Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Sabun untuk Kulit Eczema (Kulit Gatal) Terbaik Malaysia 2024

Kulit menjadi lebih segar tanpa iritasi dan kegatalan!

Ekzema merupakan salah satu penyakit kulit gatal yang sering terjadi pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. 

Eczema bayi dan ekzema dewasa sebenarnya tidak banyak beza, cuma bergantung kepada tahap teruk atau tidak sahaja. 

Antara simptom kulit eczema adalah kulit menjadi kemerah-merahan, kulit mengelupas, kulit menjadi panas, kulit kering, dan kulit gatal merah. 

Selain itu, ekzema juga boleh menyebabkan keradangan kulit dan ruam gatal, yang sering terjadi di beberapa bahagian seperti tangan, jari tangan, kaki, atau keseluruhan kulit. 

Oleh itu, antara rawatan kulit gatal atau rawatan ekzema untuk mengatasi penyakit ini adalah dengan menggunakan sabun untuk eczema yang tepat untuk mengurangkan simptomnya. 

Sesetengah orang atau bayi juga sebenarnya mempunyai allergic sabun mandi tertentu, jadi perlu pilih sabun mandi yang benar-benar bebas bahan kimia.

Jom kenali sabun untuk kulit eczema, sabun untuk kulit gatal alergi, atau sabun untuk mengatasi ruam gatal dan keradangan kulit.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 15 Jenis Sabun Terbaik Untuk Kulit Eczema

Sabun mandi eczema terbaik keseluruhan
Dove Sensitive Skin Nourishing Body Wash
Dove
Dove Sensitive Skin Nourishing Body Wash
mulai
RM14.70
Semak Dove Sensitive Skin Nourishing Body Wash harga dibawah:
add_circle Bau lembut dan wangi
add_circle Bebas dari hypoallergenic.

Sebab menjadi pilihan utama:

Kulit yang mempunyai masalah eczema sangat sesuai menggunakan sabun ini kerana sabun ini akan bantu kulit menjadi lembut dan berbau wangi tanpa menyebabkan kegatalan.

Ciri-ciri:

Bagi pilihan dari koleksi mandian Dove, sabun mereka mempunyai pelbagai bau dan fungsi.

Jadi, jika anda menghadapi masalah kulit kering dan gatal, anda disarankan menggunakan Dove Sensitive Skin Nourishing Body Wash.

Ini kerana kadungan bahan yang terdapat pada setiap pilihan berbeza dan ini adalah pilihan terbaik bagi kulit gatal kerana bebas dari hypoallergenic yang menyebabkan keradangan, kegatalan akibat eczema.

Paling penting, lulus dari ujian determalogis kerana bahan dari mandian Dove ini membuatkan kulit tidak gatal serta menjadikan tekstur kulit lembap. 

Harganya juga murah dan mudah didapati di drugstore sahaja, yang murah tidak semestinya tidak berkualiti tau!

Review:

"Kesan gatal dan kemerahan akibat eczema berkurangan, kulit rasa lembut dan lembap sepanjang hari."

Sabun mandi antibakteria
Sebamed Liquid Face & Body Wash
Sebamed
mulai
RM88.45
Semak Sebamed Liquid Face & Body Wash harga dibawah:
add_circle Mengandungi pH yang rendah
add_circle Melindungi kulit dari persekitaran kotor
remove_circle Tidak bau wangi pada badan

Sabun Sebamed merupakan jenama yang tidak asing bagi anda yang menghadapi masalah kulit kering dan gatal akibat eczema

Sabun ini mudah didapati pada setiap drugstore, farmasi atau secara online. 

Tambah pula, teksturnya tidak terlalu berbuih dan tiada bau wang, selamat untuk mereka yang ada masalah kulit.

Ini bermakna, mandian ini tidak mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit badan. 

Kulit sensitif akibat eczema hanya sesuai dengan mandian yang rendah kandungan pH.

Walaupun tidak memberikan bauan harum pada badan, kulit badan tampak lebih lembut dan tiada masalah kegatalan lagi!

Sabun mandi bayi untuk kulit sensitif dan gatal
Aveeno Baby Cleansing Therapy Moisturizing Wash
Aveeno
Aveeno Baby Cleansing Therapy Moisturizing Wash
mulai
RM65.80
Semak Aveeno Baby Cleansing Therapy Moisturizing Wash harga dibawah:
add_circle Berkesan pada kulit sensitif
add_circle Bebas paraben
remove_circle Tidak boleh terkena mata

Bayi sememangnya sangat sensitif terutama pada kulit mereka, jadi Aveeno adalah pilihan terbaik untuk jadikan Aveeno sebagai mandian untuk bayi.

Ini kerana Aveeno merupakan jenama yang disarankan oleh beberapa Pediatrician, jadi sangat sesuai sebagai sabun baby eczema

Hal ini kerana sabun ini bebas paraben dan ini merupakan pilihan terbaik bagi setiap mandian untuk bayi anda. 

Tidak menyebabkan iritasi dan kegatalan pada kulit bayi yang masih lagi bersih dari bahan kimia. 

Malah, kandungan oat dapat melembutkan kulit dan memberikan kesan lembap sepanjang hari.  

Jadi anda membersihkan kulit bayi tanpa merosakan skin barrier akibat bahan kimia. 

Kulit bersih dan sihat dengan Aveeno.

Sabun untuk kulit gatal anak
AVEENO Skin Relief Body Wash
Aveeno Baby Cleansing Therapy Moisturizing Wash
mulai
RM36.90
Semak AVEENO Skin Relief Body Wash harga dibawah:
add_circle Hypoallergenic
add_circle Bebas wangian
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Melegakan kulit kering & gatal
remove_circle Harga mahal

Kandungan pH yang rendah menjadikan sabun ini sangat bagus untuk kulit kering dan gatal.

Bukan itu sahaja kandungan utamanya adalah oat yang membuatkan kulit menjadi lebih lembut.

Tambah pula kandungan glycerin yang tinggi membantu kulit anda kekal lembap sepanjang hari. 

Kebiasaanya sabun sintetik akan menyebabkan kulit menjadi kering kerana sabun tersebut bertindak menyingkirkan hasil minyak asli yang terhasil dari badan. 

Kini tidak lagi, dengan Aveeno Skin Relief Body Wash free-soap, anda dapat membersih badan dengan bahan yang selamat digunakan.

Sabun untuk eczema dewasa
Eucerin Skin Calming Body Wash
Eucerin Skin Calming Body Wash
mulai
RM45.54
Semak Eucerin Skin Calming Body Wash harga dibawah:
add_circle Natural omega oil
add_circle Soap free
remove_circle Harga mahal
remove_circle Kuantiti sedikit

Eucerin merupakan jenama terbaik bagi kulit sensitif dan mendapat kelulusan dari dermatologis. 

Soap adalah bahan yang menghasilkan banyak buih sehingga boleh menyebabkan iritasi serta mengeringkan kulit sensitif. 

Tetapi Eucerin ialah soap free dan memberi kelembutan pada kulit.

Walaupun bercirikan soap free, tapi kulit anda tetap bersih dari segala kotoran dan dapat mengelakkan kulit menjadi kering dan gatal.

Bahan lain seperti Omega oil semula jadi ini menjadikan kulit anda kekal lembap dan lembut.

Sabun untuk kulit gatal dan sensitif
Cetaphil Ultra Gentle Body Wash
Cetaphil
Cetaphil Ultra Gentle Body Wash
mulai
RM50.90
Semak Cetaphil Ultra Gentle Body Wash harga dibawah:
add_circle Diuji pakar dermatologi
add_circle Bebas kandungan pewangi
remove_circle Sukar didapati dalam pasaran

Tahukah anda, penggunaan sabun badan yang tidak sesuai boleh menyebabkan liang pori mudah tersumbat dan jerawat boleh terhasil? 

Dengan Cetaphil Ultra Gentle Body Wash fragrance free ini tidak akan menyebabkan liang pori anda tersumbat dan dapat mengelakkan berlakunya jerawat. 

Bahan utamanya adalah aloe vera dan juga Vitamin B5, akan bantu kulit lebih lembut tanpa berlakunya kulit gatal dan kering. 

Bebas pewangi yang boleh mengurangkan masalah kulit eczema terjadi.

Sabun untuk kulit gatal dan kering
CeraVe Hydrating Body Wash
CeraVe Hydrating Body Wash
mulai
RM46.00
Semak CeraVe Hydrating Body Wash harga dibawah:
add_circle Fragrance free
add_circle Mengandungi Ceramides
add_circle Menjadikan kulit licin dan lembut
remove_circle Harga mahal
remove_circle Bau seakan ubat

Tekstur dari mandian CeraVe ini seakan pelembap dan tidak terlalu berbuih untuk mengekalkan kelembapan pada kulit anda. 

Dengan bercirikan fragrance free, sabun ini sesuai bagi mereka yang mempunyai alergi kulit gatal. 

Ini kerana bauan yang ada pada setiap mandian merupakan bahan kimia yang tidak elok untuk kulit sensitif. 

Selain itu, bahan utama seperti ceramides ini yang akan membantu memperbaiki sel-sel kulit, melembapkan kulit, melindungi kulit agar tidak kering dan iritasi. 

Kesan yang paling menarik, bila guna CeraVe kulit semakin lembut dan tiada lagi masalah kulit kering dan gatal.

Harga sabun ini sedikit tinggi tetapi sangat berbaloi!

    Sabun untuk kulit alergi
    Vanicream Liquid Cleanser for Body & Face
    Vanicream Liquid Cleanser for Body & Face
    mulai
    RM63.00
    Semak Vanicream Liquid Cleanser for Body & Face harga dibawah:
    add_circle Paraben free
    add_circle Kandungan pelembap tinggi
    remove_circle Stok terhad

    Kandungan Paraben merupakan bahan yang menyebabkan kegatalan dan iritasi pada setiap orang yang mempunyai masalah kulit eczema. 

    Jadi bahan yang terdapat pada Vanicream Gentle Body Wash ini adalah paraben free yang menjadikan kulit anda lembut dan mengurangkan keradangan.

    Bahan seperti panthenol dan juga glycerin membuatkan kulit anda yang kering seperti flaky, menjadi lebih lembut dan lembap. 

    Sabun ini antara yang disarankan oleh beberapa determalogis kerana kesan yang cepat seawal 6 minggu penggunaan.

    Walaupun harga mahal tapi sangat berbaloi untuk anda cuba dan rasai sendiri hasilnya!

    Sabun sulfur untuk eczema
    Nixoderm Sulfur Soap
    Nixoderm Sulfur Soap
    mulai
    RM7.39
    Semak Nixoderm Sulfur Soap harga dibawah:
    add_circle Sesuai untuk kulit berminyak
    add_circle Lindungi kulit dari jangkitan bakteria
    add_circle Elak pori dari tersumbat
    add_circle Harga murah
    remove_circle Kurang sesuai untuk ibu hamil

    Mencari sabun sabun hilangkan gatal yang halal? Kami sarankan guna produk Nixoderm yang mengandungi 10% sulfur ini.

    Bahan ini bersifat antibakteria di mana boleh membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan masalah kulit seperti pori tersumbat.

    Berkesan juga untuk melegakan jerawat pada tubuh sekaligus melindungi badan anda dari berbau busuk atau kepam. 

    Dengan penggunaan yang konsisten, sabun ini juga boleh lembutkan kulit kerana mengandungi emollient.  

    Sabun untuk eczema kanak-kanak
    Ceradan Moisturising Body Wash 280ml
    Ceradan Moisturising Body Wash 280ml
    mulai
    RM59.83
    Semak Ceradan Moisturising Body Wash 280ml harga dibawah:
    add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
    add_circle Boleh digunakan pada muka & badan
    add_circle Melembapkan kulit
    add_circle Hypoallergenic
    remove_circle Harga mahal

    Sabun Ceradan ini boleh menghasilkan buih dengan lembut, bebas sabun, bebas pewangi dan diformulasikan dengan konsentrasi tinggi ceramide.

    Bukan itu saja, ceramide dalam sabun ini membantu menguatkan kulit, menjaga kelembapan dan melindungi kulit dari kekeringan serta mengurangkan rasa gatal.

    Dengan ciri hipolergenik, sabun ini dirumus khas untuk mengurangkan risiko reaksi alergi pada kulit sensitif.

    Sekaligus, sangat sesuai untuk kulit eczema yang sensitif dari kanak-kanak hingga dewasa.

    Menariknya, sabun ini selamat digunakan pada wajah tau.

    Sabun mandi murah untuk eczema
    Chlorophyll 999 Soap
    Chlorophyll 999 Soap
    mulai
    RM2.54
    Semak Chlorophyll 999 Soap harga dibawah:
    add_circle Membersihkan kulit
    add_circle Formulasi minyak kelapa
    add_circle Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit
    add_circle Murah
    remove_circle Kanak-kanak perlu nasihat doktor sebelum guna

    Sabun buatan Malaysia ini diperbuat dengan kualiti yang terjamin dan boleh mengatasi masalah kulit eczema anda serta mengandungi bahan pelembap yang efektif iaitu minyak sayuran semula jadi.

    Dengan membeli sabun ini, akan membantu melembutkan dan menyegarkan kulit anda serta memberikan kelegaan yang anda perlukan.  

    Dengan penggunaan yang konsisten, anda akan melihat perubahan positif pada kulit eczema anda.

    Kesan sabun ini juga membuatkan kulit anda jadi lebih bersih dan sihat.

    Sabun mandi eczema antibakteria
    Aiken Antibacterial Shower Cream Protect & Care
    Aiken
    Aiken Antibacterial Shower Cream Protect & Care
    mulai
    RM13.40
    Semak Aiken Antibacterial Shower Cream Protect & Care harga dibawah:
    add_circle Membunuh 99.99% kuman berbahaya
    add_circle 100% bahan aktif semula jadi
    add_circle Tidak mengeringkan kulit
    remove_circle Stok terhad

    Katakan selamat tinggal kepada masalah jerawat belakang dan cela degil dengan AIKEN Antibacterial Shower Cream Protect & Care.

    Krim mandian lembut ini diperkaya dengan Minyak Tea Tree dan Aloe Vera, yang terkenal dengan sifat antibakteria dan menenangkan, memberikan hasil kulit licin tanpa cela.

    Diformulakan dengan Teknologi Perlindungan Herba, formula AIKEN mengandungi Minyak Pati Serai yang berkesan membunuh 99.99% kuman berbahaya, memastikan kulit anda kekal sihat dan dilindungi.

    Dihasilkan dengan 100% bahan aktif semula jadi, krim mandian ini lembut pada kulit dan sesuai untuk seisi keluarga.

    Formula yang tidak mengeringkan kulit ini diperkaya dengan perapi berasaskan tumbuhan semula jadi, menjadikan kulit anda berasa lembut, terhidrat, dan segar selepas setiap penggunaan.

    Sabun mandi baby untuk kulit sensitif
    Johnson's Baby Milk + Oats Bath
    Johnson's Baby
    Johnson's Baby Milk + Oats Bath
    mulai
    RM28.00
    Semak Johnson's Baby Milk + Oats Bath harga dibawah:
    add_circle Sesuai untuk kulit bayi sensitif
    add_circle pH yang seimbang
    add_circle Mengunci kelembapan dalam kulit
    remove_circle Bau wangi tak tahan lama

    Johnson's® Baby Milk + Oats Bath direka khas untuk membersih dan menyuburkan kulit halus bayi anda dengan lembut. 

    Kulit bayi cenderung kehilangan kelembapan lebih cepat berbanding kulit dewasa, oleh itu mandian ini diperkaya dengan protein susu dan 300% lebih ekstrak oat berbanding formulasi sebelumnya.

    Apabila digunakan bersama dengan Johnson's® Milk + Oats Lotion, ia membantu memulihkan kulit kering, menjadikan kulit lembut dan licin.

    Formula hypoallergenic dan seimbang pH ini diuji oleh pakar pediatrik, memastikan ia cukup lembut untuk kegunaan harian pada kulit sensitif bayi anda. 

    Johnson's® Baby Milk + Oats Bath membekalkan nutrien dan penghidratan, menjadikannya bahagian penting dalam rutin penjagaan kulit bayi anda.

    Sabun mandi Antabax untuk kulit eczema
    Antabax Sensitive Antibacterial Shower Cream
    Antabax
    Antabax Sensitive Antibacterial Shower Cream
    mulai
    RM9.75
    Semak Antabax Sensitive Antibacterial Shower Cream harga dibawah:
    add_circle Membasmi 99.9% kuman
    add_circle Memberi kelembutan pada kulit
    add_circle Perlindungan bakteria 24 jam
    remove_circle Kurang bau wangi

    Antabax Sensitive Antibacterial Shower Cream memberikan perlindungan 24 jam terhadap 99.9% kuman, memastikan keluarga anda dilindungi sepanjang hari.

    Formula yang diuji secara dermatologi ini lembut pada kulit, menjadikannya sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif. 

    Ia diperkaya dengan Vitamin C dan E yang terkenal dengan sifat antioksidan dan anti-radangnya, membantu melindungi dan meremajakan kulit anda. 

    Selain itu, Vitamin B Complex yang penting (B3, B5, dan B6) menyokong pembaharuan sel, mempromosikan kulit yang sihat dan berseri. 

    Sistem Derma-Protect yang inovatif dengan Micro Moisture Serum memastikan kulit anda kekal lebih lembut, licin, dan terhidrat dengan baik. 

    Paling penting sabun badan ini disahkan halal, selamat untuk anda memakainya tanpa ragu.

    Sabun mandi Marine Essence
    Sabun Marine Essence
    Marine Essence
    Sabun Marine Essence
    mulai
    RM20.00
    Semak Sabun Marine Essence harga dibawah:
    add_circle Pembaikan sel-sel kulit
    add_circle Mengurangkan pigmentasi kulit
    add_circle Tidak mengeringkan kulit
    remove_circle Kurang sesuai untuk bayi

    Sabun Marine Essence direka khas untuk menyuburkan, melembapkan, dan meremajakan kulit anda. 

    Diperkaya dengan campuran mewah minyak semula jadi dan antioksidan, sabun ini memberikan manfaat yang tiada tandingan untuk kulit anda. 

    Formula unik ini mengandungi Garam Buluh, yang kaya dengan mineral penting dan antioksidan, menawarkan perlindungan antibakteria dan mempromosikan kulit yang lebih sihat. 

    Selain itu, Pheno-SFE™ (Ekstrak Teh Pu-erh) dimasukkan untuk sifat antioksidan dan anti-penuaan yang kuat, membantu memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit, menjaga kulit anda muda lebih lama. 

    Tidak lupa juga, kandungan ekstrak Liquorice membantu mengurangkan perubahan warna dan bintik-bintik gelap, manakala minyak Pokok Teh memberikan tindakan antibakteria dan manfaat penyembuhan kulit. 

    Gliserin pula sebagai pelembap yang hebat, menarik kelembapan dari atmosfera, memastikan kulit anda kekal terhidrat dan lembut. 

    Akhir sekali, kandungan lidah buaya melengkapkan formulasi kuat ini dengan keupayaannya merangsang pembaharuan sel kulit, menjadikannya sempurna untuk kulit yang rosak atau bermasalah.


    Tips Pilih Sabun Untuk Kulit Gatal

    Bagi individu yang ada masalah kulit eczema, ikuti je tips di bawah:

    • Kandungan bahan 

    Elakkan sabun yang mengandungi pewangi, pewarna buatan, dan alkohol yang berpotensi menyebabkan iritasi pada kulit mereka.

    Seeloknya, carilah sabun yang diformulasikan khas untuk kulit eczema dan mengandungi bahan semulajadi seperti minyak zaitun, aloe vera, dan shea butter yang boleh melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan.

    Ceramide juga berkesan untuk memperbaiki dan menguatkan lagi penghalang perlindungan kulit.

    • Sifat hipoalergenik 

    Pilih sabun yang diuji secara klinikal untuk kesesuaian kulit sensitif dan mengurangkan risiko reaksi alergi.

    Baca label dan cari produk yang dinyatakan sebagai hipoalergenik atau sesuai untuk kulit sensitif.

    • Kadar pH 

    Sabun dengan kadar pH neutral (pH 5 hingga 7) akan membantu mencegah kekeringan dan iritasi kulit yang lebih teruk.

    • Kelembapan dan perlindungan 

    Kulit eczema memerlukan hidrasi yang baik untuk mengurangkan kekeringan dan kegatalan. 

    Dapatkan sabun yang ada bahan seperti gliserin atau minyak semulajadi untuk mengekalkan kelembapan kulit.

    • Maklum balas individu 

    Apa yang berkesan untuk seseorang mungkin tak berkesan untuk yang lain.

    Cuba beberapa jenis sabun dan lihat bagaimana kulit bertindak balas terhadapnya.

    Jika ada reaksi negatif atau iritasi, henti guna dan jumpa doktor atau pakar kulit.


    Bagaimanakah Cara Merawat Eczema Dewasa?

    Bayangkan gatalnya teramat sehinggakan ada yang tidak mampu dan selesa untuk melakukan kerja seharian. 

    Malangnya, rawatan kulit gatal bukanlah perkara yang mudah tapi merawat dengan mencuba itu adalah wajib.

    Bermula dari perkara paling asas iaitu keadaan di rumah wajib berada dalam keadaan bersih dan menggunakan air purifier agar udaranya lebih bersih.

    Selain itu, anda perlu sering basuh dan tukar tuala, pakaian, cadar dan sarung bantal. 

    Jenis sabun basuh baju juga merupakan faktor utama penyumbang utama kepada kulit gatal. 

    Jika anda mengalami iritasi dan kegatalan, terus tukar sabun tersebut tau!

    Sebaiknya gunakan sabun yang khas untuk kulit eczema dan pakai pelembap sesudah mandi.

    Pemakanan juga harus dititik berat kerana ada yang mudah alergi dengan makanan laut. 

    Paling penting, dapatkan nasihat dari doktor untuk dapatkan bekalan ubat yang sesuai untuk kulit anda.

    Apa pun jom dengarkan ulasan ringkas dari temu bual cara rawat kulit gatal dari pakar.


    Apakah Punca Kulit Kering & Gatal?

    Kulit kering dan gatal berpunca dari pelbagai faktor. Ada yang dapat penyakit ini dari keturunan, akibat makanan, tidak menjaga kebersihan dan lain-lain.

    Antara faktor yang sering kita tahu adalah akibat hormon badan yang terlalu sensitif, tidak boleh berpeluh, terkena habuk, bulu kucing. 

    Setiap dari faktor ini, boleh menyebabkan iritasi sehingga kulit menjadi kering dan gatal. 

    Menggunakan bahan pencuci yang terlalu tinggi kandungan kimia dan juga bahan yang boleh menyebabkan iritasi. 

    Oleh itu, jaga pemakanan, tempat tinggal, pilih sabun yang baik untuk kulit dan juga kerap menggunakan pelembap.

    Mari kita lihat penjelasan ringkas punca kulit gatal dari video berikut.


    Apakah Jenis-Jenis Kulit Gatal Yang Ada?

    Kulit sering gatal dan anda tidak tahu masalah sebenar? 

    Malah, menjadi tanda tanya sama ada berbahaya atau tidak sehinggaboleh merebak? 

    Jom kenali beberapa jenis kulit gatal dan simptomnya:

    • Eczema merupakan ruam atau iritasi yang menyebabkan kulit menjadi merah dan panas. 

    Rasanya miang sehingga mengganggu tidur dan kerja seharian. Tidak berjangkit pada orang lain dan memerlukan rawatan.

    • Kurap adalah sejenis kulat yang terjadi akibat tidak menjaga kebersihan atau anda berjangkit dengan si pembawa virus ini. 

    Bahagian kulit menjadi kering, gatal, dan bersisik.

    • Psoriasis pula merupakan penyakit kulit kronik berwarna merah, bersisik dan boleh menebal pada kulit. 

    Tidak menjangkiti orang lain dan tandanya adalah kulit menjadi kering sehingga berdarah. 

    Gatal dan rasa terbakar pada kulit, sering berlaku pada kulit kepala, siku dan punggung. 

    • Herpes boleh terjadi pada dua bahagian di mulut atau bahagian alat kelamin. 

    Penyakit ini berjangkit yang sering berlaku akibat perkongsian tuala atau berus gigi.

    Herpers merupakan sejenis penyakit kulit gatal yang kudis berair, rekahan kulit pada tepi bibir. Boleh juga terjadi ulcer pada selaput putih pada bahagian lidah.

    Apa pun jaga diri, dan segera berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat jika anda mengalami penyakit kulit.


    Artikel Berkaitan

    End of Article