Kecantikan

Ingin Kulit Tangan Selembut Bayi? Gunakan 10 Losyen Untuk Tangan Ini

Hand lotion salah satu cara untuk menjaga tangan agar kelihatan muda, sihat & lembut. Ini senarai losyen tangan terbaik untuk kulit kering, gatal & sensitif


Editor · 12 Feb 2020, 10:56am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Ingin Kulit Tangan Selembut Bayi? Gunakan 10 Losyen Untuk Tangan Ini

Tangan adalah salah satu bahagian tubuh badan kita yang terawal untuk menunjukkan tanda-tanda penuaan. Selain itu, tangan juga sering menjadi kering akibat pencucian yang kerap dalam satu hari kerana bakteria mudah membiak pada tapak tangan.  Justeru, penggunaan losyen pada tangan amat penting. 

Kandungan

Apakah kegunaan losyen tangan?

Penggunaan losyen tangan adalah cara terbaik untuk menjaga tangan anda agar kelihatan lebih muda, sihat dan berasa lembut. Kulit di telapak tangan dan jari kita memerlukan minyak untuk menghalangnya daripada mengelupas dan kering. Jadi, kebanyakan losyen tangan mengandungi minyak untuk mengekalkan kelembapan. 

Edisi kali ini kami bawakan jenis-jenis losyen untuk tangan yang anda boleh dapati dari mana-mana cawangan Watsons ataupun drugstore yang lain. Ayuh kita lihat!

10 Losyen Tangan Terbaik di Drugstore Malaysia 

Losyen tangan terbaik untuk memutihkan kulit 1 daripada 10
Citra Night Whitening Hand & Body Lotion (230ml)
Partnership with Citra
Dari RM9.50

Kulit memerlukan 2 kali ganda pelindungan pada malam hari. Dengan losyen malam Citra ini, anda boleh mendapatkan kulit cerah dan halus. Kombinasi Vitamin B3 dan minyak Mulberry membantu melambatkan proses pengeluaran melanin untuk kulit lebih cerah manakala minyak biji anggur dapat regenerasi sel kulit baru dan lebih sihat.

Losyen tangan terbaik yang tidak melekit 2 daripada 10
Vaseline Healthy Hands & Nails Lotion (85ml)
Partnership with Vaseline
Dari RM9.90

Lindungi tangan dan kuku anda dengan losyen dari Vaseline ini. Ianya mengandungi Keratin dan Stratys-3 ™ untuk melembapkan tangan dan menguatkan kuku. Losyen ini juga mengandungi titisan mikro Vaseline® Jelly yang menyerap dengan pantas pada bahagian atas, teras dan lapisan bawah kulit anda.

Tangan anda berasa lembut dengan cuticle licin dan kuku 10 kali lebih kuat dalam hanya 2 minggu. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil lebih lumayan pada tangan anda.

Losyen tangan terbaik yang melembutkan kulit dengan bau wangi 3 daripada 10
Enchanteur Hand Body Lotion Moisture Silk Romantic (250ml)
Partnership with Enchanteur
Dari RM10.33

Losyen tangan dan badan wangi ini diperkayai dengan kebaikan Aloe Vera dan Olive Butter. Ia mempunyai formula yang tidak berminyak yang agar kulit anda tidak berkilau dan melekit. Penggunaan yang kerap akan melembapkan kulit anda dengan meninggalkannya ‘feel’ yang halus dan lembut.

Losyen tangan terbaik untuk anti penuaan 4 daripada 10
Good Virtues Co. Anti-Aging Hand & Body Lotion (300ml)
Partnership with Good Virtues Co.
Dari RM22.80

Lambatkan penuaan kulit dengan losyen Good Virtues Co ini. Ianya diperkayai dengan minyak Habbatus Sauda organik untuk membersih dan meremajakan kulit agar kulit kelihatan lebih muda. Losyen ini boleh dipakai pada tangan dan juga badan, kulit bertambah lembut dan halus.

Losyen tangan terbaik yang mengandungi Vitamin E 5 daripada 10
Watsons Argan Body Lotion (490ml)
Partnership with Watsons
Dari RM23.90

Naturals By Watsons Argan Bath & Body diformulasi dengan minyak Argan Morocco dan Vitamin E untuk menyuburkan dan menghidupkan semula kulit. Dikenali sebagai "cecair emas", minyak ini meningkatkan keanjalan untuk kulit yang kelihatan muda dan berseri. Losyen untuk seluruh badan ini memberi lembapan harian untuk kulit kering, meninggalkan kulit yang halus.

Losyen tangan halal sesuai untuk menunaikan umrah 6 daripada 10
Amaxmall El Hajj Krim Haji Hand & Body Lotion (100ml)
Partnership with Amaxmall
Dari RM21.50

Penggunaan losyen tangan yang halal amat penting jika kita menunaikan umrah. Losyen ini melindungi kulit dari cuaca panas dan tidak mengeringkan kulit. Ianya mengandungi Pro-Vitamin B5 dan ekstrak Aloe Vera untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit tangan mahupun badan.

Losyen untuk ibu mengandung – boleh mengurangkan parut 7 daripada 10
Palmer's Cocoa Butter Lotion (250ml)
Partnership with Palmer's
Dari RM19.90

Jenama Palmer’s terkenal dengan produk buat ibu mengandung. Losyen Cocoa butter ini bukan sahaja mengekalkan kelembapan, ianya boleh membantu memudarkan parut dan menyekatakan kulit tangan dan badan. Diformulasi dengan minyak koko dan Vitamin C, losyen ini mengeluarkan bau koko dan ianya mudah diresap ke dalam kulit.

Losyen tangan terbaik untuk kulit sensitif 8 daripada 10
QV Skin Lotion (250ml)
Partnership with Ego QV
Dari RM23.90

Jika anda mempunyai kulit sensitif, losyen QV ini diformulasi khas tanpa pewangi, bebas Lanolin dan Propylene Glycol. Ianya membantu mengunci kelembapan asli kulit agar kulit tangan mahupun badan sentiasa lembap, lembut dan sihat. Losyen ini sesuai untuk kegunaan orang tua dan juga bayi.

Losyen terbaik untuk kulit tangan kering – elak pengelupasan 9 daripada 10
Sebamed Moisturizing Body Lotion
Partnership with Sebamed
Dari RM87.39
Meredakan dan melembutkan kulit
Formula tidak berminyak & cepat meresap
Mempunyai bau ubat
2 lagi
Hypo-allergenic
Sesuai untuk kulit sensitif, normal hingga berminyak

Losyen ini melembapkan kulit yang rapuh dan kering, membantu ia menjadi lebih sihat. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile dan Allantoin, losyen ini mempunyai tahap pH 5.5. Ianya diyakini ahli dermatologi dapat mengurangkan masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis. Penggunaan losyen pada tangan juga seluruh tubuh akan memulihkan keanjalan semulajadi kulit anda untuk penampilan yang lebih muda dan sihat.

Losyen tangan terbaik untuk kulit ekzema dan kulit gatal 10 daripada 10
Dove Derma Series Dry Skin Relief Replenishing Body Lotion (250ml)
Partnership with Dove
Dari RM65

Diperkaya dengan AminoSilk Kompleks, losyen Dove ini serta-merta menenangkan masalah kulit gatal, kulit kering – tanda-tanda ekzema. Secara teknikal ianya terbukti membantu memulihkan skin barrier dari masa ke masa, menjadikannya salah satu losyen terbaik untuk ekzema. Formulanya tidak melekit, berkrim yang meresap dengan mudah.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation