Gaya Hidup

8 Carrier Kucing Bawah RM50, Selesa untuk Si Comel & Mudah Dibawa

Risau tentang harga carrier kucing? Lihat senarai carrier kucing murah yang beroda, transparent serta foldable/boleh lipat yang boleh didapati di Lazada ini


Editor · 26 Nov 2019, 6:53pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Carrier Kucing Bawah RM50, Selesa untuk Si Comel & Mudah Dibawa

Tanyalah kepada mana-mana pemilik haiwan peliharaan kucing, antara aksesori wajib yang harus ada adalah carrier. Carrier ini didatangi dalam pelbagai bentuk, rupa dan saiz. Ianya amat berguna jika kita hendak keluar membawa kucing ke klinik mahupun bersiar-siar.  Bergantung kepada keperluan masing-masing, memilih carrier kucing bukanlah perkara yang susah. 

Kandungan

Bolehkah 2 ekor kucing dimuatkan dalam satu carrier?

Ianya bergantung kepada saiz kucing peliharaan anda serta saiz carrier yang anda miliki. Pengudaraan yang baik serta ruangan mencukupi amat penting bagi sesebuah carrier agar kucing anda selesa dan mendapat oksigen dengan baik. Terutamanya jika anda hendak melakukan perjalanan yang jauh.

Justeru, edisi kali ini khas buat pencinta kucing yang hendak membeli carrier untuk kucing kesayangan. Jom tengok recommendation kami untuk carrier yang terbaik dengan harga kurang dari RM50;

Hanya Yang Terbaik buat Si Comel dengan 8 Carrier Kucing

Carrier bag kucing terbaik – sesuai untuk bersaiz kecil hingga sederhana 1 daripada 8
Large Breathable Pet Travel Carrier Bag
Partnership with
Dari RM23.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Carrier ini bersaiz besar dan boleh memuatkan lebih dari seekor kucing bersaiz kecil. Ianya diperbuat daripada material yang berkualiti dan tidak panas. Reka bentuknya menjamin pengudaraan yang baik untuk kucing anda. 

Carrier ini mudah untuk dipasang, hanya zip sekelilingnya sahaja. Ianya juga ringan dan mudah untuk dibawa.

Carrier kucing transparent pilihan terbaik – masa untuk pamer si comel 2 daripada 8
Japanese Full Transparent Carrier
Partnership with
Dari RM23.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Untuk anda yang mencari carrier transparent, ini jawapannya. Spesifikasinya hampir sama dengan carrier biasa yang pertama di atas, cuma bezanya adalah carrier ini transparent. Barulah boleh show off kucing kessyanagn anda pada rakan-rakan yang lain. Tak perlu buka carrier untuk melihat kucing anda jika anda khuatir ia akan lari.

Carrier kucing untuk kegunaan di dalam kenderaan 3 daripada 8
Pet Booster Seat Travel Carrier
Partnership with
Dari RM26
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Dengan carrier ini anda boleh memandu dengan lebih fokus dan selamat. Hanya strap carrier pada kerusi passenger dan kucing kesayangan anda boleh duduk dengan selesa. Ianya juga menjamin keselamatan kucing anda, melindunginya daripada terjatuh. Carrier ini adalah pelaburan yang sangat bijak.

Carrier kucing bentuk backpack, rekaan trend terkini 4 daripada 8
Astronaut Capsule Pet Backpack Carrier
Partnership with
Dari RM29.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Carrier ini amat trendy dan mudah untuk digalas. Ianya mempunyai tingkap transparent dihadapan untuk memudahkan kucing anda melihat persekitaran diluar. Carrier ini juga mempunyai lubang-lubang ditepi bag untuk aliran udara masuk. 

Jika anda tidak mahu menggunakan tingkap semi sfera, anda boleh menukarnya dengan jejaring udara yang disediakan.

Carrier kucing sling bag – mudah bawa si comel ke mana sahaja 5 daripada 8
Alpha Living Pet Carrier Sling
Partnership with Alpha Living
Dari RM34
Lihat harga di Lazada Malaysia

Anda boleh memilih ini untuk membawa kucing anda berjalan-jalan di taman. Ianya selamat dan mudah untuk disandang kerana rekaannya hands-free. Kainnya juga jenis reversible dan tidak panas. Ini untuk memastikan kucing anda menerima pengudaraan yang baik. Si comel akan berasa selesa semasa berada di dalam beg ini.

Carrier kucing mudah lipat / foldable – menjimatkan ruang 6 daripada 8
Pet Outdoor Carrier Travel Tote
Partnership with
Dari RM32
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Carrier ini lebih sesuai digunakan jika anda hendak membuat aktiviti luar seperti piknik atau berkelah. Ini kerana ianya lebih selesa untuk kucing anda berehat kerana dasarnya yang lebih selesa dan dijamin selamat. Plus point, ianya mudah untuk dilipat dan tidak memakan ruangan penyimpanan yang banyak.

Carrier kucing backpack berbentuk harness – ringan dan selamat 7 daripada 8
Pet Carry Bag Carrier
Partnership with
Dari RM39
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika anda mahukan backpack yang lebih ringan, dapatkan ini. Ianya seperti harness yang dipasang pada badan kucing anda. Carrier ini mempunyai zipper yang selamat serta kain mesh diperbuat daripada material Oxford agar kucing anda tidak panas semasa berada di dalamnya. Carrier ini lebih sesuai untuk kucing yang bersaiz kecil dan ringan.

Carrier kucing dengan rekabentuk seperti sangkar 8 daripada 8
HAGEN CAT IT Voyageur Pet Carrier
Partnership with Catit
Dari RM55
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Carrier sebegini adalah yang paling sering digunakan oleh pencinta kucing. Ianya teguh dan tahan lasak membuatkan carrier ini menjadi pilihan nombor satu untuk penggunaan travel yang lebih jauh atau dengan menggunakan kapal terbang. Carrier ini dilengkapi 2 pintu serta compartment makanan dan air.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation