Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

20 Rekaan Pilihan Baju Raya Paling Bergaya Untuk Si Kecil Dengan Belian Secara Online!

Beli baju raya anak-anak kini dihujung jari sahaja!

Product in this article

Hari Raya antara perayaan yang paling ditunggu-tunggu bukan setakat tamat sebulan berpuasa malah ia juga hari untuk seisi keluarga bergaya sakan sempena menyambut hari penuh kegembiraan ini. Sudah jadi kebiasaan untuk para ibu menyediakan set baju raya yang paling cantik, berkualiti dan selesa untuk dipakai si kecil. Sebelum bulan puasa lagi sudah ada ibu yang berangan-angan untuk tampil sedondon dengan anak-anak. Jadi senarai awal baju raya harus tersedia sekarang!

Bagaimanakah cara memilih ukuran terbaik untuk baju kanak-kanak?

Tidak sama seperti memilih saiz baju untuk orang dewasa, pilihan saiz kanak-kanak didatangi dalam pilihan umur. Biasanya ia bermula dari umur 2 tahun hingga 8 tahun. Namun apa yang perlu ada hati-hati ialah kadangkala tetapan ukuran tidak standard untuk mana-mana jenama. Mungkin ada yang lebih besar atau kecil. Jika anda beli baju si kecil secara dalam talian. 

Pastikan anda bertanya tentang ukuran bahu dan dada terutamanya. Jangan lupa ukuran pinggang dan labuhnya agar tidaklah si kecil anda tampil dengan seluar atau kain yang singkat. Ayuh lihat senarai baju kanak-kanak untuk Hari Raya tahun ini;

Baju Raya Kanak-Kanak Perempuan

Leeyanarahman Senserose Kids

RM 69.00
Leeyanarahman
1. Leeyanarahman Senserose Kids
Berjubah labuh umpama Puteri Arab

Instagram: https://www.instagram.com/leeyanarahman.co/

Zoe Arissa ada sediakan set baju kebaya sedondon untuk ibu dan anak perempuan. Set Kebaya ini ringkas dengan corak bunga dada, lengan dan hujung baju dan lengan dari bahagian hadapan hingga belakang. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan perincian zip, mesra wuduk dan fabrik tidak panas.

Zoe Arissa Kebaya Moden Floral Printed Kids

RM 79.00
Zoe Arissa
2. Zoe Arissa Kebaya Moden Floral Printed Kids
Bosan baju kurung? Baju Kebaya kan ada…

Instagram: https://www.instagram.com/zoe_arissa/

Zoe Arissa ada sediakan set baju kebaya sedondon untuk ibu dan anak perempuan. Set Kebaya ini ringkas dengan corak bunga dada, lengan dan hujung baju dan lengan dari bahagian hadapan hingga belakang. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan perincian zip, mesra wuduk dan fabrik tidak panas.

Little Tatara The Klasik Baju Kurung Pesak

RM 97.00
Little Tatara
3. Little Tatara The Klasik Baju Kurung Pesak
Baju kurung tradisional berpesak dan corak batik

Instagram: https://www.instagram.com/littletatara/

Pertama kali melihat baju kurung ini terus sahaja terbayang anak-anak perempuan tampil manis dipagi raya. Potongan baju kurung Little Tatara ialah potongan tradisional dengan kekek dibahagian ketiak dan pesak untuk tepi baju dan set skirt pula lipat batik selasih. Set baju ini dijual untuk anak-anak dari umur 1 tahun hingga 8 tahun.

LosraVelda Madura Kids

RM 109.00
LosraVelda
4. LosraVelda Madura Kids
Baju kurung lengan kembang dan ditatahkan manik!

Instagram: https://www.instagram.com/losravelda/

Baju kurung dari Losravelda mengetengahkan konsep vintaj dan romantis untuk si kecil. Lengan kembang dan perincian manik dibahagian dada baju. Fabrik yang digunakan pula dari taffeta silk menjadikan visual set baju raya ini tampak mewah.

Ameera Aisyah Luna Kurung Kedah Batik

RM 109
Ameera Aisyah
5. Ameera Aisyah Luna Kurung Kedah Batik
Baju kurung Kedah untuk si anak

Instagram: https://www.instagram.com/ameera_aisyah_for_kids/

Apa salah buat kelainan sedikit pada hari raya tahun ini untuk anak-anak. Potongan baju kurung Kedah sangat sinonim untuk kanak-kanak perempuan. Tidak terlalu labuh atau singkat, rekaan tegap dan selesa. Jenama Ameera Aisyah memperkenalkan set kurung Kedah dengan skirt batik berpesak dihadapan. Kualiti batik dijanjikan 100% premium, kain tidak panas dan mudah dicuci.

Qiszar Chopra Maharanee Kids

RM 129.00
Qiszar
6. Qiszar Chopra Maharanee Kids
Potongan baju kurung moden ala-ala Hindustan

Instagram: https://www.instagram.com/qiszar/

Jatuh hati betul dengan rekaan dari Qiszar ini kerana fabrik yang digunakan ialah dari material sari berkualiti tinggi dan disulam bersama manik keemasan. Potongan leher empat segi dan kain duyung menghasilkan visual kurung moden yang tepat. Sesuai dengan harga yang ditawarkan lihat sahaja sulaman penuh dibahagian lengan, hujung baju dan kain. Tiptop!

Mother & Child Zahrah Kurung Ruffle Kids

RM 99
Mother & Child
7. Mother & Child Zahrah Kurung Ruffle Kids
Fun & chic dengan perincian ruffle

Instagram: https://www.instagram.com/motherchildcollections/

Ya, ada anak-anak yang cerewet tentang pakaian sebab mereka juga mempunyai citarasa yang tersendiri. Bagi anak yang tidak suka dengan kain bercorak, manik atau renda. Anda boleh mainkan dengan perincian ropol seperti baju dari Mother & Child ini. Walaupun kain kosong tapi anak-anak masih kelihatan ceria dan bergaya. Seleksi baju ini hadir dari umur dua tahun hingga 14 tahun.

Jubahsouq Manjalela Kurung Kids

RM 179.00
Jubahsouq
8. Jubahsouq Manjalela Kurung Kids
Manis berbaju kurung disulam renda

Instagram: https://www.instagram.com/jubahsouq/

Rekaan sulam renda begini sesuai bagi anak-anak yang lasak. Iyalah kalau diberi baju manik pasti sudah tercabut. Kalau nak tambah seri pada baju raya cukup dengan renda romantis seperti dari jenama Jubah Souq ini. Terdapat lima warna pilihan dan tersedia untuk anak-anak dari usia 2 tahun hingga 12 tahun.

Baju Raya Kanak-Kanak Lelaki

Teluk Belanga Baju Melayu Leher Johor

RM 29.9
9. Teluk Belanga Baju Melayu Leher Johor
Baju Melayu rekaan Teluk Belanga

Kalau anak-anak lelaki anda jenis yang lasak dan lebih gemar bermain-main bersama sepupu sepapat. Pilihlah baju Melayu leher Teluk Belanga yang selesa dan tidak merimaskan anak-anak. Harga pula sangat murah, boleh lah anda beli lebih dari sepasang sebagai salin ganti.

Imans Inspire Kurta Budak Lelaki

RM 39.9
10. Imans Inspire Kurta Budak Lelaki
Kemas dan ringkas menyarung Kurta

Okay, dah tak tahu nak pakai pada hari raya kedua? Cuba pula sarungkan kurta buat si kecil anda. Diperbuat daripada 100% material kapas yang tidak panas, si kecil pasti akan berasa selesa bergaya dengan kurta ini sepanjang hari. Didatangi dengan warna-warna yang menarik, kurta ini juga mudah diseterika dan tidak cepat kedut.

Baju Melayu Potongan Slimfit

RM 45
11. Baju Melayu Potongan Slimfit
Rekaan baju Melayu moden

Jangan ingat golongan ayah sahaja yang boleh bergaya dengan baju Melayu slimfit, si junior pun boleh! Dengan harga yang berpatutan anak-anak tampil sleek dan kemas. Tawaran kualiti oleh penjual juga menjanjikan fabrik yang tidak melekat dan jahitan yang rapi. 

Minaz Baju Melayu Kids

RM 129.00
Minaz
12. Minaz Baju Melayu Kids
Rekaan baju Melayu moden

Instagram: https://www.instagram.com/minaz.my/

Baju Melayu cekak musang adalah baju wajib dibawa balik kampung dan biasanya jadi pilihan utama untuk kaum lelaki. Jika anda mencari baju melayu berkualiti dengan harga yang berpatutan Minaz mungkin boleh dijadikan seleksi. Lihat sahaja pada jahitan kemas dibagaian leher, poket, lengan dan disulam logo Minaz.

Baju Raya Si Bayi Lelaki

Calaqisya Ali Romper in Royal Blue

RM 19.80
Calaqisya
13. Calaqisya Ali Romper in Royal Blue
Segak berbaju melayu cekak musang di pagi raya

Instagram: https://www.instagram.com/calaqisya/

Alahai comel sungguh kalau yang paling kecil pun disarung baju melayu lengkap bersampin. Jangan terkejut tengok harga dari Calaqisya, ya mereka sedang lakukan promosi! Romper baju melayu Calaqisya dari fabrik kapas yang selesa, tidak panas dan mudah meregang. Ia ada empat saiz mengikut ukuran sintimeter bayi anda. Jadi ukur si bayi betul-betul ya!

Jubah Faiz Kids (1 bulan – 4 tahun)

RM 65
14. Jubah Faiz Kids (1 bulan – 4 tahun)
Si bayi jadi ya habibi di pagi raya

Lagi mudah jika bayi memakai jubah, bukan apa bab salin lampin jadi senang dan cepat! Jubah Faiz memperkenalkan saiz jubah mini untuk si bayi. Ia diperbuat dari kain kapas lembut dan mempunyai variasi 36 warna-warna lembut. Pastikan ada satu jubah comel ini untuk anak anda.

Baby Lovett Space Travels Romper

RM 73
Baby Lovett
15. Baby Lovett Space Travels Romper
Gaya kasual untuk ke majlis open house Raya

Romper berkolar dari Baby Lovett sesuai untuk dijadikan #ootdbaby pada Hari Raya kedua atau ke jamuan rumah terbuka bukan? Corak baju yang menyeronokkan menyerlahkan sisi cheeky si kecil. Sama seperti fabrik baju bayi yang lain semestinya 100% kapas.

Baju Raya Bayi Perempuan

Kooshboo Eri Kaftan in Pink

RM 75.00
Kooshboo
16. Kooshboo Eri Kaftan in Pink
Kelainan untuk si bayi, cuba kaftan pula

Instagram: https://www.instagram.com/kooshbookids/

Bosanlah baju kurung dan romper untuk bayi! Jadikan kaftan dari Kooshboo sebagai baju raya si genit. Direka lengan Kimono tiga suku, ruang yang luas supaya udara menyejukkan tubuh si bayi. Kaftan mini dihasilkan dari 100% kapas selesa pada kulit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article