Product in this article

Teknik pengelupasan ataupun exfoliating memainkan peranan yang besar di dalam rutin penjagaan wajah kita. Apabila kita menggunakan skrub, lapisan sel kulit mati yang kusam akan terkupas dan mendedahkan lapisan kulit wajah yang baru yang jauh lebih bersih, cerah dan bebas cela. 

Adakah penggunaan skrub akan memberi kesan buruk kepada wajah?

Jawapannya ialah tidak. Skrub wajah adalah satu produk yang akan mengelupaskan kulit. Anda harus memastikan bahawa bahan yang ada di dalam skrub tersebut tidak merbahaya dan akan memberi kesan buruk kepada wajah anda. Cuba skrub yang mengandungi bahan organik mudah larut ketika disapukan ke wajah seperti gula kastor, garam, dan serbuk kopi. 

Menggunakan bahan semulajadi yang lembut dan tidak menyebabkan wajah anda alami iritasi atau merengsa. Produk yang dijual di drugstore tidak semestinya tiada kualiti. Kadangkala, keberkesannya lebih lagi daripada yang mahal. Jom lihat senarai dibawah;

10 Skrub Wajah untuk Kulit Tampil Bersih

1. Wardah Natural Daily Seaweed Balancing Facial Scrub (100ml)

Skrub muka murah yang terbaik untuk kulit kombinasi dan berminyak

Harga mulai RM10.00

Skrub ini amat sesuai untuk sesiapa yang inginkan sesuatu lebih ringkas dan murah serta tidak perlu berbelanja besar. Formulanya menggunakan estrak rumpai laut sebagai bahan pengelupasan akan memastikan wajah anda bebas minyak, mengawal sebum, dan mengimbangi kadar pH wajah. Ini adalah untuk memastikan wajah anda kekal lembap dan tidak berminyak.

2. Nivea Bio Aloe Vera Rice Scrub (75ml)

Skrub wajah beras dengan formula gel yang dingin

Harga mulai RM11.34

shopping_cart Lazada Malaysia RM11.34 shopping_cart Watsons Malaysia RM13.23

Jika anda mempunyai masalah wajah kombinasi dan berminyak, skrub ini amat sesuai dengan anda. Skrub yang mengandungi serbuk halus beras akan mengawal minyak di wajah, mengurangkan parut dan menghilangkan kusaman. Manakala Aloe Vera pula akan menghidrat dan kembalikan kelembapan pada wajah supaya wajah kekal lembap, anjal dan bersih.

3. Himalaya Tan Removal Orange Face Scrub (100ml)

Skrub wajah dengan oatmeal – menghilangkan kesan sunburn

Harga mulai RM18.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM18.00 shopping_cart Watsons Malaysia RM19.12

Vitamin C daripada kulit buah oren yang digunakan di dalam skrub ini mampu menghilangkan kesan tona tidak sekata akibat matahari. Khasiathasita oatmeal yang bertindak sebagai bijian skrub pula akan memastikan bahawa wajah bebas kusam dan sel kulit mati terhapus untuk mendedahkan wajah berseri dan licin.

4. Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub (175ml)

Skrub muka 2-dalam-1 dengan masker dari serbuk arang

Harga mulai RM17.43

Skrub muka ini menampilkan proses pemakaian 2-dalam-1 yang menggunakan teknik masker dan skrub. Diformulasi dengan serbuk arang dan gula hitam, produk dwifungsi ini akan bertindak sebagai detoks dan menyedut segala kotoran dan cela di wajah. 

Mulakan dengan mengoles produk ke seluruh muka selama 15 minit. Gunakannya secara konsisten dan kulit akan merasa bersih, licin serta bebas minyak dalam masa hanya beberapa hari sahaja.

5. Garden of EDEN Gentle Exfoliating Facial Scrub 75 ml

Skrub muka untuk kulit kering – beri lembapan ekstra pada kulit

Harga mulai RM15.90

Skrub wajah ini diperkaya dengan buah delima, sesuai untuk kulit yang alami parut. Enzim daripada buah delima dan khasiat likoris akan memudarkan parut serta mencerah wajah kusam Kandungan bijian beras pula akan memastikan sel kulit mati dan serpihan kulit kering hilang serta berfungsi untuk melicinkan kulit. 

Bukan itu sahaja, skrub wajah ini mengandungi khasiat minyak zaitun dan minyak Jojoba untuk kekalkan penghidratan pada kulit. Pati minyak geranium dan pudina pula dapat meredakan iritasi pada kulit sensitif.

6. NEUTROGENA Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

Skrub wajah untuk hapus blackhead – kulit wajah bebas minyak

Harga mulai RM17.85

Skrub ini amat sesuai digunakan setiap hari kerana formulanya lembut dan tidak kasar kepada kulit. Diformulasi dengan teknologi Blackhead Fighting Complex akan membantu menghilangkan bintik hitam dan menghalang daripada kembali. Diperkaya dengan bahan semula jadi yang terbukti membantu mengawal minyak dan membersih pori dengan berkesan.

Sesuai juga digunakan untuk kulit sensitif dan berminyak kerana formulanya bebas minyak. Diuji secara klinkal oleh ahli dermatologi, skrub ini bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic.

7. ST. IVES Energizing Coconut & Coffee Face Scrub

Skrub wajah dengan serbuk kopi – halang dari radikal bebas

Harga mulai RM15.90

Cergaskan kulit anda yang letih dengan bauan kopi semulajadi. Bukan itu sahaja, serbuk kopi dan kacang walnut akan mengawal minyak, sebum serta radikal bebas sekaligus mengimbangi kadar pengeluaran minyak pada wajah. Skrub ini juga diperkaya dengan ekstrak kelapa yang akan melembutkan dan melembapkan wajah supaya wajah tidak lagi kelihatan kusam.

8. BCL Tsururi Ghassoul Paste Scrub

Skrub muka dengan kandungan khasiat garam halus batu Andean

Harga mulai RM27.92

shopping_cart Lazada Malaysia RM28.76 shopping_cart Guardian Malaysia RM27.92

Skrub wajah ini sesuai untuk wajah berminyak yang extreme. Formulanya menggunakan bahan penyerapan minyak seperti tanah liat lawa daripada Maghribi dan garam batu Andean akan memastikan wajah anda bebas kotoran dan gris dengan berkesan. Skrub ini juga mengandungi pati minyak yang akan memastikan wajah kekal lembap ketika sesi pencucian.

9. PALMER’S Coconut Sugar Facial Scrub

Skrub wajah dengan kebaikan gula dan kelapa, melicinkan wajah

Harga mulai RM28.64

shopping_cart Lazada Malaysia RM28.64 shopping_cart Guardian Malaysia RM28.64

Skrub ini mempunyai minyak kelapa yang akan melembap kulit yang haus dan kering. Bijan gula yang halus pula akan memastikan wajah sentiasa licin, lembut dan bebas daripada kekusaman dan parut. Sesuai untuk kulit senstif kerana produk ini tidak mempunyai paraben, phthalates, minyak mineral, sulfat, gluten dan pewarna.

10. Eucerin Pro ACNE Solution Scrub 100ml

Skrub wajah sesuai untuk kulit rawan jerawat dan sensitif

Harga mulai RM41.82

Euerin ProAcne Scrub mengandungi formula pembunuh bakteria seperti Lactid Acid dan mikro partikel yang mengecilkan pori wajah dan mengawal pengeluaran minyak, mengurangkan bintik hitam, cela dan pori tersumbat. Formulanya berbentuk gel dan bijian mikro yang lembut amat sesuai untuk digunakan oleh kulit sensitif tanpa mengeringkan wajah untuk pembersihan intensif.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!