Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Maternity Pad Penting Untuk Kegunaan Para Ibu Selepas Bersalin

Satu keperluan yang sering para ibu mengandung terlepas pandang.

Dalam keghairah menyediakan pelbagai persiapan untuk menyambut kedatangan bayi, sering terlupa untuk menyediakan persiapan untuk diri kita sendiri. Antara keperluan yang diperlukan oleh para ibu sejurus selepas bersalin adalah pad wanita bersalin. Mungkin nampak remeh, tetapi, dalam keletihan kita melayan kerenah bayi yang baru lahir, kita hendaklah sentiasa memastikan keselesaan dan kesihatan diri dijaga rapi.

Walaupun kebanyakan para ibu yang baru bersalin boleh sahaja menyesuaikan diri dengan menggunakan pad yang biasa digunakan semasa datang bulan tetapi dinasihatkan ibu-ibu gunalah maternity pad khas untuk darah nifas kerana selalunya lebih banyak dari haid. Maka, amatlah digalakkan untuk ibu-ibu yang baru bersalin menggunakan pad wanita bersalin yang ada di pasaran. Antaranya ialah;

Pad wanita bersalin bertali untuk keselesaan pengguna
BEESON Maxicare Maternity Loop Pad
From
RM7.90
Check BEESON Maxicare Maternity Loop Pad price below:
add_circle 10 keping dalam 1 pek
add_circle Sangat menyerap
add_circle Lembut & berkusyen agar selesa
add_circle Sesuai untuk selepas bersalin
remove_circle Tiada sayap

Wanita bersalin lebih digalakkan untuk mengurangkan pergerakan sebaik sahaja selesai melahirkan si comel. Pergerakan anda akan menjadi terbatas selepas bersalin. Samada anda hanya akan duduk sahaja atau berbaring semasa berpantang. Terdapat juga pad wanita bersalin yang sedia dengan tali lebih memudahkan penggunanya untuk beralih ke kanan dan kiri tanpa risau akan kedudukan pad bergerak. 

Pad wanita bersalin Beeson Maxicare Maternity Loop Pad ini menyediakan keselesaan untuk penggunanya dan ketebalan pada gelung tali menambahkan keyakinan si pemakai. 

Pad yang sesuai untuk wanita bersalin secara ‘C-Sec
BUBBLES Maternity Pad
From
RM26.90
Check BUBBLES Maternity Pad price below:

Ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan atau ‘C-sec’ tentunya dinasihatkan untuk kurang bergerak berbanding dengan ibu-ibu bersalin secara normal supaya risiko luka atau pendarahan pada tempat pembedahan dapat dielakkan. Bubbles Maternity Pads diperbuat daripada bahan serapan tinggi dan telus udara untuk menyediakan perlindungan terbaik dan memastikan kulit dan pakaian penggunanya sentiasa kering. 

Materialnya juga lebih nipis daripada pad wanita bersalin yang lain dan mempunyai pita pelekat untuk memastikan kedudukan yang tetap semasa pemakaiannya. 

Setara dengan pad wanita bersalin yang dibekalkan di hospital
SanNap Loop Maternity Pad With Belt
From
RM6.85
Check SanNap Loop Maternity Pad With Belt price below:

Biasanya, maternity pad dari jenama SanNap Loop ini digunakan di hospital untuk kegunaan para ibu selepas bersalin. Ianya datang dengan tali gelung dan tali pinggang bagi memudahkan anda memakainya. Maternity pad ini sangat membantu terutama sekali di kala awal peredaran darah nifas yang mengalir dengan banyaknya.  

Menjadi pilihan ramai wanita bersalin – memberi keselesaan berpanjangan
Pureen Madame Maternity Pad
From
RM23.50
Check Pureen Madame Maternity Pad price below:

Pad wanita bersalin Pureen Madame ini adalah antara pad pilihan ramai ibu-ibu bersalin yang telah menggunakannya sebelum ini. Sesuai digunakan pada waktu malam, Pureen Madame Maternity Pad ini direka lebih tebal untuk waktu aliran darah nifas yang banyak. 

Direka dengan pita pelekat yang kuat, posisi pad tidak mudah berubah apabila dipakai untuk keselesaan penggunanya serta pitanya jenis tidak akan menyakitkan pinggang anda. 

Pad wanita bersalin dengan menggunakan teknologi Jepun
BABESTEPS Postpartum Maternal Sanitary Napkin Pad
From
RM46.96
Check BABESTEPS Postpartum Maternal Sanitary Napkin Pad price below:

Darah nifas yang keluar selepas bersalin boleh menyebabkan luka dan sakit kepada kulit sensitif. Pemilihan pad wanita bersalin yang betul dan selesa, ditambah dengan teknologi rekaan bentuk sesuai pastinya membantu untuk mengurangkan ketidakselesaan kepada para ibu. Darah nifas keluar secara banyak juga boleh menyebabkan pad wanita biasa tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik. 

Ibu yang baru lepas bersalin mempunyai sistem imunisasi yang rendah dan pad wanita biasa mungkin boleh mengakibatkan jangkitan kuman atau bakteria dengan mudah. 

Pad maternity yang lembut, kegemaran ibu bersalin
INTIMATE Maternity Loop
From
RM14.90
Check INTIMATE Maternity Loop price below:

Diperbuat daripada material lembut, Intimate Maternity Look mampu memberikan rasa selesa kepada penggunanya. Ianya mampu menyerap dan dilengkapi dengan rekaan anti-kebocoran, serta pad yang panjang berukuran sehingga 280mm dan lebarnya membolehkan pad wanita bersalin ini lebih sesuai digunakan semasa dalam pantang.

Yang penting, tidak akan membuatkan kulit anda menjadi rengsa atau iritasi. 

Pad wanita bersalin premium untuk kulit sensitif dan alahan
Lunavie Premium Maternity/Overnight Pads (36cm)
From
RM16.80
Check Lunavie Premium Maternity/Overnight Pads (36cm) price below:
add_circle Anti-bocor
add_circle Hypoallergenic
add_circle Lembut pada kulit
add_circle Diperbuat daripada 100% kapas
add_circle Mempunyai sayap
remove_circle Harga mahal

Lunavie Premium Maternity direka lebih panjang daripada pad biasa dan dilengkapi dengan span yang selesa untuk melakukan teknik penyerapan dengan lebih berkesan. Dilengkapi dengan permuakaan anti-bakteria yang sangat efektif, ianya memberi penjagaan tambahan yang menjadi penyebab kepada kegatalan dan masalah kulit disekitar kawasan vagina. 

Ditambahkan pula dengan ‘Anti-Leak Guard’, pastinya membantu di waktu darah banyak mengalir. Tahap pHnya sesuai untuk kulit dan tidak menimbulkan alahan. Juga direka dengan sayap tepi untuk mengelakkan pergerakan pad. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article