X
X

Product in this article

Kulit wajah wanita kebanyakannya terdiri daripada kulit kombinasi atau berminyak. Apa penyebab terjadinya kulit berminyak? Secara umumnya, tubuh kita menghasilkan minyak untuk menjaga kulit agar sentiasa lembut, licin dan anjal. Tetapi jika kulit menghasilkan minyak berlebihan akan menyebabkan liang pori tersumbat dan timbulnya masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.

Wajah yang berminyak juga menyebabkan solekan tidak tahan lama dan kelihatan berkilat. Jika anda mengalami situasi ini pastikan anda memakai bedak yang bersesuaian untuk kulit wajah dengan memilih produk tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat dan menyerap minyak berlebihan yang dihasilkan oleh wajah. Pilihan bedak asas daripada kemasan matte juga dapat menghalang kulit wajah tampak ‘greasy’. Berikut beberapa jenis bedak yang sesuai untuk anda yang memiliki jenis kulit berminyak.

1. L’OREAL Mat Magique All-In-One

Bedak mengandungi SPF – sesuai untuk kulit berminyak dan kering

Harga mulai RM43.30

shopping_cart Hermo Malaysia RM43.30 search Cari produk di Lazada Malaysia

Bedak dengan SPF34 ini dapat mengawal minyak yang berlebihan di wajah, melindungi kulit dan mengurangkan penampakkan pori terbuka serta menutupi dahi yang berkilat. Ianya bedak yang sangat menakjubkan kerana dapat membantu melindungi cela di wajah anda. 

Dengan kemasan yang sangat lembut dan tidak akan menyebabkan kulit tampak bercapuk selepas memakainya, pasti dapat membuatkan anda berasa lebih yakin sepanjang hari dengan penampilan yang semulajadi. Bedak ‘all-in-1’ ini cukup sempurna untuk melengkapi solekan harian anda.

2. INNISFREE No Sebum Mineral Powder

Terbaik untuk kulit berminyak cenderung jerawat

Harga mulai RM17.50

Bedak kompak daripada mineral yang diterbangkan khas dari Kepulauan Jeju dan minyak zaitun ini bagus untuk membantu mengurangkan masalah jerawat di wajah dan mengawal minyak dari berlebihan. Ianya bedak yang memastikan kulit menjadi lembut dan segar untuk kemasan solekan setiap hari. 

Bedak asas dari jenama Innisfree ini dapat memastikan kecantikkan kulit terjaga dan menghalang kemunculan jerawat untuk solekan yang sempurna.

3. THE FACE SHOP Oil Clear Blotting Powder

Bedak tabur (loose powder) untuk kulit berminyak – untuk kegunaan harian

Harga mulai RM33.90

shopping_cart Hermo Malaysia RM33.90

Rutin harian tidak lagi terjejas dengan adanya bedak yang dapat mengawal minyak berlebihan pada wajah bagi memastikan solekan tahan lebih lama, sesuai dipakai setiap hari. Diperkaya dengan ekstrak dari kacang hijau, Birch, Rumex dan Crispus agar muka tidak kelihatan melekit dan berminyak semasa anda memakainya. 

Kini, anda boleh memakai solekan sepanjang hari tanpa perlu risau akan timbulnya jerawat. Bedak ini juga tidak akan membuatkan kulit wajah merengsa atau iritasi. 

4. ZA Bye Bye Shine Powder

Untuk anda yang alami masalah liang pori besar akibat kulit berminyak

Harga mulai RM27.84

shopping_cart Hermo Malaysia RM34.80 shopping_cart Shopee Malaysia RM27.84

Bedak asas dari jenama ZA ini adalah bedak yang sesuai digunakan untuk kemasan solekan harian anda sama ada selepas menggunakan krim asas BB ataupun CC. Selain itu, ianya bedak yang dapat melindungi kulit wajah dari sinaran matahari dan juga menyempurnakan solekan tanpa menutupi pori wajah anda. 

Apa yang lebih menarik tentang bedak ini, ianya bedak yang tidak menyebabkan kulit muka menjadi kering bahkan membantu untuk mengekalkan kelembapan pada wajah bagi menyerlahkan lagi seri solekan anda.

5. CHRISZEN No Sebum 2 Way Cake

Sesuai untuk kulit berminyak dan berkesan menghapus flek hitam

Harga mulai RM12.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM24.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM12.00

Chriszen memberi kemasan solekan matte agar tampak sempurna. Ianya bedak yang mampu bertahan lama pada wajah dan semestinya ringan untuk pemakaian lebih selesa setiap hari. Selain itu, ia juga mengandungi formula kawalan sebum yang menyerap lebihan minyak agar kulit tidak kelihatan berkilat ketika cuaca panas. 

Bedak asas dari rangkaian Chriszen ini merupakan produk yang bagus untuk membantu merawat kulit kusam dan memberikan tona kulit yang lebih sekata.

6. NYX PROFESSIONAL MAKEUP Stay Matte But Not Flat Powder Foundation

Buat yang memiliki kulit berminyak dan tona kulit sawo matang

Harga mulai RM57.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM60.40

Bedak kompak dengan formula bebas minyak ini sempurna untuk kesesuaian semua jenis kulit. Ianya bedak yang memberikan liputan penuh dan kemasan matte. Turut hadir dalam 9 warna yang berlainan bagi keserasian tona kulit anda. 

Jika anda memiliki warna kulit yang sawo matang iaitu lebih kepada rona coklat seperti karamel, sesuai untuk kulit anda atau anda. Boleh juga jika memilih satu tona lebih cerah dari warna kulit anda seperti Beige. 

7. BOURJOIS Poudre Compacte Silk Edition Powder

Bedak untuk kulit berminyak yang tahan lebih lama

Harga mulai RM48.20

shopping_cart Hermo Malaysia RM49.40

Bedak dengan bekas elegan ini sangat menarik dan dapat menyempurnakan solekan anda dengan menutupi segala kesan cela di wajah. Ianya sangat cantik, kemas dan lembut apabila dikenakan pada wajah. Bedak asas dari produk jenama ini juga turut dilengkapi dengan cermin yang mampu berputar 360 darjah yang membuatkan kemasan solekan harian anda lebih mudah di mana-mana sahaja anda berada.

8. Cathy Doll Speed White CC Powder Pact SPF40 PA+++

Sesuai untuk kulit berminyak dan hilangkan kesan kusam

Harga mulai RM29.90

shopping_cart Hermo Malaysia RM32.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM29.90

Bedak dari jenama Cathy Doll ini dapat membantu untuk menjaga tona kulit agar kelihatan sekata dan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Ia juga mampu mengekalkan solekan harian serta memastikan anda kelihatan segar sepanjang waktu. 

Serlahkan kecantikan anda dengan bedak asas bebas minyak ini agar penampilan wajah anda sentiasa cerah dan bermaya. Tiada lagi kulit kusam!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!