Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
hair tonik terbaik

15 Hair Tonic Terbaik di Malaysia 2024 (Pelebat Rambut)

Cuba atasi masalah rambut dengan ubat pelebat rambut yang sesuai!

Mungkin ada yang tidak tahu hair tonic untuk apa? Hair tonic merupakan salah satu suplemen tambahan untuk kulit kepala dan bertindak sebagai pelebat rambut. 

Kebanyakan tonik rambut terbaik dihasilkan bukan hanya untuk mencantikkan rambut tapi bagi membantu mengatasi masalah rambut.

Antara masalah rambut yang sering terjadi adalah keguguran rambut, masalah kelemumur, rambut nipis, gatal kepala dan lain-lain sehingga membuatkan anda rasa perlu cari ubat lebatkan rambut.

Jadi tidak hairanlah di pasaran kini terdapat banyak jenis tonik rambut gugur atau hair tonic untuk rambut gugur. 

Macam mana nak tahu ubat pelebat rambut atau ubat tumbuh rambut yang mana bagus dan sesuai dengan rambut kita?

Ada banyak sangat produk tonik rambut di pasaran, dari tonik rambut terbaik Korea hinggalah hair tonic Jepun.

Jom kita lihat senarai hair tonic terbaik atau ubat rambut gugur untuk melebatkan rambut.


Senarai 15 Hair Tonic Terbaik

Hair tonic terbaik secara keseluruhan
Cavilla
Cavilla Hair Tonic
mulai
RM74.90
Semak Cavilla Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Menggabungkan teknologi nano
add_circle Merangsang peredaran darah pada kulit kepala
add_circle Membantu pertumbuhan rambut baru
remove_circle Harga sedikit mahal
remove_circle Bau ginseng yang kuat

Sebab menjadi pilihan utama:

Cavilla Hair Tonic diformulasikan dengan gabungan herba terbaik dan rare, serta teknologi Nano canggih untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. 

Menerusi ulasan pengguna, ia membantu memperbaiki rambut nipis dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

Ciri-ciri:

Diperkaya dengan bahan-bahan seperti akar Polygonum Multiflorum, daun Platycladus Orientalis, dan akar Ginseng, tonik ini dirumus khas untuk mengekstrak akar rambut secara sihat.

Cavilla Hair Tonic ini juga bertindak dengan meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala, dan mengaktifkan folikel rambut.

Ia menghasilkan akar rambut yang lebih kuat dan pertumbuhan rambut yang lebih baik.

Selain itu, ia menggalakkan sintesis melanin, membaiki kualiti rambut, dan menyediakan nutrisi penting untuk meningkatkan keanjalan rambut.

Dengan formulasi uniknya, tonik ini secara berkesan kulit kepala secara mendalam dan menghalang keguguran rambut yang teruk.

Review:

“Ini merupakan botol kedua saya. Botol pertama membantu kurangkan rambut gugur dan galakkan pertumbuhan rambut baru. Tekstur tonik ini cair, jadi senang untuk digunakan. Ikut je arahan penggunaan produk ni. Memang recommended untuk semua yang ada masalah rambut nipis.”

Hair tonic terbaik & murah
Watsons
Tonik rambut dari bahan asas yang natural di drugstore
mulai
RM17.34
Semak Naturals by WATSONS Aloe Vera Hair & Scalp Tonic harga dibawah:
add_circle Kaya dengan kebaikan Aloe Vera
add_circle Melembapkan kulit kepala
add_circle Halang dari terjadi kelemumur dan rambut gugur
add_circle Bebas Paraben
remove_circle Botol mudah rosak

Paling menarik bila pakai produk ini, tonik rambut ini berbau wangi dan terdapat beberapa jenis pilihan bau mengikut cita rasa anda.

Produk keluaran drugstore, Watsons ini mengandungi Aloe Vera dan diformulasikan dari Salicylic Acid.

Salicylic Acid adalah bahan terbaik untuk menghalang kelemumur serta mengawal penghasilan sebum untuk kulit kepala yang kering dan berminyak. 

Produk tonik rambut ini bebas Paraben dan pewarna tiruan serta mengandungi bahan yang tidak membahayakan kulit kepala anda sesuai untuk kulit sensitif.

Gunakan tonik rambut ini selepas membasuh rambut dengan syampu dan conditioner untuk membuatkan rambut anda lebih bermaya dan kelihatan bersinar!

Hair tonic untuk rambut cepat panjang
Regan Extra Hair Reactive Hair Fall Control Tonic
mulai
RM37.90
Semak Regan Extra Hair Reactive Hair Fall Control Tonic harga dibawah:
add_circle Mempunyai vitamin, minerals dan anti oksidan
add_circle Melebatkan rambut
add_circle Mengurangkan rambut gugur
remove_circle Perlu menggunakan setiap hari bagi kesan terbaik

Rambut gugur adalah perkara paling sering terjadi dan jenama hair tonic ini sangat baik untuk pertumbuhan rambut.

Ini kerana bahannya diformulasi dari negara German dan tonik ini mempunyai vitamins, nutrisi, minerals serta antioksidan.

Semua bahan ini membantu untuk memberi kelembapan pada kulit, mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengawal rambut gugur.

Hasilnya rambut lebih tebal, kurang rambut gugur dan kekal wangi.

Selain tekstur tonik rambut sedikit berair dan wangi, rekaan bentuk botol mudah untuk anda pakai pada kulit kepala. 

Nasihat kami, kalau takut tumpah anda boleh refill pakai spray bottle kecil dan tonik rambut ini sesuai disapukan pada rambut yang lembap.

Hair tonic untuk rambut gugur dan kelemumur
Audace Preven Anti-Dandruff Hair Tonic
mulai
RM21.48
Semak Audace Preven Anti-Dandruff Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Bebas Paraben
add_circle Menghilangkan kepingan kelemumur
add_circle Mengurangkan kegatalan
remove_circle Cepat habis dalam pasaran

Tidak dinafikan, rasa gatal pada kepala ini membuatkan kita rasa tidak selesa dan kelihatan pelik sebab asyik tergaru-garu.

Jangan pening dan malu lagi, anda boleh gunakan hair tonic terbaik dari Audace ini. 

Dicipta khas bagi anda yang mempunyai masalah gatal kepala, kulit kepala berminyak dan kelemumur. 

Produk hair tonic dari Audace ini bebas Paraben bagi anda yang mempunyai kulit sensitif.

Selepas penggunaan anda akan rasa sejuk pada bahagian kulit kepala, tidak rasa gatal dan kepingan kelemumur pada kepala juga akan berkurangan.

Paling penting, tonik rambut ini juga akan membuatkan rambut anda lembut dan berbau wangi seperti syampu bayi.

Hair tonic terbaik Watsons
Hair System Anti Dandruff by Watsons
mulai
RM23.99
Semak Hair System Anti Dandruff by Watsons harga dibawah:
add_circle Dari Ginseng estrak
add_circle Baik untuk kesihatan akar rambut
add_circle Mempunyai Salicylic Acid
remove_circle Disarankan pakai bersama serum rambut

Salicylic Acid sangat bagus dan berkesan untuk kesihatan kulit kepala terutamanya bagi masalah rambut gugur dan kelemumur.

Fungsi hair tonic terbaik ini akan menyingkirkan kulit mati dan membersih kulit kepala. 

Bukan itu sahaja, penggunaan yang konsisten akan berkesan untuk mengurangkan masalah rambut gugur dan meningkatkan pertumbuhan rambut baru.

Diperbuat dari ekstrak Ginseng serta kafein membuatkan rambut kekal lembut, lembap!

Jika anda mahukan tonik rambut yang mudah digunakan, anda boleh guna Hair System Anti Dandruff by Watsons sebab boleh spray sahaja!

Hair tonic untuk lelaki
SEBORIN
SEBORIN Active Hair Tonic
mulai
RM20.45
Semak SEBORIN Active Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Pro vitamin B5
add_circle Ginseng estrak
add_circle Mengurangkan rambut gugur
add_circle Botol besar
remove_circle Mempunyai pewangi
remove_circle Harga mahal

SEBORIN Active Hair Tonic mengandungi ginseng yang terkenal dengan pelbagai kegunaan terutama bagi kesihatan rambut dan kulit kepala. 

Tambah pula dengan kandungan vitamin B5, tonik rambut ini dapat bertindak bagi memperbanyakkan pertumbuhan anak rambut.

Kami sarankan anda sebaiknya sapu pada bahagian rambut yang nipis atau kurang rambut untuk melebatkan rambut.

Selepas beberapa kali penggunaan, pastinya kesihatan dari akar rambut hingga rambut akan lebih terjaga.

Produk ini mempunyai bau lebih sesuai untuk lelaki kerana bauannya kuat dan sedikit maskulin.

The Tonic Lab by ZAEM's Blackcurrant Extract Purple Hair Tonic
mulai
RM10.61
Semak The Tonic Lab by ZAEM's Blackcurrant Extract Purple Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Senang meresap
add_circle Mengawal sebum dan minyak dikulit kepala
add_circle Sesuai untuk muslimah berhijab
add_circle Mengandungi vitamin B5 dan Biotin
remove_circle Tekstur sedikit cair

Anda mencari tonik rambut yang sesuai untuk rambut kelemumur dan mengawal rambut gugur teruk?

Jom cuba The Tonic Lab by ZAEM's Blackcurrant Extract Purple Hair Tonic ini yang bagus untuk melebatkan anak rambut dan mengurangkan masalah kulit kepala kering.

Sesuai untuk muslimah berhijab bagi memastikan kulit kepala kekal terhidrasi dan rambut sentiasa berbau wangi.

Kelebihan vitamin B5 dan Biotin yang terkandung dalam produk ini akan merangsang pertumbuhan di rambut dan bantu menguatkan struktur rambut. 

Jika anda pakai tonik rambut ini secara konsisten, pasti tiada lagi masalah keguguran rambut.

Walaupun teksturnya sedikit cair, tapi produk mudah meresap ke dalam kulit kepala dan kesan penggunaannya sangat cepat.

Hair tonic untuk melebatkan rambut
Shizen tonic Tonik rambut hair
mulai
RM16.89
Semak Shizen Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Merangsang pertumbuhan rambut baru
add_circle Menguatkan akar rambut
add_circle Rasa berangin pada kulit kepala
add_circle Tekstur tidak melekit
remove_circle Botol kaca mudah pecah

Hair Tonic Shizen ini sangat sesuai untuk mereka yang anda masalah rambut gugur, boleh merangsang pertumbuhan rambut baru sambil menguatkan akar rambut.

Produk ini akan berikan rasa sensasi yang dingin di kulit kepala, tekstur tidak melekit dan tidak berminyak. 

Rasa berangin pada kulit kepala akan mengurangkan rasa gatal dan akan merawat masalah kelemumur pada rambut anda. 

Cara penggunaannya sangat mudah, selepas anda keringkan rambut dengan tuala, semburkan produk pada kulit kepala dengan rata dan urut kulit kepala anda dengan perlahan.

Disebabkan produk ini menggunakan botol kaca, kami sarankan anda menyimpannya di tempat yang tertutup dan selamat. 

Hair tonic untuk rambut gugur
Tonik Rambut Minyak Zaitun
mulai
RM23.00
Semak Tonik Rambut Minyak Zaitun harga dibawah:
add_circle Menghitamkan rambut
add_circle Menguatkan akar rambut
add_circle Diperbuat dari bahan asli
remove_circle Botol kecil

Keberkesanan tonik rambut terbaik minyak Zaitun ini mampu mengurangkan masalah rambut gugur dan sesuai untuk kegunaan harian.

Tonik ini diperbuat dari sumber asli sekaligus baik untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.

Berfungsi untuk menguatkan rambut dan membuatkan rambut kelihatan tebal, anda boleh mendapatkan hasil rambut yang lebih cantik.

Produk melebatkan rambut ini juga bagus untuk menjaga kesihatan akar rambut serta kulit kepala dan boleh menghitamkan rambut.

Cara penggunaannya mudah, lumurkan rata ke kulit kepala dan rambut ketika rambut masih lembap dan urutkan perlahan untuk melancar aliran darah di kepala.

Hair tonic untuk kulit kepala gatal
VASIA Tonik Subur Rambut
mulai
RM17.09
Semak VASIA Tonik Subur Rambut harga dibawah:
add_circle Mengandungi bahan asli
add_circle Menggalakkan pertumbuhan rambut
add_circle Menyihat dan menyegarkan kulit kepala
add_circle Bau wangi
remove_circle Tekstur sedikit cair

Tonik Subur Rambut V’Asia dirumus khas daripada ramuan semulajadi seperti Aloe Vera, zaitun, Ginkgo Biloba, bunga raya, susu kambing dan akar ginseng.

Bahan asli ini sangat berkesan untuk menyubur, mengukuh, melebat dan menggalakkan pertumbuhan rambut dengan baik.

Selain itu, tonik rambut ini akan bantu anda melembapkan rambut, membuatkan rambut nampak bersinar dan rambut anda akan mudah dirapi.

Tonik rambut ini juga akan mengurangkan masalah rambut gugur, bercabang dan kelemumur serta sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan. 

Menarik lagi, tonik rambut ini akan menghasilkan melanin bagi mengekalkan warna hitam rambut sambil membekalkan nutrisi, protein, vitamin dan mineral yang lengkap untuk rambut. 

Hair tonic untuk wanita bertudung
SAFI
SAFI Shayla Hair Fall Control Hair Tonic
mulai
RM17.77
Semak SAFI Shayla Hair Fall Control Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Mengurangkan masalah rambut gugur
add_circle Tidak melekit
add_circle Menggunakan bahan dari habbatus sauda
add_circle Clinically proven menguatkan rambut dari akar
remove_circle Mengandungi pewangi

Siapa je yang tidak kenal dengan jenama SAFI yang terkenal dengan produk kecantikkan termasuk penjagaan rambut. 

Keluaran terbaru merupakan hair tonic bagi wanita yang bertudung.

Bila bertudung, makin banyak rambut mudah gugur jadi anda wajib jaga rambut menggunakan hair tonic ini untuk mengurangkan masalah rambut gugur. 

Tekstur pada hair tonic ini tidak melekit dan anda tetap boleh menggayakan rambut setelah menggunakannya. 

Antara bahan yang bagus digunakannya adalah habbatus sauda untuk memberikan rambut yang sihat. 

Malah terbukti secara ujian klinikal ianya berkesan menguatkan rambut dari akar.

Jadi anda yang sering hadapi masalah rambut gugur wajib cuba ye!

Hair tonic terbaik Korea
Atomy
Atomy Saengmodan Hair Tonic
mulai
RM44.99
Semak Atomy Saengmodan Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Untuk rambut gugur dan bercabang
add_circle Membersihkan kulit kepala
remove_circle Bau seperti ubat

Atomy Saengmodan Hair Tonic diformulasikan khas untuk mengeluarkan kotoran dari liang-liang pori, meningkatkan kebersihan dan kesihatan kulit kepala.

Dengan gabungan seimbang dexpanthenol, asid salisilik, dan 9 bahan herba semula jadi, hair tonic ini memberikan penjagaan menyeluruh kepada kulit kepala dan rambut anda. 

Dexpanthenol membantu menyuburkan dan melembapkan kulit kepala, manakala asid salisilik membantu mengelupas sel-sel kulit mati dan membersihkan liang-liang pori, membuatkan kulit kepala terasa segar semula.

Penggunaan berterusan Atomy Saengmodan Hair Tonic ini membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dengan mencipta persekitaran optimum untuk folikel rambut. 

Ia juga menjadi penyelesaian masalah kulit kepala seperti kelemumur dan kegatalan, dalam masa yang sama menjadikanrambut lebih sihat.

Hair tonic viral online Bella Khan
Vigorous
Vigorous Hair Vitamin Tonic By Bellakhan
mulai
RM32.99
Semak Vigorous Hair Vitamin Tonic By Bellakhan harga dibawah:
add_circle Memberi kelembapan
add_circle Merangsang pertumbuhan rambut baru
add_circle Mengurangkan kegatalan dan kelemumur
remove_circle Hasil bergantung pada individu

Kadang-kadang produk yang viral pun mempunyai keberkesanan yang baik, jadi anda boleh pertimbangkan untuk beli hair tonic viral online Bella Khan ini.

Vigorous Hair Vitamin Tonic diformulasikan dengan campuran bahan yang berkesan, merangsang pertumbuhan rambut baru sambil mencegah rambut gugur.

Ia akan menghasilkan rambut yang lebih tebal, hitam, dan sihat.

Selain itu, tonik rambut ini boleh meningkatkan kesihatan folikel rambut, menangani masalah seperti tompok rambut dan masalah kebotakan. 

Ia juga boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut, menjadikan rambut anda lebih panjang dan lebih penuh sambil meningkatkan keseimbangan pH kulit kepala untuk kesihatan rambut yang menyeluruh.

Dengan menyalurkan khasiat kepada akar rambut secara mendalam, tonik ini mengurangkan kelemumur dan melegakan kulit kepala yang gatal.

Keseluruhannya, ia mempromosikan kesihatan kulit kepala dan meninggalkan rambut anda kelihatan lebih kuat dan tidak rapuh.

Hair tonic kuatkan akar rambut
Alpecin
Alpecin Caffeine Liquid
mulai
RM37.60
Semak Alpecin Caffeine Liquid harga dibawah:
add_circle Menguatkan akar rambut
add_circle Mengandungi bahan aktif untuk rambut
remove_circle Tidak membantu pertumbuhan rambut baru

Tonik rambut yang agak terkenal dalam kalangan pengguna yang mempunyai masalah rambut gugur, Alpecin Caffeine Liquid direka khas untuk menangani masalah keguguran rambut.

Diperkaya dengan kafein, formula cecair ini merangsang folikel rambut, membantu mencegah keguguran rambut, dan menggalakkan rambut yang lebih tebal dan lebih kuat.

Selain kafein, Alpecin Caffeine Liquid mengandungi niacin dan garam zink yang memainkan peranan penting dalam menyokong keseluruhan kesihatan rambut.

Bahan-bahan ini bekerjasama untuk menyuburkan kulit kepala, menguatkan akar rambut, dan meningkatkan keadaan keseluruhan rambut.

Salah satu ciri utama Alpecin Caffeine Liquid adalah formulasi uniknya yang memastikan kafein dan bahan aktif sampai ke akar rambut dengan berkesan dan memberikan hasil yang tahan lama. 

Dengan penggunaan secara konsisten, cecair berkafein ini dapat membantu anda mencapai rambut yang lebih sihat.

Hair tonic terbaik untuk menebalkan rambut
Dr. Groot
Dr. Groot Hair Loss Control Scalp Tonic
mulai
RM69.90
Semak Dr. Groot Hair Loss Control Scalp Tonic harga dibawah:
add_circle Botol mudah dibawa semasa travel
add_circle Boleh menyembuhkan kulit kepala
add_circle Tidak mengandungi silicon, sulfate, dan paraben
remove_circle Harga sedikit mahal

Dr. Groot Hair Loss Control Scalp Tonic diformulasikan untuk melawan keguguran rambut dan menggalakkan persekitaran kulit kepala yang sihat. 

Diperkaya dengan 8 bahan semula jadi, tonik ini menyuburkan kulit kepala, menyediakan nutrisi penting untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang kuat dan tahan lasak.

Campuran bahan-bahan unik dalam hair tonic ini termasuk Centella, yang menguatkan folikel rambut dan membantu dalam penyembuhan luka; Peppermint, yang membantu meningkatkan peredaran darah; dan Phellinus linteus, yang meningkatkan sistem imun badan dan menyediakan perlindungan antioksidan.

Bahan-bahan utama lain seperti Cuka Hitam, Chameleon Plant, Pleuropterus Multiflorus, Paeonia suffruticosa, dan Hinoki False Cypress bersama membantu melembapkan kulit kepala, menghindari radikal bebas, merangsang pertumbuhan rambut.

Paling penting, formula lembut ini bebas dari silikon, sulfate, dan paraben.

Selain itu, Dr. Groot Scalp Tonic mengandungi Ekstrak Akar Sophora Flavescens, sebatian semula jadi penghalang DHT yang membantu mencegah pengecilan folikel rambut dan keguguran rambut yang disebabkan oleh tahap androgen yang tinggi.


Cara Pakai Hair Tonic

Cara terbaik untuk menggunakan hair tonic ini adalah selepas mencuci rambut. Gunakan hair tonic pada rambut yang kering sebelum menggayakan rambut.

Anda boleh gunakan hair tonic ini pada seluruh rambut atau pada bahagian yang diingini sahaja. Sebelum menggunakan hair tonic ini, pastikan anda menggongcangnya terlebih dahulu.

Anda boleh tuangkan pada tapak tangan atau letak dalam botol digunakan secara semburan.

Hair tonic boleh digunakan beberapa kali dan ianya selamat untuk digunakan. Selamat mencuba!


Bila Masa Yang Sesuai Untuk Pakai Tonik Rambut?

Tonik rambut boleh digunakan apabila anda menghadapi masalah rambut seperti rambut gugur, rambut kering, atau kulit kepala yang berminyak.

Anda boleh menggunakan tonik rambut sebagai penambah nutrisi dan merangsang pertumbuhan rambut.

Jika rambut anda cenderung bercabang dan rosak, tonik rambut juga boleh membantu mengurangkan masalah ini.

Penggunaan tonik rambut bergantung pada jenis rambut dan masalah rambut yang ingin diselesaikan, tetapi biasanya digunakan secara berkala, seperti sekali atau dua kali sehari.

Sebelum menggunakan tonik rambut, elakkan daripada menggunakan terlalu banyak produk atau menggunakannya terlalu kerap.

Ini kerana boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berminyak atau rambut menjadi lembap berlebihan.

Sebaiknya, ikuti arahan penggunaan yang diberikan pada kemasan produk tonik rambut yang anda beli.

Jika anda mempunyai masalah kulit kepala atau rambut yang serius, lebih baik rujuk kepada pakar rambut atau ahli dermatologi untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat dan sesuai.

Anda tidak tahu cara yang betul pakai tonik rambut? Jom tonton video di bawah.


Bagaimana Cara Pilih Hair Tonic?

Tonik rambut adalah antara produk penting untuk mengekalkan kesihatan rambut anda.

Tetapi, dengan ada banyaknya jenama dan jenis hair tonic di pasaran, bagaimana anda tahu yang mana satu hair tonic paling bagus?

Berikut beberapa tips memilih hair tonic terbaik untuk rambut anda.

  • Jenis rambut

Jika rambut anda kering, pilih tonik rambut yang mengandungi bahan pelembap seperti minyak argan, minyak kelapa, Vitamin E atau jojoba oil.

Sebaliknya, jika anda mempunyai rambut berminyak, pilihlah tonik rambut dengan bahan-bahan seperti teh hijau atau pudina untuk mengawal kelenjar sebum di kulit kepala anda.

Jika anda mempunyai masalah kelemumur, cari tonik rambut yang mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti rosemary atau lavender.

Bahan semula jadi ini akan membantu menenangkan kulit kepala dan mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kelemumur.

  • Bahan-bahan

Pastikan tonik rambut yang anda pilih mengandungi bahan semula jadi seperti ekstrak tumbuhan dan minyak semula jadi.

Ini kerana bahan semula jadi lebih lembut pada rambut dan boleh membantu melembapkan dan menyuburkan kulit kepala.

 Elakkan bahan-bahan yang mengandungi bahan kimia yang keras seperti sulfat dan paraben.

  • Mudah digunakan

Tonik rambut yang mudah digunakan boleh membantu anda menjimatkan masa apabila menguruskan rambut anda setiap hari.

Pastikan anda membaca arahan penggunaan dengan teliti sebelum menggunakannya.

Untuk hasil yang lebih baik, anda harus menjaga rambut anda dengan cara yang menyeluruh seperti memotong rambut anda dengan kerap, menghidratkan rambut dan menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.

  • Baca ulasan produk

Sebelum membeli tonik rambut, pastikan anda membaca ulasan pengguna lain.

Ini boleh membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kesan tonik rambut pada rambut mereka.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Hair Tonic?

Tonik rambut membantu memperbaiki tekstur dan kualiti rambut serta menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

Ia juga boleh memberikan nutrisi tambahan kepada rambut dan menjadikannya lebih sihat serta bersinar.

Selain itu, tonik rambut juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan rambut anda.

Ia mengandungi nutrien penting yang boleh merangsang pertumbuhan rambut dan membantu ia tumbuh dengan sihat.

Sangat bagus bagi mereka yang ingin memiliki rambut yang lebih tebal dan subur.

Tonik rambut juga membantu mengurangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala.

Bahan-bahan semula jadi dalam tonik rambut membantu membersihkan kulit kepala dan menggalakkan peningkatan peredaran darah ke akar rambut.

Namun, kekurangan utama tonik rambut ialah ia memerlukan penggunaan yang konsisten. 

Jika anda tidak menggunakan tonik rambut secara berterusan, ia tak akan memberi kesan seperti yang anda inginkan.


Apakah Manfaat Tonik Rambut?

Untuk dapatkan rambut yang sihat dan kuat, syampu dan conditioner saja tak mencukupi.

Hair tonic atau tonik rambut adalah nutrien tambahan yang bagus untuk kesihatan rambut. 

Paling penting ia juga akan menyuburkan dan memanjangkan rambut serta membantu kita mengatasi masalah hujung rambut bercabang. 

Setiap hair tonic mempunyai kandungan Vitamin E, Vitamin B2, laktik asid dan bahan natural lain yang baik untuk rambut.

Malah, hair tonic juga berfungsi membersihkan kulit kepala daripada segala kekotoran.  

Sekaligus dapat memberikan rambut lebih sihat, akar rambut kuat dan pertumbuhan rambut baru lebih mudah.


Adakah Hair Tonic Bagus Untuk Pertumbuhan Rambut?

Ya, tonik rambut merupakan satu komponen atau bahan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Tapi tonik rambut mempunyai pelbagai jenis dan anda perlulah dapatkan tonik rambut mengikut masalah rambut anda.

Jika anda inginkan rambut yang lebat, pilihlah hair tonic yang khusus bagi masalah ini. 

Tonik rambut akan membantu lancarkan pengedaran darah dan membuang liang follicles bagi memberi ruang pada pertumbuhan rambut baru.


Artikel Berkaitan

End of Article