Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Kulit Tampak Letih? Amalkan 10 Rejim Kecantikan Bagi Kulit Kusam

Tak perlu lagi berselfie guna beauty filter!

Product in this article

Setiap kali berselfie, wajah kelihatan pudar dan tidak bermaya? Walaupun sudah guna beauty filter dan memakai bedak tebal-tebal hasilnya tetap tidak memuaskan hati. Anda mungkin mengalami masalah kulit kusam. Kulit kusam membuatkan wajah anda tampak gelap dan tidak glowing

Apakah penyebab utama kulit kusam? 

Wajah akan mudah menjadi kusam jika anda membuat antara 8 kesalahan ini. Antara faktornya ialah kurang meminum air kosong, tidak memakai skrub, tidak memakai pelembap yang cukup, mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Contohnya seperti merokok, kurang tidur yang berkualiti, terlampau menggunakan make up yang matte dan tidak memakan makanan seimbang. 

Kali ini kami ingin membantu anda mengatasi masalah kulit kusam dengan rutin skincare yang betul. Kulit wajah anda pasti kembali bermaya dan berseri! Ayuh lihat langkah penjagaan kulit kusam dengan betul;

10 Produk Kecantikan Terbaik untuk Kulit Kusam di Malaysia

Pure Beauty Pomegranate Urban Shield Makeup Remover

RM 12

Boleh di dapati daripada drugstore seperti Watsons dan Guardian, makeup remover bentuk wipes ini mudah untuk digunakan. Formulasi ekstrak buah delima, Urban Shield Complex, Swiss Radicare dan air bunga mawar bukan sahaja boleh menanggalkan makeup dengan berkesan, ianya membantu menaikkan seri wajah, menyekatakan tona, tidak mengeringkan kulit serta beri efek anti penuaan. 

Makeup remover ini mudah untuk dibawa kemana-mana dan tidak meninggalkan rasa berminyak pada kulit setelah digunakan.

Nutox Cleansing Gel

RM 31.2
Nutox
2. Nutox Cleansing Gel
Pencuci wajah terbaik untuk kulit kusam dan kering

Pencuci wajah Nutox membersihkan daripada kotoran serta mencerahkan kulit wajah yang kusam. Ianya sesuai untuk anda yang mempunyai kulit normal dan kering. Pencuci muka ini juga mengekalkan kelembapan serta melambatkan proses penuaan. Dengan harga yang berpatutan, pencuci muka ini setanding jenama yang lebih mahal.

Mario Badescu Strawberry Face Scrub

RM 23
Mario Badescu
3. Mario Badescu Strawberry Face Scrub
Skrub terbaik untuk kulit kusam dan berminyak

Skrub ini mengandungi biji buah stroberi asli untuk exfoliate wajah anda. Ianya bersifat lembut agar tidak menyebabkan iritasi pada wajah dengan menghapuskan sel kulit mati dan kusam. Memadailah menggunakan skrub ini 2-3 kali seminggu untuk kulit wajah yang lebih lembut, sihat dan lebih glowing.

Pixi Glow Tonic

RM 24
Pixi
4. Pixi Glow Tonic
Toner terbaik untuk kulit kusam yang sensitif

Toner ini bertindak dengan menghapuskan sel kulit mati untuk memberi kulit sihat dan glowing serta tekstur sehalus kulit bayi. Formula hypoallergenic toner ini diperbuat daripada ekstrak botanik seperti Aloe Vera dan Ginseng untuk menenangkan kulit sensitif daripada iritasi. Toner ini ideal untuk ke semua jenis kulit.

Garnier Light Complete Serum Mask

RM 5.25
Garnier
5. Garnier Light Complete Serum Mask
Mask muka terbaik untuk kulit kusam dengan tona gelap

Jenama Garnier popular dengan formulasi pencerahannya. Dengan mask ini anda boleh mendapatkan tona kulit lebih sekata dan bintik hitam berkurangan. Formulasi ekstrak lemon dan Vitamin C ini khas untuk anda dengan kulit kusam dan tidak bermaya. 

Mask ini juga memberi kelembapan menyeluruh pada kulit. Satu mask ibarat menggunakan serum selama seminggu.

Boscia Indigo Eye Cream

RM 38
Boscia
6. Boscia Indigo Eye Cream
Krim mata terbaik untuk kulit kusam dan berjeragat

Krim mata ini diperbuat daripada Wild Indigo untuk melembap, mencerah dan menyeimbangkan kembali tona kulit di sekitar mata. Pigmentasi lembutnya memberi glow dan menyembunyikan lingkaran gelap sementara Wild Indigo mengurangkan mata yang bengkak seperti baru bangun daripada tidur.

Sephora Collection Ultra Glow Serum

RM 29
Sephora Collection
7. Sephora Collection Ultra Glow Serum
Serum terbaik untuk kulit kusam dan berjerawat

Diformulasi daripada 97% bahan asli serta Vitamin C dan E, serum ini membantu mengembalikan sinar dan tona kulit yang lebih cerah. Kulit anda akan berasa lebih tegang, kelihatan sihat dan lebih lembut. Teksturnya mudah diserap serta tidak berminyak, sesuai untuk anda yang hadapi masalah kulit berjerawat.

ORIGINS Ginzing Oil-Free Energy-Boosting Gel Moisturizer

RM 52

Pelembap amat penting untuk mengatasi masalah kulit kusam. Dengan pelembap bebas minyak ini, ianya bertindak sebagai energy booster untuk menghidupkan kulit wajah yang tidak bermaya. Pelembap ini diperbuat daripada kopi, ginseng dan Hydra Hug Technology untuk wajah yang bersinar serta hidrasi selama 72 jam.

Philosophy Renewed Hope In A Jar Overnight Moisturizer

RM 67

Atasi masalah kulit kusam sekaligus mengecilkan pori serta garis halus dan kedutan dengan krim malam ini. Dengan formulasi triple blend AHA, krim pelembap malam ini akan bekerja keras semasa anda tidur untuk mengekalkan hidrasi serta memperbaiki tekstur kulit agar anda bangun di waktu pagi dengan kulit lebih halus, cerah dan bermaya.

Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30 (40ml)

RM 12.9
Sunscreen jenis gel terbaik untuk kulit jerawat
Wardah
10. Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30 (40ml)
Sunscreen terbaik untuk kulit kusam – sesuai untuk remaja

Lindungi wajah anda dari sinar UV merbahaya yang boleh menggelapkan kulit dengan sunscreen ini. Ianya dilengkapi filter UVA dan UVB iaitu SPF30 serta Vitamin E sebagai antioksida. Sunscreen ini tidak akan mengeringkan kulit wajah kerana ianya mempunyai ekstrak Aloe Vera dan Vitamin B5. 

Tidak melekit dan mudah diserap ke dalam kulit untuk memberi lapisan perlindungan buat kulit anda dari sunburn.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article