Proses mengepam susu badan tak semudah yang disangka kerana memerlukan kekuatan mental dan fizikal seseorang ibu.
Ada banyak perkara yang perlu dilakukan seperti mencuci bekas pam susu, sterilize bekas pam, menjaga jadual pam, keluar berjalan perlu bawa peralatan pam dan banyak lagi!
Lagipun seorang ibu perlu wujudkan demand untuk kekalkan supply susu badan jika mahu teruskan misi anak fully breastfeed selama 2 tahun seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jadi, breast pump terbaik yang bagus dan berkualiti akan membantu si ibu yang bekerja atau suri rumah menyediakan stok susu yang mencukupi tanpa membuatkan si ibu rasa sakit di bahagian payudara.
Jom lihat jenama pam susu elektrik terbaik dan berkualiti untuk ibu yang masih mencari dan keliru pump susu yang mana sesuai untuk badan.
Penyunting
Tentang Hamka Rosli chevron_right
Pakar
Nad Masrom chevron_right
Table of Contents
Apa Kekurangan dan Kelebihan Breast Pump?
Menggunakan pam payudara sememangnya membantu para ibu dalam proses penyusuan bayi, lebih-lebih lagi para ibu yang sibuk bekerja.
Bagaimanapun, pasti akan ada kelebihan dan juga kekurangan bagi penggunaan pam susu ini, dan disebabkan ia merupakan kos pembelian tambahan, jadi para ibu perlu dapatkan maklumat penuh sebelum membelinya.
Ini antara kelebihan dan kekurangan breat pump daripada Expert kami:
Tambahan lagi,anda perlu faham pam susu juga tidak boleh menggantikan kemesraan semula jadi antara ibu dan bayi ketika menyusu.
Nasihat kami, beli jenis breast pump yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda.
Bagaimana Cara Pilih Breast Pump?
Breast pump adalah alat yang sangat berguna bagi ibu yang ingin membuat stok susu perahan untuk bayi mereka.
Mungkin sukar untuk anda buat pilihan yang betul kerana terdapat pelbagai jenis dan jenama breast pump di pasaran.
Jom lihat tips memilih breat pump yang sesuai buat si ibu daripada Expert kami:
Nad Masrom
Antara tips yang ibu-ibu boleh ikut adalah, pertama ibu-ibu perlulah tahu saiz corong yang bersesuaian.
Saiz corong ini sangat penting, dan terdapat saiz-saiz tertentu yang ibu-ibu perlu ketahui cara ukurannya.
Kedua, ibu-ibu perlu tahu apakah faktor pemilihan jenis pam susu tersebut, seperti cara ibu bekerja yang memerlukan ibu sentiasa berada di tempat kerja.
Jika ibu-ibu mempunyai pekerjaan yang menghalang ibu-ibu daripada meninggalkan tempat kerja, maka boleh pilih jenis pam susu inovasi seperti jenis handsfree yang boleh digunapakai tanpa perlu memegangnya.
Ketiga, perlu lihat bajet yang dimiliki kerana banyak juga pam susu di luar sana yang ibu-ibu boleh dapatkan bergantung kepada bajet dan yang bersesuaian dengan ibu-ibu.
Kemudian, perlu tahu tak semua bentuk payudara sesuai dengan semua pam susu.
Penggunaan pam susu bercorong mungkin lebih sesuai dengan ibu-ibu yang mempunyai payudara yang besar atau payudara yang berbentuk betik, manakala pam handsfree sesuai digunakan untuk ibu-ibu yang mempunyai saiz payudara average untuk ibu-ibu di Malaysia.
Akhir sekali, sebaik-baiknya kita mencuba terlebih dahulu untuk merasakan keserasian dengan penggunaan pam susu tersebut dan keserasian terhadap ibu sendiri.
Selain itu, anda juga boleh ikuti tips berikut:
-
Jenis breast pump
Terdapat dua jenis utama pam payudara iaitu pam manual dan elektrik.
Pam manual biasanya lebih murah dan mudah dibawa ke mana-mana, tapi ia memerlukan lebih masa dan tenaga untuk menghasilkan susu.
Pam elektrik pula lebih pantas dan senang digunakan walaupun agak berat dan mahal.
-
Kekuatan sedutan breast pump
Ini penting kerana kekuatan sedutan pada pam payudara anda boleh mempengaruhi jumlah susu yang anda mampu hasilkan.
Jadi, pastikan anda memilih pam susu dengan kuasa sedutan yang paling selesa.
-
Ukuran breast pump
Pastikan alat pam susu yang anda pilih mempunyai "breast shield" atau "flange" yang sesuai dengan saiz payudara untuk mengurangkan risiko kesakitan dan keletihan semasa proses keluarkan susu.
Selain itu, pastikan pam susu yang anda pilih mudah digunakan dan mudah dibersihkan.
-
Jenama
Apa pun pilihan anda, pastikan membeli jenama pam payudara yang telah terbukti dan diiktiraf kualitinya.
Tidak lupa baca ulasan dari pembeli breast pump jenama tersebut sebelum membuat keputusan.
-
Ketahanan
Pilih pam susu yang selamat dan tahan lama kerana ia boleh digunakan untuk menyusukan bayi selama beberapa tahun.
Langkah ini juga akan membantu menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.
Adakah Mengepam Menyebabkan Anda Rasa Penat?
Menyusukan anak pastinya menjadi tanggungjawab besar bagi para ibu untuk memenuhi memenuhi keperluan nutrien si kecil.
Ramai ibu bimbang sama ada proses memerah susu badan akan menyebabkan kepenatan, bagaimanapun kita lihat dahulu apa pandangan daripada Expert kami.
Nad Masrom
Proses mengepam tidak menyebabkan rasa penat kerana teknologi dan inovasi pam susu pada masa sekarang sangatlah mudah, di mana kebanyakkan pam susu boleh saja diselitkan di dalam pakaian dalam ibu menyusu dan ibu menyusu bebas melakukan apa jua kerja dan boleh berehat santai sambil pam susu, jadi ia tidaklah memenatkan.
Mungkin yang dikatakan penat adalah proses selepas itu, iaitu proses mencuci corong pam susu dan mengemas peralatan penyusuan sebelum pergi kerja.
Tetapi jika ibu-ibu mempunyai matlamat yang besar dalam membekalkan makanan terbaik buat bayi ibu-ibu, maka ia bukanlah sesuatu yang memenatkan dan membebankan.
Sebenarnya, ia juga bergantung kepada beberapa faktor.
Antaranya adalah teknik breast compression yang betul perlu dipraktikkan bagi melancarkan susu badan.
Selain itu, pemilihan pam susu berkualiti yang sesuai dengan saiz payudara juga membantu proses perahan lebih lancar dan mengurangkan kepenatan.
Ibu juga perlu berada dalam posisi yang betul dan memakai bra yang sesuai.
Di samping itu, amalkan pemakanan berkhasiat dan minum air secukupnya.
Ini membantu penghasilan susu berkualiti tanpa menjejaskan kesihatan ibu.
Senarai 17 Breast Pump Terbaik
*PERHATIAN: Jenama breast pump yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Nad Masrom, kecuali dinyatakan.*
Sebab menjadi pilihan utama:
Jenama breast pump terbaik dengan kurang bahagian untuk mencuci, portable, bunyi perlahan 28 db dan tidak sampai 5 minit dah penuh.
Nipple pun tak rasa sakit dan bolehlah mengepam sambil buat aktiviti lain seperti mengemas rumah atau memasak.
Ciri-ciri:
Breast pump Ashlee Lora mudah dipakai, boleh dicas semula, tubeless, wireless, rekaan compact dan paparan skrin LED yang jelas.
Pilih daripada 18 tahap sedutan dan tiga mod berbeza: massage, expression, auto.
Didatangkan dengan reka bentuk kaki berdiri untuk memastikan tiada tumpahan susu dan fungsi memori untuk mengingati tetapan anda.
Handsfree breastpump yang mempunyai kapasiti penyimpanan susu 180ml dan reka bentuk yang menghalang susu meleleh atau tertumpah.
Cawan pengumpulan susu turut mempunyai milk volume marking, corong silikon lembut bebas BPA dan auto shut-off selepas 30 minit.
Memang mahal sedikit tapi berbaloi untuk membantu si ibu dengan jaminan motor 1 tahun dan kapasiti bateri 1000mAh yang tahan lama.
Review:
“Saya dah gunakan sejak hari ke 4 selepas bersalin. Memang sangat membantu memudahkan urusan mengepam susu. Fungsi handsfree membuatkan saya boleh bergerak bebas untuk uruskan diri dan baby. Sedutan pam pun ok. Boleh laras ikut keselesaan. Ada fungsi rangsangan seolah2 baby yang menghisap susu.”
Pam susu jenama Spectra S1 ini setanding dengan gred hospital yang diperbuat daripada Korea Selatan.
Tekanan sedutan pam susu ini sebanyak 320mmHg akan membantu payudara si ibu rasa sangat selesa pada setiap sesi mengepam.
Selain itu, ia mempunyai 5 kitaran beserta 12 tahap kawalan sedutan menjadikan keseluruhan 60 kombinasi program yang akan mengikut kesesuaian badan si ibu.
Malah, mempunyai enam butang berbeza fungsi - massage, 2 suction frequency control, power button dan 2 suction level control.
Spectra S1 Double Breast Pump ini beroperasi secara ultra senyap dengan gelombang bunyi sekuat 42.5 dB sahaja.
Jadi anda boleh mengepam tanpa menggangu si manja sedang nyenyak tidur.
Mesin pam ini boleh dicas semula dan mampu beroperasi sehingga 6 kali sesi mengepam.
Pam susu ini mempunyai kapasiti 150ml atau 5 ½ oz cukup untuk satu sesi mengepam susu anda.
Double electric breast pump diperbuat daripada bahan alam sekitar dan medical silicone membuatkan produk ini selamat digunakan.
Selain itu, produk ini mempunyai saiz yang kecil dan ringan - sama berat dengan sebiji oren.
Menariknya, pam susu ini akan terus ke botol susu yang dikhaskan, jadi si ibu tidak perlu untuk melakukan proses memindahkan susu ke botol lain.
Jangan risau, botol susu akan ditutup rapat dan ia ada ciri anti-bocor bagi mengelakkan susu anda tumpah.
Puting yang disediakan mempunyai saiz seakan-akan puting ibu, jadi si manja anda tidak akan menghadapi nipple confuse.
Pam elektrik ini menggunakan USB power supply di mana anda akan menjimatkan ruangan electric plug dengan hanya mengecas menggunakan laptop atau power bank.
Electric breast pump S10 merupakan pam susu yang boleh dibawa kemana sahaja tanpa perlu memegang pam semasa mengepam susu.
Pam susu ini menjadi pilihan ibu yang bekerja tanpa perlu risau masalah bengkak di bahagian payudara akibat susu yang sudah banyak.
Jadi para ibu tidak perlu malu ketika sesi pengepam dikhalayak ramai.
Pam susu ini juga mempunyai sistem automatic shutdown di mana pam tersebut akan berhenti setelah 20 minit untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan pada payudara.
Pam susu ini direka dengan USB port di bahagian pengecas dan mempunyai dua mod ketika beroperasi.
Ingin kami ingatkan saiz bekas simpanan ini berkasiti 180ml dan terdapat dua pilihan saiz breast mask berbeza iaitu 27mm atau 24mm.
Pam susu jenama Bearmom ini mempunyai kapasiti 160ml atau 6oz - cukup untuk satu sesi mengepam.
Saiz pam susu ini panjang x lebar x tinggi = 117mm x 117mm x 75mm sangat sesuai untuk saiz bra cup biasa.
Dengan saiz pam susu yang ideal, ibu boleh buat kerja lain sambil pam susu tanpa rasa terganggu.
Jangan risau, sedutan pam susu ini sekuat 300mmhg dan ianya tak menyakitkan puting payudara anda.
Malah, mempunyai rekaan anti backflow jadi si ibu tidak perlu risau susu meleleh keluar.
Pam susu ini mempunyai tiga jenis mod ketika mengepam iaitu auto stimulation, massage dan expression serta mempunyai pilihan sembilan tahap sedutan.
Bateri ini juga mampu bertahan selama 210 minit dan tempoh mengecas penuh 180 minit.
Pam susu ini lengkap dengan teknologi LED bermakna anda tak perlu tekan butang untuk mengawal proses pam.
Pam susu dari jenama Mimo ini bercirikan semua dalam satu iaitu ia tak mempunyai wayar dan tak mempunyai tiub.
Bahagian mesin terdapat 2 mod mengepam iaitu massage dan expression mode dan setiap mod mempunyai tahap sedutan yang berbeza.
Manakala, pam ini akan berhenti mengepam selepas 30 minit, agak lama daripada biasa.
Menariknya tentang pam susu ini, apabila diperah, susu akan terus jatuh ke botol susu yang disediakan.
Jangan risau, botol susu yang disediakan mempunyai ciri bebas daripada bahan kimia terlarang.
Untuk setiap pembelian mesin pam susu ini, anda akan dapat beberapa aksesori seperti:
- 1x unit Pump.
- 1x breast shield.
- 1x silicon diaphragm.
- 2x valve.
- 1x teat.
- 1x PP bottle.
- 1x wayar USB.
Bercirikan Smart Breast Pump dimana pam susu secara automatik akan menukar dari massage mod selepas 2 minit kepada expression mode.
Pam susu manual ini direka mengikut saiz payudara jadi susu tidak akan tertumpah keluar.
Untuk pencucian, anda boleh cuci dan sanitasi seperti biasa kerana bekas pam ini tidak mengandungi bisphenol A.
Bahagian cup cerowong pam ini jenis lembut, jadi si ibu akan rasa selesa ketika proses massage touch.
Pam susu ini mempunyai penutup kalis habuk dan bercirikan ergonomic handle untuk memudahkan pengendalian sebelah tangan.
Walaupun pam susu ini bersifat manual, si ibu boleh teruskan menyusu anak sambil mengepam di sebelah lagi payudara.
Saiz bekas ini adalah 15cm x 10cm x 9cm.
Breast pump Medela Swing Solo™ ini sangat mudah dikendalikan.
Rekaannya yang compact dan ringkas sekaligus menjadikan kerja si ibu mudah dan efisien.
Pam susu ini mempunyai 4 butang kawalan beserta 9 pre-programme setting bagi memudahkan lagi proses mengepam susu.
Selain itu, pam susu ini juga sangat ringan dan mempunyai komponen yang sedikit.
Jadi, kerja-kerja mencuci dan memasang pam susu tersebut menjadi lebih mudah dan lebih cepat.
Untuk setiap pembelian mesin pam susu ini, anda akan dapat beberapa aksesori seperti:
- 1 x Solo™ motor unit.
- 1 x 150 ml bottle with lid.
- 1 x bottle stand.
- 1 x PersonalFit Flex™ connector.
- 1 x PersonalFit Flex™ breast shield size 24 mm.
- 1 x USB charging cable.
- 1 x USB power adapter.
- 1 x Instructions for use for Solo™.
Menariknya lagi, ia mempunyai teknologi 2-Phase Expression® dimana corak sedutan cepat akan berubah kepada sedutan secara perlahan untuk mengeluarkan susu lebih banyak.
Pam susu elektrik jenama Boboduck ini mempunyai 9 tahap untuk 3 operation mode yang berbeza iaitu massage, expression dan nipple correction.
Apa yang menariknya, Nipple correction mode ini dapat membantu kaum ibu yang mempunyai masalah puting ke dalam.
Selain itu, daya sedutan yang lembut dan tidak menyakitkan sangat sesuai untuk ibu yang baru pertama kali melangkah ke dalam dunia penyusuan.
Pam susu ini beroperasi secara senyap jadi si ibu boleh melakukan sesi mengepam tanpa perlu risau tidur si kecil terganggu.
Rekaan anti-backflow pam susu ini juga dapat mengasingkan susu dari udara luar supaya kebersihan susu ini terjamin.
Pam susu ini mempunyai kapasiti 160ml atau 6oz dan ia cukup untuk satu sesi mengepam.
Mesin pam ini boleh dicas semula dan mampu beroperasi sehingga 2 ke 3 jam.
Autumnz Gaya Gen 2 memiliki ciri yang ringan iaitu mudah dipakai dan tanpa wayar.
Jika mesin pam ini dicas penuh, si ibu boleh mengepam hingga 4 ke 5 sesi dan setiap sesi dilakukan selama 15 hingga 20 minit.
Jangan risau, bekas pam ini mampu mengumpul sebanyak 180ml atau 6oz dan tanpa wayar.
Jadi, si ibu boleh melakukan apa-apa kerja sambil mengepam susu.
Selain itu, mempunyai 9 tahap sedutan untuk 2 mode yang berbeza iaitu massage dan expression mode.
Si ibu hanya perlu dua butang untuk membuat pilihan mengikut keselasaan payudara masing-masing.
Jenama Mafababe mengeluarkan dua jenis breast pump dan kami sarankan model Mafababe Pink.
Ini kerana tempoh mesin beroperasi selama 20 minit berbanding model Mafababe Kuning iaitu selama 30 minit.
Sebenarnya anda tak perlu pam terlalu lama kerana kulit puting mengembang tapi bergantung pada demand si ibu.
Ciri lain Mafababe Pink ini adalah mempunyai 5 tetapan mod yang boleh dilaras.
Malah terdapat juga mod lain seperti massage, breast pumping dan juga memory.
Bekas isi padu susu 250ml ini cukup besar untuk menampung susu kedua belah payudara.
Bateri pula sebesar 800mAh di mana hanya dicaj menggunakan kabel wayar USB Android saja.
Mudahkan urusan isteri tersayang untuk menyusu bayi dengan breast pump Lacte.
Bukan apa, pump susu ini mempunyai sistem tertutup untuk mengelakkan susu meleleh keluar dan menawarkan tiga mod: mix, stimulation, expression.
Mempunyai 9 tahap sedutan dan kawalan kelajuan untuk membantu anda mencari tetapan yang paling selesa.
Breast pump handsfree juga menghafal tetapan pilihan dan mempunyai paparan LCD yang menunjukkan maklumat penting seperti hayat bateri, timer, tahap sedutan dan kelajuan.
Dilengkapi dengan dua saiz corong (24mm dan 28mm), pelindung payudara silikon yang lembut dan cawan pengumpulan susu besar yang boleh memuatkan sehingga 8oz.
Bagaimanapun, ia sedikit besar dan kurang sesuai digunakan di luar rumah atau pejabat.
Caj penuh cukup untuk tiga kali penggunaan dan diingatkan untuk mengecasnya selepas tinggal dua bar bateri.
Wireless breast pump Youha Ava akan menjadikan hidup anda lagi mudah.
Dengan aplikasi Younha yang mesra pengguna, anda boleh mengawal tahap kekuatan, mod sedutan, mod senyap, dan pause/off breast pump dari telefon.
Turut dilengkapi dengan 3 mod (mod urut, ekspresi & mix) dan setiap mod mempunyai 10 tahap.
Diperbuat daripada bahan bebas BPA, selamat untuk bayi dan kurang bahagian untuk dicuci.
Boleh dicas dengan power bank / power adapter dan kapasiti bateri 1200 mAh yang bertahan selama 3-5 sesi mengepam.
Kapasiti cawan besar 5oz yang boleh menampung susu maksimum 7oz dan setiap pembelian akan menerima 2 saiz corong pelindung payudara (24mm & 28mm) dan 2 sisipan (22mm &26mm).
Rasa ringan, bunyi tak kuat sangat, tak sakit, yang paling penting sangat selesa pump bila tengah buat kerja dan tidak perlu menekan butang di dalam bra mommy lagi.
Salah satu ciri yang menonjol dari breast pump Imani i2 plus adalah paparan skrin LCD dan anda boleh menetapkan timer untuk mematikan pam secara automatik.
Cawan jernih Imani i2 + juga mempunyai penanda isi padu, lubang besar untuk menuangkan susu, dan hujung untuk mengelakkan tumpahan.
Direka dengan teknologi Korea, pelindung payudara silikon lembut dilengkapi dengan bebibir 25mm dan mempunyai dua mod untuk dipilih: urutan dan ekspresi.
Setiap mod mempunyai lima tahap untuk membantu anda mencari kekuatan sedutan yang terbaik dan terdapat fungsi memori peranti, pelindung aliran balik, dan penunjuk bateri LED.
Tambahan pula, kekuatan sedutan maksimum 300mmhg, kapasiti bateri 1400mAh dan percuma charging dock untuk lebih mudah mengecas motor pump.
Sesuai untuk ibu yang bekerja yang perlu mengepam di meja mereka atau di mana sahaja kerana bunyinya tak kuat dan berat hanya 160g.
Dengan natural motion technology yang meniru gerakan menyusu bayi sendiri, ibu akan rasa selesa semasa mengepam susu.
Flange silikon direka untuk rasa seperti mulut bayi dan membantu mengeluarkan susu dengan mudah dan cepat.
Selain itu, breast pump dilengkapi kusyen silikon lembut satu saiz (sehingga 30mm) yang sesuai dengan anatomi unik anda.
Breast pump ringan dan kecil ini sesuai untuk ibu yang mengepam semasa dalam perjalanan.
Ditambah lagi, keupayaan breast pump untuk mencetuskan pelepasan susu sebelum atau antara penyusuan.
Berbeza dari pump susu lain, reka bentuk breast pump Philips membolehkan anda duduk tegak dan berehat semasa menggunakan pam.
Bagi ibu yang ingin mengepam susu ketika bercuti, bekerja, drive atau sering outstation, beli je breast pump Samu Giken.
Hadir dalam rekaan backflow prevention design yang mengelakkan susu meleleh keluar dan saiznya yang lebih kecil memberikan keselesaan kepada ibu.
Bekas pengumpulan susu diperbuat dari bahan bebas BPA dan tritan yang menyokong pensterilan suhu tinggi untuk memastikan keselamatan anda dan bayi anda.
Penunjuk LED menjadikan mod dan pelarasan kelajuan mudah, manakala pacifier silikon lembut memberikan keselesaan maksimum semasa digunakan.
Breast pump mempunyai fungsi penjimatan memori, 9 tahap sedutan dan 4 mod sedutan: Stimulation, Massage, Lactation, Bionic.
Tahap kebisingan kurang dari 30 dB, jadi baby tidak akan terjaga dan boleh guna di tempat awam.
Setelah selesai mengepam, cukup tekan butang pada botol breast pump dan simpan bekas simpanan susu dengan penutup untuk mengelakkan pencemaran susu.
Breast pump Malish menawarkan empat mod berbeza dan sembilan tahap sedutan yang menyenangkan wanita dalam menyusu bayi.
Diperbuat dari bahan bebas BPA, ringan, dan mudah alih, dan mempunyai bateri litium terbina dalam yang boleh dicas semula menggunakan kabel USB.
Pam ini juga mempunyai reka bentuk sistem tertutup anti-backflow yang memastikan setiap titisan susu dikumpulkan dengan selamat dan tanpa tertumpah.
Aksesori yang boleh dilepas mudah dibersihkan dan dipasang, dan dilengkapi dengan lima ukuran pelindung silikon dan funnel insert yang berbeza.
Dengan fungsi ingatannya, pam susu secara automatik memasuki mod dan tahap sedutan terakhir.
Paling penting, breast pump Malish sesuai untuk ibu yang sudah menyusukan anak 4-5 bulan ke atas dan tiada masalah bengkak susu.
Panduan Tempoh Hayat Susu Ibu
Tempoh hayat susu ibu yang dipam merujuk kepada tempoh berapa lama susu ibu boleh disimpan setelah dipam menggunakan breat pump atau dengan cara menggunakan milk collector.
Bagaimana pun, tempoh ini boleh berbeza bergantung kepada cara penyimpanan susu, sama ada dalam suhu bilik, peti sejuk, atau peti ais.
Secara am, susu ibu yang dipam boleh disimpan dalam suhu bilik selama kira-kira 4 jam.
Jika susu tersebut disimpan dalam peti sejuk (antara 0°C hingga 4°C), ia boleh kekal selama kira-kira 4 hari.
Manakala, jika disimpan dalam peti ais atau peti sejuk beku dengan suhu yang lebih sejuk (0°C atau lebih rendah), ia boleh kekal selama kira-kira 6 hingga 12 bulan.
Penting untuk mengikuti panduan penyimpanan susu ibu dengan teliti untuk memastikan kualiti dan keselamatan susu.
Selain itu, tanda-tanda susu ibu yang rosak seperti bau yang busuk, warna berubah, atau terdapat ketumpatan yang tidak biasa harus diperhatikan, dan susu yang rosak sepatutnya dibuang.
Bagaimanakah Cara Untuk Pam Susu?
Mungkin ramai newly mom keliru macam mana cara untuk mengepam susu badan lebih lagi jika mereka bekerja dan perlu pam secara manual.
Cabaran mencari masa dan tempat yang sesuai mungin juga akan mempengaruhi sesi mengepam susu.
Jika salah pilih cara, kemungkinan untuk melecet pada bahagian puting sebab pam susu adalah sangat tinggi.
Sebenarnya kalau tahu teknik yang betul, proses pam susu secara manual menjadi senang dan anda mungkin tak rasa terbeban.
Jadi, jom kita lihat penerangan ringkas dari Kaunselor Laktasi, Nad Masrom menerusi video tersebut.
Tapi jika si ibu dan si ayah mempunyai pendapatan yang tinggi, tak salah untuk beli mesin pam susu.
Banyak pilihan di pasaran, pilih saja mana yang sesuai cuma si ibu perlu tahu juga ilmu dunia pam susu menggunakan mesin.
Pertama sekali si ibu perlu tahu adalah berapa lama jarak mengepam susu satu sesi ke sesi seterusnya.
Menurut Noorfazila, Kaunselor Laktasi Media Sosial, jarak pam susu dari satu sesi ke sesi seterusnya adalah 2 hingga 3 jam.
Jangan khuatir tentang berapa jumlah yang berjaya di pam, asalkan si ibu rajin pam susu untuk dapatkan demand walaupun jauh dari anak.
Seterusnya, si ibu perlu tahu cara pencucian bekas pam dimana selepas sesi mengepam, bekas perlulah dicuci dan disanitasi supaya kuman tidak masuk ke dalam perahan susu.
Akhir sekali, perlu tahu berapa jumlah sedutan mesin yang sesuai untuk puting anda.
Jika sedutan mesin terlalu kuat boleh mengakibatkan puting si ibu berdarah atau sakit.
Ingin kami ingatkan, walaupun anda mengepam susu tapi puting perlu juga ada rangsangan dari mulut bayi.
Adakah Proses Pam Susu Boleh Besarkan Payudara?
Sebenarnya tidak.
Payudara si ibu akan kekal saiz yang sama cuma akan kelihatan sedikit besar jika mengalami bengkak susu.
Tapi jika anda ingin besarkan payudara anda, boleh ikuti langkah urutan dari video berikut.
Adakah Berat Badan Boleh Turun Jika Pam Susu Badan?
Kepada ibu yang menyusu badan, perasan tak anda merasa lapar dengan kerap?
Ada juga yang kalau tak sarapan pagi akan rasa boleh pitam atau perut rasa tidak selesa.
Jangan risau, menurut portal kesihatan, Doctor On Call yang ditulis oleh Dr Sashini Seeni, ibu memang akan menyalurkan sebanyak 70% kalori dan nutrisi melalui susu ibu ke anak.
Oleh itu, si ibu harus meningkatkan juga kuantiti makanan untuk menampung keperluan nutrisi anda dan anak sekali.
Jadi, dengan pengambilan makanan yang seimbang wajib diambil walaupun dalam kuantiti yang lebih daripada biasa.
Selain itu, ini pula pandangan daripada Expert kami:
Nad Masrom
Penyusuan susu ibu memang dapat membakar dari 500 hingga 700 kalori dalam sehari, jadi penggunaan breast pump juga membantu pembakaran kalori ini.
Tetapi ibu-ibu tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan breast pump untuk menurunkan berat badan.
Apa pun, untuk mendapatkan berat badan yang ideal, ibu-ibu perlulah mengamalkan pemakanan seimbang dengan pengambilan kalori yang bersesuaian dan meneruskan proses penyusuan hingga bayi berusia 2 tahun.
Cuma, jika ingin naikkan berat badan pastikan untuk berjumpa dengan pakar diet untuk mendapat rancangan pemakanan yang sesuai untuk berat badan dan keperluan istimewa anda.
Untuk pengetahuan anda, 1 oz susu ibu yang dihasilkan memerlukan 20 kalori.
Jadi jika anda mengepam 20 oz sehari, bermakna 400 kalori tambahan diperlukan untuk menyusu bayi anda.
Kalau anda pam 30oz sehari, bermakna 600 kalori diperlukan, dan begitulah seterusnya.
Erti kata lain, semakin banyak susu terhasil, semakin banyaklah kalori yang digunakan.
Jika anda mengepam susu sebanyak 25oz sehari, kalori yang terbakar adalah bersamaan dengan anda berlari sejauh 8km setiap hari.
Sebab itulah anda akan rasa lapar setiap kali selepas menyusu atau mengepam.
Kenapa Susu Formula Kurang Digalakkan Dan Apa Kesan Sampingan Terhadap Bayi?
Ini merupakan perkongsian tambahan daripada Expert kami tentang kenapa susu formula kurang digalakkan buat bayi, namun sekiranya anda sudah mendapat nasihat pakar untuk memberi susu formula kepada bayi anda atas sebab-sebab tertentu, anda perlulah mengikuti nasihat tersebut.
Nad Masrom
Seperti yang kita tahu susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana susu ibu sahaja yang dapat membekalkan antibodi, manakala susu formula tiada kandungan antibodi kepada bayi.
Selain daripada itu juga, susu formula mengandungi kandungan gula maltodextrin yang tinggi.
Ini akan menyebabkan bayi yang sudah mula makan akan lebih bergantung kepada susu formula dan kurang makan solid food.
Apabila tiada antibodi, bayi yang hanya bergantung kepada susu formula akan lebih mudah sakit berbanding bayi yang minum susu ibu.
Ini bukan bermakna bayi yang minum susu ibu tidak akan sakit, tetapi peluang untuk bayi yang mendapatkan susu ibu ini segera sembuh lebih tinggi.
Bukan itu sahaja, penggunaan susu formula semata-mata akan menyebabkan ibu tidak lagi memerah susu dan akan menyebabkan penghasilan susu merundum.
Kalau kita lihat daripada faktor kandungan dalam susu ibu dan susu formula tentulah kita boleh lihat banyak sekali manfaat yang terkandung dalam susu ibu yang tiada dalam susu formula.
Boleh rujuk gambar di bawah:
Nad Masrom
Buat si ibu, antara kelebihan menggunakan breat pump adalah:
Bagaimanapun, breat pump juga mempunyai kekurangannya, seperti: