Kecantikan

10 Primer Wajib Dicuba Dari Sephora Untuk Makeup Flawless & Tahan Lama

Untuk mencari makeup primer sesuai, haruslah mengikut kulit samada kering, berminyak, normal, sensitif atau jerawat. Ini senarai primer terbaik di Sephora.


Editor · 11 Mar 2020, 7:07pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Primer Wajib Dicuba Dari Sephora Untuk Makeup Flawless & Tahan Lama

Untuk mencari makeup primer yang terbaik, anda haruslah mengikut keperluan kulit samada kering, berminyak, normal, sensitif atau berjerawat. Semua jenis kulit memerlukan primer yang berbeza. Jangan tersalah memilih primer kerana ianya juga mengikut kesesuaian kulit anda.Jadi, memakai primer yang tepat ialah satu cara untuk mendapatkan hasil makeup yang lebih sempurna.

Di mana lagi jika ingin mencarai makeup yang berkualiti dan yang pentingnya telah ‘approved’ daripada Beauty Cult seluruh dunia, kalau bukan daripada Sephora!

Kandungan

Adakah anda benar-benar perlu memakai primer sebelum makeup?

Ya, anda perlu walaupun memiliki kulit jenis normal. Primer bukan sahaja memastikan makeup anda tahan lama malah akan membantu menyembunyikan masalah kulit yang tampil jelas pada kulit wajah. Jika anda bingung hendak memilih yang bersesuaian dengan kulit wajah, apa kata lakukan sedikit research terlebih dahulu? 

Pastikan produk yang dipilih sangat digemari oleh orang ramai dan juga sesuai untuk jenis kulit anda. Ayuh lihat senarai primer yang bersesuaian untuk anda;

10 Primer Terbaik Dari Sephora Malaysia

Primer terbaik untuk kulit berjerawat dan berformula silikon 1 daripada 10
Sephora Collection Beauty Amplifier Smoothig Primer (15ml)
Partnership with Sephora Collection
Dari RM63
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika anda alami masalah kulit berjerawat dan bertekstur, primer daripada Sephora Collection ini akan menjadi bff anda! Ianya berformula silikon, yang akan mengisi ruangan kulit anda yang bertekstur, pori besar dan berjerawat.

Ianya dapat meratakan kulit anda supaya foundation akan kelihatan rata dan flawless.Wajah anda juga akan tampil berseri dan anggun.

Primer terbaik untuk melindungi penampilan pori besar 2 daripada 10
3CE Back To baby Pore Velvet Primer
Partnership with 3CE
Dari RM65
Lihat harga di Shopee Malaysia

Masalah pori besar akan membuatkan foundation anda tidak melekat pada kulit dan juga akan menyebabkan makeup menjadi bercapuk. Primer yang berformula silikon daripada 3CE ini akan membantu anda mengisi ruangan pori supaya kulit wajah anda mempunyai permukaan kulit yang rata dan makeup tidak tampil ‘cakey’.

Primer dengan hasil glowy dan dewy 3 daripada 10
Ciaté London Dewy Spritz Luminous Prime & Set Spray
Partnership with Ciaté London
Dari RM130
Lihat harga di Sephora Malaysia

Sesuai untuk kulit kering, primer spray ini akan membuatkan makeup anda glowy dan dewy. Ia akan menampakkan hasil makeup yang sihat dan kulit tampil lembap serta kekal hidrasi. Primer ini juga amat sesuai untuk sesiapa yang suka akan trend makeup Glass Skin daripada Korea.

Yang paling best nya ialah, primer ni boleh juga digunakan sebagai setting spray untuk makeup lebih dewy and glowy!

Primer khas untuk kulit kombinasi – utamakan bahagian T-Zon 4 daripada 10
Nudestix Tinted Blur Stick (6g)
Partnership with Nudestix
Dari RM135
Lihat harga di Sephora Malaysia

Nah, primer ini amat sesuai untuk kulit kombinasi kerana kulit jenis ini selalunya mempunyai bahagian pipi berkulit kering atau normal dan T-Zon yang berminyak. Jadi, anda hanya perlu memastikan T-Zon anda kekal kering dan tidak berminyak dengan primer daripada Nudestix ini!

Primer ini berbentuk stik yang membuatkan aplikasi ke atas bahagian T-Zon anda lebih mudah. Anda hanya perlu mengoleskan pada kawasan hidung, dagu dan dahi anda untuk mengawal minyak, menyembunyikan pori besar, tona tidak sekata, tekstur kulit dan juga garis halus.

Kegemaran ‘Beauty Cult’ seluruh dunia untuk kulit normal 5 daripada 10
Smashbox Photo Finish Primer Water (115ml)
Partnership with Smashbox
Dari RM139
Lihat harga di Sephora Malaysia

Primer Water daripada Smashbox ini telah menjadi kegilaan ramai sejak dari dulu lagi. Formulanya menjadikan permukaan muka agak melekit untuk memastikan foundation tahan lebih lama dan tak bercapuk.

Aplikasi spraynya juga menyegarkan kulit dan membuatkan pengalaman mengoles makeup anda lebih senang dan mudah!

Primer popular untuk yang sukakan makeup matte 6 daripada 10
Huda Beauty Mattifying Primer
Partnership with Huda Beauty
Dari RM145
Lihat harga di Sephora Malaysia

Sama seperti foundationnya, primer daripada Huda Beauty ini telah menjadi kegemaran Beauty Guru! Dengan formulanya yang berasaskan gel silicon, primer ini akan membantu mattify kan kulit anda untuk sesiapa yang mahukan hasil solekan matte. 

Primer ini juga bagus untuk kulit matang, berkedut, bertekstur, pori besar dan juga dengan yang mempunyai masalah T-Zon berminyak.

Primer melembap yang sesuai untuk kulit kering 7 daripada 10
Fenty Beauty Pro Filtr’ Hydrating Primer (32ml)
Partnership with Fenty Beauty
Dari RM145
Lihat harga di Shopee Malaysia

Kulit kering amat memerlukan hydrating primer walaupun setelah menyempurnakan skincare routine. Ini kerana solekan anda akan menyerap lembapan dan hidrasi ke atas kulit dan akan membuatkan kulit lebih kering dan gatal jika tidak mengenakan primer yang melembap. 

Siapa sahaja tidak menggemari primer daripada Fenty Beauty ini yang sudah pasti mengekalkan lembapan dengan lebih lama. Formulanya juga ‘sticky’ dan ‘tacky’ akan membuatkan foundation dan makeup anda melekat pada kulit dengan lebih bagus dan tahan lebih lama.

Primer dengan kuasa perlindungan matahari (SPF) 8 daripada 10
Bobbi Brown Primer Plus Protection SPF50 (40ml)
Partnership with Bobbi Brown
Dari RM183.58
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Primer ini ialah buat sesiapa yang tidak suka memakai sunblock sebelum primer kerana tekstur sunblock yang melekit dan likat pasti menjengkelkan anda ketika ingin menampal makeup. Jadi, menggunakan primer yang sudah mempunyai SPF ialah satu tips untuk anda. Kekal terlindung daripada sinaran UV matahari dengan primer ini!

Primer untuk kulit yang mudah kemerahan dan sensitif 9 daripada 10
Stila One Step Correct Serum Primer (30ml)
Partnership with Stila
Dari RM155
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, pasti kulit anda kelihatan kemerahan dan bertompok. Anda perlukan produk yang dapat sekatakan tona kulit anda iaitu dengan menggunakan primer yang berwarna hijau untuk melindungi kemerahan yang terjadi pada kulit.

Stila One Step Correct Serum Primer ini amat popular untuk yang kulit sensitif kerana ianya akan meneutralisasikan warna kulit anda supaya tidak bercapuk dan flawless.

Primer matte untuk kulit berminyak agar kurang penghasilan sebum 10 daripada 10
Cover FX Mattifying Primer (30ml)
Partnership with Cover FX
Dari RM176
Lihat harga di Shopee Malaysia

Kulit berminyak selalunya mempunyai masalah terlebih penghasilan sebum yang tidak terkawal. Jadi primer daripada Cover Fx ini akan membantu menghilangkan maasalah kulit berminyak anda dengan lapisan mattifying yang akan mengawal minyak daripada merosakkan makeup anda.

Lagi daripada ProductNation