Memiliki rambut yang cantik dan sihat merupakan impian setiap wanita kerana rambut adalah makhota mereka.
Dengan penggayaan rambut yang diidamkan secara tidak langsung diri anda akan menjadi lebih yakin terutama untuk mereka yang pakai tudung.
Jika akar rambut mati, ia akan menjadikan rambut anda tidak dapat tumbuh baru dan membuatkan rambut menipis, jadi akan semakin kurang keyakinan diri anda.
Begitu juga jika rambut kering dan rosak, ia akan menyukarkan anda untuk menggayakan rambut dengan lebih rapi dan cantik.
Jadi bagi mendapatkan rambut yang sempurna, anda memerlukan penjagaan rapi dengan penggunaan syampu dan hair serum terbaik.
Ini kerana ia dapat memberi nutrisi yang cukup pada setiap helaian rambut rosak supaya rambut jadi sihat, akar rambut lebih kuat, bersinar, tidak pecah atau merekah.
Ada pelbagai jenis serum rambut seperti serum lebatkan rambut, serum rambut gugur, serum untuk rambut berminyak, pelembut rambut dan banyak lagi.
Bagi memudahkan pencarian anda, kami telah menyenaraikan serum rambut terbaik. Jom lihat!
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 21 Serum Rambut Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Serum ini mempunyai tekstur yang pekat dan mudah menyerap jadi tidak akan menyebabkan rambut anda mudah berminyak.
Ciri-ciri:
Jika anda menghadapi masalah rambut yang kering dan mudah tersimpul boleh menyebabkan rambut anda makin rosak dan tidak terurus.
Masalah ini boleh diatasi dengan serum rambut L’Oreal kerana dapat menjadikan rambut anda kurang kembang dan nampak lebih rapi serta kemas.
Malah dengan gabungan 6 jenis bunga yang kaya dengan Omega, pasti dapat memberikan hasil rambut yang sempurna.
Lebih-lebih lagi jika anda sering menggunakan alat pemanas pada rambut, sebaiknya guna serum ini supaya tidak rosak kerana serum ini dapat beri perlindungan sehingga suhu 200.
Ingin diingatkan disebabkan serum rambut ini memiliki tekstur yang pekat, cukup dengan hanya 1 pump untuk meratakan keseluruhan rambut.
Review:
“Untuk pemakaian kali pertama sudah menampakkan hasil, tapi hasil terbaik bila anda apply sebanyak dua kali, sewaktu rambut lembap dan kering.“
Kérastase Resistance Therapiste Serum mampu mengubah helaian rambut yang rosak menjadi sihat.
Selain itu, sesuai untuk kegunaan anda yang mengalami masalah rambut yang tebal dan tidak teratur supaya tidak kembang dan keras.
Ini kerana kandungan serum ini mengandungi asid amino dan formula yang unik, dimana dapat beri perlindungan haba sehingga 230° C jadi anda dapat mengelakkan hujung rambut berpecah dan rambut yang tidak bermaya.
Rasai keunikan serum ini untuk mendapatkan rambut yang berkilau dan kekal bermaya supaya anda akan melangkah keluar untuk bersantai dengan penuh yakin!
Good Virtues Co. Multiple Repair Hair Serum ini diperkaya dengan minyak Habbatus Sauda organik, vitamin E dan sesuai untuk rambut lelaki.
Fungsi bagi 2 bahan ini bagi membantu menyelesaikan masalah rambut bercabang, mengembang yang tidak teratur, kusut dan kasar.
Jangan risau, serum ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, Paraben, dan warna sintetik yang boleh menyebabkan masalah iritasi.
Disebabkan kandungan serum ini tidak mengandungi bahan kimia, membuatkan rambut anda kelihatan lembab, sihat dan wangi sepanjang hari.
Rambut anda akan menjadi lebih lembut, teratur dan tidak mengembang lagi selepas anda guna setiap hari secara konsisten.
Bagi anda yang berhijab, kemungkinan untuk mengalami masalah rambut kering, helaian rambut tidak bermaya dan kusam adalah sangat tinggi.
Tapi, anda tidak perlu risau lagi apabila menggunakan serum rambut daripada Safi Shayla ini.
Ini kerana serum ini tidak membuatkan rambut melekit dan akan memberi kelembutan dan sinaran buat rambut anda sepanjang masa.
Rambut yang selalu tertutup sepanjang hari pasti akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Dengan serum ini, dapat memberikan haruman wangian pada rambut anda, walaupun berhijab.
Serum rambut biasanya harga mahal tapi seperti biasa produk dari Watsons ini semestinya harga mampu milik dengan kualiti tinggi dengan produk antarabangsa lain.
Dengan harga murah, serum ini diperkaya dengan omega 3, Habbatus Sauda dan vitamin untuk memberi rambut anda kelihatan sihat.
Bukan itu sahaja, serum ini juga akan bantu anda merawat dan memberikan kesihatan terbaik untuk kulit kepala anda.
Tunggu apa lagi? Jom miliki serum ini untuk dapatkan rambut sihat dengan harga yang berpatutan.
Kelebihan yang terdapat pada serum anti-frizz Faith Fleur keluaran Citymary ini adalah dapat mengurangkan beberapa masalah rambut.
Antaranya keguguran rambut, mempulihkan kerosakan rambut, mencegah kelemumur atau ‘flakey’ pada kulit kepala.
Selain itu, dapat berfungsi untuk mengelakkan masalah rambut kering dan menggalakkan kadar penumbuhan rambut baru supaya rambut tampak lebih lebat.
Bukan itu sahaja, serum ini juga mampu untuk memberi kelembutan pada rambut dan dapat berikan rambut kelihatan segar serta bermaya.
Anda tidak perlu risau, serum rambut ini tidak berminyak dan mempunyai tekstur yang sederhana pekat yang akan mudahkan anda sapu pada seluruh rambut.
Bagaimanapun, serum ini mempunyai bahan pewangi tambahan dan mungkin tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah kuit kepala sensitif.
Serum Blondee Crystal Repair Liquid ini terbaik untuk membaiki kerosakan pada rambut terutamanya pada hujung rambut.
Serum berkonsentrasi tinggi ini memberi perlindungan dari sinaran UV pada rambut anda jadi rambut tidak mudah rosak dan nipis.
Selain itu, mudah menyerap di setiap helaian rambut agar tidak berisiko terdedah pada radikal bebas.
Bahan aktif yang terdapat di dalam serum ini dapat ‘bekerja’ dengan baik jika cara penggunaannya juga dengan betul.
Cukup titiskan pada telapak tangan dan sapukan pada keseluruhan rambut dan pastikan setiap helaian mendapat nutrisi yang sama.
Untuk kesan lebih baik, gunakan serum ini semasa rambut anda sedang basah.
Schwarzkopf merupakan satu jenama tidak asing bagi dunia pendandan rambut dan cukup terkenal dengan keberkesanannya.
Walaupun harganya mahal, jenama ini boleh dikatakan rangkaian penjagaan rambut terbaik dan bagus untuk rambut bermasalah.
Malah, Schwarzkopf sangat sesuai untuk yang alami masalah kulit kepala berkelemumur dengan teruk.
Tambah pula, dapat menenangkan kulit kepala yang cepat sensitif terhadap bahan kimia berbahaya dan memperbaiki tekstur rambut menjadi lembut.
Diperkaya dengan Vitamin B5 dan bahan anti-fungal, serum ini dapat menghapuskan flakey pada kulit kepala dan meredakan iritasi serta kegatalan dengan baik.
Para ibu yang baru lepas bersalin tak perlu susah-susah ke salon untuk dapatkan rawatan rambut gugur sebab boleh buat sendiri di rumah dengan serum rambut ini.
Dengan penggunaan yang konsisten, kami yakin mampu mengurangkan kehilangan rambut sehingga 71%.
Ini kerana pertumbuhan rambut baru juga bakal digalakkan dengan bahan yang terkandung dalam produk ini.
Diformulasikan daripada buah kiwi dan buah keras yang masing-masing kaya dengan vitamin untuk menguatkan akar rambut.
Malah bahan yang terkandung juga boleh sihatkan kulit kepala hingga hujung rambut.
Sesuai digunakan oleh semua jenis rambut dan paling penting, tak perlu bilas lepas pakai.
Lucido hair serum ini dijual dengan harga yang mampu milik dan kuantiti yang banyak membuatkan pembeliannya berbaloi.
Masalah rambut kering wajib anda rawat dengan menggunakan serum Avocado untuk mengurangkan masalah tersebut dan rambut tampak lebih sihat.
Bukan itu sahaja, rambut yang rosak juga makin berkurang kerana serum ini diperkaya dengan vitamin A, C dan E untuk nutrisi terbaik pada rambut.
Rambut yang kering dan rosak ini kebiasaannya keras dan kasar, tapi serum Lucido menjadikan rambut anda lebih lembut!
Jika anda mahu serum yang berkesan, botol bersaiz kecil dan mudah dibawa, anda boleh dapatkan Ginger King Hair Growth Serum 30ml ini.
Bukan sahaja berbau wangi, serum ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk dan akan bantu anda tumbuh semula anak rambut baru.
Dengan kandungan Ginseng yang ada dalam serum ini akan meningkatkan Proliferasi Papila Dermal yang akan merangsangkan pertumbuhan rambut dengan cepat.
Memiliki tekstur yang tidak melekit akan mudahkan anda sapu pada seluruh akar rambut dan mudah menyerap bagi memastikan minyak rambut dapat di kawal dengan baik.
Menerusi ulasan di Shopee, ramai pengguna menyatakan serum ini membantu mereka kurangkan rambut gugur dan masalah kelemumur dengan baik.
Ini kerana bahan Polgonum Multiforum membantu merawat rambut yang ada masalah kelemumur, manakala Angelica pula akan bantu mengurangkan masalah keguguran rambut.
Sebagai peringatan, anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan serum ini di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari bagi mengelakkan serum mudah rosak.
Anda mempunyai masalah rambut kering, mudah putuh dan bercabang? Boleh cuba Mise En Scene Perfect Repair Serum ini.
Serum ini mengandungi 7 minyak terpilih antaranya; Argan Oil, Camelia Oil, Marula Oil, Olive Oil, Jojoba Oil, Coconut Oil dan Apricot Oil.
Dengan kadungan premium minyak terpilih, ia menjadikan rambut anda lembap sebaiknya dan merawat rambut yang rosak.
Selain itu, serum ini juga melindungi rambut daripada menjadi rosak dan membuatkan rambut lebih lembut dan berkilat.
Anda boleh pilih antara 5 jenis serum dari jenama ini, antaranya:
-
Original (Orange) - Untuk kerosakan rambut yang biasa.
-
Rose (Hot Pink) - Mengandungi haruman ros dan untuk kerosakan rambut biasa.
-
Styling (Pink) - Untuk rambut yang digayakan selalu.
-
Super Rich ( Red) - Untuk rambut rosak teruk.
-
Watery (Grey) - Serum pelembap yang ringan, bersama haruman limau untuk melembapkan rambut. Sesuai untuk rambut nipis dan kasar.
Serum ini boleh digunakan semasa rambut kering ataupun basah, jadi ikut kesesuaian anda untuk menggunakan serum ini.
Jenama yang tidak asing lagi bagi penjagaan rambut wanita, L'Oreal Paris Elseve Extraordinary Oil Pink sesuai digunakan jika anda mempunyai rambut yang rosak atau bercabang.
Diperkaya dengan ramuan 6 jenis minyak bunga, serum rambut ini akan memberikan kelembapan berpanjangan dan berikan kelembutan serta kilauan.
Tambahan lagi, rambut anda tidak akan nampak berminyak selepas memakai serum ini.
Apa yang bagus, serum ini mampu menyerap dalam sehingga keratin rambut dan akar rambut, menjadikan rambut lebih sihat dari dalam.
Anda boleh gunakan serum ini sebelum dry rambut untuk elakkan rambut menjadi kering atau cepat rosak.
Serum Lucido-L ini mengandungi argan oil yang diketahui memberikan kelembapan dan kesihatan yang terbaik pada rambut melalui kandungan seperti Vitamin E dan fatty acids.
Selain memberi kelembapan berpanjangan, ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut agar rambut cepat panjang.
Bukan sahaja boleh bertindak memperbaiki rambut yang rosak dan rambut bercabang, malah turut meninggalkan kesan kilauan pada rambut dan membuatkan rambut nampak lebih cantik.
Anda boleh pilih antara 5 pilihan serum dari jenama ini:
- Green -Untuk yang mahukan rambut berkilat dan sihat.
- Purple - Untuk yang mahukan rambut lembut dan mudah diuruskan.
- Blue - Untuk yang suka kelembapan rambut secara mendalam dan meninggalkan kesan seperti emas pada rambut.
- Pink - Untuk yang mahukan rambut terasa ringat dan berurai bebas.
Minyak rambut yang sangat berkhasiat, ia mengekalkan kelembapan rambut sehingga ke bahagian dalam dan memastikan rambut licin dari akar ke hujung.
Apa yang membuatkan serum rambut ini bagus adalah kerana mengandungi 3 minyak utama yang mengawal rambut yang kerinting agar mudah diurus.
Kelebihan lain, ia membuatkan rambut anda mudah diurus sepanjang hari walaupun dalam keadaan rambut yang lembap dan licin.
Tambahan lagi, serum ini memberikan perlindungan terhadap haba sehingga 230 darjah, menjadikan ia serum yang sempurna sekiranya anda gemar atau kerap menggayakan rambut bagi menghalang dari rambut terus rosak.
Dengan kandungan bahan berteknologi tinggi, serum ini mampu membantu rambut kelihatan lebih segar, tebal, padat dan lebih sihat secara keseluruhan.
Ia mampu untuk mengaktifkan semula sel stem folikel rambut, mengubah rambut dari akar ke hujung dan membuatkan rambut lebih lebat serta sihat.
Antara bahan berteknologi tinggi yang terkandung dalam serum ini adalah seperti Redensyl yang bertindak mengaktifkan stem cells, dan Baicapil yang bertindak memberi kekuatan kepada folikel rambut serta meningkatkan kualiti dan kuantiti rambut.
Bagaimanapun anda perlu berhati-hati tidak membeli produk The Ordinary Multi-Peptide Serum for Hair Density yang tiruan, dan kami di sini hanya kongsikan link yang tulen sahaja.
Jadi, jika anda mahu merawat rambut anda yang semakin menipis dan mahukan rambut kelihatan lebat kembali, boleh dapatkan serum rambut dari The Ordinary ini.
Dove Hair Therapy Breakage Remedy Hair Serum dengan minyak argan organik memang sesuai kalau anda nak rawat rambut kering dan rosak.
Serum ni menyerap jauh ke dalam rambut, menjadikan rambut anda lebih sihat dan licin.
Apa lagi yang best, serum ni ringan je—tak ada rasa berat atau berminyak—tapi tetap melindungi rambut yang rapuh, terutamanya kalau anda selalu guna alat penggayaan seperti iron rambut atau hair dryer yang panas.
Bila digunakan bersama syampu dan perapi Dove Hair Therapy, serum ni bantu menguatkan rambut dari dalam, sekali gus buatkan rambut nampak bersinar dan penuh hidup.
Tak kisah la sama ada anda selalu guna alat penggayaan atau sekadar nak jaga rambut, serum ni boleh bantu kekalkan rambut supaya sihat dan lembut.
Flower Secret Hair Serum Seuro De Argan Oil memang sesuai kalau anda nak penjagaan rambut yang lebih teliti, terutama kalau ada masalah rambut bercabang atau kering.
Serum ni melembutkan rambut kasar dan memastikan kulit kepala bebas dari kegatalan dan kelumumur.
Kalau rambut anda susah diurus, serum ni boleh bantu bagi rambut lebih senang diurus dan nampak lebih sihat.
Dengan penggunaan kerap, ia mengurangkan keguguran rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut baru, dan buat rambut jadi lebih tebal.
Serum rambut ini berasaskan air, tak berminyak, dan sangat wangi, dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur.
Ia juga meresap jauh ke dalam kulit kepala dan rambut, mengembalikan kelembapan, dan tinggalkan rambut yang lembut dan bersinar.
Sama ada nak kurangkan uban atau sekadar nak rambut sihat, serum ni memang boleh bantu.
NEEDS Keratin Hair Spray Serum memang sesuai kalau anda nak lindungi rambut daripada kerosakan haba sambil memastikan rambut kekal lembut dan mudah diurus.
Spray ringan ni membantu membaiki hujung rambut bercabang dan memastikan rambut bebas kusut.
Lama-kelamaan, ia juga boleh membantu mengurangkan masalah keguguran rambut, menjadikan rambut anda lebih licin, lembut, dan sihat.
Tak kisah sama ada anda guna alat penggayaan dengan haba atau cuma nak kawal rambut yang mengembang setiap hari, spray ni memang memudahkan penjagaan rambut tanpa rasa berat atau melekit.
Sesuai untuk anda yang nak produk serba guna yang menjaga dan memudahkan anda menguruskan rambut setiap hari.
The RainTree Rosemary Argan Oil Serum menggabungkan manfaat semula jadi minyak rosemary dan argan, menjadikannya pilihan serba boleh untuk penjagaan kulit dan rambut.
Dengan haruman rosemary yang segar, serum ini turut boleh digunakan sebagai pelembap muka, membantu menenangkan kulit, meratakan tekstur kulit, dan mengurangkan jerawat.
Ia juga berfungsi untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit.
Untuk rambut pula, serum ini membantu mengurangkan keguguran, menggalakkan pertumbuhan rambut, dan membina kulit kepala yang lebih sihat.
Selain itu, ia menyuburkan rambut secara mendalam, menjadikannya lembut dan licin, sambil melindungi rambut daripada kerosakan UV.
Diperbuat daripada gabungan minyak argan, minyak jojoba, minyak biji anggur, minyak rosemary, dan Vitamin E, serum ini terdapat dalam saiz 30ml dan 100ml, memberikan penyelesaian semula jadi untuk rutin penjagaan kulit dan rambut anda.
KUNDAL Macadamia Ultra Hair Serum dengan haruman Cherry Blossom ialah rawatan yang menyihatkan untuk rambut anda, dengan campuran 15 jenis ekstrak minyak semula jadi.
Serum ini menggunakan teknologi pengadunan minyak KUNDAL untuk memastikan ia lebih mudah menyerap tanpa rasa berat atau melekit.
Formula serum yang pekat ini tidak mengandungi air dan alkohol, menjadikannya pilihan terbaik untuk memberi rambut anda lebih banyak nutrisi.
Diperkaya dengan mikronutrien, serum ini membantu melindungi rambut sambil menambah keanjalan dan kilauan yang cantik.
Ia direka untuk memastikan rambut kekal sihat, kuat, dan lembut, sambil memberikan haruman bunga sakura yang segar.
Apakah Kelebihan Menggunakan Serum Rambut?
Banyak manfaat yang rambut anda perolehi jika memakai serum rambut, terutamanya rambut yang menghadapi masalah kering atau kusam.
Langkah penjagaan rambut bukan sekadar pada membersih atau merapi tapi juga pada mengekalkan nutrisi rambut.
Mungkin kita lupa, struktur rambut sangat halus dan mudah putus.
Maka ia memerlukan penjagaan yang khas bagi memelihara keratin, folikel dan pertumbuhan rambut.
Anda boleh memilih serum rambut mengikut kesesuaian rambut atau masalah rambut yang ingin diatasi.
Hasil menyapu serum pada rambut bukan sahaja membantu membaikpulih masalah rambut tapi juga terbaik untuk styling.
Penggunaan serum akan menjadikan rambut terlihat rapi, berbau harum dan berkilau sepanjang masa.
Ada sesetengah serum juga turut merawat kulit kepala yang kering dan ada masalah mengelupas.
Bagaimana Cara Pemakaian Serum Rambut Terbaik?
Cara menggunakannya sangat mudah, hanya perlu sapu rapi pada rambut lembap, bergantung pada cara penggunaan setiap produk.
Selain itu, hanya memerlukan 1-2 pumps sudah cukup memadai untuk di sapukan pada rambut anda.
Ada sesetengah serum, seeloknya dipakai selepas rambut anda kering.
Serum ini hanya perlu dipakai pada hujung rambut, ini kerana pada bahagian hujung rambut kebiasaannya banyak kerosakan yang terjadi.
Nak hasil terbaik, anda perlulah rajin pakai setiap kali syampu rambut tau!
Apa pun jom lihat video di bawah untuk tips hair care routine.
Bolehkah Serum Rambut Digunakan Pada Semua Jenis Rambut?
Kebiasaannya serum rambut dihasilkan mengikut jenis rambut dan untuk menyelesaikan masalah-masalah rambut tertentu. seperti untuk merawat rambut kering, bercabang, dan rambut nipis.
Jadi, jawapan singkatnya adalah tidak semua serum sesuai untuk semua jenis rambut dan anda perlu mengetahui terlebih dahulu apa masalah pada rambut anda sebelum membuat pembelian serum rambut.
Bagaimanapun, terdapat juga sesetengah serum yang dihasilkan untuk tujuan general seperti memberi kelembapan yang sesuai digunakan untuk semua jenis rambut.
Jika anda tidak pasti apakah jenis serum yang sesuai untuk rambut anda, boleh mendapatkan dahulu nasihat dari pakar rambut supaya anda tidak membazir beli serum yang salah.
Bolehkah Pakai Serum Rambut Setiap Hari
Jawapan ringkasnya, sudah tentulah anda boleh gunakan serum rambut setiap hari, tetapi ia bergantung kepada jenis serum dan keperluan rambut anda.
Jika serum tersebut ringan dan tidak berminyak, ia biasanya boleh digunakan setiap hari tanpa masalah.
Serum yang mengandungi bahan semula jadi dan tidak berat juga lebih sesuai untuk penggunaan harian.
Namun, jika serum tersebut mempunyai konsentrasi tinggi atau mengandungi minyak berat, mungkin lebih baik menggunakannya beberapa kali seminggu untuk mengelakkan rambut menjadi terlalu berminyak atau berat.
Apa-apa pun, pastikan baca arahan penggunaan pada label produk untuk maklumat yang lebih spesifik dan lihat bagaimana rambut anda bertindak balas selepas setiap penggunaan.
Artikel Berkaitan
- Rambut Kembali Kuat, Sihat Dan Menawan Dengan 7 Serum Untuk Rambut Gugur Ini
- Tiada Lagi Masalah "Bad Hair Day" dengan 7 Serum Rambut di bawah RM50
- 8 Serum Rambut Drugstore Sebagai Agen Penyelamat Rambut Anda
- 9 Vitamin Rambut Terbaik Untuk 9 Jenis Masalah Rambut
- 12 Pewarna Rambut Halal di Malaysia yang Sah Solat & Wuduk
- 11 Serum Terbaik Untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2024
- Serum Anti-Penuaan (Anti-Aging) Terbaik di Malaysia
- Serum Hyaluronic Acid Terbaik