Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Susu Untuk Ibu Hamil, Beri Khasiat Sempurna Buat Ibu dan Janin

Ibu sihat, anak pun sihat!

Product in this article

Pengambilan susu adalah satu komponen penting bagi menjadikan bayi dan anda kekal sihat agar daya ketahanan badan lebih kuat. Lambakan susu untuk ibu hamil kini boleh didapati di pasaran tempatan yang mengandungi bahan-bahan seperti Omega 3, Omega 6, DHA, EPA, Vitamin B6 dan banyak lagi. 

Apakah kepentingan si ibu meminum susu semasa mengandung?

Tahukah anda jika minum susu, pelbagai nutrisi penting boleh diberikan untuk bayi dalam kandungan seperti penjagaan janin lebih sempurna? Ini kerana susu dapat melindungi dan memperbaiki mata, otot, kulit, hati dan jantung janin anda. Bayi yang mula terbentuk haruslah dijaga pembentukan tulang dan gigi serta penambahan sistem imunisasi janin dari terkena jangkitan virus melalui pemakanan nutrien yang seimbang. 

Ketahui susu yang terbaik untuk ibu hamil daripada senarai berikut; 

10 Susu Baik untuk Ibu Hamil

HiGoat Milk Susu Kambing

RM 13.95
HiGoat
1. HiGoat Milk Susu Kambing
Susu kambing terbaik untuk seisi keluarga

Susu kambing terkenal dengan sifat alkalinya berbanding susu lembu yang bersifat asid. Ianya membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh anda semasa mengandung. Terbaik dalam mengimbangi kadar kolestrol dan kandungan gula dalam darah serta mudah dicerna semasa mengambilnya. 

Sesetengah ibu mengandung pasti mengalami masalah kulit kedut, kusam dan tidak bermaya. Usah risau! Susu kambing ini akan mengembalikan kulit anda kekal anjal dan awet muda sepanjang tempoh mengandung.

NESTLE Mom & Me Vanilla Pregnant and Lactating Milk

RM 18.5
Nestlé
2. NESTLE Mom & Me Vanilla Pregnant and Lactating Milk
Kandungan vitamin berkhasiat untuk ibu mengandung

Bagi para ibu yang baru sahaja mengandung di trimester pertama serta ingin mendapatkan khasiat pemakanan yang seimbang dan sihat, anda boleh cuba susu untuk ibu hamil keluaran Nestle ini. Ianya dirumus khas dengan 20 vitamin dan mineral termasuk asid folik, kalsium, zat besi serta vitamin A dan C.

Protein yang dibekalkan di dalam susu ini mampu untuk menyokong keperluan tambahan buat bayi dalam kandungan. Manakala bakteria Bifidus BL yang terkandung dalam susu ini baik untuk sistem pencernaan kerana ia dapat melindungi kesihatan usus anda.

Abbott Similac Mom with DHA & Choline

RM 28.05
Susu yang sesuai untuk ibu hamil, elak kencing manis
Abbott
3. Abbott Similac Mom with DHA & Choline
Susu untuk ibu hamil elak terkena diabetes

Bagi ibu hamil, gula tambahan adalah dilarang sama sekali untuk diambil kerana anda akan berhadapan dengan risiko seperti berat badan naik, Gestational Diabetis Mellitus (intoleransi glukosa) dan kerosakan organ dalaman semasa hamil. Janin anda pula berhadapan dengan risiko seperti kelahiran pra-matang, berat lahir tidak normal, obesiti dan kelakuan abnormal.

Difomulasi dari sistem EyeQ, Vitamin E semulajadi serta Lutein dapat membantu untuk pembentukan dan perkembangan otak anak anda sebelum lahir. Susu rendah lemak ini terbaik untuk para ibu yang sudah disahkan menghidap penyakit kencing manis semasa mengandung.

Anmum Materna

RM 33.6
Anmum
4. Anmum Materna
Kurangkan mual yang teruk dengan susu ini

Khasiat dalam susu ini dapat menjadi sumber tenaga tambahan buat ibu hamil dengan keperluan AHA/DHA sebagai komponen penting dalam perkembangan membran sel otak janin. Harus diingatkan bahawa bayi memerlukan nutrisi yang lengkap sejak dalam kandungan dan bukan hanya selepas lahir.

Nutrisi utama dalam susu ini seperti gangliosida, GA dan DHA yang mampu untuk membantu melancarkan lagi sistem peredaran darah pada ibu hamil. Dalam pada itu, serat folat yang terkandung dalam susu ini seperti kalsium mineral dan zat besi penting untuk tulang.

Lazz Susu Kambing Choco

RM 40
Lazz
5. Lazz Susu Kambing Choco
Susu perisa coklat terbaik untuk ibu hamil

Susu kambing berperisa coklat ini sesuai untuk ibu hamil yang tidak boleh ambil susu formula biasa. Ianya boleh mengelakkan sembelit semasa mengandung, menaikkan semula tekanan darah dan cegah anemia. Susu ini juga mampu menghilangkan loya dan mengembalikan tenaga seperti biasa. 

Lebih elok jika ibu hamil mengamalkan meminum susu ini kerana nutrisi dalam susu ini dapat elakkan bayi anda terkena jangkitan demam kuning.

Frisomum Gold

RM 55.9
Susu terbaik untuk ibu hamil yang mengalami anemia
Friso Gold
6. Frisomum Gold
Terbaik ibu alami anemia – halang morning sickness yang teruk

Anemia berpunca dari kekurangan zat besi dalam badan yang berfungsi sebagai hemoglobin dan menyebabkan darah anda tidak mendapat oksigen dengan secukupnya. Ini menyebabkan anda berasa pening dan mual semasa mengandung.

Bagi mendapatkan nutrisi sepenuhnya untuk anda dan janin, susu Frisomum Gold ini yang diperkaya dengan protein dapat mengurangkan sembelit semasa hamil. Diperbuat dengan proses tunggal (single process) menjadikan kualiti nutrisinya sentiasa terjaga agar susu ini dapat dicerna oleh tubuh anda.

Karihome Goat Whole Milk Powder

RM 49.3
Karihome
7. Karihome Goat Whole Milk Powder
Susu import terbaik untuk kesihatan ibu hamil

Susu kambing sememangnya terkenal dengan tinggi kandungan kalsium. Ini terbaik untuk penjagaan lebih rapi kesihatan ibu mengandung terutamanya yang baru sahaja mengandung buat pertama kali. Jika anda rendah toleransi laktosa, susu kambing disyorkan boleh menjadi susu alternatif. 

Diperkaya dengan Nucleotide, CPP, asid Sialic dan Taurine yang bagus untuk perkembangan janin dan menghalang jangkitan bakteria pada kandungan anda. Ianya bukan sahaja menjaga janin, malahan menguatkan lagi tulang dan otot ibu hamil.

Enfamama A+ (Vanilla)

RM 57.1
Mead Johnson Nutrition
8. Enfamama A+ (Vanilla)
Sesuai untuk ibu hamil trimester pertama (1-3bulan)

Susu Enfamama A+ dari Mead Johnson ini khas untuk para ibu yang baru hamil sama ada pertama kali atau yang telah berpengalaman. Susu ini dapat melindungi fetus anda dari terkena infeksi dan jangkitan virus merbahaya. Sesuai untuk ibu mengandung trimester pertama. 

Ianya mengandungi pelbagai nutrisi sokongan seperti asid folik, Vitamin B6 dan DHA yang dipertingkatkan serta Choline yang dapat membantu perkembangan janin anda. Prebiotik (inulin) yang terdapat dalam susu ini dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan usus anda dengan lebih sihat.

Wildan Mama Premium Susu Kambing

RM 67.90
Wildan
9. Wildan Mama Premium Susu Kambing
Baik untuk ibu dan janin yang lactose intolerant

Untuk ibu yang masih bekerja walaupun sedang mengandung, susu kambing dari Wildan ini sesuai buat anda. Ianya dapat meningkatkan tenaga semasa melakukan aktiviti harian tanpa membuatkan anda terasa letih sepanjang hari. Dengan mengandungi serat tinggi, anda dapat mengelak daripada terkena sembelit sewaktu dalam proses mengandung. 

Imunisasi badan turut dipertingkatkan lagi jika anda meminumnya secara konsisten dan tiada lagi masalah cramp pada bahagian perut. Susu ini dapat melindungi janin anda daripada dijangkiti virus. Jom cuba! 

Momma Pregolact Vanilla Bliss

RM 87.00
Momma
10. Momma Pregolact Vanilla Bliss
Formula susu untuk ibu mengandung dan menyusu

Susu ini sesuai untuk ibu yang sedang hamil atau menyusukan bayi kerana ianya membekalkan nutrisi lengkap bagi janin dan juga anak yang sedang disusukan. Susu ini bertindak sebagai rangsangan susu untuk ibu yang kekurangan susu (milk booster). 

Diformulasi khas dengan Activ-4 Plus, terbaik untuk para ibu yang mementingkan kecantikan dalaman, kesihatan janin dan bayi, tenaga ekstra berpanjangan, perkembangan bayi, meningkatkan kuantiti serta kepekatan susu badan. Yang penting, susu ini tiada gula tambahan dan kurang lemak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article