Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Dengan 9 Minyak Rambut Dari Drugstore, Belailah Mahkota Berharga Anda

Sikat rambut anda dengan hanya menggunakan jari

Minyak rambut merupakan sejenis mineral yang baik dan berfungsi sebagai lapisan luaran buat rambut dan menyihatkan kutikel. Kini, terdapat lambakan produk di pasaran yang sudah diperbaiki isi kandungannya seperti pewangi, bahan mineral, argan dan ekstrak bunga untuk mengharumkan lagi rambut anda. Minyak rambut juga bertindak sebagai pelembap yang bertujuan untuk melembutkan dan kekal bersinar. Memiliki rambut yang sihat dan bersinar pastinya merupakan impian setiap wanita ataupun lelaki. Pastikan anda menggunakan minyak rambut yang sesuai.

Pilihlah minyak rambut yang mengandungi bahan semulajadi seperti organik. Selain daripada minyak jojoba anda juga boleh memilih minyak yang mengandungi vitamin A, E dan B12 untuk rambut anda. Tips penting memilih minyak rambut bersesuaian; kenalpasti jenis rambut anda terlebih dahulu. Berikut beberapa produk minyak rambut yang sesuai untuk jenis-jenis rambut anda.

Minyak untuk melurus dan kekalkan warna rambut
mulai
RM27.32
Semak L’OREAL Extraordinary Oil Red (100ml) harga dibawah:

Minyak rambut ini dirumus khas dengan campuran ekstrak minyak bunga Marticaria, Lotus, Rose, Chamomile, Flak dan Tiare. Ianya minyak yang sangat luar biasa kerana membantu untuk melembutkan rambut, merawat dan juga membantu mengekalkan warna rambut agar kelihatan bersinar. 

Anda tidak perlu risau akan hasilnya kerana ia mengandungi bahan bebas minyak bahkan memberi kemasan yang sempurna untuk dandanan rambut anda.

Minyak khusus untuk rambut kusut – agar mudah diuruskan
mulai
RM39.90
Semak MA CHERIE Hair Oil (60ml) harga dibawah:

Minyak rambut dengan aroma yang mewangi ini menjadikan anda bebas untuk melepaskan rambut bagi yang free hair walaupun berada di luar. Dengan bertekstur minyak yang ringan dan membekal nutrisi yang diperlukan untuk rambut anda sehingga ke akar.

Dirumus khas dari ekstrak madu dan baik untuk membantu rambut yang rosak atau mengawal rambut yang kembang agar lebih mudah diuruskan.

Sesuai untuk anda yang mengalami masalah rambut kering
mulai
RM32.90
Semak KUMANO YUSHI Horse Oil with Tsubaki Oil Treatment harga dibawah:

Minyak dari jenama yang diterbangkan khas dari Jepun ini dapat memastikan pengurusan rambut lebih terkawal agar tidak kelihatan kusut dan kasar. Ianya berfungsi untuk melicinkan dan memberi kesinaran yang sempurna buat rambut anda. Selain itu, ia juga mengekalkan lembapan pada rambut yang kering sehingga ke setiap helaian.

Diperkaya dengan Horse Oil dan Tsubaki Oil, produk ini mampu untuk mengekalkan penghidratan buat rambut anda agar tampil segar serta bermaya. Usah risau! Ianya tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya atau ekstrak daripada haiwan semasa proses pembuatannya.

Untuk kegunaan rambut gugur, sesuai buat kaum lelaki
mulai
RM23.00
Semak HIMALAYA Revitalizing Hair Oil (200ml) harga dibawah:

Minyak rambut dengan protein semulajadi ini meningkatkan kesuburan rambut sehingga ke akarnya. Ianya menggalakkan pertumbuhan rambut dan juga mengelakkan kulit kepala dari gatal.

Dengan nutrisi yang secukupnya diberikan, produk ini juga dapat mengawal rambut dari keguguran. Kini, anda lebih yakin untuk membelai rambut tanpa perlu risau tentang keguguran. Sesuai untuk kegunaan kaum lelaki yang ingin menjaga kesihatan rambut.

Terbaik untuk rambut yang melakukan teknik rebonding
mulai
RM15.19
Semak LUCIDO-L Hair Vitamin Oil (Dry Hair) 50ml harga dibawah:

Minyak rambut Lucido-L mempunyai minyak bunga matahari, Vitamin A, C, E dan alpukat untuk mendapatkan rambut yang sihat. Minyak ini juga membantu untuk merawat rambut kering agar dapat mengekalkan kelembapan supaya tidak kusut. Malah ia juga memastikan rambut kekal lurus dan lebih mudah untuk disikat.

Diperkaya dengan minyak vitamin yang ringan, wangi dan mudah meresap pada rambut untuk memberi nutrisi yang diperlukan oleh rambut.

Minyak terbaik untuk melembutkan rambut agar sentiasa bersinar
mulai
RM4.50
Semak ELLIPS Hair Vitamin - Hair Recovery (Jojoba Oil) harga dibawah:

Minyak rambut ini dirumus khas untuk merawat masalah rambut yang rosak, kerinting ataupun  berwarna. Ia mengandungi Pro-Vitamin B5, Vitamin A dan E yang baik untuk memastikan kelembapan dan khasiat buat rambut.

Minyak Jojoba yang terkandung di dalam minyak ini pula dapat membantu dalam mengekalkan lembapan kepada rambut agar tidak mudah kering walaupun anda sering terdedah di bawah matahari.

Minyak rambut dari bahan organik seperti kelapa dan bunga Lavender
mulai
RM15.57
Semak TROPIKA Baby Hair & Body Oil Aroma Lavender (30ml) harga dibawah:

Minyak dari produk Tropika ini sesuai digunakan untuk bukan sahaja rambut tetapi seluruh badan bayi. Ianya memiliki khasiat minyak kelapa yang memberi perlindungan untuk mendapatkan hasil kulit dan rambut yang lebih lembut.

Ianya juga turut menyokong pertumbuhan rambut yang sihat dan membuatkan rambut bayi lebih lembut dan bersinar. Minyak ini menyediakan semua protein penting yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sempurna.

Terbaik untuk rambut rosak – mengandungi minyak Argan
mulai
RM20.74
Semak WATSONS Argan Hair Oil Treatment harga dibawah:

Produk untuk rambut yang mengandungi minyak Argan ini ialah bertekstur ringan dan menyuburkan rambut dari akarnya. Ianya digunakan apabila anda selesai membasuh rambut dan mampu untuk memastikan rambut tidak lagi kering.

Anda tidak perlu risau kerana ianya minyak yang bebas dari paraben, pewangi dan pewarna tiruan. Bau aroma dari minyak Argan ini juga turut dapat memberikan lagi kesegaran serta menenangkan kulit kepala.

Minyak untuk rambut tebal dan memanjangkannya dengan cepat
mulai
RM41.00
Semak PERCY & REED Smoothed, Sealed & Sensational No Oil For Thick Hair harga dibawah:

Minyak dari biji delima ini berkesan untuk memastikan rambut lebih terurus, tidak kering dan sesuai untuk anda yang memiliki rambut tebal. Ianya adalah minyak rambut yang dapat menyuburkan dan membaiki rambut anda dengan lebih sempurna.

Anda tidak perlu risau kerana ia akan menghalang penghasilan minyak berlebihan pada rambut dan juga sangat ringan untuk dipakai setiap hari tanpa perlu risau akan kewujudan kelemumur.

Sesuai untuk rambut beruban – menjaga rambut sehingga ke akar umbi
mulai
RM35.00
Semak Minyak Rambut 18 Herba Ayurveda (210ml) harga dibawah:

Minyak rambut dengan rawatan ayuverda ini, baik untuk memberi kelegaan kepada kulit kepala yang memiliki masalah kelemumur. Produk ini turut memberi sensasi penyejukkan pada kulit kepala serta menenangkannya akibat kegatalan. Ianya minyak yang juga sesuai untuk kegunaan pada rambut beruban yang dapat melembutkan rambut.

Minyak rambut dengan ramuan 18 herba ini sangat menakjubkan dan dapat memberikan anda rambut yang diimpikan bagi mendapatkan rambut yang bewarna hitam berkilat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article