Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Segarkan Wajah Anda Dengan 10 Toner Terbaik Untuk Muka

Berikan kesegaran pada kulit wajah anda dengan toner pilihan

Product in this article

Apakah fungsi toner dan bilakah toner perlu dipakai?

Toner adalah sejenis penyegar muka yang dipakai selepas mencuci muka. Ia berfungsi untuk menenangkan, menghalus dan mempersiapkan kulit sebelum memakai serum atau cream yang lain. Ianya juga dapat membantu menghilangkan lebihan minyak dan menghapuskan sel kulit mati yang terdapat pada kulit wajah. 

Terdapat banyak manfaat lain yang boleh didapati daripada toner ini seperti menyegarkan wajah, melembap kulit, mencegah kulit kering, memutihkan wajah, mengecil liang pori dan menstabil pH kulit. Anda seharusnya mengetahui jenis kulit anda ketika memilih toner agar ia bersesuaian dengan kulit anda. Cuba lihat beberapa jenis toner yang disyorkan oleh kami.

SIMPLE Soothing Toner

RM 16.75
1. SIMPLE Soothing Toner
Toner untuk kulit sensitif
Updated on 11th August 2020

Toner daripada Simple ini bukan sahaja amat terkenal dengan kandungan bahannya yang natural serta mesra kulit, malah ianya juga dipasarkan dengan harga berpatutan dan membuatkan jenama nombor 1 daripada UK ini digemari ramai. Diperkaya dengan Vitamin B5 dan ekstrak Chamomile, produk ini menjanjikan kesegaran dan menenangkan kulit yang kemerahan serta iritasi. 

Toner ini juga mampu menghidratkan kulit sensitif yang kering dengan melembutkan permukaannya. Dengan bauan segar yang natural, kandungan ekstrak Chamomile dapat menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah sekaligus memberikan wajah efek berseri dan cerah.

Toner daripada Simple ini menggunakan rumusan yang amat ringkas sehingga semua jenis kulit dapat menggunakannya. Diperbuat daripada air yang ditapis tiga kali ganda serta diperkaya dengan bunga Chamomile dan Vitamin B5 yang diekstrak daripada buah avokado, toner ini dapat menenangkan kulit sensitif.  Ianya juga mampu untuk mengembalikan hidrasi secara mendalam serta melembutkan kulit kasar. 100% bebas alkohol, selamat untuk kulit sensitif dan tidak akan menyebabkan iritasi. Dengan sensasi penyegar, kulit anda akan terasa nyaman dan dingin sepanjang hari.

Garnier Skin Naturals Micellar Cleansing Water 125ml

RM 9
Terbaik untuk semua jenis kulit
Garnier
2. Garnier Skin Naturals Micellar Cleansing Water 125ml
Terbaik untuk kulit kering dan kusam
Updated on 11th August 2020

Toner yang dapat membersihkan solekan dan kotoran bagi anda yang berkulit sensitif serta kusam. Diperkaya dengan Micelles, ia membuang kotoran yang terperangkap pada muka, mata dan bibir seperti magnet tanpa perlu menggosok dengan terlalu kuat.

Menurut para reviewer online, penggunaan toner ini dengan hanya dua cotton pad sudah memadai untuk membersihkan makeup, walaupun makeup yang tebal. Jika anda merupakan pengguna makeup tegar, anda pasti sudah arif tentang kesukaran menanggalkan makeup pada mata. Lebih- lebih lagi kerana bahagian kulit mata adalah bahagian yang paling sensitif. Elakkkan menggunakan produk dengan sewenang-wenangnya tanpa usul periksa. Toner ini dapat membantu menanggalkannya dengan mudah tanpa meninggalkan kesan hitam disekeliling mata.

Air Micellar juga  mempunyai rumusan yang sangat lembut dan serasi dengan semua jenis kulit. Kulit akan kekal terhidrat dan segar walaupun kulit anda mengalami masalah kering atau sensitif. Jika anda bukanlah seorang pengguna makeup, tidak mengapa toner ini masih boleh digunakan untuk membersihkan kulit wajah daripada kotoran dari sekeliling. Anggaplah ia sebagai cleanser dalam rutin penjagaan kulit muka anda.

 

Aiken Refining Pore Toner (100ml)

RM 7.2
Aiken
3. Aiken Refining Pore Toner (100ml)
Toner terbaik untuk kulit berjerawat
Updated on 11th August 2020

Toner ini diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi NMF untuk kelembapan yang berpanjangan dan memberi kelembutan pada kulit. Ia juga membantu menambah kelembapan kulit, melegakan dan menyegarkan kulit serta mengawal penghasilan minyak dan jerawat pada kulit.

Toner ini bukan sahaja bebas daripada bahan-bahan yang tidak elok untuk kulit seperti paraben, triclosan, formaldehyde dan pewarna, ia juga mengandungi bahan-bahan yang amat bagus untuk kulit lebih-lebih lagi kulit muka yang cenderung jerawat seperti salicylic acid, chamomile untuk memudarkan parut jerawat serta melawan pembentukan jerawat baru. Selain itu, ia juga mengandungi aloe vera yang bersifat antioksida. Ia dapat mempercepatkan pembentukan sel kulit yang baru, melegakan dan menyembuhkan kemerahan.

Menurut kajian kami, berdasarkan feedback-feedback yang diberikan para online reviewer, toner ini mampu mengecutkan jerawat dan menghalang jerawat baru daripada tumbuh dalam tempoh kurang daripada 3 hari. Dengan harganya yang rendah dan pelbagai kebaikan yang ditawarkan, boleh kami katakan amat berbaloi untuk anda dapatkan toner ini!

Baca juga: 7 Penyegar Muka untuk Membantu Mengawal Masalah Kulit Berjerawat  

Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion (100ml)

RM 14.70
Cosmoderm
4. Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion (100ml)
Penyegar terbaik dari drugstore untuk kulit kombinasi / berjeragat
Updated on 11th August 2020

Penyegar yang diperkaya dengan minyak Rose Hip ini dapat memberikan perlindungan daripada tanda penuaan seperti garis halus, menghilangkan parut dan membaiki kulit. Ianya mampu membersih secara perlahan dan menghapuskan sel-sel mati tetapi kekal melindungi kulit dengan memberi keanjalan pada kulit agar anda tampil awet muda. Kandungan Vitamin E nya pula membantu melindungi radikal bebas yang terdapat di sekeliling dan juga melindungi kulit daripada pancaran UV.

Toner ini juga boleh digunakan sebagai primer sebelum mengenakan solekan. Menurut kajian kami, walaupun produk ini berasaskan minyak, ia tidak memberi rasa melekit dan berminyak pada pemakai. Lebih menarik, ia menyerap dengan begitu pantas ke dalam kulit.

Menurut para online reviewer, penggunaan toner ini walaupun hanya kurang daripada 2 minggu, mampu menghilangkan cela seperti parut. Namun begitu, toner ini mempunyai bau ubat yang kuat dan mungkin memberi ketidakselesaan bagi mereka yang mempunyai deria bau yang sensitif.

Baca juga: Bersihkan Sisa Kotoran di Wajah Dengan 7 Toner Untuk Kulit Kering

Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner 2X 200ml

RM 48
The Face Shop
5. Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner 2X 200ml
Toner yang mengandungi Jeju Volcanic dari Korea – untuk kulit normal
Updated on 11th August 2020

Penyegar yang mampu untuk melembap, melembutkan dan menyerap masuk sehingga ke dalam lapisan kulit. Penyegar ini ringan dan dan dapat memberikan rasa segar apabila disapukan pada kulit wajah anda. Selain itu, ia turut memerangkap segala kotoran pada liang dan memperkecil liang pori anda. 

Memandangkan produk ini mempunyai kandungan abu dari Kepulauan Jeju, sudah semsetinya ia mengandungi kandungan sulphur yang dapat melindungi kulit daripada iritasi dan jangkitan termasuklah acne. Abu dari gunung berapi juga dipercayai dapat melambatkan proses penuaan kerana keupayaannya untuk memelihara kulit daripada toxic yang terhasil daripada pencemaran dan radiasi.

Berdasarkan pemerhatian kami, reviewer online berpendapat bahawa toner ini berfungsi seperti mana yang dijanjikan dan perubahan yang ketara dapat dilihat pada kulit wajah dalam hanya 2 minggu penggunaannya, Ia mengecilkan liang pori dan membantu mengawal penghasilan minyak selama 4 ke 5 jam. Kami mencadangkan agar anda menggunakannya bersama pencuci muka Innisfree volcanic pore cleansing face wash untuk hasil yang lebih baik.

SAFI OxyWhite Penyegar Cerah Sempurna (100ml)

RM 9.8
Toner Halal terbaik untuk remaja
Safi
6. SAFI OxyWhite Penyegar Cerah Sempurna (100ml)
Toner Halal yang murah, terbaik untuk remaja
Updated on 11th August 2020

 SAFI BALQIS OxyWhite ini diformulasikan daripada:

  1. Nano Oxygen 

Bertindak untuk membebaskan oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit.

  1. Nano BioWhite 

Mempercepatkan pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit.

Ia membersihkan kulit jauh ke dalam untuk membuang kotoran sambil mengecilkan liang pori. Formula minyak bunga matahari dan Vitamin E yang bertindak sebagai anti-oksidan untuk memberi perlindungan optimum kepada kulit. Ia juga memastikan kulit anda kekal lembap serta menyeimbangkan pH kulit. 

Kandungannya daripada bahan menthol juga dapat memberi sensasi yang menyejukkan dan menyegarkan kulit wajah anda sepanjang hari.

Menurut kajian kami, SAFI mempunyai makmal research dan developmentnya sendiri (SERI Research Institute di Subang Jaya. Ia merupakan makmal R&D halal yang terbesar di Asia Tenggara. Bukan itu sahaja, proses uji kajinya juga tidak menggunakan haiwan. Betul-betul seperti makmal bertaraf antarabangsa! Jika anda skeptikal untuk menggunakan produk lokal berbanding produk keluaran antarabangsa, mungkin produk SAFI ini boleh mengubah persepsi anda!

MAMONDE Rose Water Toner

RM 72.25
Mamonde
7. MAMONDE Rose Water Toner
Toner organik dari ekstrak air mawar
Updated on 12th August 2020

Penyegar organik ini mengandungi 90.89% ekstrak air mawar yang berkesan dalam memberi kelegaan dan kelembutan pada kulit wajah kemerahan. Ia menghapuskan sel--sel kulit mati dan memperbaharui kulit wajah. Semestinya bau yang menenangkan untuk kegunaan anda setiap hari.

Berdasarkan kajian kami, toner ini dapat memberikan kelembapan yang begitu baik dan bertahan sepanjang hari pada kulit wajah walaupun tanpa menggunakan moisturizer. Namun begitu, ini hanyalah bagi cuaca yang panas dan lembap. Bagi mereka yang lebih banyak menghabiskan masa di dalam persekitaran atau cuaca yang lebih kering seperti melancong ke luar negara pada musim sejuk mahupun menghabiskan masa di dalam pejabat dengan pendingin hawa yang kuat, toner ini seeloknya dipakai bersama moisturizer untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Toner ini meresap jauh ke dalam kulit dan tidak membuatkan kulit anda kembali berasa kering beberapa minit setelah disapukan pada kulit wajah.

Baca juga: 7 Penyegar Muka Korea yang Sesuai Untuk Setiap Jenis Kulit

Laneige Fresh Calming Balancing Toner (250ml)

RM 120
Laneige
8. Laneige Fresh Calming Balancing Toner (250ml)
Toner hypo-allergenic yang sesuai untuk kulit berminyak
Updated on 11th August 2020

Bagi anda yang mengalami masalah kulit berminyak, pilihlah toner bebas minyak dan alkohol. Ini dapat mengelakkan liang pori tersumbat pada kulit wajah yang akan menyebabkan kesan jeragat. Toner dari produk Laneige ini dapat mengembalikan lembapan dan mengurangkan garis halus serta seimbangkan tahap pH kulit wajah anda. 

Diekstrak daripada tumbuhan semulajadi, toner bebas minyak ini tidak akan menyebabkan iritasi. Diuji secara klinikal, toner ini bebas daripada minyak mineral, bahan asas dari haiwan dan pewarna tiruan.

Baca juga: 9 Toner di Malaysia yang Pasti Berkesan untuk Kulit Berminyak

Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion 170ml

RM 46.2
Terbaik untuk kulit kombinasi
Hada Labo
9. Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion 170ml
Toner untuk lelaki dengan kulit berminyak/kombinasi
Updated on 11th August 2020

Hada Labo ialah jenama toner penghidrat nombor 1 di Jepun. Namun, pasti pengguna yang alami masalah kulit jenis berminyak atau kombinasi ragu-ragu dengan produk ini yang menjanjikan lembapan pada wajah. Kini, Hada Labo muncul dengan rangkaian kawalan minyak yang diformulasi dengan ekstrak bunga Hatomugi, membantu mengawal pengeluaran minyak dan sebum di T-Zon. 

Penyegar yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 ini mengandungi bahan seperti Hatomugi, Houttuynia Cordata dan bunga Chamomile yang membantu melawan kerosakan kulit, kulit kemerahan dan menenangkan kulit yang iritasi. Selain itu, ia turut membantu memberi lembapan pada kulit wajah agar kulit kekal lembut dan licin. Anda tidak perlu risau tentang penyegar ini kerana ia bebas dari bahan wangian, pewarna dan minyak mineral. Kulit anda akan tampil gebu dan lembap tanpa menyebabkannya menjadi melekit serta berminyak.


Manfaat Toner Untuk Kulit Wajah

“Toner untuk apa?” Anda sudah tentu tahu langkah penjagaan kulit wajah dengan betul. Ya. Semua orang tahu bagaimana aturan yang tertib semasa membersihkan wajah. Tetapi tahukah anda kepentingan dan manfaat penggunaan toner untuk kulit? Toner adalah langkah ke-2 dalam teknik menjaga kulit wajah iaitu selepas mencuci muka dengan pembersih. 

Semasa mencuci wajah, sebahagian kotoran degil yang masih melekat pada kulit wajah akan menyebabkan liang pori tersumbat jika tidak dibersihkan dengan sempurna. Maka, disinilah kegunaan toner yang sebenarnya. 

Bukan sahaja bertindak sebagai penghapus kotoran tetapi ia juga dapat menyeimbangkan tahap pH dalam kulit anda agar kembali normal supaya tidak menyebabkan iritasi dan kerengsaan di masa hadapan. 

Kenalpasti Jenis Kulit Anda Dahulu Sebelum Memilih Toner

Girl, Hands, Portrait, Woman, Beauty, Character, Posing

Tidak semua jenis kulit sesuai untuk memakai produk toner yang ada di pasaran. Haruslah memilih toner berdasarkan bahan kandungan supaya elak terjadinya kulit merengsa akibat memakai produk yang salah. Rujuk tips dibawah untuk memilih toner yang sesuai;

  • KERING/NORMAL – gunakanlah toner yang mampu untuk memberi kelembapan seperti kandungan asid Hyaluronik (HA) atau gliserin sebagai bahan utamanya. Elak menggunakan toner yang mengandungi alkohol kerana ianya akan membuatkan kulit anda menjadi tambah dehidrasi dan semakin kering. 
  • BERMINYAK – kulit jenis ini selalunya menghasilkan minyak atau sebum secara berlebihan. Maka pilihlah toner mengandungi zink (zinc) yang akan memberi kemasan matte selepas memakainya atau astringen, bahan asas dari timun. Sama seperti kulit kering, pilihlah yang bebas alkohol.
  • KOMBINASI – kulit jenis ini sangat susah untuk memilih produk toner yang bersesuaian. Ini kerana kulit kombinasi mempunyai 2 jenis kulit berbeza. Jika anda jenis berani, cuba gunakan 2 toner yang mempunyai kegunaan berbeza untuk kulit wajah. Untuk Zon-T, gunakan toner yang sesuai untuk kulit berminyak. Tapi jika tak mahu pening kepala membeli produk berasingan atau takut tersalah letak pada kulit wajah, beli 1 produk toner dari bahan organik/semulajadi dan BEBAS ALKOHOL.

Aplikasi Toner Dengan Tepat

Bagaimanakah cara penggunaan toner ke kulit wajah? Bukan hanya titik toner ke kapas dan sapukan ke seluruh wajah sesuka hati saja tau! Ada langkah-langkahnya yang perlu anda ketahui untuk mendapatkan kulit lebih halus dan mulus persis selebriti luar negara. Contoh kulit wajah terbaik adalah selebriti dari Korea. Kulit wajah mereka walaupun tidak memakai secalit make-up (bare-faced), masih kelihatan flawless. Ingin tahu rahsianya?

  • Basuh dan bersihkan dulu tangan anda. Pastikan tangan bersih dari segala kotoran sebelum mula mencuci muka atau memakai toner. Ini kerana ada sesetengah toner, cara untuk aplikasikannya menggunakan tangan dan bukan dengan kapas. Jika tidak bersih, kulit wajah anda akan cepat menjadi iritasi.
  • Pastikan wajah anda kering dengan sempurna. Sebelum menyapu toner pada wajah, pastikan wajah anda dicuci dengan bersih agar kotoran yang menyumbat liang pori dapat hilang. Toner pula membantu untuk menutup liang pori yang terbuka selepas anda mencuci muka.
  • Titiskan toner secukupnya ke atas kapas atau telapak tangan. Oleh kerana toner bertekstur cecair dan water-based, sedikit sudah memadai. Hanya 2-3 titisan toner untuk rutin penjagaan yang maksima ke atas kulit wajah. Bagi sesetengah produk toner, anda tidak perlu guna kapas untuk aplikasikan pada wajah. Titiskan ke telapak tangan dan tepuk ke wajah dengan perlahan untuk mendapatkan kulit lebih lembut.
  • Sapu ikut alur wajah. Cara untuk memakai toner tidak ada yang spesifikasi. Tetapi untuk lebih teratur, sapukan toner mengikut alur wajah anda. Dari dahi hingga ke dagu, terutamanya sapu pada bahagian Zon-T terlebih dahulu.

Tips penting: sapulah secara perlahan-lahan. Jangan kasar dengan kulit wajah jika anda hendak mendapatkan hasil yang terbaik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article