Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
finger ink

Cara Hilangkan Dakwat/Ink Mengundi di Jari (PRU 2024)

Jika dibiar, lama-lama tidak rasa selesa kerana dakwat tu akan mengering dan mengecut.

Empat tahun sekali, negara Malaysia akan berlangsung hari mengundi untuk pembentukan sistem demokrasi.

Jadi bagi rakyat Malaysia yang baru pertama kali daftar mengundi, jangan terkejut jika dakwat biru SPR kekal di jari dalam tempoh lama walaupun sudah di bawa mandi.

Mungkin pada awalnya keterujaan membuak sehingga memuat naik jari yang bersalut dakwat biru di media sosial.

Tapi jika dibiar, lama-lama tidak akan rasa selesa kerana dakwat tersebut akan mengering dan mengecut sekaligus beri ketidakselesaan pada jari.

Bagi memudahkan, jom kita lihat cara hilangkan dakwat mengundi dengan barang yang kami senaraikan ini.


Senarai 5 Barang Hilangkan Dakwat Mengundi

mulai
RM21.70
Semak Nivea Extra White Radiant and Smooth Cream harga dibawah:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Aroma harum dan wangi
add_circle Sesuai untuk kulit kering & kusam
remove_circle Kesan hasil yang makan masa

Pelembab ini dapat menyelesaikan masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.

Jadi disebabkan dakwat yang digunakan SPR akan mengeringkan kulit jari anda, sapu losyen ini semasa anda menyental jari dengan tisu basah.

Ini dapat memberikan kulit dalam keadaan lembab sekaligus mengelakkan jari anda dari kering.

mulai
RM10.89
Semak Clorox All Purpose Cleaner 500ml harga dibawah:

Selalunya pencucian Clorox kita gunakan untuk melunturkan kotoran degil pada bahagian fabrik, permukaan singki, lantai atau dinding marble. 

Tapi tahu tak sebenarnya Clorox juga dapat menghilangkan dakwat SPR biru yang degil tu?

Hanya sembur pada bahagian jari yang terkena dakwat dan sental dengan tisu basah.

mulai
RM31.75
Semak Dettol Wipes Anti-Bacterial harga dibawah:

Jenama Dettol sangat terkenal dengan kemampuan pembasmian kuman 99.9%. 

Jadi, tisu dari jenama Dettol ini dapat membantu menyingkirkan dakwat biru SPR dengan lebih mendalam.

Selepas menyembur atau mencelup jari dengan cecair Clorox, sental jari dengan tisu basah dari Dettol ini.

mulai
RM19.99
Semak Nail Polish Remover (Acetone 99.5%) 500ml harga dibawah:

Nail polish ini megandungi bahan Aseton jadi perlu diingatkan untuk gunakan sedikit saja.

Tuangkan pada kapas dan sapu pada bahagian celahan kuku atau celahan kulit pada jari anda.

Elakkan guna cecair dalam jumlah yang banyak supaya kulit jari anda tidak kering dan merengsa.

Kemudian, bilas dengan air bersih bagi memastikan cecair betul-betul tanggal pada kulit bersama dakwat.

Ulang sehingga dakwat pada jari benar-benar hilang dan sapu pelembab kulit untuk mengelakkan kulit kering.

mulai
RM2.60
Semak Superior Pure Facial Cotton harga dibawah:

Selain daripada menyental make up pada wajah, kapas juga boleh digunakan untuk menyental dakwat pada jari.

Letak apa-apa cecair peluntur pada jari atau kapas dan sental pada seluruh jari yang dicelup dakwat.

Artikel Berkaitan 

End of Article