Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kekalkan Kesegaran Pada Rambut Anda Dengan 20 Syampu Terkenal Di Pasaran

Pilih syampu yang sesuai dengan masalah rambut

Tiada siapa yang suka akan rambut kusut, tidak bermaya, berkelemumur atau kulit kepala bermasalah. Sebab itulah terdapat pelbagai syampu yang ditawarkan untuk merawat segala jenis masalah rambut anda kerana tidak ada yang lebih sempurna selain dari memiliki rambut yang sihat dan cantik.

Apakah cara yang tepat untuk syampu rambut agar tidak alami kerosakan?

Masalah kerosakan rambut seringkali berpunca akibat pemakanan tidak seimbang, hormon atau akibat pencemaran alam sekitar. Titikberatkan langkah-langkah bersyampu agar tidak alami masalah kerosakan yang teruk. 

Cara-caranya;

  • Basahkan rambut dengan air suam
  • Gunakan perapi/pelembut rambut terlebih dahulu jika anda mempunyai rambut yang panjang
  • Urut perlahan syampu pada kulit kepala agar menyerap terus ke dalam akar umbi
  • Kemudian, bilas rambut dengan air suam

Jom lihat senarai syampu yang terdapat di pasaran Malaysia;

20 Syampu Terkenal Pilihan Ramai Buat Anda

Baik untuk bayi dengan harga murah serta tidak memedihkan mata
Johnson's Baby Shampoo 200ml
Johnson & Johnson
From
RM7.60
Check Johnson's Baby Shampoo 200ml price below:
add_circle Aroma yang wangi
add_circle Bebas sabun & bersifat hypoallergenic
add_circle Tidak pedihkan mata si kecil
remove_circle Kegatalan sedikit pada kulit sensitif

Syampu yang telah diuji ahli dermatologi bahawa ia bebas sabun dan hypoalergik. Formulanya dengan madu semulajadi dan ekstrak gandum menjadikan ia tidak memedihkan pada mata si bayi sambil menyuburkan akar rambut, menjadikan rambut cantik lembut, licin, dan berkilat. Dengan harga yang mampu milik, anda pasti menginginkan syampu terbaik untuk si kecil anda.

Terbaik untuk melebat dan memanjangkan rambut
La Bourse Essential Tonic Hair Shampoo
La Bourse
Syampu untuk panjang rambut
From
RM11.50
Check La Bourse Essential Tonic Hair Shampoo price below:
add_circle Baik untuk menghapuskan kelemumur & kegatalan
add_circle Jadikan rambut lebih panjang dan lebat
add_circle Lindungi dari masalah rambut gugur
remove_circle Mengandungi alkohol & minyak mineral
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kepala sensitif

Syampu ini membantu meluaskan saluran darah dan mengaktifkan papillae rambut untuk merangsang pertumbuhan rambut serta menjadikan rambut lebih cepat panjang. Selain itu, ia merangsang sel, bertindak sebagai perlindungan terhadap keguguran rambut dan menguatkan rambut.

Diformulasi dengan bahan semulajadi seperti akar Panax Ginseng, D-Panthenol dan Vitamin. Manakala bahan dari ekstrak Witchazel dan Horse Chestnut ini, sangat berkesan dalam menguatkan rambut yang rosak dan lemah.

Syampu berkesan untuk rambut mudah gugur
L'oreal Paris Elseve Fall Resist Shampoo
L'oreal Paris
From
RM10.14
Check L'oreal Paris Elseve Fall Resist Shampoo price below:
add_circle Membaikpulih rambut rosak
add_circle Kawal rambut gugur & pelihara kulit kepala
add_circle Kandungan mentol - beri kesegaran pada kepala
remove_circle Rambut menjadi kering untuk tempoh sementara

Diformulasi untuk orang Asia, syampu ini menguatkan rambut dari akar umbi dengan ramuan pati Arginine yang mengawal rambut gugur, memelihara kulit kepala serta memperbaiki rambut rosak. Syampu ini mengandungi mentol, memberi lagi sensasi kesegaran pada kulit kepala anda. Hasilnya, akar rambut lebih kukuh serta gentian rambut disusun semula dan rambut semakin kuat.

Ekstra: Tingkatkan Keyakinan Anda dengan Syampu Terbaik untuk Kelemumur dan Rambut Gugur

Tiada lagi masalah rambut beruban
Dexe Black Hair Shampoo (10sachet x 25ml)
Dexe
Syampu untuk rambut uban
From
RM11.00
Check Dexe Black Hair Shampoo (10sachet x 25ml) price below:
add_circle Boleh menghitamkan rambut tanpa ke salon
add_circle Jimatkan kos
add_circle Suburkan & beri perlindungan pada kulit kepala
remove_circle Sama seperti pewarna rambut

Dexe Black Hair syampu telah direka khas untuk membantu rambut anda menjadi hitam dalam masa 5 minit melalui proses biasa mencuci rambut. Teknologi tinggi yang tiada toksik atau meninggalkan kesan sampingan pada rambut dan kulit kepala, malah ianya menyuburkan, melindungi dan memperbaiki kulit kepala. 

Sama seperti syampu yang lain, anda hanya perlu mencuci rambut seperti biasa.

Terbaik untuk luruskan rambut – sesuai buat rebonding
Dove Nutritive Solutions Straight & Silky Shampoo (375ml)
Dove
From
RM11.90
Check Dove Nutritive Solutions Straight & Silky Shampoo (375ml) price below:
add_circle Mengandungi serum mikro
add_circle Beri lembapan pada rambut
add_circle Melindungi & membaikpulih kerosakan rambut

Syampu yang mempunyai serum mikro kelembapan membantu merawat rambut dari akar menjadikannya mudah diurus dan tidak kusut terutama untuk rambut panjang dan lebat. Produk syampu dari jenama Dove ini dapat memastikan rambut anda lebih lurus dan terpelihara. 

Jika inginkan kesan yang lebih pantas gunakan bersama conditioner, anda akan merasai sendiri keberkesanannya selepas beberapa kali penggunaan.

Ekstra: Sebenarnya, Shampoo Dove di Malaysia Ini Halal Ke Tak?

Terbaik untuk si manja umur lingkungan 1 – 3 tahun
Drypers Baby Shampoo 750ml
Drypers
Syampu untuk anak umur 3 tahun
From
RM11.90
Check Drypers Baby Shampoo 750ml price below:
add_circle Tidak memedihkan mata & aroma yang wangi
add_circle Melembut dan menenangkan rambut serta kulit kepala
add_circle Sesuai untuk bayi kulit kering & sensitif

Syampu ini mempunyai ekstrak kernel oat sebagai bahan utama dalam produk penjagaan kerana ianya sangat terkenal dapat menenangkan kulit kepala si kecil terutamanya yang bermasalah seperti sensitif. Rambut si kecil bertambah lembut, licin dan wangi selepas memakainya. 

Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan sering aktif bermain. Menjadikan saat mandi bagi si kecil lebih indah dan seronok dengan syampu ini.

Bagus untuk wanita berhijab – rambut tidak cepat berbau masam
Sunsilk Hijab Recharge Refresh Shampoo (320ml)
Sunsilk
From
RM8.15
Check Sunsilk Hijab Recharge Refresh Shampoo (320ml) price below:
add_circle Hapuskan kotoran dan residu yang melekat pada rambut
add_circle Tahan sehingga 48 jam
add_circle Serap peluh dan minyak pada kulit kepala

Buah tin adalah bahan semula jadi, mengandungi antioksidan yang tinggi serta dipertingkatkan dengan pewangi pearls pada setiap sentuhan. Syampu khusus untuk rambut berhijab ini bertindak dalam 2 cara agar rambut kelihatan segar dan menarik iaitu menyerap peluh dan minyak pada kulit kepala dengan sempurna.

Diformulasi khas untuk membersih rambut daripada kotoran dan tidak meninggalkan bau masam semasa anda sedang berhijab. Hasilnya, rambut wanita bertudung kekal cantik dan sihat 48 jam walaupun bertutup litup di bawah sinaran matahari.

Terbaik untuk membasmi kutu pada rambut
Vitamode Lyclear (Delice) Natural Herbal Hair Wash (40ml)
Vitamode
From
RM17.70
Check Vitamode Lyclear (Delice) Natural Herbal Hair Wash (40ml) price below:
add_circle Mudah didapati di farmasi berdekatan
add_circle Selamat digunakan untuk kanak-kanak
add_circle Tidak mengandungi racun perosak
add_circle Wangi
add_circle Sikat kutu disediakan
remove_circle Botol mudah bocor

Syampu ini digunakan untuk rawatan dan pembasmian kutu pada kepala dan telur kutu. Cara pemakaian yang betul adalah sapukannya dengan menutup seluruh kawasan rambut dan kulit kepala. Biarkan ia selama 10 mini dan kemudian anda boleh membilasnya. 

Rambut akan berkurangan kutu selepas 1-2 kali penggunaan sahaja. Kulit kepala akan bebas dari kegatalan dan tidak segan lagi jika anda keluar bersantai bersama sahabat handai.

Syampu ‘head-to-toe’ terbaik untuk si kecil berusia 5 tahun
Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Carrie Junior
From
RM15.75
Check Carrie Junior Baby Hair & Body Wash price below:
add_circle Syampu 2-dalam-1, 'head-to-toe'
add_circle Beri lembapan pada rambut
add_circle Aroma buah-buahan yang menarik

Apabila diajak untuk mandi kanak-kanak sering menolak tetapi tidak lagi dengan syampu Carrie Junior ini kerana ia mempunyai haruman buah-buahan yang menarik. Syampu ini juga mampu memberi kelembutan untuk rambut si kecil anda dan wangian yang berpanjangan. 

Mencuci rambut dengan lebih lembut dan kekal bersih dari kulit kepala hingga ke hujung kaki. Pasti si kecil amat menyukainya.

Syampu bebas paraben dan silikon – sesuai untuk semua jenis rambut
Botanicals By L’oreal Paris Camellina Smooth Ritual Shampoo (400ml)
Botanicals By L’oreal Paris
From
RM28.88
Check Botanicals By L’oreal Paris Camellina Smooth Ritual Shampoo (400ml) price below:
add_circle Rambut kekal terurus dan tiada masalah kusut
add_circle Produk mesra alam
add_circle Bebas paraben dan silikon
remove_circle Mengandungi SLS
remove_circle Tidak berkesan untuk rambut kering

Alami masalah rambut tidak terurus dan kusut? Syampu dari L’oreal Paris ini diperkaya dengan minyak Camelina dengan campuran asas Amber, Vanila dan Cashmere Wood, rambut anda akan kekal beraroma sepanjang hari. Syampu ini juga bebas paraben dan silikon serta pewarna tiruan yang boleh menyebabkan kerosakan pada rambut.

Memperbaiki kulit kepala dari ekzema dan dermatitis
Sebamed Everyday Shampoo
Sebamed
From
RM20.90
Check Sebamed Everyday Shampoo price below:
add_circle Sesuai untuk kulit bermasalah seperti ekzema
add_circle Lembapkan & kekal hidrat kulit kepala
add_circle Seimbangkan pH kulit kepala
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun

Untuk yang mengalami masalah kulit kepala seperti ekzema dan dermatitis, syampu yang alami serta mengandungi bahan semulajadi adalah terbaik untuk anda. Dengan bahan organik sebagai agen pembersihan yang aktif, syampu ini mampu mengekalkan tahap pH 5.5 pada kulit kepala anda tanpa membuatkan ianya bertambah pedih dan iritasi. 

Syampu ini mampu melindungi, kekal lembap dan kulit kepala anda sentiasa terhidrat. Bebas alkali dan bahan yang membahayakan kulit kepala.

Terbaik dalam mengurangkan penghasilan minyak pada kulit kepala
Batiste Dry Shampoo Plus Heavenly Volume (200ml)
Batiste
From
RM17.94
Check Batiste Dry Shampoo Plus Heavenly Volume (200ml) price below:
add_circle Tidak perlu bilas guna air
add_circle Tambahkan volum rambut dengan natural
add_circle Rambut tampak segar dan bersinar
remove_circle Kulit kepala akan terasa gatal sementara

Syampu dari jenama Batiste ini sangat unik dan terbaik untuk menyerap penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala. Jenis syampu kering ini adalah berbentuk spray dan tidak perlu dibilas dengan menggunakan air. 

Spraykan dengan rata pada keseluruh bahagian rambut yang berminyak dan ianya mampu untuk menambahkan volum pada rambut secara natural. Rambut anda akan kembali tampil segar dan bersinar tanpa perlu memakai perawatan rambut yang lain.

Sesuai untuk ibu hamil – tidak membahayakan ibu dan kandungan
Himalaya Herbals Protein Shampoo Gentle Daily Care
Himalaya Herbals
From
RM19.98
Check Himalaya Herbals Protein Shampoo Gentle Daily Care price below:
add_circle Kandungan bahan semulajadi untuk kebaikan rambut
add_circle Sesuai untuk ibu hamil
add_circle Elakkan masalah rambut gugur
remove_circle Hanya boleh didapati di Watson & pengedar sah sahaja

Syampu dari Himalaya ini diformulasi sesuai untuk ibu hamil kerana ianya tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Diperkaya dengan protein semulajadi, syampu ini mampu membersih dan memberi manfaat yang terbaik untuk kulit kepala anda. 

Diekstrak daripada Chickpea dan Amla untuk menyuburkan rambut serta Licorice yang dapat meningkatkan kadar pertumbuhan rambut lebih sempurna. Hasilnya, rambut anda akaan tampil lembut, sihat dan bersinar.

Baik untuk menghalang rambut gugur dan kulit kepala gatal
Good Virtues Co. Healthy Hair & Scalp Shampoo (700ml)
Good Virtues Co.
Syampu gatal kulit kepala
From
RM17.90
Check Good Virtues Co. Healthy Hair & Scalp Shampoo (700ml) price below:
add_circle Bebas paraben, SLS & ALES
add_circle Nyahtoksik pada kulit kepala & elakkan dari kegatalan
add_circle Halang kemunculan kelemumur

Syampu penjagaan anti-kelemumur ini tulen dengan organik minyak Habbatus Sauda yang berfungsi untuk menyahtoksik rambut anda dan menghilangkan segala rasa kegatalan pada kulit kepala. Formula pelindungnya membantu menghilangkan dan menghalang kemunculan semula kelemumur dengan campuran ekstrak Maca Root semula jadi serta vitamin B5 membantu dalam menguatkan folikel untuk mengurangkan keguguran rambut.

Jangan risau kerana syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, paraben, pewarna tambahan dan tidak diuji pada haiwan.

Syampu jenis creambath – kembalikan kesegaran pada rambut
Bain De Terre Head Spa Nourishing Concentrated Creambath (500ml)
Bain De Terre
From
RM25.50
Check Bain De Terre Head Spa Nourishing Concentrated Creambath (500ml) price below:
add_circle Atasi masalah kelemumur, kering & bercabang
add_circle Menenangkan kulit kepala sambil melancarkan peredaran darah
add_circle Serap masuk ke dalam kulit kepala
remove_circle Teksturnya likat dan creamy

Creambath merupakan perawatan rambut dasar yang menggunakan bahan semulajadi seperti buah-buahan serta sayuran yang memberi manfaat sempurna sesuai dengan keadaan rambut anda. Terutama untuk anda yang mengalami masalah rambut seperti kelemumur, kering, bercabang dan berwarna. 

Krim syampu ini berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta memberikan ketenangan dan kelegaan pada kulit kepala. Sapukannya dan tutup kepala anda untuk membias haba pada rambut agar liang pori kulit kepala terbuka dan nutrisi syampu ini dapat menyerap masuk untuk memberikan efek lebih berkesan.

Terbaik untuk bayi yang alami masalah cradle cap
Mustela Foam Baby Shampoo For Newborns (150ml)
Mustela
From
RM43.20
Check Mustela Foam Baby Shampoo For Newborns (150ml) price below:
add_circle Sesuai untuk cegah Cradle Cap
add_circle Lembut untuk kulit si kecil
add_circle Bebas paraben & bersifat hypoallergenic
remove_circle Tekstur tebal dan mengandungi pewangi
remove_circle Kandungan asid Salicylic mungkin menyebabkan kekeringan kulit

Bagi bayi baru lahir, selalunya masalah yang timbul pada kulit kepala adalah cradle cap. Apa itu Cradle Cap? Sejenis masalah kulit kadangkala terjadi pada bayi terutamanya yang baru lahir akibat penghasilan sebum berlebihan pada kulit kepala. Syampu bayi dari Mustela ini dicipta khas untuk mencuci rambut si kecil sambil mencerah dan menghapuskan kesan ‘flakey’ pada kulit kepala anak anda. 

Diformulasi daripada 99% bahan biodegradable semulajadi yang mengandungi BHA dan asid Salicylic, ianya tidak memedihkan mata si kecil. Bebas dari paraben, phtalate dan phenoxyethanol. 

Khas dari Korea – terbaik untuk melawan kelemumur
Innisfree My Hair Recipe Anti Dandruff Shampoo (330ml)
Innisfree
From
RM46.00
Check Innisfree My Hair Recipe Anti Dandruff Shampoo (330ml) price below:

Jauh syampu ini diterbangkan khas dari Korea, jenama Innisfree ini tidak asing lagi di pasaran Malaysia. Bahan terkandung dalam syampu ini adalah Jeju pine, cedar dan cypress yang mampu melegakan kulit kepala dari stres. 

Dengan ekstrak Lavender dan Asiatic Pennywort, ianya menyerap masuk ke dalam lapisan kulit kepala untuk memberikan perlindungan sepenuhnya. Diperbuat daripada bahan semulajadi, pasti tidak akan menyakitkan kulit kepala anda.

Ekstra: 10 Shampoo Terbaik untuk Menangani Masalah Kelemumur

Membaikpulih kerosakan pada rambut dengan sempurna
Ryo Hambitmo Damage Care Shampoo (400ml)
Ryo
From
RM39.00
Check Ryo Hambitmo Damage Care Shampoo (400ml) price below:
add_circle Beri lapisan perlindungan buat rambut
add_circle Nutrisi ekstra untuk kulit kepala
add_circle Formula khas dari Kepulauan Jeju
remove_circle Kesan efektif yang lebih lama

Diperbuat daripada 100% minyak bunga Camellia dari Kepulauan Jeju, ianya memberi lapisan perlindungan buat rambut anda serta memberi kilauan agar tampil segar dan bermaya. Jika anda alami masalah rambut rosak yang teruk, syampu ini memberi nutrisi ekstra pada kulit kepala. 

Kulit kepala anda tidak akan mudah teriritasi atau merengsa daripada penggunaan syampu ini. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, guna 1 – 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut yang ‘lumayan’.

Syampu untuk melebatkan rambut yang kering dan bercabang
TRESemmé Keratin Smooth Shampoo (480ml)
TRESemmé
From
RM49.00
Check TRESemmé Keratin Smooth Shampoo (480ml) price below:
add_circle Sesuai untuk rambut kering, bercabang dan tidak terurus
add_circle Kandungan keratin untuk meluruskan rambut sehingga 48 jam
add_circle Membaikpulih kerosakan pada rambut
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kepala/rambut berminyak

Bagi anda yang memiliki rambut kering, mengembang, bercabang serta tidak terurus, produk syampu dari Tresemme ini ada jawapannya. Syampu ini mengandungi keratin yang dapat meluruskan rambut sehingga 48 jam. Tahukah anda, keratin adalah sejenis protein yang sedia ada pada kulit kepala dan juga kuku manusia. 

Masalah rambut kering adalah disebabkan kutikel rambut terbuka dan bentuknya sudah tidak lagi sempurna. Keratin pada syampu dan perapi berfungsi untuk memperbaiki ‘batang’ rambut anda agar tidak mudah patah dan kering. Hasilnya, rambut akan menjadi lebih lembut dan berkilau.

Terbaik untuk rambut frizzy, berwarna dan rosak
Jo Madluage London Damaged & Color Treated Hair (500ml)
Jo Madluage London
From
RM56.00
Check Jo Madluage London Damaged & Color Treated Hair (500ml) price below:
add_circle Pulihkan rambut rosak akibat kering atau bercabang
add_circle Kekalkan hidrasi dan beri lembapan pada kulit kepala
add_circle Rambut tampil sinar & bermaya
remove_circle Harga sedikit 'pricey'

Produk syampu dari jenama ini mampu untuk memulihkan kembali rambut rosak akibat penggunaan warna atau kembang bercabang serta tidak terurus. Ianya juga dapat memberi lembapan berpanjangan dan melembutkan rambut tanpa menyakitkan kulit kepala. 

Syampu ini juga mengekalkan kehidratan rambut samada berwarna atau tidak. Diterbangkan khas dari London, anda tidak perlu risau akan kandungan syampu ini yang bebas alkohol dan paraben.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article