Tahukah anda apa itu Primer? Penggunaan primer bertujuan untuk mengurangkan cela di wajah seperti liang pori yang terbuka luas dan memberikan solekan bertahan lebih lama. Bagi sesetengah wanita, penggunaan primer seringkali diabaikan dalam solekan tetapi ianya merupakan salah satu langkah penting untuk mendapatkan hasil solekan lebih sempurna.

Primer digunakan selepas 3 rutin langkah pertama iaitu, mencuci muka, memakai toner serta pelembap. Bertindak sebagai pelembap dalam solekan, primer dipakai sebelum wajah dioles dengan lapisan bedak asas. Hasilnya? Solekan tidak bercapuk dan kekal berseri sepanjang hari. Jom baca list 7 produk Primer yang menjadi pilihan penulis mengikut kesesuaian anda.

1. Elianto Pore Cover Face Primer

Primer terbaik dari bahan dasar silikon

Harga mulai RM99.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM99.90

Elianto Pore Cover Face Primer mengandungi bahan dasar silikon untuk mengecilkan liang pori pada kulit wajah. Primer ini juga mengandungi minyak Argan dan Macadamia yang kaya dengan vitamin untuk menyalurkan nutrien bagi mengekalkan keremajaan kulit. Dengan haruman aromaterapinya, primer ini bukan sahaja mampu kekal lama tetapi dapat kembalikan “mood” segar pada kulit wajah.  

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Revlon Colorstay UV Primer SPF40+++

Primer terbaik drugstore dengan perlindungan SPF

Harga mulai RM59.36

shopping_cart Watsons Malaysia RM59.36

Revlon Colorstay UV Primer SPF40+++ memberikan lapisan asas yang rata dan licin pada kulit wajah serta ianya dapat mengecilkan liang pori yang terbuka. Anda tidak perlu lagi memakai krim pelindung matahari (sunscreen) secara berasingan dalam rutin solekan kerana primer ini didatangkan dengan SPF40+++ yang sesuai untuk wanita di Malaysia.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Super Wear 12hr SPF25 Oil Control Primer 1's

Primer terbaik untuk kulit berminyak

Harga mulai RM51.80

shopping_cart Watsons Malaysia RM51.80

Primer bertekstur ringan ini mengandungi ekstrak Witch Hazel yang dapat mengecilkan liang pori terbuka. Diformulasikan dari serbuk mineral untuk menyerap sebum dan menghalang penghasilan minyak pada permukaan kulit serta mengelakkan wajah anda tampil berkilau akibat minyak berlebihan. Primer yang didatangkan dengan perlindungan SPF25 ini juga mampu bertahan selama 12 jam.

Diperkaya dengan Zinc Gluconate, solekan anda akan kekal lama serta bebas cela dan cerah berpanjangan.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Beauty Maker Perfect Hydrating Primer (5ml)

Primer terbaik untuk kulit kering

Harga mulai RM13.50

shopping_cart Wynora RM13.50

Primer dari produk Beauty Maker ini memberikan perlindungan serta-merta dari merekah dan kekeringan, sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah kering. Primer yang diperkaya dengan ekstrak dari pelbagai jenis tumbuhan seperti daun Gingko Biloba, bunga Marigold, Tea Tree dan Witch Hazel untuk kelembapan sepanjang hari.

Primer ini juga mengandungi asid hyaluronik yang dapat menyegar dan melembutkan kulit wajah.  

8 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Sendayu Tinggi Tea Tree Oil Primer

Terbaik untuk kulit berminyak, jerawat dan sensitf dengan sentuhan matte

Harga mulai RM35.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM35.00

Sendayu Tinggi Tea Tree Oil Primer diformulasikan dari minyak Tea Tree yang terkenal dalam mengurangkan masalah kulit wajah berminyak dan jerawat. Selain mengecutkan jerawat, primer ini juga dapat mengurangkan iritasi, alahan dan radang pada kulit wajah sensitif serta mengecilkan liang pori. Dengan sentuhan akhir matte, wajah anda tampil bebas minyak dan solekan kekal sepanjang hari.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Miss Hana Primer One

Primer terbaik untuk kulit berminyak (glowing)

Harga mulai RM61.52

shopping_cart Hermo Malaysia RM61.52

Tekstur primer dari Miss Hana ini sangat ringan dan bertindak sebagai agen untuk mengawal penghasilan minyak berlebihan. Primer ini dapat melembap, mengecilkan pori-pori dan kesannya, kulit wajah anda akan tampil lebih glowing serta licin bagaikan mutiara. Untuk solekan kekal sempurna sepanjang hari, sapukan primer ini dengan sekata.

7. E.L.F Poreless Face Primer

Primer terbaik untuk kulit berminyak dengan kesan dewy

Harga mulai RM38.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM38.00

E.L.F Poreless Face Primer diperkaya dengan kandungan Tea Tree, Vitamin A dan Vitamin E, sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak. Ideal untuk semua tona kulit, primer ini juga mampu mengecilkan pori-pori yang terbuka. Ianya dapat mengurangkan garis halus pada kulit wajah dan memberikan kesan dewy sebagai sentuhan terakhir serta anda akan tampil awet muda.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Nuha al-Basri

An avid reader, sometimes a writer but a life long learner.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!