Fesyen

9 Tudung Tema Merdeka 2026 - Moden, Cantik & Murah

Anda cari pakaian tema merdeka? Ini senarai tudung bendera malaysia, tudung merdeka atau tudung corak bendera malaysia untuk hari Merdeka nanti!

A
Editor · Updated 1 Aug 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Tudung Tema Merdeka 2026 - Moden, Cantik & Murah

Sambutan hari kemerdekaan tahun ini lebih meriah jika anda pakai satu set baju bertemakan hari Merdeka. 

Sekarang ramai peniaga tudung sudah mula mengeluarkan rekaan tudung merdeka jadi anda tidak perlu pening kepala lagi nak cari tudung tema merdeka atau tudung bendera Malaysia.

Kandungan

Bagi mereka yang betul-betul nak all out sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti, jom pakai koleksi baju dan tudung corak bendera Malaysia.

Ini kami senaraikan kedai jual tudung Merdeka supaya mudah untuk anda suaikan dengan tema merdeka pada sambutan Hari Kemerdekaan nanti.   


Senarai 9 Tudung Merdeka

Tudung sarung Merdeka 1 daripada 9
Tudung Sarung Merdeka Free saiz
Dari RM14.90
Mudah digunakan
Kain tidak panas
Satu gaya sahaja
2 lagi
Kain tidak jarang
Kain tidak melekat

Dengan pilihan 5 corak tudung yang cantik dan menarik, anda yang gemarkan tudung sarung boleh dapatkan Tudung Sarung Merdeka 2023 ini.

Jenis material kain yang digunakan untuk tudung sarung ini ialah Moscrepe dengan ukuran depan 19 inci dan labuh belakang pula 28 inci.

Oleh itu, saiz ukuran tudung sarung ini sesuai untuk mereka yang bersaiz S hingga saiz L. 

Material Moscrepe juga sangat lembut, senang dipakai dan paling penting fabrik ini tidak mudah melekat pada badan jadi aurat anda lebih terjaga. 

Selain sesuai digayakan pada Hari Kemerdekaan, anda juga boleh gayakannya pada hari biasa kerana tudung sarung ini sejuk, selesa dan senang digosok.  

Tudung Bawal Merdeka Cotton dan Satin Silk 1
Tudung Merdeka terbaik secara keseluruhan 2 daripada 9
Tudung Bawal Merdeka Satin Silk
Dari RM3.90
Senang bentuk
Warna terang
Kain sedikit licin
2 lagi
Kain tidak panas
Jahitan kain kemas

Sebab menjadi pilihan utama;

Dengan material satin silk pasti akan membuatkan gaya anda lebih menyerlah semasa sambutan Hari Kemerdekaan nanti!

Ciri-ciri;

Jenis kain satin silk ini akan buatkan anda tampak mewah ketika menggayakannya tanpa membuatkan anda rasa panas dan rasa telinga berdengung.

Selain mempunyai jahitan tudung yang kemas, corak bendera Malaysia dan penggunaan warna kebangsaan yang terang akan berikan anda kelainan nanti.

Ramai yang rasa kain satin silk susah nak dipakai tapi sebenarnya untuk tudung bawal satin silk ini sangat mudah untuk dibentuk, digayakan dan sangat selesa dipakai sepanjang hari. 

Review;

Tudung berkualiti tinggi..fabrik best,kain lembut.. berbaloi beli..corak exactly dapat seperti yang di order..trusted seller.."

tudung shawl merdeka
Tudung shawl Merdeka 3 daripada 9
Tudung Shawl Merdeka
Dari RM7.90
Harga murah
Kain berkualiti
Kain jarang sedikit
2 lagi
Senang bentuk
Sesuai untuk kanak-kanak

Kalau anda lebih sukakan gaya tudung shawl, jom dapatkan Tudung Shawl Merdeka edisi 2023 ini!

Untuk tudung bertemakan Merdeka, tidak banyak yang menawarkan tudung shawl tapi untuk edisi 2023 kali ini ada 2 pilihan warna dan corak yang anda boleh pilih dan suaikan dengan tema baju nanti.

Material daripada kain chiffon akan memastikan ia mudah digayakan, senang dibentuk mengikut jenis bentuk muka dan berkualiti.

Bagaimanapun, kain chiffon untuk shawl ini sedikit jarang jadi anda perlu pakai inner neck ninja supaya dapat menutup aurat leher degan baik. 

Tudung Bawal Merdeka 2023 Bidang 50
Tudung Merdeka labuh 4 daripada 9
Tudung Bawal Merdeka 2023 Bidang 50
Dari RM39.90
Corak menarik
Tidak perlu digosok
Sedikit jarang
2 lagi
Mudah dibentuk & digayakan
Kain tidak panas

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai mercu tanda yang bersejarah dan ikonik.

Misalnya Menara Berkembar Petronas ataupun dikenali sebagai KLCC, wau bulan, bunga Rafflesia, dan banyak lagi.

Bagi yang menginginkan tudung bertema merdeka namun agak berbeza daripada yang lain, anda boleh beli tudung bawal merdeka ini kerana ia menepati ciri dan lambang Malaysia.

Menarik lagi, tudung ini juga bersaiz lebih besar iaitu bidang 50 jadi lebih labuh daripada tudung biasa.

Jika anda lebih gemar memakai tudung yang labuh, boleh dapatkan Tudung Bawal Merdeka 2023 Bidang 50 ini. 

Tudung ini juga mudah digayakan dan tidak panas jadi anda boleh pakai sepanjang hari tanpa rasa panas kerana menggunakan material heavy chiffon.

Bagaimanapun, pastikan anda pakai inner neck ninja ketika pakai tudung ini kerana ia sedikit jarang. 

TUDUNG sarung MERDEKA(KANAK KANAK)
Tudung Merdeka budak /kanak-kanak 5 daripada 9
Tudung sarung MERDEKA(Kanak-Kanak)
Dari RM11.70
Tidak perlu digosok
Mudah digayakan
Saiz kecil
2 lagi
Kain tidak panas
Kain tidak jarang

Anak anda terlibat untuk lakukan acara atau persembahan pada Hari Kebangsaan nanti? Jangan risau, jom beli Tudung sarung MERDEKA (Kanak-Kanak) ini!

Tudung sarung ini sesuai digayakan oleh kanak-kanak perempuan ke sekolah kerana kainnya diperbuat daripada material kain Moscrep Awning Scuba yang sejuk.

Selain itu, kain ini juga tidak jarang dan tidak mudah kedut jadi anak anda tidak rimas menggayakannya dengan baik terutama jika anak anda bersekolah di sesi petang dengan cuaca yang panas.

Tudung sarung ini sesuai untuk anak bersekolah rendah kerana saiznya bidang 36 jadi mungkin tidak cukup labuh untuk anak yang berusia 13 tahun ke atas. 

Minaz Hijab Terbaru Bidang 45 Gemilang
Tudung Merdeka Cotton 6 daripada 9
Minaz Hijab Terbaru Bidang 45 Gemilang
Minaz
Dari RM29
Warna cantik & menyerlah
Kain mudah bentuk
Corak abstrak
2 lagi
Tidak mudah berbulu
Kain tidak panas

Untuk anda yang belum cuba lagi pakai tudung Minaz, inilah peluang anda pakai pada hari sambutan Hari Kemerdekaan nanti!

Tudung Minaz dikenali sebagai salah satu jenama tudung cotton paling digemari di Malaysia kerana ramai pengguna menyatakan fabrik tudung ini lembut dan mudah dibentuk.

Selain tidak panas dan tidak mudah luntur, tudung Minaz Hijab Terbaru Bidang 45 Gemilang ini juga tidak mudah berbulu walaupun anda basuh dan pakai dengan kerap.

Dengan menggunakan material Cotton Voile English sejuk, mempunyai warna yang jelas dan terang jadi anda akan kelihatan lebih menyerlah semasa menggayakannya. 

Bawal Merdeka With Diamond cotton
Tudung bawal merdeka 7 daripada 9
Tudung Bawal Cotton Merdeka
Dari RM12.90
Sesuai digayakan oleh kanak-kanak
Harga murah
Fabrik sedikit keras
1 lagi
Tudung mudah bentuk

Hari Kemerdekaan merupakan satu hari dalam sejarah malaysia yang begitu bermakna bagi orang ramai. 

Jadi, mestilah ada yang ingin berpakaian bertemakan hari yang bersejarah ini.

Tudung bawal cotton bertemakan merdeka ini merupakan tudung yang berharga mampu milik bagi semua untuk mendapatkannya.

Lagi-lagi dengan material cotton merupakan jenis fabrik kesukaan ramai kerana mudah dibentuk dan akan sentiasa on point!

Jadi tunggu apa lagi? Jom dapatkan tudung ini sebelum sold out!

Bawal Taya Chiffon Merdeka
Tudung chiffon merdeka 8 daripada 9
Bawal Taya Chiffon Merdeka
Dari RM12.88
Mudah digosok dan dibentuk
Mudah digayakan
Kesan serapan peluh akan kelihatan
2 lagi
Tidak jarang
Warna tidak mudah luntur

Sebagai seorang perempuan, sudah tentu anda menginginkan tudung yang mudah digunakan.

Siapa yang mahukan tudung dengan awning yang tidak terbentuk, betul?

Tudung chiffon bertemakan merdeka ini daripada Taya merupakan sehelai tudung yang mudah digosok serta mudah dibentuk kerana material yang digunakan.

Dengan ini, anda kelihatan cantik serta patriotik apabila menggayakan tudung chiffon berinspirasikan merdeka pada hari peristiwa ini.

Selain fabrik tudung ini tidak jarang, warna pada tudung bertemakan merdeka ini juga tidak mudah luntur jadi anda boleh pakai dan basuh berulang kali.  

Kekaboo Merdeka Permata Pertiwi
Tudung merdeka kekaboo 9 daripada 9
Kekaboo Merdeka Permata Pertiwi
Dari RM28
Tudung bawal
Murah
Material cotton voile agak jarang
1 lagi
Mudah dibentuk

Bagi mereka yang lebih berminat dengan tudung-tudung yang bercorak abstrak, anda boleh pilih tudung dari KEKABOO.

Dengan empat warna yang diinspirasikan oleh Jalur Gemilang, anda masih lagi boleh menampakkan patriotik walaupun tudung bercorak abstrak.

Tudung bertemakan merdeka ini juga merupakan salah satu tudung yang mudah dimiliki dengan harganya yang murah dan berkualiti yang tinggi.

Bagaimanapun, tudung ini sedikit jarang jadi kami sarankan anda untuk pakai inner neck ninja untuk pastikan aurat anda terjaga dengan baik. 


Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation