Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Lakukan Efek Rosy-Cheeks Dengan 11 Pemerah Pipi Dari Drugstore

Wajah kelihatan lebih manis

Blusher atau perona pipi dapat menambah kecantikan dan ‘firm’ bentuk wajah sehingga dapat dikatakan memegang peranan yang sangat penting dalam makeup. Sama seperti lipstik dan eyeshadow, blusher juga memiliki banyak pilihan warna yang dapat anda sesuaikan dengan mood atau cita rasa anda.

Apakah blusher dari drugstore bagus?

Barangan kecantikan seperti makeup dan penjagaan kulit yang dijual di drugstore sangat berkualiti tinggi. Sama seperti yang dijual di kedai premium.

Namun, janganlah memilih semata mata hanya berdasarkan jenama sahaja. Cuba dahulu kekemasan pigmen pada rona kulit anda dengan menggunakan tester atau membaca review. 

Di sini, kami menyediakan senarai blusher yang boleh anda dapati di drugstore. Selamat mencuba! 

11 Blusher Terbaik Dari Drugstore Malaysia

Blusher untuk kulit sensitif – tidak iritasi dan merengsa pada kulit
Wardah
mulai
RM14.00
Semak Wardah Blush On B harga dibawah:

Bertekstur halus dan lembut serta warna yang mudah diadun ke kulit untuk memberi efek seri semula jadi. Pemerah pipi yang bersaiz kompak ini sangat senang digunakan dan mudah dibawa kemana sahaja. Anda tampak cantik semulajadi setelah memakainya, kerana warnanya sesuai untuk semua tona kulit. Paling penting, bebas bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kulit iritasi.

Blusher untuk remaja yang alami masalah kulit kusam
IN2IT
mulai
RM9.75
Semak IN2IT Waterproof Single Blush harga dibawah:

Serlahkan pipi kamu dengan blusher hebat daripada IN2IT ini. Berbekalkan formula kalis air, blusher lembut ini akan kekal sepanjang hari di wajah. Jadi, anda tidak perlu risau tentang touch-up berulang kali. Blusher mampu milik ini juga akan memastikan kulit anda nampak berseri semula jadi.

Blusher dengan warna pigmented yang tinggi
Pixy
mulai
RM17.18
Semak Pixy Twin Blush harga dibawah:

Bagi wanita yang gemarkan solekan trendy dan ranggi, cuba pemerah pipi dari jenama PIXY ini. Warna yang sangat terang dan cerah, menaikkan keunikan serta keserian kulit wajah anda. Jangan segan untuk mencuba warna yang lain daripada lain, serlahkan kecerian anda dengan bermain warna-warna unik dan berpigmentasi tinggi.

Jelly blusher untuk kulit kering, kulit tidak lagi merekah
Silky Girl
mulai
RM19.92
Semak Silky Girl Jelly Cheek Tint harga dibawah:

Pemerah pipi dengan warna yang menarik ini mempunyai bau yang harum dan sesuai untuk dikenakan pada semua jenis kulit. Dengan cara pemakaian yang betul, pipi anda akan nampak rona kemerah-merahan, membuatkan wajah kelihatan lebih berseri. Bersaiz kecil dan ringan untuk di bawa ke mana sahaja.

Blusher untuk kulit cerah bak seputih salju
Canmake
mulai
RM35.92
Semak Canmake Glow Strawberry Fleur Cheeks harga dibawah:

Sentuhan warna merah jambu dengan tekstur serbuk yang lembut mencipta kemasan matte di pipi anda. Pemerah pipi ini akan memberi kulit anda sentuhan warna yang segar untuk kelihatan sihat terutamanya bagi wanita berkulit putih dan pucat. Pemerah pipi dari jenama Essence ini juga sesuai untuk kegunaan harian.

Blusher berbentuk stick terbaik dari drugstore
Maybelline
mulai
RM30.03
Semak Maybelline Master Flush Blush Stick harga dibawah:

Blusher dari Maybelline berbentuk stick ini sangat mudah untuk dipakai, terutama sekiranya anda sering mengejar masa.  Hanya calit dan sapukan sahaja, pemerah pipi ini mempunyai formula jenis krim yang mudah meresap pada kulit dan boleh tahan lama. Warna yang terang dan menarik dari pemerah pipi ini menjadikannya sesuai untuk dikenakan pada semua tona wajah dari cerah hingga ke gelap.

Blusher untuk kulit hitam manis – tampil menawan dan anggun
Cathy Doll
mulai
RM40.00
Semak Cathy Doll Malibu Sunset Blusher harga dibawah:

Siapa yang tidak kenal akan jenama hebat Cathy Doll? Untuk anda yang berkulit gelap atau hitam manis, gunakan pemerah pipi rona seperti peach dan wine untuk menaikkan tulang pipi anda. Blusher dengan kandungannya berpigmen ini dapat bertahan lebih lama dan tidak perlu risau akan rona yang tidak luntur.

Palette blusher dengan jenama sentuhan dari Korea
Cezanne
mulai
RM49.90
Semak Cezanne Mix Colour harga dibawah:

Jika anda gemar menonton drama-drama Korea atau Jepun, pasti skrin anda akan dihiasi dengan wajah pelakon wanita mereka yang tampil dengan solekan yang sangat natural dan glowing. Pemerah pipi dari jenama Cezanne ini terdiri dalam pelbagai warna berona lembut dan terang, sesuai untuk anda yang inginkan efek glowing seperti artis K-pop dan Jepun.

Liquid blusher untuk wanita berkulit kuning langsat
Bourjois
mulai
RM42.42
Semak Bourjois Healthy Mix Sorbet Blusher harga dibawah:

Warna seperti terracotta, orange, mauve atau coral adalah pilihan yang sesuai untuk menaikkan seri wajah anda. Pemerah pipi dari jenama Bourjois ini menawarkan beberapa rona pilihan yang bersesuaian dengan kulit anda. Calit di pipi, anda sudah sedia untuk menjalani rutin harian anda. Jangan risau, warna ini bersifat sangat universal.

Blusher untuk kulit rawan jerawat dan berminyak
Revlon
mulai
RM42.32
Semak Revlon Powder Blush harga dibawah:

Blusher jenis ini sesuai untuk anda yang kulit berminyak kerana jenama Revlon sangat dipercayai bagi mereka yang memiliki masalah kulit berminyak. Hanya dengan sekali sapu, tekstur pemerah pipi ini akan berubah menjadi bedak dan menyerap kesan peluh yang terdapat dipermukaan wajah. Sapukan pemerah pipi ini untuk warna yang lebih menyerlah. Selamat mencuba!

Blusher untuk kulit pucat agar tidak tampil lesu
Milani
mulai
RM29.90
Semak Milani Rose Powder Blush harga dibawah:

Rona pemerah pipi seperti Milani Powder Blush ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit putih dan pucat kerana rangkaian rona-rona universal seperti peach dan rose. Jenama Milani juga sangat dipercayai oleh artis antarabangsa kerana kepekatan tekstur serta harganya yang sangat mampu milik. Dapatkan blsuher ini di drugstore berdekatan seperti Watsons atau Guardian.

End of Article