Product in this article

Mendapatkan tidur malam yang berkualiti adalah penting untuk kekal sihat dan happy!  Justeru, pemilihan tilam adalah amat penting lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah sakit belakang. Terdapat banyak jenis tilam yang dijual di pasaran antaranya tilam spring, tilam foam, tilam kekabu dan banyak lagi. 

Apakah jenis tilam yang terbaik beri manfaat untuk belakang anda?

Tilam dengan kelembutan sederhana adalah yang terbaik untuk mereka yang mengalami sakit belakang. Mengapa? Ia cukup teguh bagi menawarkan sokongan untuk anda yang tidur posisi normal. Manakala untuk anda yang sering tidur dalam posisi mengiring, kusyen yang mencukupi disediakan bagi menampung belakang anda daripada terasa sakit. 

Kali ini kami bawakan beberapa jenis tilam yang terbaik untuk mengatasi sakit belakang. Ucapkan selamat tinggal kepada tidur tidak selesa!

10 Tilam Terbaik Untuk Yang Alami Sakit Belakang

1. Tilam Kekabu Single
Tilam kekabu murah dan terbaik untuk sakit belakang

Tilam kekabu merupakan tilam yang lembut. Ianya sesuai digunakan untuk ibu berpantang yang memerlukan tilam yang selesa. Bebenang kapas berkualiti di dalam tilam kekabu ini berketebalan 7 inci. Ianya mudah untuk disimpan dan dilipat jika tidak digunakan.

2. Anti-Decubitus Bubble Ripple Rehab Mattress
Tilam khas untuk pesakit yang terlantar (bedridden)

Bagi pesakit yang terlantar seperti pesakit strok, mereka hendaklah diberi tilam sebegini. Tilam ini perlu diisi angin. Setiap poket udara membantu mengurangkan risiko bedsore (sakit belakang) bagi pesakit terlantar. Ianya juga mempunyai fungsi Spherical Altering Massage

Tilam ini diluluskan oleh hospital bagi memberi keselesaan kepada pesakit terlantar.

3. COMFORT QUEST Inflatable Air Bestway Sofa Bed Mattress
Tilam angin versatil untuk sakit belakang

Tilam angin ini boleh diubah-ubah sehingga 5 posisi yang berbeza. Untuk memberi keselesaan terhadap belakang anda, bolehlah cuba posisi Relaxed Recliner dan bukan kepada posisi baring. Tilam angin ini sangat mudah untuk dijaga dan dibawa kemana-mana. Ianya juga tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar.

Cassa
4. Cassa Mimo Foldable Queen 6 Inch Thick Foam Mattress
Tilam boleh lipat terbaik untuk sakit belakang

Jimatkan ruang dengan tilam lipat High Density Foam ini. Ianya boleh dilipat menjadi 2-seater sofa jika tidak digunakan. Tilam high density foam kebiasaannya lebih keras berbanding tilam biasa. Jika anda lebih gemar tilam yang lebih keras, ini pilihan terbaik. Ianya juga elok untuk bayi kerana bayi mempunyai tulang belakang yang lebih lembut.

5. LaFamille PureFoam 8 inches Hugh Density Foam Mattress
Tilam berkualiti dengan harga yang mampu milik

Atasi masalah sakit belakang, tanpa mengoyakkan poket. Tilam bersaiz queen ini diperbuat daripada High Density Foam yang anti pepijat, anti bakteria dan anti kulat. Ianya mempunyai lapisan luaran Damask yang berkait dan berkualiti tinggi. Dihiasi Italian border, tilam ini setanding tilam yang lebih mahal.

Goodnite
6. Goodnite Spinahealth 10" Posture Spring Mattress (Queen)
Tilam spring bersaiz queen terbaik untuk pesakit slip disc

Pesakit slip disc dan sakit pinggang harus memilih tilam yang lebih keras berbanding tilam biasa untuk beri sokongan terhadap tulang belakang. Tilam spring adalah pilihan terbaik dan tilam Spinahealth ini direka khas untuk anda dengan masalah slip disc. 

Berketebalan 10 inci tilam ini mempunyai Tempered Essential Posture Spring System untuk sokongan tulang belakang yang menyeluruh.

7. SIMONI Synthetic Latex Mattress
Tilam yang tahan lama sesuai untuk ibu mengandung

Ibu mengandung memerlukan tilam yang boleh memberi sokongan pada postur tubuh yang berubah. Tilam Simoni dengan ketebalan 8 inci serta diperbuat daripada 100% lateks sintetik sesuai untuk ibu mengandung. Ianya tidak mudah bergoyang sekiranya pasangan tidur bergerak. Tilam ini juga dilengkapi ciri Sleep Cool, Pressure Relief dan Temperature Regulator.

8. Dr. Macio Spinopedic Queen Size Mattress
Tilam lembut terbaik untuk orang tua dengan sakit belakang

Tilam khas dengan Spine Support ini merupakan jenama nombor 1 di German. Ianya berkelembutan sederhana sesuai untuk orang tua. Tilam yang diperbuat daripada High Density Synthetic Latex Foam untuk memberi ketahanan yang lama. Berciri Cooling Tech, tilam ini membantu mengeluarkan haba daripada terperangkap di dalam tilam.

9. LOVOC Original Nordic Sweden Single Mattress
Tilam single terbaik untuk sakit belakang

Bagi anda yang mencari tilam bersaiz bujang, ini pilihan terbaik. Ianya diperbuat daripada Latex Pocket Spring membuatkan ianya lembut diatas tetapi padat di bahagian bawah untuk memberi kestabilan pada pengguna. Tilam berjenama antarabangsa ini menjanjikan kualiti tidur dan kesihatan tulang belakang yang tiptop!

Ikea
10. Ikea Hafslo Sprung Mattress
Tilam dari Ikea pilihan untuk sakit belakang

Diperbuat daripada spring Bonnel, tilam Ikea ini direka khas untuk digunakan pada sebelah bahagian sahaja. Tilam ini sesuai untuk anda yang tidak gemar tilam jenis tenggelam kerana ianya akan menyekatakan berat anda ke seluruh tilam sambil memberi sokongan belakang yang selesa. Tilam ini tidak mempunyai kandungan foam yang banyak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article
Selengkapnya Gaya Hidup

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!