Memilih alat check suhu atau termometer yang bagus dan paling sesuai untuk pelbagai kegunaan terutama untuk bayi dan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah.
Kegunaan utama termometer suhu badan adalah untuk mengukur suhu badan si kecil, check suhu demam di mana ia boleh bantu kita pantau suhu dengan mudah.
Terdapat pelbagai jenis termometer dan harga termometer ada yang murah untuk mereka yang dalam bajet dan harga premium pun ada.
Jom lihat senarai termometer terbaik untuk bayi dan kanak-kanak.
Jangan risau, dewasa pun boleh guna tau!
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 12 Termometer Bayi Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Termometer telinga Omron bukan hanya sesuai digunakan untuk mengukur suhu badan bayi yang berusia 0-1 tahun dan kanak-kanak, tapi orang dewasa pun boleh guna.
Ciri-ciri:
Anda boleh ukur suhu tubuh dengan tepat dalam unit darjah Celcius atau Fahrenheit mengikut keselesaan penggunaan alat ini.
Selain mampu menyimpan memori data suhu yang diukur sehingga 9 set, termometer ini juga akan mengeluarkan amaran demam jika suhu bayi melebihi 37.5°C.
Jadi, jika suhu bayi dilihat semakin meningkat dan berpotensi untuk sakit, anda boleh terus ke klinik secepat mungkin.
Yang penting, suhu badan dapat diperiksa dengan cepat sepantas 1 saat dengan termometer ini.
Dengan rekaan ergonomik dan saiz yang mudah dipegang, tiada masalah lagi untuk anda periksa suhu badan anak jika mereka meronta atau tidak duduk diam.
Review:
"Sesuai untuk kegunaan di rumah, kualiti pun taraf hospital kerana bacaan tepat. Akan berbunyi beep jika detect bayi demam."
Apa yang menarik tentang termometer Omron ini ialah selain boleh mengukur suhu badan, juga boleh menyukat suhu susu atau sebarang objek.
Ini kerana mempunyai ciri Surface Measurement Mode yang senang detect suhu yang anda mahukan.
Anda hanya perlu pegang termometer 1cm dari botol susu untuk ketahui sama ada susu sudah selamat diminum oleh bayi atau belum.
Menariknya, termometer ini sesuai digunakan oleh seisi keluarga daripada yang dewasa, bayi dan kanak-kanak.
Yang penting, alat ini tidak akan mengganggu tidur anak kerana boleh mengukur suhu badan walaupun kedudukannya tidak dirapatkan pada kulit.
Termometer Pigeon tidak sama seperti termometer lain kerana anda perlu menunggu selama 5 minit selepas menekan butang on untuk memastikan suhu yang diambil tepat.
Untuk pengetahuan anda, suhu badan si kecil lebih tinggi berbanding dewasa, maka suhu badan mereka bergantung kepada keadaan sebelum suhu diambil.
Jangan risau, termometer ini mudah digunakan dan boleh mengukur suhu badan bayi anda dengan sangat tepat apabila diletakkan di ketiak mereka.
Termometer ini akan mengeluarkan bunyi sekiranya suhu badan melebih paras normal dan ketahanan bateri mampu bertahan sehingga 20 jam.
Termometer 3 dalam 1 jenama Cofoe bukan sahaja mampu mengukur suhu tubuh dengan tepat, malah boleh juga digunakan untuk periksa suhu susu, air atau bilik anak.
Turut mempunyai skrin LCD besar yang berlampu dalam gelap untuk memudahkan pengguna baca bacaan suhu termometer.
Direka dengan 2 mod iaitu boleh digunakan penutup atau tanpa penutup mengikut keselesaan pengguna.
Mod dengan penutup digunakan untuk periksa suhu pada dahi dan ciri ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Manakala mod tanpa penutup pula untuk cek suhu bayi pada telinga dan ciri ini disarankan untuk usia 6 bulan ke atas.
Termometer Biocare ini menggunakan sensor infrared yang berketepatan tinggi, di mana suhu dapat diukur dengan cepat walaupun tanpa menyentuh anggota badan secara direct.
Jadi bacaan suhu tubuh si manja anda dijamin tepat dan tidak mengganggu si manja terutamanya ketika tidur.
Paling penting, skrin LCD pada termometer ini cukup besar dan sangat jelas untuk di baca selepas anda selesai menggunakannya.
Direka dengan ciri Triple Backlight di mana lampu skrin akan bertukar oren jika suhu agak tinggi (37.6°C-37.9°C), manakala akan menjadi merah jika suhu 38°C ke atas.
Untuk suhu sekitar 32°C-37.5°C pula, skrin akan bertukar warna hijau yang menandakan suhu badan adalah normal.
Jangan lupa pegang termometer ini pada sudut 45° untuk dapatkan bacaan tepat.
Termometer demam bayi jenis digital ini boleh memeriksa suhu badan sepantas 10 saat dan dilengkapi dengan ciri penggera demam.
Termometer ini akan berbunyi jika suhu tubuh melebihi suhu normal yang menandakan suhu bayi meningkat.
Boleh digunakan dengan 3 cara iaitu secara oral (dalam mulut), di bawah ketiak atau rectal iaitu dubur terutamanya untuk bayi baru lahir.
Dengan menggunakan bateri LR41 yang telah disediakan bersama di dalam pembungkusan termometer Bubbles ini, anda boleh terus gunakannya.
Ciri menarik lain pada alat ini ialah mempunyai memori nilai suhu terakhir yang diukur jadi memudahkan anda rekod data suhu anak.
Termometer yang bagus jenama Autumnz ini pula boleh mengukur suhu badan anak dengan dua cara iaitu secara oral atau diletakkan di bawah ketiak.
Bahagian hujung alat ini lembut dan fleksibel agar keselesaan dan keselamatan bayi anda tetap terjamin ketika suhu diambil.
Anda tidak perlu risau lagi jika anak sakit secara tiba-tiba sebab dengan ciri Fever Alarm pada termometer cek suhu ini, termometer akan berbunyi ‘beep’.
Bunyi amaran ini akan berbunyi dengan pantas apabila suhu melebihi 37.8 hingga 42.9°C.
Paling penting, turut mempunyai memori suhu terakhir yang diambil, jadi anda boleh tahu sama ada suhu badan semakin meningkat atau menurun.
Termometer comel bentuk beruang ini akan memudahkan ibu bapa untuk menyediakan air mandian bayi dengan suhu yang paling sesuai dan selamat untuk si comel.
Untuk ibu bapa baru, anda perlu tahu bahawa suhu yang ideal untuk air mandian bayi ialah sekitar 38°C.
Selain boleh mengukur suhu air mandian, termometer ini juga boleh digunakan sebagai mainan ketika bayi anda sedang mandi sebab alat ini kalis air.
Yang menjadi tarikan lagi ialah termometer ini boleh terapung dalam air untuk memudahkan anda baca tahap suhu air.
Walaupun harga termometer ini mahal, produk Braun ini dijamin dapat memberikan bacaan termometer suhu badan yang terbukti lebih tepat berbanding termometer dahi atau dubur.
Jadi, penggunaan termometer ini tidak akan mengganggu anak ketika suhunya diambil walaupun waktu tidur.
Termometer ini juga lengkap dengan ciri memori yang mampu mengingat 9 bacaan suhu yang terakhir diukur agar mudah untuk anda buat perbandingan.
Ciri menarik lain, termometer ini juga mempunyai lampu untuk memudahkan anda baca suhu pada waktu gelap.
Perlu diingatkan termometer ini menggunakan bateri dan anda perlu ditukar jika habis.
Teringin nak miliki termometer yang mudah dibawa ke mana-mana terutamanya ketika melancong?
Jom guna alat ukur suhu badan Nissei yang bersaiz mini dan portable ini.
Termometer ini mempunyai mod senyap di mana hanya akan menyalakan lampu LED dan tidak akan berbunyi ‘beep’ untuk menandakan suhu telah siap diukur.
Ciri menarik ini tidak akan mengganggu bayi anda yang sedang tidur ketika suhu badannya diperiksa.
Lagi menarik, anda tetap boleh mengukur suhu dengan tepat walaupun ketika dalam cuaca yang sejuk.
Baterinya pula mampu bertahan sehingga 1 tahun dan jangan lupa untuk selalu guna alat ini dengan probe cover.
Termometer dari jenama Ouson ini tidak memerlukan anda untuk meletakkannya dekat pada dahi untuk check suhu badan, cukup pada jarak 3cm sahaja.
Selain suhu badan, termometer ini juga mampu untuk membaca suhu pada permukaan objek, dan boleh membaca sehingga bacaan 95 darjah celcius pada permukaan objek.
Bukan sekadar sesuai untuk orang dewasa, bayi dan juga kanak-kanak sesuai menggunakan termometer ini dan ia dijamin selamat serta menghindari penyebaran bersilang.
Untuk menjimatkan bateri, termometer ini turut mempunyai ciri automatic power off setelah tidak digunakan bagi tempoh 30 saat.
Harganya mungkin sedikit mahal, tetapi ia satu pembelian yang berbaloi kerana anda akan dapat warranty selama 2 tahun untuk termometer ini.
Philips Digital Infrared Medical Thermometer Non-Contact adalah alat pengukuran suhu yang mudah dan selamat untuk digunakan di rumah.
Termometer inframerah digital yang mudah alih ini memastikan pengukuran suhu tanpa sentuhan, mengelakkan sentuhan kulit dan menghapuskan risiko jangkitan, jadi ia sesuai untuk mengukur suhu bayi.
Dengan ciri bacaan segera, anda boleh mendapatkan hasil yang tepat dalam hanya satu saat, memberikan bacaan yang cepat dan boleh dipercayai.
Selain itu, paparan LCD berskrin besar dengan lampu latar putih memastikan anda dpaat lihat dengan jelas dalam apa jua keadaan pencahayaan, dan anda boleh menetapkan penggera suhu yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.
Ciri memori yang mudah membolehkan anda menyimpan sehingga 32 set bacaan, menjadikannya mudah untuk mengesan perubahan suhu badan dan menyokong diagnosis demam klinikal.
Ia sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk bayi, kanak-kanak, dan dewasa.
Tambahan lagi, alat ini dilengkapi dengan ciri penutupan automatik untuk penjimatan kuasa.
Sementara itu fungsi multi-mode menyokong kedua-dua pengukuran suhu dahi dan suhu bilik atau objek, dengan pertukaran mudah antara Celsius dan Fahrenheit.
Fungsi termometer
Termometer digunakan untuk mengukur suhu badan atau sesuatu objek solid (pejal) seperti makanan atau cecair seperti air.
Untuk manusia, alat itu sangat membantu untuk periksa suhu badan untuk mengetahui sama ada suhu tubuh kita adalah normal atau tidak.
Dengan pemeriksaan suhu dengan menggunakan termometer ini, kita dapat mengetahui sama ada kita sihat atau mengalami demam.
Ini kerana suhu badan yang tinggi boleh menjadi tanda-tanda bahawa kita sebenarnya menghidap penyakit.
Di Malaysia, kita menggunakan skala Celsius sebagai sistem metrik untuk mengukur suhu.
Antara jenis termometer yang sering digunakan adalah termometer telinga, dahi, dubur dan bawah ketiak.
Jika anda mengalami kesukaran untuk turun suhu anak, jom lihat video di bawah.
Berapakah Suhu Normal Bayi?
Sebagai ibu dan juga bapa, kita wajib tahu suhu normal bayi supaya dapat tahu waktu bayi dalam keadaan kurang sihat.
Suhu normal bayi biasanya berada dalam lingkungan berikut:
- Suhu Normal Mulut (Oral): 35.5°C hingga 37.5°C
- Suhu Normal Ketiak (Axillary): 34.7°C hingga 37.3°C
- Suhu Normal Dubur (Rectal): 36.6°C hingga 38°C
Bagaimanapun, suhu yang diukur melalui dubur cenderung lebih tinggi daripada suhu yang diukur di mulut atau suhu normal bayi di ketiak.
Jadi, adalah penting untuk menggunakan kaedah pengukuran yang sesuai dan memastikan pengukuran dilakukan dengan tepat untuk mendapatkan bacaan yang betul.
Jika suhu bayi anda melebihi bacaan normal ini, terutamanya jika melebihi 38°C, segera berjumpa dengan doktor untuk nasihat lanjut.
Kenapa Merkuri Digunakan Dalam Termometer?
Bagi anda yang tertanya-tanya kenapa menggunakan merkuri dalam termometer walaupun ia merupakan bahan yang berbahaya, ini kerana merkuri mempunyai beberapa sifat unik yang menjadikannya bahan ideal untuk ukur suhu.
Merkuri mempunyai sifat termal yang stabil, bermakna ia mengembang dan menguncup secara konsisten apabila suhu berubah.
Ini memastikan bacaan suhu yang tepat dan boleh dipercayai.
Selain itu, merkuri juga boleh digunakan untuk mengukur suhu dalam julat yang luas, dari suhu yang sangat rendah hingga suhu yang sangat tinggi tanpa berubah menjadi gas atau beku pada suhu biasa.
Merkuri tidak melekat pada dinding kaca termometer, jadi ia memastikan bacaan yang jelas dan tepat.
Paling penting, warna merkuri adalah perak mengilat menjadikannya mudah dilihat dalam tiub kapilari termometer, sekali gus memudahkan bacaan suhu yang tepat.
Bagaimanapun, merkuri adalah bahan beracun yang boleh menyebabkan keracunan dan pencemaran jika termometer pecah.
Sebagai alternatif, banyak termometer moden kini menggunakan bahan yang lebih selamat seperti galium, indium, dan timah atau menggunakan teknologi digital untuk ukur suhu.
Tanda Bayi Demam
Ibu bapa mana yang tak risau sekiranya bayi mereka atau anak kecil mereka demam.
Untuk bayi pula, tanda-tanda demam boleh jadi berbeza-beza, tetapi beberapa gejala umum ini boleh anda diperhatikan:
-
Suhu Badan Tinggi
Suhu rektal lebih daripada 38°C (100.4°F) biasanya menunjukkan bayi tersebut demam. Pengukuran suhu demam bayi boleh dilakukan melalui rektum, mulut, ketiak, atau telinga, bergantung pada umur bayi dan kaedah yang disyorkan.
-
Kulit Panas atau Merah
Kulit bayi mungkin terasa panas apabila disentuh, terutama di bahagian dahi, dada, atau belakang. Kulit mereka juga mungkin kelihatan kemerahan.
-
Kelesuan yang Luar Biasa
Bayi mungkin kelihatan lebih mengantuk atau lesu daripada biasa dan mungkin kurang berminat untuk bermain atau berinteraksi.
-
Kurang Selera Makan
Bayi yang demam mungkin menunjukkan kurang minat untuk makan atau menyusu.
-
Menangis Luar dari Kebiasaan
Bayi mungkin menangis lebih banyak atau dengan nada yang berbeza daripada biasa.
-
Perubahan Corak Tidur
Bayi mungkin tidur lebih lama daripada biasa atau sebaliknya, mengalami kesukaran untuk tidur.
-
Berpeluh atau Menggigil
Bayi yang demam mungkin berpeluh atau menggigil, walaupun mereka merasa panas.
-
Dehidrasi
Tanda-tanda dehidrasi termasuk kurang kencing, mulut kering, mata yang cekung, dan kurang air mata ketika menangis.
Jadi itu adalah antara gejala-gejala yang anda perlu perhatikan.
Segera dapatkan nasihat daripada doktor jika bayi anda yang demam berusia di bawah tiga bulan, atau jika demam disertai dengan tanda-tanda lain yang membimbangkan seperti kejang, kesukaran bernafas, atau kelesuan yang melampau.
Jenis Termometer Yang Sesuai Untuk Bayi
Memilih termometer yang sesuai untuk bayi adalah penting untuk memastikan suhu dapat diujur dengan selesa dan tepat.
Berikut adalah beberapa jenis termometer yang sesuai untuk bayi:
Termometer Rektal
- Kelebihan: Termometer rektal memberikan bacaan suhu yang paling tepat dan cepat. Ia sangat disarankan untuk bayi berusia bawah tiga bulan.
- Kekurangan: Penggunaannya mungkin tidak selesa untuk bayi dan memerlukan langkah berjaga-jaga untuk memastikan penggunaan yang selamat.
Termometer Telinga (Inframerah Tympanic)
- Kelebihan: Termometer ini cepat dan mudah digunakan, serta memberikan bacaan suhu yang tepat. Ia sesuai untuk bayi atas 3 bulan.
- Kekurangan: Mungkin kurang tepat jika terdapat tahi telinga yang banyak atau saluran telinga yang kecil.
Termometer Dahi (Temporal Artery)
- Kelebihan: Sangat mudah digunakan, tidak invasif, dan memberikan bacaan suhu dengan cepat. Ia sesuai untuk bayi dari semua peringkat umur.
- Kekurangan: Bacaan mungkin kurang tepat jika tidak digunakan dengan betul atau jika terdapat peluh pada dahi bayi.
Termometer Digital Pelbagai Guna
- Kelebihan: Boleh digunakan untuk ukur suhu secara oral, rektal, atau di ketiak. Ia biasanya tepat dan mudah dibaca.
- Kekurangan: Bacaan ketiak mungkin kurang tepat dibandingkan dengan bacaan rektal atau telinga.
Termometer Pacifier
- Kelebihan: Direka khas untuk bayi yang menggunakan puting, menjadikan pengukuran suhu lebih mudah dan tidak mengganggu.
- Kekurangan: Bacaan mungkin kurang tepat dibandingkan dengan termometer rektal atau telinga.
Termometer Tanpa Sentuh (Non-Contact Infrared)
- Kelebihan: Mengukur suhu tanpa menyentuh kulit, jadi mengurangkan risiko jangkitan. Sangat sesuai untuk bayi yang sukar duduk diam.
- Kekurangan: Bacaan mungkin dipengaruhi oleh suhu persekitaran atau jarak pengukuran yang tidak betul.
Sebelum anda membuat pembelian termometer yang sesuai, pertimbangkan usia bayi, keselesaan, dan ketepatan bacaan suhu.
Akhir sekali, sentiasa baca dan ikuti arahan penggunaan untuk memastikan pengukuran suhu yang tepat.