Kecantikan

17 Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki di Malaysia 2026

Ada banyak produk muka untuk lelaki dan juga skincare untuk lelaki bagi atasi pelbagai masalah di wajah. Ini senarai pencuci muka terbaik untuk lelaki.


Editor · Updated 11 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

17 Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki di Malaysia 2026

Jawapan ringkas: pencuci muka lelaki terbaik di Malaysia buat masa ini ialah Himalaya Purifying Neem Face Wash 50ml (dari RM8.05 di Shopee Malaysia, semakan 11 Ogos 2026), sesuai untuk kulit biasa dan sensitif kerana bahan neem semula jadi yang lembut. Kalau anda ada masalah jerawat dan kulit berminyak, Kahf Oil and Acne Care Face Wash 100ml (dari RM16.90, semakan hari ini) lebih sesuai kerana diformulasi khas untuk kawal minyak dan jerawat. Botol 50ml seperti Himalaya ini cepat habis untuk penggunaan harian, jadi kurang berbaloi berbanding botol 100ml kalau anda basuh muka dua kali sehari.

Kebanyakan kaum lelaki, kurang peka atau ambil tahu perihal penjagaan kulit wajah.

Kandungan

Kalau ada pun mungkin yang sekadar untuk membersihkan saja, tidak meneliti apakah pencuci muka tersebut sesuai dengan jenis kulit mereka.

Tapi mungkin ada setengah lelaki yang mempunyai masalah kulit berjerawat, pening kepala nak pilih mana satu pencuci muka terbaik untuk mereka.

Terdapat pelbagai jenama pencuci muka lelaki atau set penjagaan muka lelaki yang sebahagiannya boleh membantu mencerahkan kulit.

Sekarang jom lihat senarai pencuci muka terbaik untuk lelaki supaya masalah kulit boleh diselesaikan.


Senarai 17 Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki 

Himalaya Purifying Neem Face Wash
Pencuci muka organik 1 daripada 17
Himalaya Purifying Neem Face Wash (50ml)
Himalaya Herbals
Dari RM9.35
Matikan bakteria pada wajah
Menggunakan bahan semulajadi
Bergantung kesesuaian kulit individu
1 lagi
Tidak akan meninggalkan kesan sampingan

Pencuci muka ini juga dapat membersihkan kotoran daripada kulit wajah & membersihkan liang pori yang tersumbat.

Teksturnya amat lembut pada kulit kerana diformulasi 100% herba aktifnya dan bebas daripada bahan kimia seperti paraben, SLS/SLES dan phthalates.

Ia turut diuji secara dermatologi serta tidak diuji ke atas haiwan, jadi ia sangat selamat dan mesra alam juga.

Apa yang bagus adalah penggunaan cleanser ini secara berterusan dan mengelakkan daripada jerawat tumbuh di wajah.

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash adalah sesuai bagi semua jenis kulit terutama kulit sensitif.

Ini kerana bahan utama yang digunakan adalah Neem yang dapat memperbaiki sel kulit dari akar umbinya supaya jerawat tidak tumbuh semula.

Selain itu, bersifat anti-keradangan dan anti-bakteria yang dapat menghalang serta membantutkan pertumbuhan jerawat degil. 

GATSBY Cooling Face Wash Bright White 100ml
Pencuci muka lelaki untuk mencerahkan kulit 2 daripada 17
GATSBY Cooling Face Wash Bright White 100ml
Dari RM13.90
Dapat mencerahkan kulit
Melembapkan kulit
Hanya sesuai untuk kulit normal
1 lagi
Membersihkan kulit daripada sel kulit mati

Dengan kandungan yam bean, lemon dan partikel skrub, pencuci muka Gatsby ini dapat mencerahkan kulit wajah.

Malah, dapat menyingkirkan kulit mati, membuang baki minyak serta membuang kotoran yang terperangkap dalam lubang pori dengan lebih bersih.

Cara penggunaan hanya keluarkan bahan cucian 2-3cm pada tapak tangan, terus sapu ke wajah yang sudah dibilas dengan air dan cuci sehingga bersih.

Pasti kulit anda terasa dingin dan segar selepas memakai pencuci wajah ini kerana mempunyai sensasi penyejukkan.

Bagaimanapun, sabun cuci muka ini hanya sesuai untuk anda yang miliki kulit normal sahaja.

Hada Labo Deep Clean and Pore Refining Face Wash 100g
Pencuci muka lelaki mengecilkan pori 3 daripada 17
Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash
Hada Labo
Dari RM24.22
Mengawal penghasilan sebum & minyak
Pembersih tanpa buih
Kulit sensitif akan cepat merengsa
1 lagi
Kekalkan lembapan pada kulit

Jika sebut sahaja Hada Labo, pasti anda tahu bukan akan mengenai produk yang diterbangkan khas dari Jepun ini.

Ianya mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang berkesan untuk menghapuskan kotoran sambil menjaga kulit wajah tanpa menjadikannya bermasalah. 

Produk muka untuk lelaki ini mengandungi Alpaflor ALP-sebum, sebuah bahan dengan keberkesanan yang terbukti untuk mengawal penghasilan sebum.

Ia berfungsi sebagai pembersih tanpa buih yang sesuai untuk mengawal minyak pada kulit wajah.

Seperti produk Hada Labo yang lain, asid Hyaluronic memainkan peranan utama sebagai pembekal hidrasi yang sangat baik dan mampu menambah kelembapan sambil mengekalkan keseimbangan optimum semasa membersih.

Gunakan pencuci muka ini untuk kulit kekal terhidrat dan juga mengawal pengeluaran minyak agar kulit tampil berseri dan menawan. 

Pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak
Pencuci muka lelaki untuk kulit berminyak 4 daripada 17
Cetaphil Oily Skin Cleanser 125ml
Cetaphil
Dari RM37.99
Tidak menyebabkan kulit kering
Tidak menyebabkan pori tersumbat
Harga agak mahal
1 lagi
Boleh digunakan dengan ubat jerawat

Pembersih muka ini mampu membersihkan kulit secara mendalam untuk menyingkirkan minyak dan kotoran yang berkumpul pada liang pori.

Walaupun sesuai untuk kulit berminyak tapi sesuai juga untuk kulit jenis kombinasi.

Malah dengan buih Cetaphil dapat hilangkan kesan mekap tanpa mengeringkan kulit atau merosakkan lapisan kulit.

Produk ini juga mampu mengurangkan tahap penghasilan sebum dalam masa 2 minggu sahaja.  

Safi Men Facial Cleanser (100g)
Pencuci muka lelaki kurangkan jerawat 5 daripada 17
Safi Men Facial Cleanser (100g)
Safi
Dari RM11.99
Mengawal minyak
Mengurangkan jerawat
Tidak sesuai untuk kulit sensitif
1 lagi
Melembapkan kulit

Safi Men Facial Cleanser direka khas untuk kulit lelaki yang cenderung mempunyai tekstur kulit dan keperluan penjagaan yang berbeza daripada wanita. 

Produk ini dirumus khas untuk membersihkan kulit dengan mendalam dengan membantu menghilangkan kotoran, minyak berlebihan, dan sisa-sisa produk kulit yang mungkin terkumpul pada kulit wajah.

Kulit lelaki sering menghasilkan lebih banyak minyak berbanding kulit wanita jadi Safi Men Facial Cleanser mengandungi bahan-bahan yang membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan, membantu kulit terasa lebih segar dan kurang berminyak.

Pencuci muka ini juga mengandungi bahan-bahan seperti Asid Salisilik yang membantu merawat jerawat dan menjaga kulit daripada tanda-tanda penuaan awal seperti kedutan.

Produk Safi Men Facial Cleanser ini juga diformulasi daripada bahan-bahan yang memberikan kesan dingin dan pelembap pada kulit bagi membantu menjaga keseimbangan kelembapan kulit.

Peling penting, formulasi khas lelaki ini mungkin dirancang untuk tidak mengeringkan kulit wajah, menjaga kulit tetap selesa dan lembap selepas pembersihan.

Turut mempunyai bau dan tekstur yang sesuai dengan citarasa lelaki, menjadikannya pengalaman penjagaan kulit yang lebih memuaskan.

Dermaction Plus By Watsons Pro Acne Purifying Facial Gel (100ml)
Pencuci muka lelaki untuk jerawat dan berminyak 6 daripada 17
Dermaction Plus By Watsons Pro Acne Purifying Facial Gel (100ml)
Dermaction Plus By Watsons
Dari RM27.12
Sesuai untuk kulit berminyak
Tekstur gel
Harga mahal
1 lagi
Memudarkan parut jerawat

Pencuci muka Dermaction Plus By Watsons Pro Acne Purifying Facial Gel (100ml) bagus untuk membersih dan menghidratkan kulit secara lembut.

Tekstur gel dari pencuci muka ini menjadikannya sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat tanpa menyumbat pori muka.

Dengan pelbagai fungsi untuk kulit berjerawat AcnoDERM, pencuci muka ini membantu mengurangkan pengumpulan bakteria P.acne, rembesan sebum dan parut jerawat.

Selain itu, pencuci muka ini juga membantu mengimbangi tahap kelembapan kulit, memudarkan kesan liang pori dan mengurangkan kulit kemerahan akibat jerawat.

Cara gunanya sangat mudah, anda hanya picitkan sedikit gel pencuci muka ini pada tangan, terus urut pada muka yang basah dan bilas sebersih-bersihnya dengan air bersih.

Kahf Oil and Acne Care Face Wash (100ml)
Pencuci muka lelaki terbaik secara keseluruhan 7 daripada 17
Kahf Oil and Acne Care Face Wash (100ml)
KAHF
Dari RM16.58
Mengurangkan jerawat
Mengawal lebihan minyak
Tidak sesuai untuk kulit sensitif
1 lagi
Melembapkan kulit

Sebab menjadi pilihan utama:

Kahf Oil and Acne Care Face Wash ialah sabun pencuci muka dengan kandungan HydroBalance dan Pure Cleanse untuk menjadikan wajah bersih dan lembap secara menyeluruh.

Ciri-ciri:

Selain membantu mengurangkan jerawat, pencuci muka ini sangat sesuai untuk anda yang miliki jenis kulit muka yang berminyak dan berjerawat.

Ekstrak Mediterranean Sage akan mengurangkan pertumbuhan jerawat baru dan mengurangkan kemerahan serta kerengsaan pada jerawat.

Manakala French Cypress pula akan mengurangkan lebihan minyak untuk menjadikan wajah bebas berkilat dan HydroBalance akan mengekalkan kelembapan semula jadi kulit dan tidak menjadikan kulit kering. 

Dengan penggunaan yang konsisten, pencuci muka ini menjadikan kulit terasa lembap dan licin sambil membersihkan kulit dari kotoran hingga ke liang pori.

Review:

"Dah botol kedua, best pakai. Harga pun ok dan jerawat makin kurang, parut pun hilang. Recommended guys!"

WATER360 BY WATSONS Mineral Spring Facial Wash 100ml
Pencuci muka lelaki viral TikTok 8 daripada 17
WATER360 BY WATSONS Mineral Spring Facial Wash 100ml
WATSONS
Dari RM31.92
Mengandungi Mineral Spring Water
Melembapkan kulit
Tidak sesuai untuk kulit kering
2 lagi
Tidak mengandungi bahan pewangi
Tekstur ringan

WATER360 BY WATSONS Mineral Spring Facial Wash 100ml mengandungi sumber mata air semula jadi, Mineral Spring Water yang kaya dengan mineral.

Mineral-mineral ini dapat membantu menjaga keseimbangan kelembapan kulit serta memberikan nutrisi penting kepada kulit anda.

Pencuci muka ini dirumus khas untuk membersihkan kulit secara mendalam dari kotoran dan minyak berlebih untuk membantu mencegah sumbatan pori-pori dan jerawat serta menjaga kulit tetap bersih dan segar.

Kandungan mineral dan bahan-bahan lain dalam produk ini membantu menjaga kelembapan kulit supaya kulit terhidrasi, dapat mengurangkan kulit kering dan kulit jadi lebih berseri.

Pencuci muka ini dapat membantu mengembalikan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit dengan baik.

Menarik lagi, pencuci muka ini tidak mengandung pewangi yang berlebihan jadi sesuai untuk anda yang ada kulit sensitif atau mudah alergi atau iritasi.

Formula pencuci muka Water360 sangat ringan dan lembut jadi anda boleh gunakannya untuk membersihkan wajah setiap hari.

La Roche Posay Toleriane Caring Wash Anti Discomfort Facial Cleanser
Pencuci muka lelaki untuk kulit sensitif 9 daripada 17
La Roche Posay Toleriane Caring Wash Anti Discomfort Facial Cleanser
Dari RM79.71
Tanpa bahan pewangi
Mengandungi Niacinamide
Harga mahal
1 lagi
Mempunyai Vitamin B3

Pencuci muka pilihan dari La Roche Posay ini sangat sesuai untuk lelaki yang miliki kulit muka jenis normal, kering dan sensitif.

Turut mempunyai tekstur gel bagi memastikan setiap basuhan pada kulit memberi keselesaan dan kelembapan yang berpanjangan. 

Hasil penggunaan yang konsisten bukan sahaja kulit berseri tapi anda akan terasa kulit muka lebih lembut apabila disentuh. 

Menarik lagi, pencuci muka ini juga mampu bertindak menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit sekaligus mengelakkan berlaku iritasi dan pembentukan jerawat.

Mengandungi bahan Niacinamide yang akan memelihara imuniti kulit, mengurangkan kesan kemerahan dan kegatalan pada kulit sambil meminimumkan liang pori.

Pencuci muka ini juga bagus untuk mengawal minyak dan bebas pewangi menjadikannya sesuai kulit sensitif.

himalaya men face wash
Pencuci muka lelaki untuk kulit normal 10 daripada 17
Himalaya Men Power Glow Licorice Face Wash (100ml)
Himalaya
Dari RM17.60
Sesuai untuk semua jenis kulit
Bagus untuk lelaki bermisai & berjanggut
Stok di kedai terhad
1 lagi
Dapat mencuci hingga ke dalam liang pori

Himalaya Men Power Glow Licorice Face Wash sesuai untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk kegunaan harian. 

Diperkaya dengan ekstra tumbuhan seperti Licorice, Alfalfa dan Wood Apple yang akan membantu anda mencerahkan kulit tanpa mengeringkannya.

Malah berupaya mengekalkan kesihatan kulit dengan khasiat Alfalfais sumber utama bagi antioksida dan perapi kulit. 

Bagi yang ada jambang atau misai, pencuci muka Himalaya ini juga mampu membersihkan kawasan tersebut dengan baik dan menyeluruh kerana mengandungi kandungan Aloa Vera dan air kelapa.

Pencuci muka ini akan melembapkan kulit anda sambil mencerahkan kulit muka dengan harga yang sangat berpatutan.

Pencuci muka 6 dalam 1 - untuk kulit wajah berjerawat
Pencuci muka lelaki berjerawat 11 daripada 17
Garnier Men Acno Fight Acne Foam (100ml)
Garnier
Dari RM11
Merawat kulit masalah jerawat
Membuang sel kulit mati
Tidak sesuai untuk kulit berminyak
2 lagi
Diperkaya dengan Herba Repair
Tekstur creamy

Masalah kulit berjerawat sebenarnya jarang dialami oleh lelaki kecuali mengalami perubahan hormon ataupun darah tidak bersih/kotor.

Jadi produk Garnier mengeluarkan pencuci muka khas untuk lelaki yang dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghalang kadar pertumbuhan jerawat.

Malah dengan kandungan yang diperkaya Herba Repair dan penulenan Asid Salisiklik dapat mengurangkan;

  • Minyak
  • Jerawat
  • Blackheads
  • Bintik kemerahan
  • Mengecilkan lubang pori

Cara penggunaan mudah saja, anda hanya sapu pada muka yang sudah dilembapkan dan bilas dengan air sehingga bersih.

Sebaiknya guna selepas anda melakukan aktiviti dari luar dan sebelum tidur bagi kesan yang lebih baik dan cepat.

Pencuci muka scrub untuk lelaki 12 daripada 17
Men’s Biore Double Scrub Facial Foam Deep Clean Extra Cool (100g)
Biore
Dari RM11.55
Lakukan pembersihan secara mendalam
Sensasi penyejukkan kulit
Tidak sesuai untuk kulit sensitif & kering
2 lagi
Kurangkan kulit kusam
Sesuai untuk mereka yang aktif bersukan

Pencuci muka Biore’s Men Double Scrub ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit menjadi kusam dan rosak.

Pencuci muka ini bagus juga bagi mereka yang seharian bersukan kerana dapat menyingkirkan minyak dan kotoran dalam liang pori dengan bersih.

Ini kerana diformulasi dari teknologi Advanced Japan Million-scrub yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit untuk proses pembersihan.

Sensasi ‘cooling’ dapat memberi kesegaran pada kulit wajah sehingga wajah anda tidak kelihatan kusam.

Penggunaan skrub ini sesuai digunakan 2 hingga 3 kali seminggu untuk kesan yang lebih baik. 

nivea men anti dark spots
Pencuci muka lelaki untuk menghilangkan bekas jerawat 13 daripada 17
Nivea Men Extra White Mud Foam (150g)
Nivea Men
Dari RM14.17
Mengurangkan kesan parut
Membersihkan liang pori
Tidak sesuai untuk semua kulit
1 lagi
Diformulasi dari bahan asli

Risau dengan masalah parut dan tompokan bekas jerawat yang kekal di wajah? Anda boleh gunakan pencuci muka Nivea Men Extra White Mud Foam ini.

Diformulasi dengan 3 bahan semulajadi iaitu Charcoal Mud, Licorice dan Whitening Powder yang dapat mengurangkan tompokan hitam sekaligus mencerahkan kulit.

Juga bertindak membersihkan kotoran liang pori dan mendetoks kulit, hasilnya kulit terasa segar dan bersih. 

Cuma, jika anda pakai dan mengalami iritasi, sebaiknya berhenti memakai dan menukar kepada produk lain.

Pencuci muka lelaki untuk kulit kusam 14 daripada 17
Badlab Depth-Charged Deep Cleansing Facial Cleanser
Badlab
Dari RM13.14
Beri lembapan pada kulit kering
Mengandungi Glycerin & serbuk arang
Memedihkan mata
2 lagi
Khas untuk lelaki kulit kusam
Hanya untuk lelaki

Jenama BadLab makin terkenal kerana sangat berkesan untuk melembapkan kulit yang kelihatan kering dan kusam.

Malah akan menyerap ke dalam lapisan kulit paling dalam untuk mencuci kotoran yang melekat dalam liang pori.

Ini kerana kandungannya diperkaya Bentonite Clay dan Charcoal yang dapat mengembalikan wajah bersih dan sihat.

Untuk kesan yang lebih berkesan, anda disarankan menggunakan juga BADLAB Dirty Deeds Facial Scrub dan BADLAB Battle Repair Facial Moisturiser.

Pencuci muka remaja lelaki 15 daripada 17
Nano White Men Oil Control Perfect Clay Cleanser (100ml)
Nano White
Dari RM15.12
Menghalang penghasilan minyak berlebihan
Mengekalkan kelembapan kulit
Mengandungi pewangi
1 lagi
Membersih secara mendalam

Pencuci muka Nanowhite Oil Control Perfect Clay Cleanser sangat sesuai untuk lelaki remaja yang mengalami masalah kulit berminyak. 

Ini kerana diperkaya dengan bahan ekstrak tomato dan bahan aktif yang dapat melindungi kulit dari radikal serta dapat mencerahkan kulit.

Selain itu dapat memberikan tona warna kulit sekata, melembutkan permukaan kulit dan membaikpulih kulit wajah yang rosak akibat penghasilan minyak berlebihan.

Hasilnya kulit tiada lagi berminyak, kekal segar dan bebas dari jerawat! 

Pencuci muka lelaki kulit kering 16 daripada 17
L'OREAL Men Expert Hydra.P Duo Water Detox Face Wash
L'OREAL Men Expert
Dari RM25.90
Melembutkan tekstur kulit wajah
Menghilangkan kotoran dengan berkesan
Pedih jika terkena mata
1 lagi
Ada teknologi detoksifikasi dan anti-kekasaran

Pencuci muka ini terbaik untuk mengekalkan hidrasi dan lembapan sehingga ke dalam lapisan kulit.

Malah, anda tidak terasa iritasi semasa melakukan aktiviti luar walaupun terdedah dibawah sinaran UV sepanjang hari.  

Ditambah pula dengan 2 inovasi terkini pada produk pencuci muka ini iaitu detoksifikasi dan anti-kekasaran sekaligus dapat melembutkan dan menghidrasi kulit.

Diperkaya pula dengan French Mountain Water dan G-Cylic Resurfacing Complex untuk memberi kesegaran pada kulit wajah.

Anda perlu lakukan teknik cucian dengan betul untuk menghilang dan menghapuskan kotoran pada liang pori dengan berkesan. 

Pencuci muka blackhead 17 daripada 17
Mary Kay Facial Wash for Men (133ml)
Mary Kay
Dari RM60
Sesuai untuk kulit sensitif
Non-Comedogenic dan bebas Paraben
Harga mahal
1 lagi
Membersih liang pori secara mendalam

Kulit lelaki mempunyai sifat lebih cepat berpeluh berbanding wanita jadi, oleh itu Mary Kay telah mengeluarkan produk pencuci muka khas untuk lelaki.

Kelebihan pencuci muka Mary Kay ini dapat membersihkan kotoran secara mendalam dan dapat mengurangkan minyak berlebihan.

Hasilnya dapat menjadikan pori-pori rasa lebih bersih dan bebas dari bintik hitam. 

Dalam masa yang sama juga dapat memberi kulit lembut dan boleh mencukur misai.

Jangan risau, produk ini boleh digunakan setiap hari tanpa mengeringkan kulit.


Bagaimanakah Cara Pilih Pencuci Muka Untuk Lelaki?

Semua orang ingin memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat.

Bukan sahaja wanita, lelaki juga perlu berhati-hati dalam memilih skincare untuk memastikan kulit mereka sentiasa sihat.

Salah satu produk penting dalam rutin skincare adalah pencuci muka.

Berikut beberapa tips berguna untuk membantu lelaki memilih pencuci muka untuk kulit mereka.

  • Jenis kulit

Langkah pertama ialah anda perlu mengetahui jenis kulit muka.

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza, seperti kulit berminyak, kulit sensitif, kulit kering, atau kulit kombinasi.

Ini akan membantu anda memilih pencuci muka yang disesuaikan secara khusus untuk memenuhi keperluan kulit seperti mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan atau folikel tersumbat.

  • Pertimbangkan masalah kulit

Kulit lelaki sedikit berbeza daripada kulit wanita, terutamanya disebabkan oleh faktor hormon.

Jika anda mempunyai masalah kulit tertentu, seperti jerawat, kulit kusam, atau hiperpigmentasi, pastikan anda memilih pencuci muka yang boleh menangani masalah tersebut.

Sebagai contoh, untuk masalah jerawat, pilih pencuci muka yang mengandungi asid salisilik atau asid glikolik.

Ini kerana bahan-bahan ini boleh membantu membersihkan pori-pori dan mengurangkan penampilan jerawat.

Tapi, jika anda mempunyai kulit sensitif, anda mungkin ingin memilih produk yang lembut dan bebas pewangi.

  • Bahan-bahan dalam pencuci muka

Pastikan anda membaca senarai bahan-bahan sebelum membeli pencuci muka.

Elakkan produk yang mengandungi alkohol yang berlebihan atau pewangi kerana ia boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan kerengsaan.

Cari pencuci muka yang mengandungi bahan seperti aloe vera atau hyaluronic acid untuk membantu memberikan kelembapan kepada kulit.


Apa Kebaikan Pencuci Muka Untuk Lelaki? 

Pencuci muka merupakan penjagaan yang menjadikan penampilan seorang lelaki lebih sempurna kerana kulit kelihatan segar, berseri dan sihat.

Untuk pengetahuan anda, hormon lelaki dan perempuan berbeza dan menyebabkan penghasilan jerawat pada kulit wajah lelaki adalah sedikit.

Tapi, itu bukan satu tiket untuk tidak perlu memakai pecuci kerana jerawat, blackhead akan timbul dan kotoran akan terkumpul sehingga kulit kelihatan kusam dan kotor.

Sebaiknya cuci wajah pada sebelah waktu pagi untuk keberkesanan menyingkirkan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit wajah.

Lagipun dapat memberi kesegaran sebelum memulakan aktiviti harian. 

Manakala cuci pada waktu malam pula untuk menghilangkan sisa kotoran yang melekat pada kulit wajah akibat terdedah kepada sinaran UV atau debu dan habuk setelah berada di luar.

Jangan ambil mudah tentang penjagaan kulit muka. Jom dengarkan kenapa perlu menjaga kulit wajah menerusi video di bawah.


Apa Beza Kulit Lelaki & Perempuan?

Mungkin ada yang kata tiada beza antara muka kaum lelaki dan wanita tapi sebenarnya kajian mendapati kulit lelaki mengandungi lebih banyak elastin dan kolagen berbanding wanita.

Malah, ketebalan kulit lelaki 25% lebih tebal berbanding kulit wanita kerana lelaki mempunyai androgen (testosteron) dimana hormon ini menyebabkan tekstur kulit wajah lelaki lebih kuat.

Disebabkan tekstur kulit yang lebih kuat ini juga, pakar mendapati wajah lelaki lebih lambat menerima penuaan dan kelihatan 15 tahun lebih muda dari usia mereka.

Jadi, tidak hairanlah jika kaum lelaki sukar mengalami masalah kulit wajah dan cara penjagaan kulit juga berbeza.

Sebaiknya kaum lelaki pilih jenama atau produk yang khas untuk anda dan paling penting kena rajin cuci muka. 

Jom dengarkan penerangan lebih terperinci menerusi video berikut.


Tips Penjagaan Muka Lelaki

Tidak kira jantina, penjagaan muka penting untuk mencegah masalah kulit dan mengekalkan penampilan diri yang kemas.

Bagi lelaki, ikuti je tips penjagaan muka atau cara glow up lelaki di bawah:

  • Cuci muka dengan betul

Memang nampak remeh, tetapi mencuci muka dengan betul adalah asas penting untuk kulit yang sihat.

Basuh muka dua kali sehari dengan pembersih yang lembut dan sesuai untuk jenis kulit anda.

  • Guna skincare untuk lelaki yang asas

Beberapa rutin skincare yang paling asas adalah pencuci muka, pelembap dan sunscreen.

Ramai lelaki sering terlepas pandang kepentingan pelembap dan sunscreen.

Kedua-dua produk ini sememangnya penting untuk mengunci kelembapan dan mencegah penuaan kulit.

  • Exfoliate

Eksfoliasi membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan membersihkan liang pori.

Lakukan eksfoliasi sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan menggunakan skrub, peeling gel atau toner yang mengandungi bahan Salicylic Acid, BHA atau AHA.

  • Beri masa untuk kulit berehat

Kadang-kadang, kulit kita memerlukan masa rehat dari produk penjagaan.

Sekali sekala, biarkan kulit anda bernafas tanpa sebarang produk, terutamanya sebelum tidur. Ini membantu kulit anda pulih dengan semula jadi.

Jangan lupa untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti minum banyak air, elakkan merokok, bersenam, dan tidur yang mencukupi.

Kesihatan dalaman juga mempengaruhi penampilan luaran anda.



Soalan Lazim Tentang Pencuci Muka Lelaki

Apakah pencuci muka yang paling bagus untuk lelaki?

Ia bergantung pada jenis kulit. Untuk kulit biasa dan sensitif, Himalaya Purifying Neem Face Wash (dari RM8.05) adalah pilihan lembut. Untuk kulit berminyak dan bermasalah jerawat, Kahf Oil and Acne Care Face Wash (dari RM16.90) lebih sesuai kerana diformulasi khas kawal minyak.

Apakah pencuci muka lelaki yang ada di Watson?

Beberapa produk dalam senarai ini dijual di Watsons, termasuk Himalaya Purifying Neem Face Wash (RM8.05), Kahf Oil and Acne Care Face Wash (RM19.60), WATER360 BY WATSONS Mineral Spring Facial Wash (RM27.93) dan Dermaction Plus By Watsons Pro Acne Purifying Facial Gel (RM27.12), jenama eksklusif Watsons sendiri.

Apakah produk yang boleh mencerahkan kulit muka lelaki?

GATSBY Cooling Face Wash Bright White (RM13.90) dan Nano White Men Oil Control Perfect Clay Cleanser (RM15.12) dipasarkan khusus untuk kesan kulit lebih cerah selepas penggunaan berterusan. Kesan sebenar berbeza mengikut jenis kulit individu.

Apakah pencuci muka yang sesuai untuk remaja lelaki berjerawat?

Garnier Men Acno Fight Acne Foam (RM9.90) dan Kahf Oil and Acne Care Face Wash (dari RM16.90) adalah pilihan berpatutan yang diformulasi untuk kawal jerawat dan minyak berlebihan, sesuai untuk bajet remaja.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation