Product in this article

Apa itu kurap? 

Kurap, juga dikenali sebagai ringworm adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat (fungi). Nama saintifik untuk kurap adalah tinea corporis iaitu jangkitan kulat pada permukaan kulit.

Lazimnya, kurap pada kulit kelihatan bersisik dan mempunyai plak kemerah-merahan. Selain kawasan badan, kurap boleh menjangkiti kuku, leher dan kulit kepala. Keadaan ini seeloknya dirawat sebelum merebak ke kawasan lain dan bertambah parah.

Cara Menghilangkan Kurap di Kulit

Terdapat pelbagai jenis rawatan di rumah atau krim sapuan tanpa preskripsi yang boleh anda cuba untuk menghilangkan kurap. Ada juga cara yang boleh digunakan secara semulajadi. Cubalah sekarang dan lihat sendiri keberkesanannya. 

1. Cuka Epal

Selain digunakan dalam masakan, cuka epal juga boleh digunakan untuk merawat jangkitan kurap. Letakkan beberapa titik cuka epal ke atas bola kapas dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.

Sapu beberapa kali dalam sehari mengikut keperluan. Anda mungkin berasa sedikit pedih semasa menggunakan cuka epal kerana sifatnya yang asidik. Yang penting, bagi anda yang alergi pada sebarang jenis cuka, elakkan penggunaan method ini.

Cuka ini dihasilkan dari epal organik segar dan berkualiti tinggi. Epal-epal ini dihancurkan sehingga halus dan melalui proses fermentasi di dalam tong kayu untuk mengekalkan khasiatnya. Bahan semulajadi yang terkandung dalam cuka ini, selamat untuk digunakan. Tetapi bagi yang berkulit sensitif, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

2. Minyak Kelapa

Asid laurik dan lipid bersifat antimikrobial yang terkandung dalam minyak kelapa dikatakan boleh merawat jangkitan kulat ringan dan membantu penyembuhan luka serta kerengsaan kulit. 

Bersihkan kawasan kulit yang dijangkiti kurap dan sapukan minyak kelapa menggunakan bola atau putik kapas. Gunakan antara empat hingga enam kali sehari sehingga penyakit ini berkurangan.

ARTNATURALS Premium Fractionated Coconut Oil (473ml)

Minyak kelapa pelembap semulajadi dengan khasiat anti-oksida dan anti-bakteria

Harga mulai RM105.00

Minyak kelapa premium dari ArtNaturals adalah yang asli dan gred terapeutik. Minyak ini dihasilkan melalui proses pemecahan (fractionation) untuk menghasilkan minyak yang tepu dan pekat. Jadi, minyak ini kaya dengan antioksida dan ciri-ciri antibakteria serta boleh digunakan untuk tempoh yang lama.

3. Gel Lidah Buaya (Aloe Vera)

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera, mengandungi lebih 26 bahan fitokimia bioaktif yang menunjukkan ciri-ciri antimikrob. Sapukan gel lidah buaya ke atas kurap tiga atau empat kali sehari. Kekalkan penggunaan setiap hari dan anda akan rasa gatal atau kerengsaan pada kulit anda berkurang.

PRANATURALS Pure Aloe Vera Gel (200ml)

Gel lidah buaya - sesuai untuk semua jenis kulit

Harga mulai RM59.00

Gel lidah buaya asli PraNaturals boleh digunakan untuk tanpa mengira jenis kulit anda - kering, normal dan berminyak. Tiada sebarang pewangi, pewarna atau paraben yang terkandung di dalam produk ini. Anda boleh gunakan gel ini bagi kurap di muka, kaki, tangan, lengan dan ketiak.

4. Kunyit

Untuk menghilangkan kurap dengan lebih alami, campurkan serbuk kunyit dengan air atau minyak kelapa sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan pada bahagian kulit yang dijangkiti kurap. Biarkan sehingga kering. Lakukannya secara konsisten, kurap anda akan berkurangan dan juga dapat mengelakkan masalah jangkitan semula.

AARSHAVEDA Organic Turmeric Powder

Kebaikan bahan antiradang di dalam kunyit

Harga mulai RM24.00

Semasa memilih serbuk kunyit sebagai ubat, adalah penting untuk memastikan bahan yang terkandung adalah tulen dan tiada pewarna bagi memastikan keberkesanannya. Serbuk kunyit Aasharveda dijamin sepenuhnya organik dan asli. Ia mengandungi bahan aktif curcumin yang tinggi.

5. Ubat salap (ointment)

Persediaan dalam bentuk ointment iaitu ubat salap merupakan ubat sapuan yang paling berkesan menurut pakar. Ini kerana ointment merupakan persediaan berasaskan minyak, jadi ianya melekat dengan lebih kuat pada kulit dan lebih potent (berkesan). Ointment boleh digunakan di kawasan kulit yang tebal atau selalu bergesel iaitu lichenified skin area.

HURIX'S Skin Ointment

Ubat salap dari drugstore untuk kesan rawatan yang cepat

Harga mulai RM19.00

Ointment HURIX'S ini mudah didapati di farmasi setempat, dan biasanya digunakan untuk kelegaan yang cepat. Kegunaan ubat salap ini khusus untuk masalah kurap seperti tinea pedis dan tines corporis. Anda boleh sediakan ubat salap ini di rumah sebagai rawatan kecemasan untuk kurap.

6. Krim 

Krim pula adalah persediaan yang berasaskan air (water based) dan kurang potent dari ubat salap. Atas sebab inilah, krim sesuai digunakan di kawasan kulit yang sensitif seperti muka.

Pastikan bahan aktif di dalam krim yang anda pilih sesuai digunakan untuk rawatan kurap bersifat antifungus. Contohnya krim yang mengandungi clotrimazole, miconazole, terbinafine dan sebagainya.

Canesten 1% Encube Cream

Krim anti-fungus dengan bahan aktif clotrimazole

Harga mulai RM16.10

Krim Canesten adalah krim tanpa preskripsi yang mengandungi clotrimazole. Clotrimazole merupakan bahan aktif bersifat anti-fungus yang boleh digunakan secara khusus untuk rawatan kurap. Krim ini juga boleh membantu menghilangkan rasa gatal dan kemerahan di kulit anda yang disebabkan kurap atau keadaan kulit lain.

7. Losyen 

Kurap boleh juga menjangkiti bahagian kulit yang terlindung seperti kawasan lipatan dan kawasan yang berbulu. Kawasan lipatan termasuklah ketiak dan lain-lain. Bagi merawat kurap di kawasan ini, persediaan dalam bentuk losyen atau gel lebih sesuai digunakan.

Freederm Lotion Antifungal (30ml)

Losyen antifungus untuk kawasan kulit berlipat dan kuku

Harga mulai RM17.50

Losyen Freederm bertindak dengan aktiviti antikulat berspektrum luas. Terbinafine dalam losyen bertindak menghalang pembentukan bahan yang diperlukan oleh pertumbuhan dan tumbesaran kulat. Jangkitan fungus pada kulit termasuklah kurap air, tinea krunis, kurap, panau dan jangkitan fungus pada kuku boleh dirawat.

8. Ubat sapu organik

Pilihan produk sapuan organik dengan bahan-bahan bersifat anti-fungus sesuai untuk mereka yang ingin produk sedia ada yang bebas bahan kimia. Pilih produk organik dengan pensijilan organik dari badan antarabangsa atau tempatan.

Bahan semula jadi yang bersifat anti-fungus yang biasa digunakan adalah seperti minyak kelapa, minyak oregano, bawang putih, kunyit dan banyak lagi.

FineVine Organics Antifungal Balm

Ubat sapu topikal anti-fungus organik

Harga mulai RM138.00

FineVine Organics dirumus menggunakan bahan-bahan organik termasuklah minyak tea tree, kayu putih (eucalyptus), minyak lavender dan lain-lain. Bahan-bahan ini mempunyai fungsi antiseptik, antifungus dan antimikrob bagi merawat jangkitan kulat di kaki, badan dan muka.

Nota : Semasa menyapu mana-mana persediaan semula jadi atau ubat pada kawasan yang dijangkiti kurap, pastikan tangan anda berada dalam keadaan bersih dan kering. Setelah selesai menyapu ubat pula, bersihkan tangan anda sebaiknya dengan sabun sebelum menyentuh bahagian yang tidak terjejas bagi mengelakkan jangkitan. 

Cadangan remedi dari rumah atau ubat sapuan topikal ini adalah bagi kurap di peringkat awal sahaja. Bagi jangkitan kurap yang serius dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!