Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

7 Jenis Tonik Untuk Rambut Yang Sihat dan Lebat

Rambut adalah mahkota yang paling berharga

Product in this article

Apakah manfaat tonik rambut?

Syampu dan conditioner sahaja tidak mencukupi. Hair tonic atau tonik rambut adalah nutrien tambahan untuk rambut yang penting untuk menyihatkan rambut rosak, menyuburkan dan memanjangkan rambut, menghalang hujung rambut bercabang serta membersihkan kulit kepala daripada segala kekotoran. 

Di sini kami senaraikan beberapa tonik rambut terbaik untuk anda.

Naturals by WATSONS Aloe Vera Hair & Scalp Tonic 

RM 21.2
Tonik rambut dari bahan asas yang natural di drugstore
Watsons
1. Naturals by WATSONS Aloe Vera Hair & Scalp Tonic 
Tonik rambut dari bahan asas yang natural di drugstore
Updated on 12th August 2020
add_circle Kaya dengan kebaikan Aloe Vera
add_circle Sensasi dingin untuk kulit kepala
add_circle Melembapkan kulit kepala
add_circle Halang dari terjadi kelemumur dan rambut gugur
remove_circle Hanya boleh didapati di Watson sahaja

Produk keluaran drugstore terkenal di Malaysia, Watsons ini mengandungi Aloe Vera dan diformulasikan dari Salicylic Acid yang dapat menghalang kelemumur serta mengawal penghasilan sebum untuk kulit kepala yang kering dan berminyak. 

Produk tonik rambut ini bebas paraben dan pewarna tiruan serta mengandungi bahan yang tidak membahayakan kulit kepala anda. Gunakan tonik rambut ini selepas membasuh rambut dengan syampu dan conditioner untuk membuatkan rambut anda lebih bermaya.

Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Tonic

RM 33.9
Tonik terbaik untuk perawatan rambut gugur
Dove
2. Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Tonic
Tonik terbaik untuk rawatan rambut gugur
Updated on 12th August 2020

Rambut gugur akan menyebabkan kepala menjadi botak.  Diuji secara saintifik, tonik rambut dari Dove ini mampu untuk mengurangkan masalah rambut gugur dalam tempoh 2 minggu sahaja. 

Diperkaya dengan bahan aktif trichazole, ginseng dan protein soya, tonik ini akan menguatkan akar rambut supaya anda tampil dengan rambut yang lebih bersinar dan bermaya. Spray sahaja tonik rambut, anda sudah bersedia untuk keluar bersantai!

Hao Hair Tonic 100ml

RM 63
Tonik rambut Halal yang sesuai untuk rambut beruban
Hao
3. Hao Hair Tonic 100ml
Tonik rambut Halal yang sesuai untuk rambut beruban
Updated on 12th August 2020

Tonik rambut dari Hao ini dirumus daripada bahan herba traditional seperti Thuja Occidentalis (white cedar), Angelica Sinensis (sejenis ginseng), Tuber fleeceflower dan White Mulberry untuk merawat rambut gugur, menyuburkan serta menghalang rambut beruban. 

Ekstrak kandungan tonik rambut ini mampu untuk menguatkan akar umbi rambut, meningkatkan peredaran darah dan merangsang pertumbuhan rambut yang lebih sihat serta kekal bersinar. Usah ragu untuk menggunakannya kerana tonik ini mendapat sijil pengiktirafan Halal dari Jakim.

Mensive Hair Tonic

RM 55.9
Tonik rambut untuk masalah botak
Mensive
4. Mensive Hair Tonic
Tonik rambut untuk masalah botak
Updated on 12th August 2020

Tonik ini dirumus khas dengan bahan semulajadi untuk membantu anda mengurangkan masalah keguguran rambut dan mempercepatkan proses pertumbuhannya. 

Diekstrak daripada ginseng, apple stemcell, minyak kelapa dara, minyak buah pala dan minyak avocado, ia mampu untuk menyelesaikan masalah rambut dalam hanya 2 minggu sahaja. Tonik rambut ini menyerap sehingga ke akar rambut bagi merawat punca botak serta menghitam dan melebatkan rambut.

Tonik Rambut ANA EDAR

RM 19
Tonik rambut berbau wangi yang sesuai untuk anak kecil
5. Tonik Rambut ANA EDAR
Tonik rambut berbau wangi yang sesuai untuk anak kecil
Updated on 12th August 2020

Diformulasikan khas daripada minyak zaitun, tonik ini dapat melebatkan rambut serta menyihatkan kulit kepala supaya bebas daripada kelemumur yang akan menyebabkan kegatalan. Ianya juga dapat mengekalkan kehitaman rambut anda serta mengelakkan keguguran yang banyak. 

Tonik ini berbau wangian ekstrak minyak zaitun dan juga sesuai untuk digunakan pada bayi dan anak kecil kerana teksturnya yang tidak melekit, terbaik untuk anda yang memakai tudung.

SARIAYU Tonik Rambut Mayang Sari

RM 16.2
Tonik rambut yang termurah di pasaran
6. SARIAYU Tonik Rambut Mayang Sari
Tonik rambut yang termurah di pasaran
Updated on 12th August 2020

Mengandungi Allantoin, Chilly Tinktur, daun Urang Aring dan Aloe Vera, ia mampu untuk menyuburkan rambut anda yang keguguran dan menguatkan semula akar umbi rambut. Tonik rambut ini juga memberikan nutrisi kepada kulit kepala anda agar rambut sentiasa kekal bermaya dan bersinar sepanjang masa.

Schwarzkopf Seborin Anti-Dandruff Tonic (400ml)

RM 26.8
Tonik rambut untuk merawat kelemumur
Schwarzkopf
7. Schwarzkopf Seborin Anti-Dandruff Tonic (400ml)
Tonik rambut untuk merawat kelemumur
Updated on 12th August 2020

Jenama Schwarzkopf sangat terkenal dalam kalangan pendandan rambut professional. Tonik rambut ini mampu untuk menyuburkan semula rambut dari akar umbi yang rosak dan diformula khas dari Pro-Vitamin B5.

Kandungan ekstrak akar ginseng pula dapat membersihkan kulit kepala daripada kelemumur.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article