Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tudung saji cantik

12 Tudung Saji Viral yang Moden, Cantik & Murah Malaysia 2024

Pelengkap gaya set meja makan!

Makanan sihat dan bersih bukan bermula semasa penyediaan bahan dan ketika memasak, tetapi juga selepas memasak iaitu ketika dihidang. 

Untuk memastikan menu tengah hari atau makan malam anda kekal bersih tanpa kotoran habuk atau serangan serangga seperti lalat dan semut, penggunaan tudung saji wajib ada di setiap kediaman. 

Oleh itu, ikuti senarai 12 jenis tudung saji yang kami kongsikan ini cukup praktikal dan direka dengan konsep tradisional dan moden yang boleh dipilih mengikut kesesuaian tema dapur masing-masing. 


Isi Kandungan


12 Tudung Saji Viral di Malaysia 2024

Tudung saji bertingkat
Food Container Transparent Stackable Layer
Food Container Transparent Stackable Layer
mulai
RM22.22
Semak Food Container Transparent Stackable Layer harga dibawah:
add_circle Mudah dipindahkan, ada pemegang di bahagian atas
add_circle Membantu menjimatkan ruang
add_circle Senang dicuci
add_circle Ada pintu
remove_circle Perlu dipasang sendiri

Tudung saji bertingkat yang mula viral sejak tahun ini direka khas untuk ruang makan atau dapur yang terhad dan sempit kerana makanan boleh disimpan di dalam bekas ini. Jadi, meja makan anda boleh digunakan untuk aktiviti lain. 

Tambahan pula, tudung saji terbaik boleh membantu mengekalkan kehangatan lauk-pauk yang baru sahaja siap dimasak.

Diperbuat daripada bahan jenis ABS, setiap tingkat pada tudung saji ini boleh dilaraskan mengikut keperluan. Setiap lauk turut mudah dilihat dari luar tudung saji viral ini kerana ia jenis lut sinar. 

Daya tarikan paling unik produk ini pula sudah tentulah anda boleh pilih sama ada mahu dapatkan tudung saji tiga tingkat, empat tingkat ataupun lima tingkat. Semuanya bergantung kepada jumlah menu yang anda sering masak untuk ahli keluarga masing-masing. 

Selain itu, ruang di setiap tingkat juga besar dan ia mampu memuatkan mangkuk besar dan pinggan saiz sederhana.

Tudung saji murah
Domed Plastik Cover Food (47cm)
Domed Plastik Cover Food (47cm)
mulai
RM5.57
Semak Domed Plastik Cover Food (47cm) harga dibawah:
add_circle Ada pemegang di bahagian atas
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Mudah pecah jika tidak dijaga dengan baik
remove_circle Saiz kecil

Anda merupakan individu bujang yang tinggal di rumah sewa dan hanya makan tidak lebih daripada dua jenis lauk sahaja setiap hari? Boleh cuba dapatkan tudung saji dari MR DIY ini untuk kegunaan harian kerana harganya cukup murah.

Dengan saiz yang berdiameter 47cm, penutup makanan yang diperbuat daripada plastik ini akan melindungi makanan anda daripada dicemari haiwan perosak seperti lalat dan lipas.

Selain itu, ia mempunyai pemegang pada bahagian atasnya, jadi ia akan memudahkan anda untuk memindahkan tudung saji ini dari satu tempat ke tempat lain. 

Kalau tidak digunakan pula, anda boleh gantung penutup makanan pada dinding atau pada pencangkuk. Jadi, dapur dan ruang makan di rumah anda akan kelihatan lebih kemas dan teratur.

Tudung saji plastik
ELIANWARE Rect. Food Cover With Handle
ELIANWARE Rect. Food Cover With Handle
mulai
RM12.72
Semak ELIANWARE Rect. Food Cover With Handle harga dibawah:
add_circle Ada lubang udara
add_circle Dilengkapi pemegang untuk mudah dibawa
add_circle Tebal
remove_circle Pilihan warna terhad

Penutup makanan plastik daripada Elianware ini pula direka khas untuk semua jenis keluarga atau mereka yang bujang kerana ada tiga jenis saiz kecil, sederhana ataupun besar. 

Tudung saji jenama ini diperbuat daripada plastik jenis polypropylene (PP) yang akan tahan lama jika dijaga dengan baik. Plastik yang digunakan pula tidak mengandungi bahan BPA, jadi ia selamat digunakan oleh seisi keluarga. 

Malah, ia merupakan produk mesra alam sekitar, tahan kotoran dan tidak mempunyai bau, jadi tudung saji jenis plastik ini tidak akan mencemarkan makanan anda. 

Ia juga boleh ditindan dengan tudung saji yang sama jenis dan saiz dengannya, mudah disimpan ketika anda tidak menggunakannya walaupun besar. 

Anda yang mahukan sesuatu yang cantik untuk dapur memang perlu dapatkan tutup makanan ini kerana ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu putih, biru dan merah jambu.

Tudung saji kelambu
Foldable/Breathable Vintage Food Cover Umbrella Design
Foldable/Breathable Vintage Food Cover Umbrella Design
mulai
RM16.99
Semak Foldable/Breathable Vintage Food Cover Umbrella Design harga dibawah:
add_circle Rekaan menarik ala Nordic
add_circle Anti lalat
add_circle Bukaan seperti payung
add_circle Bingkai besi kuat
remove_circle Mudah terkoyak jika tidak dijaga dengan baik

Tudung saji ini boleh dilipat dan mampu memuatkan mangkuk yang bersaiz besar. Jika tidak digunakan, anda boleh lipat penutup makanan ini dan simpannya di mana-mana ceruk rumah kerana saiznya kecil setelah dilipat.

Paling penting, anda juga tak perlu risau jika produk ini kotor terkena percikan kuah atau berhabuk sebab ia mudah dicuci. 

Ia dibuat seperti jaring besi halus, jadi serangga kecil seperti lalat sukar untuk meloloskan diri ke dalam tudung saji ini. 

Menariknya lagi, ia turut hadir dengan dua pilihan saiz iaitu bentuk segi empat yang boleh memuatkan enam hingga tujuh mangkuk atau pinggan lauk manakala bentuk bulat bersaiz 80cm pula sesuai untuk tujuh hingga lapan jenis lauk.  

Dengan empat pilihan rekaan iaitu warna emas, kelabu, floral dan emas diraja yang boleh anda pilih, dapur juga dijamin akan kelihatan lebih cantik.

Tudung saji moden
Tudung Saji Besi Petak
Tudung Saji Besi Petak
mulai
RM29.64
Semak Tudung Saji Besi Petak harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Sesuai dengan pelbagai jenis tema dapur
remove_circle Harga agak mahal

Penggemar rekaan minimalis wajib ada tudung saji yang diperbuat daripada besi ini kerana ia sangat ringkas dan moden. 

Produk yang bersaiz 47cm x 34cm x 17.2cm ini boleh memuatkan sehingga dua mangkuk besar dalam masa yang sama. 

Malah, ia boleh digunakan untuk meletakkan sehingga tiga biji pinggan besar dan tiga biji mangkuk kecil jika anda mahir menyusunnya. Bau makanan pula tak akan mudah melekat pada penutup makan jenis moden ini. 

Manakala serangga kecil seperti lalat memang susah untuk hinggap pada lauk pauk tengah hari anda. 

Selain itu, ia mempunyai pemegang pada bahagian atasnya yang akan memudahkan pengguna untuk membuka tudung saji. Paling penting, penutup makanan ini anti karat dan menu makanan boleh dilihat dari luar. 

Pilihan warna hitam pula juga akan menampakkan kesan seperti rekaan industrial pada dapur anda.

Tudung saji anyaman
Tudung Saji Mengkuang
Tudung Saji Mengkuang
mulai
RM85.00
Semak Tudung Saji Mengkuang harga dibawah:
add_circle Produk Malaysia
add_circle Diperbuat dengan tangan
add_circle Saiz besar
add_circle Lalat tak boleh masuk dalam tudung saji
remove_circle Harga mahal

Jika anda gemar dengan konsep dapur tradisional boleh cuba dapatkan tudung saji yang diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu anyaman mengkuang ini. 

Walaupun agak mahal, ia berbaloi dengan kualiti dan rekaan dari buatan tangan. Saiz yang besar boleh memuatkan pelbagai jenis lauk untuk seisi keluarga. 

Selain boleh digunakan untuk menutup makanan, ia juga sesuai dijadikan perhiasan pada dinding rumah,  bergantung pada kreativiti masing-masing. 

Rekaan dan anyamannya juga kemas dan cantik. Gabungan warna pada anyaman pun tak kurang menariknya. 

Jadi, tunggu apa lagi, sokong lah peniaga Malaysia dan produk buatan tempatan ini. 

Tudung saji besar
Toyogo Large Square Food Cover
oyogo Large Square Food Cover
mulai
RM38.40
Semak Toyogo Large Square Food Cover harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Ada pemegang di bahagian atas
add_circle Dikilangkan di Malaysia
remove_circle Harga mahal

Masih tercari-cari penutup makanan yang berkualiti tinggi dan tahan lama bertahun-tahun?

Pilih sahaja jenama Toyogo yang merupakan antara jenama produk plastik yang terbaik di Malaysia. 

Walaupun kuah atau sup sering terpercik pada tudung saji ini, anda tetap boleh membersihkannya dengan mudah sebab ia jenis plastik polypropylene (PP).  

Malah, tudung saji ringan untuk memudahkan kerja-kerja anda di dapur. Paling penting, ia mampu menghalang haiwan perosak seperti nyamuk, lalat atau cicak daripada mengotorkan makanan anda. 

Ukuran tudung saji yang cukup besar dengan dimensi 65cm x 65cm x 15cm, boleh memuatkan jumlah pinggan lauk yang banyak.

Tudung saji rotan
Tudung Saji Rotan Seurat
Tudung Saji Rotan Seurat
mulai
RM44.90
Semak Tudung Saji Rotan Seurat harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Cantik dengan pelbagai jenis tema dapur
remove_circle Harga agak mahal

Perabot dan produk yang diperbuat daripada rotan sememangnya telah menjadi dambaan para wanita untuk dijadikan perhiasan rumah dari zaman-berzaman sehingga kini kerana rekaannya sangat klasik dan ringkas. 

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk dapatkan juga tudung saji rotan seurat daripada Melaka ini sebab dapur anda anda kelihatan lebih cantik. 

Penutup makanan ini diperbuat 100% daripada rotan yang padu, jadi ia memang kuat. 

Ada ulasan pengguna tudung saji ini mengatakan produk ini juga berat di mana kucing peliharaannya tak boleh untuk mengangkat tudung saji ini lagi untuk mencuri lauk seperti ikan.  

Saiznya pula ada bermacam jenis, anda boleh pilih sama ada mahukan tudung saji rotan besar atau kecil. Warna rotan yang semula jadi juga sesuai jika dijadikan dekorasi dinding.

Tudung saji bercorak
Tudung Saji Foldable Insulation Aluminium Foil Food Cover
Tudung Saji Foldable Insulation Aluminium Foil Food Cover
mulai
RM5.00
Semak Tudung Saji Foldable Insulation Aluminium Foil Food Cover harga dibawah:
add_circle Makanan kekal hangat
add_circle Corak menarik
add_circle Bukaan seperti payung
remove_circle Sukar nampak makanan/lauk dari luar

Tudung saji jenis ini pula direka untuk mereka yang belum mempunyai ketuhar gelombang mikro kerana bahagian dalamnya diperbuat daripada aluminium foil yang akan membantu untuk mengekalkan haba dan kehangatan makanan yang baru siap dimasak.  

Selain itu, ia juga boleh dilipat jika tidak mahu digunakan dan boleh digantung di mana-mana cangkuk kerana mempunyai tali. 

Disebabkan ia nipis, kalau nak simpan dalam laci atau belakang almari pun tiada masalah. Jika anda mahu membawa tudung saji ini ketika berkelah juga boleh sebab ia sangat praktikal. 

Bahagian aluminium foil di dalam pula mudah dibersihkan dengan tisu atau kain basah sahaja, jadi tak perlu risau jika kuah kari atau kicap terpercik pada bahagian tersebut. 

Lalat dan serangga lain saiz besar sukar untuk masuk ke dalam tudung saji, oleh itu makanan anda akan kekal bersih.

Tudung saji tradisional
Tudung Saji Buluh
Tudung Saji Buluh
mulai
RM18.90
Semak Tudung Saji Buluh harga dibawah:
add_circle Buatan tangan daripada Melaka
add_circle Rekaan menarik, berwarna-warni
remove_circle Saiz tidak begitu besar

Walaupun fungsi utama tudung saji adalah untuk menutup dan melindungi makanan daripada kotoran habuk dan serangga, namun itu tak bermakna anda perlu mengabaikan nilai-nilai estetika. Jika pandai pilih penutup makanan, ia juga boleh menjadi perhiasan untuk dekorasi rumah dan dapur anda. 

Oleh itu, boleh dapatkan tudung saji jenis buluh ini kerana ia mempunyai warna yang menarik dan paling penting ia tahan lasak. 

Jadi, anda tak perlu bazirkan wang untuk membeli penutup makanan dengan kerap. Serangga seperti lalat juga sukar untuk boloskan badan mereka untuk mengotorkan lauk-pauk makan malam anda. 

Namun, anda diingatkan untuk tidak mencuci tudung saji ini dengan air, dan cukup hanya dengan membersihkannya dengan kapas basah sahaja. Kemudian, biarkan produk ini kering.  

Barang kraftangan buatan peniaga tempatan ini juga kemas dan sesuai untuk mereka yang mahu merasa pengalaman hidup seperti pada zaman dahulu di kampung-kampung. Harga pula berpatutan, setanding dengan kualiti produk ini.

Tudung saji riben
Tudung Saji Kecil Rizmon Enterprise
Tudung Saji Kecil Rizmon Enterprise
mulai
RM39.90
Semak Tudung Saji Kecil Rizmon Enterprise harga dibawah:
add_circle Unik
add_circle Rekaan warna-warni
add_circle Lalat susah masuk
remove_circle Saiz agak kecil

Bosan dengan rekaan tudung saji plastik biasa? Jika anda merupakan pemilik rumah yang gemarkan sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain, anda wajib dapatkan tudung saji yang dihiasi dengan reben berwarna-warni di bahagian luar ini. 

Apa yang membezakan produk ini dengan penutup makan biasa jenis plastik ialah ia akan kelihatan lebih cantik dengan kehadiran anyaman reben tersebut. 

Kalau anda buntu dan tak tahu hadiah apa yang sesuai diberikan kepada rakan anda yang baru mendirikan rumah tangga atau berpindah ke kediaman baru, tudung saji ini turut sesuai dijadikan sebagai cenderamata. 

Menariknya lagi, harga juga berpatutan di bawah RM40 dan makanan anda akan terlindung daripada sebarang serangga dengan baik selepas ini.

Tudung saji lipat
OMMO Kitchen Foldable Food Cover Table
OMMO Kitchen Foldable Food Cover Table
mulai
RM15.90
Semak OMMO Kitchen Foldable Food Cover Table harga dibawah:
add_circle Ada penyangkut untuk mudah disimpan
add_circle Pilihan warna menarik
remove_circle Perlu dijaga dengan baik

Antara yang paling menarik tentang tudung saji ini ialah reka bentuknya yang hampir sama dengan kelambu tidur untuk bayi yang baru lahir. 

Terdapat dua jenis pilihan bentuk tudung saji yang boleh anda pilih iaitu segi empat atau bulat. Saiz penutup makanan segi empat ialah L70cm x W50cm manakala tudung saji bulat pula tidak kurang besarnya kerana diameternya adalah 80cm. 

Selain itu, ia diperbuat daripada bahan polyester dan rangka dengan bukaan seperti payung pula diperbuat daripada dawai besi, jadi ia tak akan mudah rosak jika dijaga dengan baik.

Paling best, berat produk ini pula adalah satu kilogram di mana tudung saji jenama ini tidak akan mudah diterbangkan angin. 

Walaupun anda mempunyai ruang dapur terhad, tak perlu risau untuk menyimpan tudung saji ini sebab ia merupakan produk yang boleh dilipat dan begitu praktikal untuk melindungi makanan anda daripada kotoran termasuk habuk.


Fungsi Tudung Saji 

Kegunaan utama tudung saji atau food cover adalah untuk melindungi makanan daripada kotor atau cepat rosak akibat dihinggapi serangga berbahaya seperti lalat. 

Selain itu, penutup makanan ini juga akan menghalang haiwan perosak lain seperti lipas, tikus atau semut daripada mencemarkan atau menghurung makanan tersebut. 

Seperti yang kita ketahui, makhluk perosak seperti lalat dan lipas sangat berbahaya kepada kita dan boleh membawa penyakit. Kuman daripada haiwan-haiwan ini dapat dihalang daripada menjangkiti manusia dengan penggunaan penutup makanan ini. 

Bahkan tudung saji juga membantu kita untuk mengelakkan makanan daripada tercemar akibat habuk atau debu yang berterbangan di dapur.   

Walaupun pada zaman sekarang, ramai orang akan menyimpan makanan makanan di dalam peti sejuk. 

Namun penggunaan tudung saji masih lagi meluas kerana ada sesetengah makanan tidak sesuai untuk disimpan di dalam keadaan suhu yang sejuk. 


Artikel Berkaitan

End of Article