Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
reels memancing malaysia

11 Reel/Mesin Pancing Terbaik di Malaysia 2024

Serlahkan skill memancing anda hari ini!

Aktiviti memancing sebenarnya satu hobi atau hiburan yang menarik walaupun ia memakan masa yang lama kerana kita perlu setia menunggu ikan mengena pada mata kail.

Pemilihan dan penggunaan barang memancing memainkan peranan penting untuk memastikan hobi ini tidak sia-sia.

Antaranya barang yang ada perlukan semestinya mesin pancing atau reel dan setiapnya berbeza ciri dan ada fungsinya yang tersendiri. 

Pemilihan mesin pancing ini sangat penting kerana ia bergantung kepada jenis pancingan yang akan dilakukan. Anda keliru?

Jom lihat jenama mesin pancing terbaik yang kami senaraikan ini.


Penyunting

Senarai 11 Reel/Mesin Pancing Terbaik

Mesin pancing terbaik secara keseluruhan
GTECH 2021 Magnesium Lite SW and Magnesium SW Saltwater
GTECH 2021 Magnesium Lite SW and Magnesium SW Saltwater
From
RM359.00
Check GTECH 2021 Magnesium Lite SW and Magnesium SW Saltwater price below:
add_circle Pemegang boleh digunakan kedua dua belah tangan
add_circle Nisbah gear berkelajuan tinggi
add_circle Boleh menampung berat sehingga 30kg
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Bagi anda yang baru hendak menceburi bidang memancing, cubalah mesin pancing berkualiti ini.

Ciri-ciri:

Padanan dengan harga kerana spinning sesuai digunakan memancing di laut, pantai, teluk, kolam dan sungai. 

Malah dengan 13 ball bearing dan 1 roller bearing menjadikan operasi pengendalian reel lebih bagus berbanding reel lain. 

Pemegang mesin pancing ini diperbuat sepenuhnya dengan metal, tapi ringan dan kuat.

Bahagian pemegangnya pula boleh ditukar ganti kiri dan kanan bagi keselesaan anda.

Manakala bacaan nisbah gear yang berkelajuan tinggi memberikan prestasi putaran yang lebih cepat. 

Ditambah lagi dengan pengendalian kuasa seret 7 sekalilgus boleh menampung berat ikan sehingga 30kg.

Review:

“Memang mahal tapi bila dah guna memang rasa berbaloi,”

Mesin pancing elektrik
DAIWA Tanacom 1000
daiwa tanacom
From
RM2,020.00
Check DAIWA Tanacom 1000 price below:
add_circle Mesin pancing jenis elektrik
add_circle Boleh tampung berat sehingga 15-22 kg
remove_circle Hanya boleh digunakan dengan tangan kanan
remove_circle Harga mahal

Kalau anda memang penggemar aktiviti memancing yang lebih relax, mesin pancing elektronik adalah jawapan yang paling tepat.

Tak perlu susah susah tarik tali pancing secara manual kerana mesin pancing ini menggunakan tenaga elektrik untuk menarik tali pancing.

Ciri lain lagi mempunyai skrin digital yang memaparkan butiran keberatan tarikan atau panjang tali pancing.

Paling best, boleh menampung tarikan sehingga 15 ke 22 kg pada masa yang sama.

Cuma produk keluaran Jepun ini hanya sesuai untuk kegunaan tangan kanan sahaja.

Mesin pancing yang sesuai untuk pantai
SEAHAWK Shore Front Fishing Reel 6000
From
RM120.00
Check SEAHAWK Shore Front Fishing Reel 6000 price below:
add_circle Kili diperbuat daripada aluminium
add_circle Pemegang yang selesa
add_circle Mampu menampung berat sehingga 8kg
remove_circle Harga mahal

Mesin pancing dari Seahawk merupakan pilihan paling tepat bagi kaki pancing yang gemar memancing di kawasan pantai.

Kilinya diperbuat daripada aluminium dapat memberi kecekapan semasa memancing.

Bahagian pemegang mesin pancing cukup selesa untuk memberi grip cengkaman yang sempurna dan kemas.

Mesin pancing ini mampu menampung berat sehingga 8kg, dengan clicker yang kuat. 

Ciri ini menjadikan sangat sesuai untuk memancing di kawasan air cetek seperti seperti pantai.

Mesin pancing yang tahan lasak
SHIMANO SLX 151HG Left Handle Bait Casting Reel
From
RM337.00
Check SHIMANO SLX 151HG Left Handle Bait Casting Reel price below:

Tidak kiralah anda nak pancing ikan besar atau kecil, mesin pancing ini boleh melakukan hampir semuanya!

Dilengkapi dengan reel berukuran saiz besar khas dengan bearing 3 +1 sangat sesuai untuk memancing dalam persekitaran yang sukar.

Mesin pancing dari Shimano ini merangkumi semua teknologi terbaik dan pemegangnya sesuai untuk anda yang lefthanded serta boleh mencapai maksimum pancingan hingga 5kg.

Nisbah gear yang setinggi 7:2:1 pasti memberikan tarikan yang lebih lancar dan berkuasa tinggi setiap kali anda memancing! 

Tak perlu risau dengan berat mesin pancing ini kerana ia serba ringan untuk mengurangkan kelelahan pada pemancing. 

Mesin pancing udang
IKANO RX-7 500A / 800A Spinning Reel
IKANO RX-7 500A / 800A Spinning Reel
From
RM31.99
Check IKANO RX-7 500A / 800A Spinning Reel price below:
add_circle Turut boleh pancing ikan kecil selain udang
add_circle Boleh ditukar dari kiri ke kanan
remove_circle Tidak sesuai untuk memancing ikan besar

Bagi kaki pancing udang, anda harus memiliki mesin pancing daripada Ikano ini!

Ini kerana bukan saja boleh pancing udang tapi boleh guna untuk mancing ikan bersaiz kecil. 

Dilengkapi pemegang die-casting yang boleh ditukar dari kiri ke kanan atau sebaliknya bagi keselesaan anda.

Ciri lain lagi, mempunyai 3 ball bearing tepat dengan 1 clutch satu arah untuk memastikan mesin pancing ini dapat dikendalikan dengan mudah.

Tambah lagi, mesin pancing ini mempunyai nisbah gear 5:0:1 dan kapasiti tali satu line.

Mesin pancing untuk casting
YUMOSHI AD 2000-8000 Series 12+1 Ball Bearing
YUMOSHI AD 2000-8000 Series 12+1 Ball Bearing
From
RM53.48
Check YUMOSHI AD 2000-8000 Series 12+1 Ball Bearing price below:
add_circle Ringan
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Boleh ubah ketegangan tali pancing

Mesin pancing ini mempunyai ciri bahagian badan ultra tipis dan reka bentuk CNC menjadikan mudah dikendalikan.

Manakala roda kili mengandungi jet aloi aluminium yang kukuh dan pemusing untuk memanjangkan tali.

Terdapat juga sistem brek supaya tali pancing yang tidak pergi terlalu jauh. 

Paling penting sekali, mempunyai butang untuk mengubah ketegangan tali pancing.

Mesin pancing ini cukup berkualiti tinggi kerana struktur besi pada mesin ini yang kuat dan mampat.  

Mesin pancing ultralight
KD Spinning Reel 1000-6000
KD Spinning Reel 1000-6000
From
RM28.00
Check KD Spinning Reel 1000-6000 price below:
add_circle Ringan
add_circle Diperbuat daripada keluli tahan karat
remove_circle Tidak sesuai untuk menangkap ikan besar

Mesin pancing serba ringan ini menggunakan struktur yang selesa untuk dipegang.

Reka bentuk KD Spinning Reel ini mempunyai ukiran hollow dilengkapi suis kiri & kanan menjadikan 

Teras dalamannya pula diperbuat daripada keluli tahan karat dengan menggunakan rantai aloi zink.

Pad brek seakan bulu mewah serta suis yang dapat digunakan pada kedua dua belah tangan kiri dan kanan, mudah anda nak bertukar jika tangan lenguh.

Menggunakan pemegang kuasa jenis EVA memberikan cengkaman yang kemas dan selesa kepada si pemancing.

Mesin pancing automatik
Deukio DS DK FS 2000-7000
DEUKIO DS DK FS 2000-7000
From
RM28.00
Check Deukio DS DK FS 2000-7000 price below:
add_circle Diperbuat daripada logam
add_circle Memiliki reka bentuk menarik
add_circle Boleh digunakan pada kedua belah tangan

Mesin pancing ini diperbuat daripada logam dan memiliki kemasan serta reka bentuk yang menarik, padat dan ringan.

Bingkai grafitnya juga mempunyai kekuatan tegangan tinggi yang mampu menahan hakisan.

Sistem seretannya juga cukup unggul untuk memberikan kuasa seret yang lebih intensif. 

Memiliki pemegang dengan bentuk unik membuatkan mesin pancing ini kelihatan menarik.

Juga boleh digunakan dan ditukar ganti pada kedua dua belah tangan kanan dan kiri.

Apa lagi yang anda mahukan? Semua nya cukup lengkap dengan warna serba menarik menjadikan mesin pancing ini antara pilihan yang sempurna dan terbaik. 

Mesin pancing untuk jigging
SHILIHUI Jigging Reel Baitcasting
LINNHUE
Mesin pancing untuk jigging
From
RM94.00
Check SHILIHUI Jigging Reel Baitcasting price below:
add_circle Sesuai untuk umpan tiruan
add_circle Magnet yang berat
add_circle Berat yang kuat
add_circle Mampu menampung berat sehingga 8kg
remove_circle Berat

Mesin pancing jenama LINNHUE ini direka khas untuk kawalan optimal semasa memancing dengan umpan tiruan.

Ia menawarkan daya tarik magnet yang berat yang mana membolehkan anda melemparkan umpan dengan tepat dan jauh.

Tambah lagi, mesin ini mempunyai ‘ceramic cylindrical outlet hole’ yang licin, kuat, dan tahan lasak. 

Jadi, pemancing boleh mengendalikan tali pancing dengan lebih baik apabila berjaya umpan ikan yang besar.

Keupayaan brek juga sangat tinggi untuk memastikan pengawalan yang cekap semasa memancing dengan intensiti tinggi dan mengelakkan tali pancing daripada terbelit.

Menarik lagi, anda boleh memancing sehingga 48 jam di persekitaran lautan.

Mesin pancing untuk spinning
KFT PROBEROS Spinning Reel
KFT PROBEROS
mesin pancing yang tahan lasak
From
RM39.78
Check KFT PROBEROS Spinning Reel price below:
add_circle Pemegang boleh dilipat
add_circle Gear berkelajuan tinggi
add_circle Sistem seret gentian karbon
add_circle Klik pemesinan cnc kuat & tahan lama
add_circle Menampung berat sehingga 8 kg
remove_circle Tidak sesuai untuk beginner

Rekaan reel pancing KFT PROBEROS ini sangat sesuai bagi mereka yang hobi tiap minggu adalah memancing.

Ini kerana bahagian CNC machining spool yang tahan lama dan kuat, jadi memang tahan lasak. Guna tiap minggu pun tak mudah rosak.

Ciri lain lagi, rekaan badan ultra nipis dan mempunyai nisbah gear 5.2:1 dan kapasiti cawan tali dari siri 500 hingga 7000.

Paling penting, anda boleh menukar pemegang dari sebelah kanan ke kiri dan pemegang juga boleh dilipat.

Turut dilengkapi dengan ‘front drag mechanism’ dan ‘instant anti-reverse’ untuk memancing dengan lebih lancar dan terkawal.

Jangan risau, reel pancing ini boleh menampung berat sehingga 8 kg dengan CNC machining spool yang kukuh dan tahan lasak, serta ‘double main shaft bearing’.

Mesin pancing yang tahan lasak
Bullzen Gamer Asassin Ultra Fishing Reel
Bullzen
mesin pancing tahan lasak
From
RM135.00
Check Bullzen Gamer Asassin Ultra Fishing Reel price below:
add_circle Tahan lasak
add_circle Bola keluli tahan karat
add_circle Pemegang boleh ditukar
remove_circle Mahal

Mesin pancing edisi istimewa Bullzen Gamer Asassin Ultra ini mempunyai beberapa ciri menarik untuk kaki pemancing.

Antaranya termasuklah badan abs yang tahan lasak, sistem gegelung anti-balik keluli tahan karat, ‘double anodized machined aluminium spool’, dan paksi gear utama tahan karat.

Dilengkapi dengan bantalan bola keluli tahan karat 4+1 dan mekanisma gear khas untuk kawalan ultralight serta pemegang aluminium mesin yang boleh ditukar.

Komponen utama seperti paksi utama dan paksi gear utama juga diperbuat dari keluli tahan karat untuk memastikan ketahanan terhadap tekanan dan keadaan yang lebih mencabar.

Lebih menarik, mesin ini dilengkapi dengan berat tolak karbon kuat yang boleh diubahsuai dari 3 hingga 12kg, serta pelaras kuasa pelbagai disc untuk prestasi seretan yang lebih baik.


Bagaimana Cara Pilih Reel/Mesin Pancing?

Reel atau mesin pancing merupakan alat yang sangat penting dalam aktiviti memancing.

Sebelum anda membeli reel atau mesin pancing, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu.

Pertama sekali, anda perlu menggunakan reel atau mesin pancing yang sesuai dengan jenis pancingan anda.

Adakah anda ingin memancing di sungai, laut, atau kolam?

Kedua, pastikan anda memilih reel atau mesin pancing yang mempunyai tali pancing yang berkualiti. 

Tali pancing yang berkualiti, tahan lasak, dan tidak mudah putus akan bantu anda menarik ikan kecil atau besar dengan lebih mudah.

Ketiga, pastikan reel atau mesin pancing yang anda pilih mempunyai sistem brek yang berkualiti.

Terdapat dua jenis brek, iaitu brek depan dan belakang untuk mengawal kekuatan ikan dan mengelakkan tali pancing dari putus.

Brek depan digunakan untuk memancing ikan yang agresif, manakala brek belakang sesuai untuk memancing ikan yang lebih besar dan kuat.

Keempat, pilihlah saiz reel atau mesin pancing yang bersesuaian dengan jenis ikan yang anda ingin pancing.

Kesalahan memilih saiz reel atau mesin pancing akan menyukarkan anda untuk seimbangkan diri anda ketika menarik ikan.

Akhir sekali, pastikan anda memilih reel atau mesin pancing yang mempunyai jaminan kualiti yang baik.

Dengan memilih reel atau mesin pancing yang mempunyai jaminan kualiti yang baik, anda akan yakin bahawa alat tersebut tahan lama dan memberikan prestasi yang baik semasa memancing.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Reel/Mesin Pancing?

Mungkin ramai daripada kita yang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai kelebihan dan kekurangan reel/mesin pancing.

Oleh itu, mari kita lihat secara lebih dekat mengenai topik ini.

Kelebihan reel atau mesin pancing ialah:

  • Jarak lemparan yang lebih jauh

Reel atau mesin pancing membolehkan anda melempar umpan anda lebih jauh berbanding pancing tradisional.

Ini memberikan anda peluang yang lebih besar untuk menangkap ikan yang lebih besar di tempat-tempat yang sukar dicapai.

  • Mudah digunakan

Mesin pancing membolehkan anda memutar dan menarik pancing dengan lebih lancar dan senang.

Anda juga boleh mengatur ketegangan tali dengan mudah.

  • Daya tahan yang lebih lama 

Reel atau mesin pancing dibuat dengan bahan tahan lasak dan boleh bertahan untuk jangka masa yang lama.

  • Meningkatkan keupayaan memancing 

Dengan menggunakan reel/mesin pancing, anda boleh meningkatkan keupayaan memancing anda dengan lebih mudah dan cepat.

Kekurangan reel/mesin pancing:

  • Harga yang lebih mahal 

Reel atau mesin pancing mempunyai harga yang lebih mahal berbanding pancing tradisional. 

  • Perlu diselenggara dengan baik

Reel atau mesin pancing memerlukan penyelenggaraan yang baik dan kerap untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

  • Kurang cabaran

Reel dan mesin pancing tidak memberikan cabaran yang sama seperti pancing tradisional, di mana anda perlu menggunakan tenaga dan kemahiran untuk menarik ikan.

  • Ketidakcekapan

Reel atau mesin pancing mungkin tidak efektif untuk memancing jenis ikan tertentu atau dalam keadaan cuaca tertentu.


Bagaimanakah Cara Memilih Batang Pancing Dan Reel?

Untuk memilih reel yang betul, terdapat beberapa perkara yang perlu anda perhatikan.

Pertama sekali teknik apa yang digunakan, seterusnya jenis ikan untuk diburu serta di mana anda mahu memancing.

Tiga perkara ini sangat penting, jadi bagi mengetahui cara memilih batang pancing jom lihat beberapa cara ini.

Untuk mengetahui cara memilih batang pancing, boleh lihat beberapa cara berikut:

1. Periksa Saiz dan Nisbah Gear

Petua pertama dalam memilih mesin pancing terbaik adalah dengan mengetahui saiz dan nisbah gear. 

Jika anda ingin memancing di laut, pastikan saiz reel mencapai 4,000 yang boleh menahan tarikan dari ikan sehingga 4,000 gram.

Jika nisbah adalah 5:1, maka setiap 1 pusingan pada pemegang akan menggulung reel dengan 5 pusingan.

Oleh itu, menentukan magnitud gear adalah sangat penting.

Dengan cara itu, anda boleh menjadi lebih spesifik apabila anda ingin mencari reel pancing yang baik dari jenama apa atau menentukan reel memancing yang sesuai untuk anggaran tertentu. 

Jika anda ingin memancing dalam air laut, nisbah yang biasa digunakan ialah 3:1.

2. Perhatikan Kualiti Bahan

Selepas menentukan saiz dan nisbah gear, memilih reel memancing terbaik juga boleh ditentukan dari kualiti bahan yang digunakan. 

Bahan yang paling biasa untuk membuat reels ialah grafit atau bahan aluminium kerana ia menghasilkan reel yang jauh lebih ringan dan kuat.

Walaupun reel yang diperbuat daripada logam mempunyai beban berat, namun reel akan menjadi kuat. 

Terdapat satu lagi bahan yang juga digunakan untuk membuat reel iaitu magnesium kerana ia tahan lama dan ringan.

3. Ketahui Jenis Reel dan Kekuatannya

Cara seterusnya untuk memilih reel pancing terbaik adalah dengan mengetahui jenis reel yang akan digunakan dan kekuatannya. 

Terdapat beberapa jenis reel yang boleh anda gunakan, seperti reel berputar, reel pemutus, reel trolling, atau reel pancing terbang.

Reel juga direka khas berdasarkan teknik memancing yang digunakan supaya fungsi mereka akan lebih optimum. 

Langkah seterusnya ialah menentukan kekuatannya. Kuasa reel biasanya ditulis dengan nombor 1,000, 2,000, hingga 30,000.

Angka ini menunjukkan berapa besar saiz reel, serta seberapa besar kapasiti tali reel nya. 

Semakin tinggi kuasa reel, semakin tinggi kemampuannya untuk menahan tarikan ikan.

Jika ingin faham dengan lebih lanjut, anda boleh tonton video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article