim ekzema ini telah diperkaya dengan ekstrak Purslane hijau yang digunakan dalam ubat tradisional Korea untuk merawat jangkitan dan kulit yang rengsa. 

Di samping itu, turut mengandungi vitamin E yang kaya dengan antioksidan dan boleh mengurangkan parut serta Glycerin yang dapat memperbaiki lapisan perlindungan kulit. 

Produk ini sesuai digunakan setiap hari untuk kulit yang sensitif, rosak, kering dan gatal-gatal. 

Produk ini boleh disapu nipis pada bahagian tubuh yang bermasalah selepas mandi. 

Turut diperbuat daripada minyak badam dan ekstrak Saccharide Isomerate yang akan membekalkan kelembapan dan mengalakkan penghasilkan Asid Hyaluronik pada kulit. 

Krim gatal ekzema
Baby Organix
mulai
RM27.23
Semak BabyOrganix Nature First Aid Cream harga dibawah:
add_circle Tanpa bahan kimia bahaya
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Rawat kulit merekah & lebam
add_circle Melindungi sel kulit daripada rosak akibat persekitaran
remove_circle Kandungan krim hanya 30g

Krim BabyOrganix ini pasti akan menjadi teman baik anak anda yang mengalami masalah ekzema kerana saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. 

Produk ini juga boleh digunakan dengan selamat pada bayi kerana bebas steroid. 

Tambahan pula, sangat membantu untuk merawat masalah kulit seperti kesan terbakar, ruam, Seborrheic Dermatitis, kulit kering dan gigitan serangga seperti nyamuk. 

Telah diformulasikan dengan minyak Calendula organik iaitu sejenis tumbuhan yang kaya dengan antioksidan yang bakal melegakan kulit dan luka kecil. 

Paling penting, krim ini akan menjaga kesihatan kulit bayi yang halus.

mulai
RM31.99
Semak MayyaBaby Cream 5-in-1 Natural Herbs (50ml) harga dibawah:
add_circle Cepat meresap
add_circle Merawat kulit kering & sensitif
add_circle Melegakan selsema & batuk
add_circle Meredakan gatal & ruam lampin
remove_circle Harga mahal

Selain boleh menyembuhkan lepuhan, ekzema dan keradangan kulit, produk Mayyababy ini sangat bagus dalam merawat gigitan serangga dan boleh bertindak sebagai penghalau nyamuk. 

Disebabkan krim ini berasaskan air, teksturnya tidak melekit atau terasa berminyak apabila disapu pada kulit. 

Cuma mengandungi minyak Argan, Aloe Vera, Chamomile, minyak oren dan Habbatus Sauda, yang mengeluarkan bau wangian lemon.

Untuk bayi yang sering menangis akibat perut kembung, memang disarankan untuk guna produk ekzema ini sebab masalah itu boleh melegakan. 

Demam juga boleh dikurangkan dengan penggunaan krim bayi ini menjadikannya sangat berbaloi!

MUSTELA Stelatopia Emollient Cream With Sunflower for Extremely Dry Skin
mulai
RM90.00
Semak MUSTELA Stelatopia Emollient Cream With Sunflower for Extremely Dry Skin harga dibawah:
add_circle Menghidratkan kulit
add_circle Tanpa wangian, Phthalate & Paraben
add_circle Keberkesanan terbukti secara klinikal
add_circle Mengurangkan ketidakselesaan akibat kulit gatal
remove_circle Harga mahal

Bagi si kecil yang mengalami masalah kulit kering cenderung ekzema, krim ini berfungsi untuk melembapkan kulit. 

Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti Avocado Perseose yang mampu melindungi bahagian lapisan perlindungan kulit. 

Manakala dengan sulingan minyak bunga matahari pula, produk ini memberikan lipid atau minyak yang diperlukan untuk mengekalkan lapisan kelembapan kulit si comel. 

Boleh digunakan pada bayi yang baru lahir kerana diformulasikan khas untuk mengurangkan risiko tindak balas alahan. 

Ibu bapa boleh sapu krim jenis Hypoallergenic ini pada tubuh anak pada waktu pagi dan petang. 


Apakah Faktor Yang Mempengaruhi Penyakit Ekzema Dan Rawatannya? 

Selain faktor keturunan dan genetik, ekzema boleh terjadi disebabkan beberapa faktor.

Antaranya, kulit kering, sensitif, sensitif dengan sesetengah pemakaian fabrik yang berbulu, terkena sebarang permukaan yang kasar atau cuaca panas. 

Di samping itu, boleh berlaku disebabkan alahan kepada sesetengah makanan atau bahan seperti sabun mandi yang tidak sesuai dengan kulit. 

Untuk merawatnya, doktor selalu akan memberikan pesakit krim atau losyen pelembab agar dapat mengurangkan masalah kegatalan kulit dan kekeringan. 

Antihistamin atau ubat pencegah gatal turut diberikan mengikut keperluan mereka yang mengalami ekzema. 

Kesemua produk ini perlu digunakan asalkan mengikut saranan dari pakar perubatan. 

Apa pun, jom dengarkan penjelasan punca dan sebab terkena eczema supaya anda boleh mencegah terlebih dahulu.


Bagaimanakah Cara Memilih Produk Eczema Untuk Bayi? 

Untuk anda yang baru bergelar ibu bapa, sudah semestinya mahu berikan bayi anda produk yang terbaik.

Lebih-lebih lagi jika si comel mengalami masalah kulit sensitif, gatal atau ekzema. 

Usah risau dan buntu sebab pertama sekali anda hanya perlu periksa terlebih dahulu kandungan bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk.

Misalnya, sabun mandi, syampu dan krim atau losyen yang mahu digunakan agar sesuai dengan kulit anak yang ada ekzema.

Kemudian, pastikan produk berkenaan tidak mengandungi bahan pewangi kerana boleh merengsakan kulit. 

Jangan lupa untuk pilih produk yang memang diformulasikan khas untuk kulit bayi yang sensitif. 

Kebanyakan produk ini selalunya mengandungi Colloidal Oatmeal yang akan mengekalkan kelembapan kulit si manja. 

Yang penting, perlu rujuk pada doktor atau pakar kanak-kanak sebelum menggunakan sesuatu produk seperti losyen untuk baby eczema pada kulit si comel kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak.


Artikel Berkaitan

End of Article