Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Shampoo Terbaik untuk Hilangkan Kelemumur Malaysia 2024

Kalau masalah kelemumur, teruk macam musim salji, boleh cuba syampu ini untuk menanganinya

Anda pernah mengalami situasi kulit kepala gatal? Asyik menggaru sebab kulit kepala gatal akibat kelemumur di kepala?

Lagi merimaskan apabila kelemumur berkuping dan terjatuh di bahagian bahu baju, sampai orang sekeliling pun perasan kita ada masalah rambut kelemumur.

Masalah kelemumur terjadi disebabkan banyak faktor tapi apa yang pasti kelemumur rambut muncul daripada kulit kepala yang tidak sihat.

Jika dibiarkan tanpa rawatan untuk hilang kelemumur mungkin boleh mengakibatkan masalah kelemumur kronik.

Jadi, cara menghilangkan kelemumur adalah merawat kulit kepala dengan menggunakan shampoo kelemumur terbaik atau shampoo anti kelemumur.

Tapi jika anda mempunyai kelemumur teruk, kami sarankan anda untuk dapatkan bantuan profesional untuk rawatan kelemumur atau boleh cari shampoo kelemumur farmasi yang disyorkan oleh pakar kepada anda.

Sementara itu, jom lihat senarai shampoo kelemumur paling berkesan untuk anda.


Senarai 11 Syampu Terbaik Untuk Kulit Kepala Berkelemumur

Shampoo kelemumur terbaik keseluruhan
Selsun Blue
Semak Selsun Blue 2 in 1 Dandruff Treatment Shampoo harga dibawah:
add_circle Selenium sulfide mengurangkan kelemumur berkeping
add_circle Ekstrak natural french honey
add_circle Kegunaan 2 dalam 1, mengandungi B5
remove_circle Tekstur melekit

Sebab menjadi pilihan utama:

Sesuai untuk kulit kepala yang berminyak dan sensitif, masalah kulit kepala yang mempunyai kelemumur berkeping juga makin berkurang dengan pemakaian secara berterusan membuatkan kulit kepala anda bebas kelemumur.

Ciri-ciri:

Selsun Blue Pro 2-in-1 Anti-Dandruff Shampoo diformulasi dari B5 dan juga hyluronic acid yang menguatkan akar rambut.

Menariknya tentang syampu ini bukan saja untuk mencuci rambut tapi boleh bertindak sebagai pelembap. 

Kandungan selenium sulfide yang ada pada syampu ini dapat merawat masalah kelemumur yang berkeping dan membantu mengurangkan daripada berulang. 

Selain itu ekstrak natural French honey juga memberi kelembapan berpanjangan kepada kulit kepala.

Dengan satu basuhan anda akan dapat lihat rambut keadaan bersih,segar dan lembapan sempurna.

Ini adalah pilihan yang bijak buat anda yang tercari carinya shampoo kelemumur terbaik. 

Review:

"Kulit kepala lebih lembap dan tiada lagi kelemumur berkeping, rambut juga makin lembut dan wangi tanpa menyebabkan hadirnya kelemumur."

Shampoo untuk kelemumur perempuan
Sunsilk
Sunsilk Anti Dandruff Shampoo
Semak Sunsilk Anti Dandruff Shampoo 320 ml harga dibawah:
add_circle Mudah diperoleh
add_circle Melembutkan rambut
add_circle Mewangikan rambut
remove_circle Mengandungi pewangi

Sunsilk merupakan salah satu jenama yang tidak asing dalam masyarakat Malaysia. 

Tambah pula dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, syampu jenama ini sering menjadi pilihan ramai.  

Sunsilk Anti Dandruff dengan formula Zinc Pyrithione bertindak dengan berkesan dalam menghilangkan kelemumur tetapi masih mengekalkan kelembutan pada kulit kepala. 

Dengan formula ekslusif ini, menjadikan rambut lebih lembut apabila disentuh.

Bukan sahaja berfungsi untuk menghilangkan kelemumur tapi rambut kekal wangi sepanjang hari tau!

Shampoo kelemumur untuk budak/kanak-kanak
Sebamed
Semak Sebamed Baby Children’s Shampoo harga dibawah:
add_circle Seimbangkan PH pada kulit kepala
add_circle Bebas paraben, alkali dan sabun
add_circle Mengekalkan lembapan semula jadi
remove_circle Harga mahal

Sebamed sangat terkenal dengan bahan yang bebas alkali sekaligus dapat menjaga kulit kepala anak anda.

Dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko kekeringan terutama bagi bayi yang mempunyai kulit ekzema dan boleh mengurangkan masalah kelemumur.

Dengan ekstrak chamomile, syampu ini dapat mengurangkan iritasi dan melembutkan kulit kepala anak anda tanpa perlu menggunakan bahan esktra untuk memulihkan kulit si comel.

Bebas dari bahan yang membahayakan kulit si kecil jadi tak perlu risau, selamat untuk digunakan untuk semua jenis kulit.

Rambut anak anda akan tumbuh dengan sempurna dan lembut.

Shampoo kelemumur untuk lelaki
Head & Shoulders
Semak Head & Shoulders Ultra Men Anti-Hairfall Shampoo harga dibawah:
add_circle Membuatkan rambut dan kulit kepala segar
add_circle Mengandungi Deep Sea Mineral
add_circle Mempunyai Ginseng
remove_circle Mempunyai pewangi
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Diformulasikan secara istimewa dengan bahan ginseng bagi memastikan akar rambut lebih kuat. 

Kandungan dari Deep sea minerals, membantu anda membersih kulit kepala dan helaian rambut dengan lebih sempurna.

Diperbuat menggunakan bahan seperti ZPT formula, dimana mempunyai ujian klinikal yang boleh menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

Dengan syampu ini anda tampil lebih yakin dengan rambut sihat dan tiada lagi masalah kelemumur pada baju!

Shampoo untuk kelemumur dan berminyak
Dove
Dove Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo
Semak Dove Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo harga dibawah:
add_circle Lembut rambut bagi penggunaan harian
add_circle Mewangikan rambut
remove_circle Perlu konsisten untuk nampak kesan

Formula yang dibuat dengan Zinc pyrithione terbukti berjaya menghilangkan kelemumur, melegakan kegatalan kulit kepala dan mengurangkan kepingan putih.

Jangan risau, bahan anti kelemumur lain yang ada dalam syampu ini sudah dibuktikan secara klinikal untuk rawatan kelemumur.

Dengan adanya formula unik ini, dapat menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujung serta membuatkan rambut lebih sihat.

Selain itu, dirumus dengan Micro Moisture Serum bagi memastikan rambut tampil lebih lembut dan licin. 

Bebas kelemumur, rambut juga makin sihat!

Shampoo kelemumur untuk hijab
Safi
Semak SAFI Shayla Anti Dandruff Shampoo (320ml) harga dibawah:
add_circle Wangian tahan sehingga 48 jam
add_circle Mempunyai Micro bamboo charcoal
add_circle Bahan seperti Habbatus sauda
remove_circle Pewangi boleh menyebabkan alergik
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Shampoo keluaran Safi ini sangat sesaui untuk wanita berhijab.

Produk ini sesuai bagi memastikan kesihatan rambut dah kulit kepala dalam keadaan baik walaupun bertudung sepanjang hari. 

SAFI Shayla Anti-Dandruff Shampoo diformulasi dengan dengan Micro bamboo charcoal dan juga haabtussauda.

Bahan ini sangat berkesan menghilangkan kulat yang mengakibatkan kelemumur.

Rambut kekal wangi dan bebas kelemumur walaupun bertudung sepanjang hari.

Shampoo kelemumur dan rambut rosak
Himalaya
Himalaya Anti-Dandruff Shampoo For Soothing & Moisturizing
Semak HIMALAYA Anti Dandruff Shampoo Soothing & Moisturizing harga dibawah:
add_circle Menguatkan rambut
add_circle Memberikan kelembapan berpanjangan
remove_circle Menjadikan rambut keras

Jenama Himalaya terkenal dengan penggunaaan bahan asli seperti aloe vera dan pokok teh dalam rangkaian produk mereka. 

Himalaya anti dandruff syampu diformulasi untuk melawan kelemumur dan memberikan kelegaan pada kulit kepala.

Selain itu, dengan penggunaan yang berterusan akan memberikan anda hasil rambut yang bersih dan sihat.

Selain aloe vera dan pokok teh, produk ini juga menggunakan Protein Asli Soya dan Gandum  bagi memastikan rambut kekal sihat dan kuat.

Shampoo untuk kelemumur dan rambut kering
Nunature
Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml)
Semak Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml) harga dibawah:
add_circle Bebas SLES/SLS, paraben & pewarna tiruan
add_circle Berkesan selepas 2 minggu
add_circle Tiada masalah kulit kepala gatal
add_circle Dari bahan semula jadi
remove_circle Syampu banyak buih

Syampu anti kelemumur dari Nunature ini mampu menyelesaikan beberapa masalah antaranya:

  • Menghilangkan rasa gatal kulit kepala.
  • Melegakan iritasi.
  • Mengawal penghasilan minyak berlebihan.
  • Mengurangkan kemerahan.
  • Menghapus flakey dengan berkesan.

Selain itu, anda akan dapat seimbangkan kembali penghasilan sebum yang tidak berlebihan supaya mengelakkan terjadinya kelemumur dan rambut gugur.

Rambut anda akan menjadi lebih kuat selepas menggunakan syampu ini.

Shampoo kelemumur untuk berkuping
Suu Balm
Suu Balm Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo
Semak Suu Balm Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo harga dibawah:
add_circle Selamat dari bahan terlarang
add_circle Kandungan pH seimbang
add_circle Melegakan gatal kepala
remove_circle Harga mahal

Jika anda mempunyai masalah kelemumur sehingga menyebabkan kulit kepala berkuping, anda boleh cuba dapatkan syampu Suu Balm ini.

Ia mempunyai bahan aktif yang boleh memberikan kelegaan pada kegatalan kulit kepala, dan juga boleh menghilangkan masalah kuping dalam masa 7 hari.

Selain itu, anda akan rasa sejuk pada kulit kepala selepas syampu menggunakan syampu ini sebab ia mengandungi methanol yang juga berfungsi untuk melegakan kegatalan dan memberi sensasi segar pada kepala.

Untuk kulit kepala yang agak sensitif, syampu ini selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia yang kuat serta fragrance-free.

Walaupun harganya sedikit mahal, syampu ini pasti akan membuatkan kulit kepala anda semakin sihat dengan kandungan pH yang seimbang.

Shampoo kelemumur murah
Follow Me
Follow Me Green Tea Shampoo
Semak Follow Me Green Tea Shampoo harga dibawah:
add_circle Ada ekstrak rumpai laut
add_circle Buang sel-sel mati di kepala
add_circle Kurangkan kegatalan
remove_circle Bukan untuk masalah kelemumur teruk

Kalau bajet agak terhad tapi nak beli syampu untuk selesaikan masalah kelemumur, boleh dapatkan Follow Me Green Tea Shampoo pada harga yang murah.

Syampu ini mengandungi ekstrak teh hijau dan juga rumpai laut bagi membantu mengurangkan masalah kelemumur dan juga bertindak sebagai antioksidan pada kulit kepala anda.

Selain itu, ia juga mengandungi Pro-Tec complex yang bertindak menyingkirkan kelemumur pada kulit kepala anda dan membuang sel-sel mati.

Tambahan lagi, syampu ini turut bertindak mengurangkan rasa gatal pada kulit kepala, jadi anda tidak lagi terasa gatal dan kulit kepala juga semakin sihat.

Shampoo dandruff untuk kulit kepala kering
Eucapro
Eucapro Family Hair Shampoo
Semak Eucapro Family Hair Shampoo harga dibawah:
add_circle Antibakteria & melembapkan kulit kepala
add_circle Bahan-bahan semula jadi
add_circle Tidak mengandungi SLS, SLES, Paraben, dan Sulphate
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Kalau anda mahukan shampoo dandruff dry scalp untuk seisi keluarga, anda boleh dapatkan Eucapro Family Hair Shampoo yang boleh digunakan bersama keluarga anda.

Dengan jumlah 500ml, ia mencukupi untuk digunakan seisi keluarga dan boleh tahan sehingga 2 bulan.

Syampu ini sangat bagus sekiranya anda mengalami masalah kelemumur dan mempunyai kulit kepala yang kering, ia akan melembapkan kulit kepala anda. 

Kandungan bahan syampu ini juga selamat kerana hanya menggunakan bahan semula jadi dan tidak mengandungi SLS, SLES, Paraben, dan Sulphate.

Selain telah diuji secara saintifik, ia turut mengandungi Eucalyptus essential oil, iaitu satu dahan yang menjadi makanan kepada beruang koala.

Memang sebuah jenama yang diyakini dan sesuai untuk anda gunakan seisi keluarga.


Apa Itu Kelemumur?

Kelemumur adalah sejenis penyakit kulit (seborrheic dermatitis) yang menjadikan kulit kepala menjadi berkeping dan berminyak.

Kepingan putih terhasil apabila menggaru kepala atau ketika anda berpeluh sehingga mengakibatkan kegatalan.

Rasa gatal tersebut bukan datang dari rambut tetapi masalah dari sel kulit kepala yang tumbuh cepat dan juga kulit kepala yang mati menjadi kelemumur. 

Jom tonton penerangan ringkas dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang kelemumur.


Apa Punca Rambut Kelemumur?

Punca terjadinya kelemumur adalah masalah kulit individu atau cara penjagaan rambut.

Tapi jika anda mempunyai kulit kepala yang sensitif, makin senang untuk dapat kelemumur. 

Selain itu, faktor seperti iklim waktu sejuk, kering dan panas akan mengundang kehadiran kelemumur. 

Malah, boleh jadi lebih teruk, sehingga boleh menyebabkan luka kulit kepala jika tidak dirawat dan kerap digaru.

Antara punca lain lagi, corak pemakanan kita juga boleh mempengaruhi terjadinya kelemumur.

Ini kerana makanan yang tidak sihat akan menyebabkan kulit kepala berminyak dan berkelemumur. 


Ada Berapa Jenis Kelemumur?

  • Kulit kepala kering berkelemumur

Ini adalah masalah kelemumur yang paling sering terjadi dalam kebanyakkan kita. 

Masalah ini terjadi akibat dari iklim yang panas sejuk dan kering yang mana membuatkan kulit kepala menjadi kering dan tegang seterusnya menyebabkan kepingan kelemumur seperti habuk. 

  • Kulit kepala berminyak berkelemumur

Sebum adalah minyak yang dihasilkan secara semula jadi untuk melindungi kulit. 

Tetapi penghasilan yang banyak boleh membuatkan kelemumur halus terjadi.

Jika anda lihat kelemumur anda bewarna kuning, ini disebabkan lebihan minyak pada kulit kepala yang membuatkan anda rasa gatal dan kulit kepala berbau. 

Pastikan anda pilih syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda.

  • Kulit kepala yang mempunyai fungus

Malassezia adalah nama kulat yang terjadi pada bahagian kulit kepala akibat penyakit itu. 

Kulit kepala yang sensitif dan menjadi gatal akibat dari bahan yang terdapat pada syampu yang dipakai. 

Sebaiknya dapatkan rawatan pakar kulit rambut untuk memperbaiki masalah ini.

  • Seborrheic dermatitis

Terjadi pada kulit kepala yang mempunyai lebihan minyak.

Ini akan membuatkan anda rasa gatal dan kepingan kelemumur menjadi lebih banyak. 

Kulit kepala juga kelihatan merah akibat dari iritasi tersebut. 


Tips Hilangkan Kelemumur

Sebelum kami jelaskan dengan lebih terperinci tentang bahan untuk hilangkan kelemumur, apa kata tonton video ini terlebih dahulu.

Masalah rambut kelemumur perlukan rawatan dan bahan yang betul mengikut dari masalah kulit kepala.

Ingat, tak semua orang sesuai dengan produk kita guna kerana setiap daripada kita mempunyai lifestyle yang berbeza terutama dari segi pemakanan.

Bagaimanapun, sebelum memilih syampu pastikan anda tahu fungsi bahan yang ada pada syampu tersebut.

Bahan seperti corticosteroids boleh mengurangkan rasa gatal, salicylic acid atau zinc pyrithione dapat mengurangkan kepingan kelemumur.

Manakala, bahan seperti tea tree oil untuk mengurangkan kelemumur.

Bahan lain seperti coal tar, melambatkan proses sel kulit mati pada kulit kepala. 

Selenium dan ketoconazole sulfide pula berfungsi untuk melawan fungus yang terjadi. 

Jadi sebelum buat pembelian untuk shampoo kelemumur, pastikan anda tahu jenis dan masalah kulit kepala yang dihadapi. 

Serta padankan dengan bahan-bahan di atas dalam shampoo anda ye! 

Jika gagal juga, segeralah dapatkan rawatan pakar kulit kepala.


Cara Pilih Shampoo Dandruff Terbaik

Siapa yang tidak mahu rambut sihat dan bersinar? Tapi, jika kulit kepala anda rasa gatal atau mengelupas, jangan risau!

Penyelesaian yang mudah dan berkesan ialah dengan menggunakan shampoo kelemumur yang terbaik.

Berikut tips untuk membantu anda memilih syampu kelemumur terbaik.

  • Bahan aktif

Bahan utama yang membantu mengurangkan kulit kepala kering, gatal atau mengelupas ialah ketoconazole, asid salisilik, zink pyrithione, atau selenium sulfida. 

Cari shampoo anti-kelemumur yang mengandungi satu atau lebih bahan aktif ini untuk merawat masalah kulit kepala.

Pastikan anda membaca label dengan teliti dan memahami bahan-bahan yang terkandung dalam syampu sebelum membuat pilihan.

  • Jenis rambut dan kulit kepala

Rambut dan kulit kepala setiap orang adalah berbeza, jadi penting untuk memilih syampu yang sesuai dengan keperluan anda.

Jika anda mempunyai rambut berminyak, pilih syampu yang mengandungi bahan-bahan yang membantu mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan.

Bagi mereka yang mempunyai kulit kepala sensitif, pilih syampu lembut yang tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan reaksi alergi. 

Ini akan membantu meningkatkan kesan penggunaan dan mengurangkan risiko masalah kulit kepala.

  • Kualiti dan jenama

Pilih syampu daripada jenama yang mempunyai reputasi baik di pasaran.

Jenama terkenal biasanya menghasilkan produk berkualiti tinggi dan telah diuji secara klinikal untuk kesesuaiannya.

Oleh itu, akan membuatkan anda lebih yakin terhadap keberkesanan produk. 

Tambah lagi, pilih jenama yang mempunyai banyak ulasan dan testimoni positif daripada pengguna yang berpuas hati.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Shampoo Untuk Kelemumur?

Shampoo untuk kelemumur bukan sahaja membantu mengatasi masalah kelemumur pada kulit kepala, malah akan membantu membersihkan dan merawat kulit kepala secara menyeluruh.

Contohnya, kotoran, minyak dan sisa produk rambut yang menjadi punca kelemumur. Jadi, kulit kepala lebih bersih dan sihat.

Syampu anti-kelemumur juga mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu mengurangkan kegatalan dan kemerahan, memberikan kelegaan kepada pengguna yang mempunyai masalah kelemumur.

Selain itu, produk ini mempunyai bau yang segar dan wangi yang membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan yang disebabkan oleh kelemumur.

Selain itu, syampu ini juga memberikan rasa sensasi kesegaran yang menyenangkan selepas mencuci rambut.

Tapi kekurangan utama syampu untuk kelemumur ialah sesetengah produk mengandungi bahan kimia seperti sulfat dan paraben.

Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami kerengsaan, kemerahan atau kegatalan akibat penggunaan syampu yang mengandungi bahan kimia ini.

Oleh itu, pastikan anda membaca label produk sebelum membeli syampu.


Artikel Berkaitan

End of Article