Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

16 Losyen Baby Terbaik di Malaysia 2024 (Jenama Bagus)

Kulit si manja anda akan lebih lembut dan baby kekal tenang.

Kulit bayi memerlukan penjagaan khas dimana tidak boleh guna sebarang bahan kimia.

Ini kerana kulit mereka sangat sensitif dan mudah bermasalah jika tidak dijaga dengan baik. 

Jadi bagi mengelakkan bayi anda menghadapi masalah kulit yang teruk seperti ruam, ekzema, gegata dan lain-lain, pastikan pilih lotion terbaik untuk bayi.

Pemilihan losyen bayi yang bagus atau pelembap losyen badan terbaik adalah sangat penting untuk pastikan kulit bayi anda terjaga.

Jom lihat senarai lotion anak atau losyen badan untuk bayi yang sesuai untuk jenis kulit bayi anda.


Senarai 16 Losyen Baby Terbaik

Losyen baby terbaik secara keseluruhan
Mustela
Mustela Hydra Bebe Body Lotion
Semak Mustela Hydra Bebe Body Lotion harga dibawah:
add_circle Menggunakan bahan organik
add_circle Diuji secara klinikal
add_circle Sesuai untuk bayi pramatang
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Walaupun harganya sedikit mahal, Mustela Hydra Bebe Body Lotion merupakan losyen bayi yang terbaik secara keseluruhan kerana mengandungi bahan organik, diuji secara klinikal dan juga ia losyen paling sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan untuk bayi pramatang.

Ciri-ciri:

Losyen bayi ini diformulasikan untuk mengurangkan tindak balas alahan atau allergic pada kulit bayi, jadi ia selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan organik seperti avokado, minyak benih bunga matahari, beeswax, jojoba esters, dan ekstrak buah-buahan terpilih. 

Losyen Mustela ini juga mempunyai bau yang wangi, jadi anda akan berasa senang semasa memakaikan losyen ini pada bayi anda.

Kandungan Vitamin E pula memastikan kulit bayi anda sentiasa terlindung daripada sebarang pencemaran luar dan juga memberi kelembutan pada kulit agar kulit terasa anjal.

Yang penting, anda boleh gunakan losyen ini setiap hari dan memastikan kulit bayi anda sentiasa mendapat perlindungan serta kelembapan perpanjangan.

Review:

"Losyen paling best saya guna setakat ini. lepas pakai, ruam hilang dalam masa 2 hari je, dan kulit nampak lebih sihat. Sangat recommended dan saya akan order lagi akan datang."

Losyen untuk bayi ekzema
Cetaphil
Semak Cetaphil Baby Eczema Soothing Lotion (147ml) harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Melegakan kulit ekzema
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Memperbaiki tekstur kulit bayi
remove_circle Harga mahal

Cetaphil Baby Eczema Soothing Lotion ini dibuat khas untuk melindungi dan membaik pulih kulit bayi yang sangat kering hingga boleh mengakibatkan ekzema.

Jenama ini dihasilkan oleh pakar ternama dan telah diuji secara klinikal dimana mampu melegakan masalah kulit ekzema.

Ini kerana pihak mereka menggunakan teknologi terkini untuk pembuatan losyen ini supaya dapat merawat kulit bermasalah.

Bukan saja kulit bermasalah digalakkan untuk pakai losyen ini tapi kulit normal juga disyorkan kerana dapat memberi kelembapan pada kulit.

Jangan risau tidak mengandungi sebarang pewangi, sabun dan paraben yang boleh membahayakan kulit bayi. 

Losyen untuk ruam bayi
Aveeno
Aveeno Baby Daily Moisture Lotion
Semak Aveeno Baby Daily Moisture Lotion harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Tidak berminyak
add_circle Tekstur lembut
remove_circle Mengambil sedikit masa menyerap dalam kulit

Diformulasi khas dengan bahan semulajadi seperti oat dan campuran yang membantu melembutkan kulit dan melegakan masalah ruam yang hadir pada kulit bayi yang cepat sensitif. 

Losyen ini disyorkan oleh pakar kanak-kanak kerana kandungannya bebas pewarna tiruan, pewangi dan Paraben

Selain tidak memedihkan kulit bayi, kulit mereka akan kekal lembut, licin dan segar sekurang-kurangnya dalam masa 24 jam.  

Anda perlu gunakan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang baik dan berpanjangan.

Bud's Organic – Super Soothing Rescue Lotion
Semak Bud's Organic – Super Soothing Rescue Lotion (50ml) harga dibawah:
add_circle Disahkan organik oleh Ecocert
add_circle Tiada bahan pengawet tambahan
remove_circle Harga mahal

Mengandungi bahan organik seperti ekstrak shiso, minyak Jojoba, bijirin dan Prebiotik yang dapat merawat kulit bayi dan mengekalkan kelembapan selama 24 jam. 

Aveeno Baby Soothing Relief Creamy Wash dirumus khas dengan Oatmeal Coloid semula jadi dan kaya dengan Emolien.

Campuran bahan ini dapat bantuk melegakan serta melembutkan kulit dan telah dibuktikan keberkesanannya secara klinikal.

Selain itu, bahan Gluco-Oligosaccharide yang ada dalam losyen ini membantu kulit menghasilkan bakteria sihat.

Dalam masa yang sama dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang memberi masalah kepada kulit bayi. 

Jangan risau, losyen ini bebas pewangi dan Hypoallergenic jadi cukup lembut untuk kulit bayi yang sensitif.

Lotion untuk hilangkan parut baby
Palmer's
Semak Palmer's Baby Butter Lotion (250ml) harga dibawah:
add_circle Bebas Paraben & Phthalates
add_circle Sesuai untuk kulif sensitif
add_circle Mengandungi Aloe Vera
remove_circle Sedikit melekit

Produk ini berkesan melembapkan, melembutkan dan menenangkan kulit halus bayi yang sensitif. 

Dihasilkan daripada gabungan unik mentega koko, lidah buaya, Vitamin E, dan bahan-bahan lain yang boleh menyegarkan kulit bayi. 

Selain itu, menjadikan kulit bayi anda lembut dan licin serta dengan kandungan lidah buaya dalam formula losyen ini membantu mengekalkan kesegaran kulit bayi lebih lama daripada biasa.

Formula Hypoallergenic ini cepat menyerap ke dalam kulit dan bebas minyak.

Menarik lagi, losyen bayi ini dirumus untuk menyembuhkan kulit kasar dan menggelupas. 

Lotion bayi terbaik daripada drugstore
Sebamed
Semak Sebamed Baby Lotion 400ml harga dibawah:
add_circle Bebas bahan kimia
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mampu melindungi kulit bayi
remove_circle Harga mahal

Sebamed Baby Lotion mempunyai pH 5.5, yang cukup rendah untuk membantu melindungi kulit bayi daripada bakteria dan virus. 

Malah dengan kandungan Sorbitol, Allantoin dan bahan pengunci kelembapan lain, losyen ini dapat mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit bayi.

Paling penting, terdapat ekstrak Chamomilla Recutita yang melindungi kulit bayi daripada iritasi dan kerengsaan. 

Jangan risau tentang bau losyen kerana mempunyai wangian yang menyenangkan, lembut dan cepat diserap tanpa meninggalkan sebarang sisa berminyak.

Lotion baby untuk kulit sensitif
QV Baby Moisturising Cream
Semak QV Baby Moisturising Cream harga dibawah:
add_circle pH seimbang
add_circle Tanpa pewangi & lanolin
add_circle Mudah menyerap dalam kulit
add_circle Sesuai untuk kurangkan ruam lampin
remove_circle Harga mahal

Untuk si kecil yang baru lahir dan memiliki kulit jenis sensitif, kering dan ekzema, krim ini boleh membantu mengurangkan kegatalan dan masalah kulit mengelupas. 

Ini kerana produk buatan Australian mengandungi Squalane yang akan mengekalkan kelembapan kulit. 

Turut diformulasikan dengan 3 jenis bahan melembap iaitu emollient, humectant dan occludent yang akan menjamin kulit kekal lembap sehingga 24 jam. 

Malah, ubat eczema untuk bayi ini juga sangat mudah digunakan kerana tidak melekit.

Boleh juga disapu pada kulit yang mengalami masalah dermatitis dan psoriasis. 

Paling penting, boleh disapu pada bahagian muka dan tubuh bayi selepas mandi.

Losyen untuk memutihkan kulit bayi
Johnson's
Johnson's Baby Lotion Pink
Semak Johnson's Baby Lotion Pink harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Tidak melekit
add_circle Mudah menyerap
add_circle Melembutkan kulit
remove_circle Bau wangi tidak tahan lama

Kulit bayi sebenarnya tiga kali lebih nipis daripada kulit kita dan kehilangan lembapan dua kali lebih cepat. 

Oleh itu, Johnson's Baby Lotion dirumus untuk mengekalkan kelembapan pada kulit si kecil. 

Losyen bayi terbaik ini membantu mengekalkan kulit si kecil menjadi lebih lembap, lembut, dan lebih sihat.

Ini kerana terdapat ekstrak yang membantu menjadikan kulit bayi anda kelihatan lebih segar. 

Selain itu, dapat menyeimbangkan tahap pH kulit dan boleh digunakan orang dewasa dengan kulit kombinasi, normal atau kering.

Tekstur losyen tidak berminyak, kandungannya pula tidak mengandungi Paraben, Phthalates dan pewarna tiruan.

Anakku Extra Mild & Extra Moisturising Baby Lotion
Semak Anakku Extra Mild & Extra Moisturising Baby Lotion harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Tidak berminyak
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Sesuai untuk dewasa
remove_circle Lembapan tidak tahan lama

Losyen dari jenama Anakku ini boleh disapu pada bahagian seluruh tubuh dan muka bayi.

Ini kerana tidak mengandungi alkohol, pewarna dan Paraben jadi selamat untuk disapu pada bahagian muka.

Losyen ini mempunyai aroma yang menyenangkan jadi apabila disapu pada bahagian pipi, wajah bayi anda berbau wangi.

Jangan risau, tidak akan menyebabkan kulit si kecil iritasi atau merengsa kerana tahap pH yang seimbang.

Dengan bahan gel Aloe Vera dan Vitamin E, kulit bayi anda akan menjadi lebih lembut dan anjal.

Losyen anti nyamuk untuk bayi
losyen baby untuk anti nyamuk
Semak Kindee Organic Mosquito Repellent Lotion harga dibawah:
add_circle Melindungi kulit bayi daripada nyamuk
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Tidak melekit
remove_circle Losyen sedikit cair

Losyen ini diformulasikan dengan bahan semula jadi terpilih yang selamat untuk bayi terutama mengalami masalah kulit sensitif.

Antara bahan yang terkandung adalah minyak lavender dan minyak pati Eucalyptus.

Semua bahan di atas berkesan dalam menghalau nyamuk sehingga 3 jam dan melembapkan kulit bayi.

Tidak seperti jenama lain kerana losyen ini tidak mengandungi bahan DEET, paraben dan pewangi yang boleh membahayakan bayi.

Bagusnya lagi, losyen bayi ini juga hipoalergenik, boleh disapu pada muka dan badan, memang sesuai untuk bayi baru lahir dan ke atas.

Losyen terbaik untuk bayi baru lahir
Bzu Bzu
BZU BZU Cooling Baby Lotion
Semak BZU BZU Cooling Baby Lotion harga dibawah:
add_circle Tidak melekit
add_circle Botol besar
add_circle Bebas Silikon, Paraben, Minyak Mineral dan Alkohol
add_circle Ada sensasi dingin
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit bayi sensitif

Kulit bayi lebih nipis dan mudah untuk hilang lembapan dengan cepat, dengan ramuan Yuzu Ceramide, Alga dan ekstrak Okura dalam BZU BZU Cooling Baby Lotion akan mengunci kelembapan semula jadi kulit bayi anda.

Ciri ini juga akan meningkatkan fungsi kekuatan kulit, menjadikan kulit bayi lembut, terhidrat dan anjal.

Dengan sensasi penyejukan yang ringan losyen ini akan mengurangkan rasa ketidakselesaan kulit si manja anda. 

Produk ini telah diuji secara klinikal untuk kulit bayi baru lahir dan dirumus secara klinikal untuk kulit bayi baru lahir. 

Paling penting, losyen ini bebas Silikon, Paraben, Minyak Mineral dan Alkohol serta mempunyai bau yang menenangkan untuk membantu bayi tidur. 

Losyen untuk muka bayi
Pureen
pureen baby lotion
Semak Pureen Baby Lotion (500ml) harga dibawah:
add_circle Formula yang lembut
add_circle Mengandungi Vitamin E
add_circle Kulit bayi lebih lembut dan licin
add_circle Tidak melekit
remove_circle Mengandungi pewangi

Losyen Bayi Pureen (500ml) dalam bentuk pump ini mudah digunakan dan membantu melembapkan kulit bayi anda. 

Dengan formula yang ringan dan lembut, ia tidak meninggalkan kesan melekit dan mengandungi Vitamin E yang membantu menyuburkan kulit baby

Menjadikan kulit bayi terasa lebih lembut dan halus seperti sutera, serta mengekalkan bau wangi yang menenangkan. 

Losyen bayi ini sangat sesuai untuk seisi keluarga terutamanya yang mempunyai kulit kering.

Losyen untuk bayi kulit kering
Hoppi
Hoppi 100% Organic Moisturizing Baby Lotion
Semak Hoppi 100% Organic Moisturizing Baby Lotion harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk baby newborn
add_circle pH yang seimbang
add_circle Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi ekzema

Losyen bayi jenama Hoppi ini menggunakan bahan organik semula jadi Camellia Seed Oil dan Aloe Barbadensis Leaf Juice yang mana dapat membantu melembapkan kulit bayi anda.

Malah dengan campuran Ultra Moisturising Amino Acids, bayi yang mengalami kulit kering, bersisik, berbintik, pecah dan gatal sangat digalakkan untuk guna losyen ini kerana ia memberi kelembapan berganda.

Jangan risau, losyen ini telah diuji oleh pakar dermatologis, jadi selamat digunakan bayi yang baru lahir atau dijadikan kegunaan harian.

Losyen ini juga dapat melembapkan dan memberi kulit si manja rangsangan yang baik jika menghadapi masalah ruam lampin.

Cara penggunaannya sangat mudah, hanya sapu lotion Hoppi ini selepas mandi pada bahagian yang bermasalah dan urut perlahan-lahan.

Selain pada bahagian badan, boleh juga guna pada muka bayi.

Losyen calamine untuk bayi
Calazite
Calazite Calamine & Zinc Oxide Lotion
Semak Calazite Calamine & Zinc Oxide Lotion harga dibawah:
add_circle Harga sangat murah
add_circle Boleh digunakan orang dewasa
remove_circle Perlu menggunakan kapas

Bila baby merengek kerana tidak selesa disebabkan kulit yang mengalami gegata, ruam, digigit serangga dan sebagainya, Calazite Calamine & Zinc Oxide Lotion ini jalan penyelesaiannya. 

Losyen ini dapat memberi tindak balas cepat dimana dapat mengurangkan rasa gatal dan si kecil akan merasai dingin dan selesa.

Malah dengan kandungan aktif zink oksida dan antiseptik, losyen ini dapat memberi kelegaan serta menghalang jangkitan ke bahagian kulit yang lain jika bayi menggaru.

Walaupun tekstur losyen ini sedikit cair tapi mudah dikeringkan apabila disapu pada kulit bayi sekaligus dapat mengeringkan ruam yang muncul pada permukaan kulit.

Perlu diingatkan sebelum sapu losyen ke kawasan kulit yang terjejas, goncangkan botol terlebih dahulu supaya cecairnya dapat bercampur sepenuhnya.

Lotion untuk bayi anti nyamuk
Mama's Choice
Mama's Choice Baby Body Cream
Semak Mama's Choice Baby Body Cream harga dibawah:
add_circle Mengandungi multivitamin
add_circle Membaiki kulit rosak
add_circle Melindungi kulit dari pencemaran
remove_circle Tiada bau wangi

Terkena gigitan nyamuk itu perkara biasa, tapi bila kena pada bayi kita sehingga meninggalkan bekas, itu yang membuatkan kita rasa tidak senang.

Manakan tidak, anak yang lahir itu kita tatang bagai minyak yang penuh, jadi kalau boleh kita tak nak ada cela pada kulit anak kita seperti bekas gigitan nyamuk.

Jangan susah hati lagi sebab Mama's Choice Baby Body Cream dapat membantu anda untuk hilangkan parut atau bekas dari gigitan nyamuk.

Bukan itu sahaja, kandungan multivitamin dalam losyen ini akan membantu memberi kelembapan sepanjang hari pada kulit bayi anda dan juga menjaga kesihatan kulit.

Selain itu, ia turut mempunyai kandungan seperti niacinamide, avokado dan minyak zaitun, yang mana dalam waktu yang sama dapat melindungi kulit bayi anda dari pencemaran luar rumah. 

Dengan harga yang tidak terlalu mahal, anda boleh dapatkan losyen ini dan mula melindungi kulit bayi serta memberi rawatan terbaik pada kulit bayi anda.

Lotion baby yang bagus untuk kulit kering
Honey & Olive
Rescue cream honey olive baby Lotion
Semak Rescue Cream Honey Olive Baby Lotion harga dibawah:
add_circle Mampu menghilangkan kegatalan
add_circle Tiada bahan kimia bahaya
add_circle Diformulasikan oleh doktor pakar
remove_circle Sedikit melekit

Mengandungi bahan semula jadi seperti minyak kelapa, minyak argan, beewax, shea butter, dan aloe vera, losyen bayi ini mampu beri kelembapan berpanjangan pada kulit bayi.

Selain itu, diformulasikan khas oleh doktor pakar bagi memastikan kulit yang paling sensitif terhidrat, dapat mengurangkan gatal dan iritasi.

Memang sangat sesuai sekiranya bayi anda mempunyai kulit yang sensitif atau kering, dan juga sesuai sekiranya bayi anda sering menggaru kegatalan kerana boleh mengurangkan rasa gatal dengan efektif.

Bagaimanapun, tekstur losyen ini mungkin sedikit melekit bagi sesetengah orang dan membuatkan ia rasa kurang selesa.

Namun, bagi menjaga keadaan kulit bayi anda supaya sentiasa halus dan licin, losyen ini mampu untuk melindungi keadaan kulit bayi anda.


Bagaimana Cara Pilih Losyen Baby?

Sebagai ibu bapa, kita pasti ingin memberikan yang terbaik untuk anak dan itu termasuklah memilih produk yang sesuai untuk kulit bayi yang lembut dan sensitif.

Pertama sekali, pastikan losyen bayi yang anda pilih tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti Paraben, Sulfat dan pewangi sintetik.

Sebaiknya pilih losyen yang mempunyai label Hypoallergenic atau "sensitive skin" untuk memastikan kulit bayi tidak mengalami sebarang reaksi yang tidak diingini.

Selain itu, pilih losyen yang mempunyai kandungan yang melembapkan seperti minyak kelapa, minyak almond, vitamin E atau Shea Butter.

Bahan ini bukan sahaja membantu menjaga kelembapan kulit bayi, malah mencegah kulitnya dari menjadi kering dan gatal.

Jangan lupa untuk memilih losyen bayi yang sesuai dengan jenis kulit bayi anda.

Jika bayi anda mempunyai kulit kering, pilih losyen bayi yang lebih berat seperti krim.

Seterusnya, pastikan losyen bayi yang anda pilih telah diuji secara klinikal dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau FDA.

Kami nasihatkan anda pilih losyen baby dengan bau yang menyenangkan untuk membantu menenangkan si kecil.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Losyen Baby?

Kelebihan penggunaan losyen baby adalah dapat membantu melembapkan kulit si kecil, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit kering.

Ini kerana mengandungi bahan-bahan semula jadi yang membantu memperbaiki dan menguatkan lapisan kulit bayi anda.

Selain itu, losyen baby juga dapat membantu melindungi kulit daripada iritasi, membantu meredakan ruam lampin dengan melembapkan kawasan yang terjejas dan membantu mengurangkan kemerahan pada kulit.

Tapi tidak semua produk sesuai untuk semua baby kerana mungkin sesetengah mengandungi bahan yang boleh menimbulkan reaksi alergi pada kulit si kecil.

Oleh itu, sebelum anda memutuskan untuk menggunakan losyen baby, pastikan anda memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit si kecil dan jangan terlalu kerap menggunakannya.

Lakukan ujian kecil pada kulit si kecil sebelum menggunakan losyen baby secara meluas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan kulit si kecil segera berjumpa dengan doktor. 


Apakah Fungsi Losyen Bayi?

Kalau berbincang tentang kesihatan si kecil, mesti ramai ibu bapa terfikir tentang losyen bayi kerana mereka mempunyai kulit yang sensitif dan nipis.

Jika tidak dijaga, kemungkinan besar boleh timbul masalah kulit seperti ruam, ekzema, kemerahan, kegatalan, merengsa dan banyak lagi.

Jadi dengan penggunaan losyen bayi terbaik adalah jalan paling memudahkan bagi memastikan kulit si kecil tidak kering, elak dari digigit serangga, ruam dan banyak lagi.

Dengan penggunaan losyen bayi, kulit si kecil akan menjadi lebih licin, wangi, lembap dan serba sedikit dapat merawat ruam yang timbul pada permukaan kulit.

Selain itu, losyen bayi juga dapat memberi kesegaran kulit, menghilangkan sisik kulit pada awal kelahiran dan melembutkan tekstur kulit.

Perlu diingatkan juga, ibu bapa perlu memastikan penggunaan losyen bayi sesuai dengan jenis kulit bayi kerana lain bayi lain jenis kulit mereka.

Tidak semestinya anak orang lain pakai jenama losyen tersebut bagus dan berkesan pada anak anda sebab kadang-kala anak kita tidak sesuai.

Jadi perhatikan betul-betul kandungan yang digunakan dalam pembuatan losyen tersebut supaya kulit si manja tidak rosak.


Apakah Perbezaan Antara Krim Bayi Dan Losyen Bayi?

Sebagai ibu, penting untuk mengetahui perbezaan antara krim bayi dan losyen bayi.

Losyen mempunyai konsistensi yang lebih nipis daripada krim dan ini bermakna mudah merebak ke atas kulit serta menyerap dengan cepat.

Tekstur krim lebih tebal daripada losyen bayi.

Krim bayi adalah produk yang direka untuk melembapkan kulit dan mengurangkan kerengsaan kulit serta sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Krim juga dapat digunakan untuk mencegah masalah seperti kulit pecah-pecah, ruam dan kulit kering.

Losyen bayi pula, dipanggil sebagai pelembap kulit, diformulasikan untuk membantu melembutkan dan melembapkan kulit bayi.

Selain itu, losyen berkesan pada mereka yang mempunyai kulit berminyak atau normal kerana memberikan kelembapan asas pada kulit. 

Krim pula akan memberikan tahap penghidratan yang lebih mendalam dan bagus untuk bayi yang mempunyai kulit kering. 

Jadi, selaras dengan kegunaan masing-masing, anda boleh menjaga kulit bayi anda dengan menggunakan krim dan losyen yang tepat. 

Apa-apa pun, jom lihat video di bawah untuk mengetahui penyebab kulit kering bayi dan cara mengatasinya.


Bolehkah Menggunakan Losyen Bayi Pada Bayi Baru Lahir?

Jawapan ringkas untuk soalan tersebut adalah; boleh!

Bagaimanapun, anda perlu memilih losyen yang telah diuji secara klinikal bahawa ia selamat untuk bayi baru lahir.

Bila anda memakaikan losyen pada bayi anda bermula sejak baru lahir sehinggalah merumur 3 tahun, anda sebenarnya membantu menjaga kesihatan kulit bayi anda. 

Kulit bayi anda akan kekal lembut dan sentiasa dalam keadaan lembap, yang mana ia dapat melindungi kulit bayi anda daripada pencemaran luar.

Bayi yang tidak memakai losyen, atau kurang memakainya, keadaan kulit mereka mungkin akan menjadi sedikit kasar apabila dia semakin meningkat usia.

Jadi, pilihlah losyen yang sesuai untuk bayi yang baru lahir dan consistent pakaikan anak losyen setiap hari.


Artikel Berkaitan

End of Article