Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Skincare Drugstore Terbaik Untuk Kecilkan Pori Dengan Harga Mesra Poket

Say NO kepada kulit berkawah!

Product in this article

Jika anda mempunyai isu kulit wajah dengan liang pori besar atau terbuka, anda harus merawatnya dengan kadar segera! Liang pori besar boleh tersumbat dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat. Selain itu, permukaan kulit akan menjadi kasar dan sukar untuk mendapatkan kemasan make up yang flawless.

Antara punca-punca liang pori menjadi besar dan terbuka adalah penuaan, terdedah kepada cahaya matahari dan kurang menitikberatkan kebersihan kulit wajah. 

Selain menggunakan produk wajah, apakah petua atau tips untuk mengecilkan pori?

Petua atau tips-tips yang boleh digunakan untuk mengecilkan pori adalah:

  • Mengamalkan masker daripada jus timun atau tomato – kisar timun atau tomato dengan tepung jagung dan sapu rata di permukaan wajah terutama pada bahgian liang pori terbuka selama 15 minit.
  • Cuba masker telur putih – caranya adalah dengan menyapukan telur putih pada kulit wajah. Anda juga boleh campurkan telur putih dengan oats atau jus lemon. 
  • Tuam ais – ambil kiub ais dan balut dengan kain. Gosok kain di sekeliling muka setiap malam sebelum tidur. 
  • Lidah buaya (Aloe Vera) – gunakan lidah buaya dalam bentuk tumbuhan, ambil isi dan sapukan pada kulit seperti masker. 

Jika sudah melakukan tips-tips di atas, jangan lupa pilih produk skincare yang sesuai untuk kulit anda. Ayuh kita lihat jenis-jenis produk terhangat di pasaran untuk mengecilkan pori. Apa yang best adalah kesemua produk ini boleh didapati dari drugstore berdekatan anda!

10 Produk Drugstore Terbaik Untuk Kecilkan Pori Muka 

Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash

RM 19
Hada Labo
1. Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash
Pencuci muka untuk mengecilkan pori – pembersih wajah pilihan #1
Updated on 10th January 2020

Pembersih wajah Hada Labo ini semakin mendapat perhatian. Ianya diperkaya dengan ekstrak teh hijau Jepun dan menggabungkan sifat pembersih semula jadi dengan bahan penghidratan intensif asid Hyaluronik untuk membersih liang pori, mengawal minyak dan mengecilkan liang pori untuk memberi kulit yang lebih lembut dan licin. Pembersih wajah ini mempunyai pH yang rendah untuk keseimbangan kulit dan tidak iritasi.

Wardah Acnederm Pore Refining Toner (100ml)

RM 11.9
Wardah
2. Wardah Acnederm Pore Refining Toner (100ml)
Toner terbaik untuk mengecilkan pori – ideal untuk kulit berjerawat
Updated on 9th July 2020

Antara cara untuk mengurangkan jerawat adalah dengan menangani masalah minyak berlebihan. Toner Wardah ini bebas alkohol, ringan dan diformulasi dengan ekstrak Witch Hazel yang baik untuk mengurangkan sebum. Tanpa sebum berlebihan, pori akan mengecil kerana ianya tidak tersumbat maka tiada lagi masalah jerawat.

ST. IVES Blackhead Clearing Green Tea Scrub

RM 9.99
ST. IVES
3. ST. IVES Blackhead Clearing Green Tea Scrub
Skrub untuk kecilkan pori – kulit wajah bebas blackhead!
Updated on 27th April 2020

Dapatkan skrub dengan gabungan teh hijau, buluh dan asid Salicylic ini untuk menghapuskan blackhead degil! Jika kulit bebas blackhead, ianya akan menjadi lebih sihat, glowing dan pori mudah untuk tertutup. Dengan penggunaan kerap, skrub ini boleh membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat.

Pure Beauty Pink Pore Perfection Clay Mask

RM 18.36
Pure Beauty
4. Pure Beauty Pink Pore Perfection Clay Mask
Kecilkan pori dengan masker ini – berkesan memudarkan jeragat
Updated on 16th July 2020

Amalkan penggunaan masker sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Dengan masker ini, anda akan menemui kaedah penjagaan liang pori yang sempurna dari pembersihan mendalam, pengelupasan, penyerapan sebum, pembersih pori dan warna kulit lebih cerah. Ia membantu membersih kotoran, melembap kulit sekaligus menjadikan kulit anda terasa licin, lembut dan sihat daripada sebelumnya.

Garden of Eden Natur E Scar Serum (15ml)

RM 29
Garden of Eden
5. Garden of Eden Natur E Scar Serum (15ml)
Serum terbaik untuk mengecilkan pori – hapuskan parut jerawat degil!
Updated on 6th April 2020

Diperkaya dengan Vitamin E semulajadi, Natur E Scar Serum berfungsi dengan efisien dalam memudarkan parut. Dengan sifat anti-oksidannya, serum ini melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas yang diketahui menghalang proses penyembuhan. Ia juga pelembap intensif yang membantu menghilangkan bekas luka lama dan baru. 

Apabila digunakan pada kulit kering yang rapuh, Natur E Scar Serum dapat menyerap dengan cepat ke dalam kulit, segera menghidrat dan melembutkannya.

Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml

RM 64.52
Toner air mawar yang organic
Bio Essence
6. Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml
Essence bagi mengecilkan pori yang ideal untuk kulit kombinasi
Updated on 29th April 2020

24K Bio-Gold Rose Gold Water adalah essence bertekstur ringan yang mengandungi ekstrak mawar Jepun dikenali sebagai Eijitsu. Ianya merupakan gabungan ideal untuk memberi penghidratan tambahan buat kulit bagi menghapus garisan halus akibat penuaan dan mengecilkan pori.  

Ideal untuk kesemua jenis kulit terutamanya jenis kombinasi, hanya gunakan 2 kali sehari untuk kulit lebih sihat.

Olay Total Effects 7 in 1 Day Cream Gentle SPF15

RM 27.9
Moisturizer alcohol free
Olay
7. Olay Total Effects 7 in 1 Day Cream Gentle SPF15
Krim pelembap wajah diperkaya dengan formula anti-penuaan
Updated on 4th March 2020

Krim pelembap wajah ini memberi 7 kebaikan anti-penuaan dalam 1 ditambah pula dengan SPF15 untuk membantu melindungi daripada pendedahan cahaya matahari, penyebab nombor 1 penuaan. Ianya membantu memperbaiki kulit yang kelihatan letih, mengurangkan penampilan garis dan bintik-bintik halus, mengecilkan pori dan mencerahkan wajah. Buat anda dengan kulit matang, apa kata cuba krim ini, sekarang!

Nivea Face Care Night Cream Extra White Repair Pore Minimiser (50ml)

RM 28.48
Nivea
8. Nivea Face Care Night Cream Extra White Repair Pore Minimiser (50ml)
Krim malam untuk kulit kering dan kusam serta kecilkan pori
Updated on 16th July 2020

Krim malam dicipta khas untuk mengecilkan pori ini adalah ‘must-have item’! Rumusannya mengandungi Pearl-Whitening Complex yang terbukti 10 kali lebih berkesan daripada Vitamin C untuk memperbaiki kulit kusam, menghidrat dan mengurangkan bintik-bintik gelap agar kulit lebih cerah dan sihat.

Hanursinbihan Quatro Pad Exfoliating Solution (195ml)

RM 89
Hanursinbihan
9. Hanursinbihan Quatro Pad Exfoliating Solution (195ml)
Exfoliating pad ideal untuk kulit sensitif bagi kecilkan pori
Updated on 16th July 2020

Produk mesti cuba ini merupakan exfoliator dalam bentuk pad yang menjanjikan kulit lebih flawless! Penggunaan kerap boleh menghilangkan kotoran yang menyumbatkan pori dan sel-sel kulit mati menjadikan kulit anda terasa bersih dan lembut. 

Kini tiada lagi kotoran, hanya sinar semula jadi kulit wajah. Buat anda yang mempunyai kulit sensitif, usah risau kerana exfoliator pad ini tidak iritasi dan merengsa.

L'oreal Paris UV Perfect Matte & Fresh UV Protector (30ml)

RM 30.6
L'oreal Paris
10. L'oreal Paris UV Perfect Matte & Fresh UV Protector (30ml)
Sunscreen terbaik untuk kulit berminyak sambil mengecilkan pori
Updated on 16th July 2020

Dengan mengandungi SPF50, sunscreen ini mempunyai sistem penyaringan spektrum luas yang diperkuatkan oleh penapis Mexoryl dan UVA untuk memberi perlindungan yang stabil. Sunscreen ini juga berkesan untuk membantu mengurangkan kegelapan kulit, bintik-bintik gelap dan penuaan kulit pra-matang. 

Diperkaya dengan tanah liat, formula membantu mengurangkan pengeluaran sebum dan menyerap lebihan minyak untuk kesan anti-bersinar pada kulit. Tona kulit akan kelihatan lebih sekata dan cerah manakala liang pori akan mengecil.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article