Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

8 Krim Rawatan Bawah Mata Untuk Pandangan Yang Menggoda

Sayangi bawah mata anda

Product in this article

Ramai yang pasti tertanya-tanya, jika krim mata sebenarnya produk wajib ataupun tidak? Dan ramai juga yang meninggalkan rawatan krim mata daripada rutin penjagaan wajah harian mereka dan menggunakan pelembap biasa ke bahagian mata. Sebenarnya salah ya, kerana konsistensi dan formula krim mata sangat berbeza dengan krim wajah. Krim mata diformulakan dengan tekstur lebih lembut supaya tidak menyumbat pori dan menyebabkan milia, iaitu kantung minyak di sekitar bawah mata. Jika anda mengalami tiny bump dan milia di bahagian mata anda, kemungkinan besar ialah kerana anda menggunakan krim pelembap wajah di kawasa mata anda. 

Krim mata juga mempunyai bahan aktif yang berbeza dengan krim pelembap dan produk wajah yang lain kerana krim mata bertujuan untuk merawat masalah di kawasan mata sahaja. Ini termasuklah dengan konsistensi yang lebih lembut dan ringan, tekstur lebih cair dan cepat meresap, bebas minyak dan tidak melekit dan juga “spot treating” masalah tertentu sahaja seperti eyebag, lingkaran gelap, kedut, garis halus dan juga lengkungan bawah mata.

Supergoop! Bright-Eyed 100% Mineral Eye Cream SPF 40 15ml

RM 136
Supergoop!
1. Supergoop! Bright-Eyed 100% Mineral Eye Cream SPF 40 15ml
Krim mata dengan spf untuk remaja
Updated on 9th August 2020
add_circle Selamat digunakan di sekitar batu karang dan hidupan laut
add_circle bertindak sebagai concealer kepada lingkaram gelap bawah mata
add_circle Tidak diuji keatas haiwan
remove_circle Boleh menjadi berminyak dan melekit untuk ulit jenis berminyak
remove_circle Harga yang tinggi

Krim mata daripada Supergoop! ini sangat multitasking, jadi sesuai lah untuk remaja yang sering sibuk dan aktif. Krim ini dilengkapi dengan spf40 dan pelindung UV untuk melindung bawah mata supaya menjadi gelap dan juga tanda penuaan pra-matang. Krim ini sangat ringan dan bebas minyak, sesuai lah utuk remaja. Bukan itu sahaja, warna krim ini yang seakan warna kulit yang bertindak sebagai comcealer yang akan menyembunyikan kesan gelap bawah mata dengan serta-merta, jadi sangat sesuai buat dipakai untuk ke sekolah kerana tidak perlu memakai makeup. Walaupun krim ini sesuai untuk kesemua jenis kulit, namun ianya mungkin tidak sesuai buat kulit jenis berminyak kerana krim ini bertindak sebagai physical sunscreen yang tidak meresap dan hanya duduk di permukaan kulit sahaja sebagai pelindung cahaya matahari. Jadi krim ini mugkin terasa melekit dan berminyak. Namun krim ini amat sesuai buat sesiapa yang mempunya jerawat kerana tidak akan menyumbat pori dan juga akan membantu mengecutkan jerawat dengan bahan active zinc oxide nya.

Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Cream

RM 60.2
Always Be Pure
2. Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Cream
Krim mata untuk menghilangkan lingkaran hitam/dark circle
Updated on 8th August 2020
add_circle Efek pencerahan dengan niacinamide
add_circle Formula water burst sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Tidak akan membuatkan kulit berminyak
remove_circle Tidak cukup hidrasi untuk kulit jenis kering terlampau dan merekah
remove_circle Tidak didatangi dengan spatula kecil untuk mengambil produk dari dalam botol

Krim yang berformulakan water-burst ini sangat seusia untuk kulit bawah mata yang gelap dan hitam kerana ianya mengandungi niacinamide yang akan mencerahkan kawasan bawah mata. Bukan itu saja, krim ini sangat popular dikalangan peminat K-beauty kerana ianya mengandungi kesemua bahan yang power dan juga popular. Kerana wanita Korea amat mementingkan hidrasi, mereka sangat menggemari produk yang menjanjikan hidrasi yang tinggi. Krim ini ialah salah satu produk yang digila-gilakan itu. Produk ini bertekstur kan gel krim yang meresap pantas tanpa meninggalkankan kesan melekit. Krim ini mengandungi pelbagai kebaikan dalam satu botol! Ianya mengandungi 12  bahan semulajadi yang akan melembap kulit kering, idak bermaya, kusam, letih dan juga kulit sensitif dan keradangan. Ianya juga mengandungi bahan-bahan yang akan melembutkan kulit kasar, mengunci lembapan, memberikan  kuasa lembapan dua kali gandan daripada Hyaluronic Acid, memberikan efek menyejuk dan juga membuatkan kulit glowing sepanjang hari. Disebabkan ianya mempunyai efek menyejuk, krim ini sesuai untuk digunakan bawah mata yang letih dan kusam kerana akan mencerahkan serta merta. Walaupun sesuai buat kulit kering dan sensitif, mungkin ianya sedikit berat untuk kulit jenis berminyak. Packaging produk ini juga tidak didatangi dengan spatula untuk mencedok produk bagi mengelakkan kuman dan cross contamination.

Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On (15ml)

RM 25.16
Simple
3. Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On (15ml)
Krim mata untuk kulit sensitif
Updated on 9th August 2020
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Hypoallergenic
add_circle Diuji secara Dermatologi
add_circle Bebas bahan kimia
remove_circle Roller ball applicator boleh menyebabkan kuman

Produk ini sangat popular dengan formula tanpa bahan kimianya, produk krim mata daripada Simple ini sangat bagus sekali untuk jenis kulit sensitif. Lagi-lagi yang jenis mempunyai psoriasis dan eczema di sekitar bahagian mata. Bukan itu sahaja, produk ini mengandungi kebaikan bahan semula jadi dan bebas kimia termasuklah Niacinamide dan ekstrak algae yang akan mencerah kulit bawah mata dan juga menyegarkan kulit yang keletihan dan kusam. Walaupun produk ini mempunyai metal roller ball applicator yang akan membantu membangkitkan lagi mata yang kepenatan dan juga menenagkan kulit sensitif dengan efek penyejukkan, namun, dikhuatiri ianya tidak higenik kerana ianya menyentuh kulit wajah dan menyebabkan cross contamination berlaku. Jadi, ianya lebih afdal jika anda menggunakannya dengan cara memicit ke jari tanpa menyentuh permukaan tube produk untuk mengelakkan pembiakan kuman ke atas produk. Selain itu yang bagus tentang produk ini ialah ianya bebas daripada amalan menguji ke atas haiwan, kerana ianya diujii secara dermatologi. Ianya juga hypoallergenic yang membolehkan kesemua jenis kulit menikmati produk ini.

Himalaya Herbals Under Eye Cream (15ml)

RM 19.5
Himalaya Herbals
4. Himalaya Herbals Under Eye Cream (15ml)
Krim mata untuk kulit kering
Updated on 9th August 2020
add_circle Formula jenis krim untuk kulit sangat kering
add_circle Vegan
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
remove_circle Kuantiti kurang
remove_circle Mengandungi alkohol dan pewangi

Krim mata Himalaya ini sangat seusai untuk sesiapa yang berkulit kering dan merekah kerana formulanya sedikit berat dan pekat daripada krim mata yang lain. Ianya juga mencerahkan kegelapan bawah mata dengan kebaikan Bergenia Ligulata dan Cipadessa Baccifera iaitu herba yang membantu melawan kesan gelap bawah mata dan juga melindung bawah mata daripada cahaya matahari yang kasar. Krim mata ini juga mengandungi wheatgerm oil dan Viatmin E oil yang melembap kawasan bawah mata anda, sekaligus dapat menyegarkan kawasan mata, menganjalkan kulit di kawasan mata dan membuatkan anda kelihatan muda. Produk ini tidak diuji ke atas haiwan, bersifat vegan, hypoallergenic, and juga non-comedogenic. Namun, kerana teksturnya yang sedikit berat, mungkin ianya tidak sesuai digunakan oleh jenis kulit berminyak kerana ianya akan menjadi melekit walaupun tidak akan menyebabkan pori tersumbat. Walaupun ianya bersifat hypoallergenic, namun produk ini mengandungi alcohol dan pewangi yang membuatkan ianya tidak sesuai dengan kulit jenis sensitif kerana dikhuatiri akan menyebabkan keradangan, kemerahan, iritasi dan sensitivity yang melampau. Alkohol dan pewangi dalam produk ini juga boleh meyebabkan kepedihan pada mata ketika aplikasi.

Nutox Eye Refiner (15ml)

RM 33.54
Nutox
5. Nutox Eye Refiner (15ml)
Eye cream untuk kulit berminyak
Updated on 9th August 2020
add_circle Formula bebas minyak
add_circle Hilangkan kedut
add_circle bebas paraben, mineral oil dan pewarna
remove_circle Mengandungi alcohol dan pewangi
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

NUTOX Eye Refiner ialah rawatan intensif bahagian bawah mata yang mengembalikan keremajaan kulit sekitar mata anda tanpa menyebabkan kulit menjadi berminyak, melekit dan juga menyebabkan milia. Produk ini bebas minyak dan juga bebas paraben yang membuatkan ianya sangat sesuai untuk kulit jenis berminyak. Bukan itu sahaja, produk ini sangat unik kerana diformulakan dengan kekayaan ekstrak sarang burung yang akan mengembalikan keremajaan pada sekitar mata anda. Produk ini juga dapat mengrejuvenasikan kawasan tepi mata yang berkedut dan mengurangkan puffy di bawah mata. Produk ini sangat unik kerana ianya memberikan efek sensasi memanas yang selesa selepas dioleskan dengan jari. Ini bertujuan untuk mengaktifkan saluran darah bawah  mata. Produk ini bebas paraben, mineral oil dan juga pewarna namun mengandungi alcohol dan pewangi dan tidak sesuai untuk kulit jenis sensitif. Sensasi memanas itu juga mungkin tidak sesuai buat kulit jensi eczema dan psoriasis yang akan menyebabkan keradangan dan kemerahan. jangan lupa untuk memicit produk pada jari tanpa menyentuh kulit ya, demi menjaga kebersihan produk supaya dihindari oleh kuman yang boleh menyebabkan jerawat!

Cosmoderm Eye Treatment Gel With Co-Enzyme Q-10

RM 28.81
Cosmoderm
6. Cosmoderm Eye Treatment Gel With Co-Enzyme Q-10
Krim mata untuk eyebag/ kantung mata bagi usia 20 an
Updated on 9th August 2020
add_circle Sesuai untuk kesemua peringkat umur
add_circle Boleh mencerahkan lingkaran gelap
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
remove_circle Terlalu ringan untuk kulit kering

Produk sesuai buat individu 20-an dengan gaya hidup yang sibuk dan aktif. Packaging produk ini kecil dan kompak, sangat mudah untuk dibawa kemana-mana. Juga sesuai disimpan didalam handbag anda untuk dioles pada bila-bila masa sahaja untuk menyegarkan mata, seperti ketika di tempat kerja, mahupun ketika didalam kelas ataupun ketika berada didalam kereta!

Produk bertekstur gel ini mempunyai bahan Co-Enzyme Q10, kolagen dan ekstrak tumbuhan yang mampu menghilangkan kesan mata panda serta merta. Jadi seusuai lah untuk digunakan dimana-mana sahaja. Produk ini juga membaiki aliran darah dibawah mata yang akan menghilangkan kesan bengkak dan puffy. Sesuai juga buat kesemua jenis kulit, kerana formulanya yang tidak berminyak, ringan tidak akan menyebabkan kulit berminyak dan meresap serta merta. Produk ini juga mengandungi ekstrak licorice yang akan mencerahkan bawah mata, namun mungkin tidak sesuai untuk kulit kering kerana ianya terlalu ringan dan tidak melembap dengan berat. Nah, sebab krim ini tidak berat dan melekit, ianya juga sesuai dioleskan pada bahagian kelopak mata juga supaya kelopak mata tidak keletihan dan juga menenangkan urat timbul. Produk ini tidak diuji ke atas haiwan.

Safi Rania Gold Krim Kontur Mata 15ml

RM 17.76
Safi
7. Safi Rania Gold Krim Kontur Mata 15ml
Krim mata untuk kedut bagi usia 30 an
Updated on 9th August 2020
add_circle Khusus buat kulit matang
add_circle Mencerahkan lingkaran gelap dan bintik hitam di sekitar mata
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
remove_circle Mengandnungi pewangi
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering dan sensitif

Pada usia 30-an, tanda-tanda kedutan dan penuaan mula kelihatan. Jadi anda pasti memerlukan rawatan yang lebih intensif. Nah, ketika ini la Safi Rania Gold datang menyelamat. Jenama Safi Rania Gold ini sangat popular di kalangan pengguna berkulit matang kerana produknya yang memang memberikan penyelesaian kepada masalah penuaan. Produk ini membantu mengekalkan elastic pada kulit dan menguatkan struktur kulit yang paling dalam untuk mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit supaya tidak kendur dan mengedut. Produk ini menggunakan kuasa emas 24k dan madu sebagai pelembap. Bukan itu sahaja, produk ini juga mengandungi niacinamide yang dapat mencerahkan kawasan bawah mata dan mengelakkan daripada mata panda berlaku. Bukan itu sahaja, produk ini juga dapat menkontur kawasan bawah mata supaya tidak bengkak dan juga tidak tenggelam dan menyebabkan mata kelihatan letih dan tidak bermaya. Produk ini tidak diuji keatas haiwan namun ianya mengandungi pewangi dan menyebabkan ianya tidak sesuai buat kulit sensitif yang akan menyebabkan kekerinagan dan iritasi.

Mary Kay Firming Eye Cream

RM 69.00
Mary Kay
8. Mary Kay Firming Eye Cream
Krim mata bagi usia 40 an
Updated on 9th August 2020
add_circle Tidak diuji keatas haiwan
add_circle Sesuai untuk pemakai kanta lengkap
add_circle Tidak memedihkan mata
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat

Seiring dengan bertambahnya usia, kulit menjadi semakin kering dan menyebabkan kadar elastic kulit berkurangan dan menyebabkan kekedutan berlaku. Produk daripada MaryKay ini akan membantu melembapkan kulit matang decara intensif yang akan menghidrat secara mendalam dan membaiki elastic kulit yang telah kendur. Krim ini menjanjikan penghidratan yang mendalam dan membaiki keanjalan kulit, mencerahkan dan juga mengunci lembapan. Dengan ini, penampilan kedut, kulit kendur dan juga garisan halus. Produk ini mengandungi ekstrak bitani yang akan menenangkan kulit dan juga mengandungi agen pencerah yang juga menyediakan kulit untuk mengunci lembapan lebih lama. Produk ini juga akan meratakan tona kulit anda dan menghilangkan lingkarang gelap bawah mata. Sesuai untuk kesemua jenis kulit dan juga diuji oleh pakar mata sebagai tidak memedihkan mata. Produk ini tidak sesuai untuk kulit berminyak kerana formulanya yang melembap dengan lebih mendalam dan akan menyebabkan kulit tersumbat dan menyebabkan milia. Produk ini tidak diuji keatas haiwan dan sesuai untuk pemakai kanta lengkap kerana ianya tidak memedihkan mata.


Kebaikan Penggunaan Krim Mata

Rejimen kecantikan yang sempurna adalah melakukan penjagaan kulit wajah dengan terbaik dan ikuti langkah yang betul. Semua wanita di dunia ini mahukan kulit wajah yang cantik dan segar serta tampil awet muda sepanjang masa. Tetapi tahukah anda bahagian wajah yang manakah seringkali membuatkan penampilan kita tampak kusut dan kelihatan tua sebelum usia? Ya, mata. Kesan penuaan yang paling ketara akan timbul adalah pada sekeliling kawasan mata. 

Oleh itu, penggunaan krim dibawah mata adalah sangat digalakkan dan direkomendasi oleh pakar kecantikan. Ianya sangat penting untuk mengelakkan wajah anda kelihatan lesu dan tidak bermaya serta menghapuskan kesan lingkaran gelap dibawah mata. Antara kebaikan menggunakan krim mata;

  • Baiki tekstur di bahagian kawasan sekeliling mata
  • Kulit menjadi lebih cantik dan halus
  • Menghapuskan kesan kedutan dan garis halus (penuaan)
  • Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata
  • Memberi penghidratan dan lembapan pada kulit di sekeliling kawasan mata
  • Tiada lagi masalah kulit kusam atau keletihan yang tampil ketara pada wajah

Gunakan Krim Mata Dengan Cara Yang Tepat!

Bukan sahaja pemilihan krim mata bersesuaian dengan kulit tetapi juga cara penggunaan harus bertepatan agar bahan kandungan di dalam krim tersebut dapat bergerak aktif dalam membaikpulih dan mmberi kesan lumayan buat kulit wajah anda. Ada langkah-langkah yang tepat untuk anda amal dan jadikan rutin harian. Krim mata ini seharusnya digunapakai secara konsisten. 

Pastikan juga urutan pemakaian skincare anda bertepatan dengan langkahnya. Cara yang tepat untuk penggunaan krim mata adalah;

  • Gunakan krim mata ini sedikit demi sedikit untuk setiap sapuan. Jika krim mata anda jenis roll-on, pastikan anda mengoles pada kulit wajah dengan lembut. Jangan terlalu kasar. Nanti kulit akan cepat teriritasi. 
  • Guna jari manis anda untuk menyapu krim tersebut ke seluruh kawasan mata. Ini kerana jari ini mempunyai tekanan yang lembut dan tidak akan menyakitkan bawah mata anda. Elakkan dari menarik kulit bawah mata semasa mengaplikasikannya. 
  • Elakkan sapuan krim pada betul-betul lid mata. Ini kerana bahan yang terdapat di dalam krim ini akan membuatkan mata anda cepat pedih. Krim ini juga dapat menyerap dalam jarak seinci dari mata. 
  • Jangan menggosok krim tersebut pada kulit terus. Tepukkan secara perlahan agar penyerapan krim ini maksima pada kulit anda.

Jangan salah faham pula ya. Krim mata ini bukan menghapus kedutan tetapi mencegah daripada terjadi. Selamat mencuba! 

‘No matter what shape or size you are, you should feel confident in your own skin. You should feel like a beautiful women, no matter what!’ - Joanna Krupa - 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article