Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Smartphone Terbaik & Terbaru

10 Smartphone Terbaik & Terbaru Tahun 2025

Kami bantu senaraikan handphone terbaik dan paling terkini!

Tak tahu nak pilih jenama handphoneĀ dan jenis handphone dari brand handphone terbaik? Jom kita orang tolong korang senaraikan model smartphone terbaik 2025.

Smartphone menjadi salah satu alat komunikasi penting dalam kehidupan untuk mendapatkan berita semasa, berhubung dengan orang jauh, bermain game, mendengar muzik, merakam video dan gambar dan bermacam lagi kegunaan.

Apa yang menjadi persoalan, adakah jenama telefon Malaysia atau model handphone terbaru yang kita pilih dan beli mempunyai spesifikasi yang baik?

Walaupun jenama handphone terbaik menawarkan harga murah, tak semestinya telefon terbaik tersebut tidak berkualiti.

Malah, jenis telefon bajet sekarang mempunyai spesifikasi yang canggih terutamanya smartphone jenis Android atau telefon bimbit Malaysia terkini.

Jenama telefon terbaik seperti Apple dan Samsung sering dilihat mempunyai telefon kamera terbaik dan kedua-duanya antara handphone paling laris di Malaysia.

Selain itu, handphone terbaru daripada Oppo atau Vivo juga turut mempunyai telefon kamera terbaik dan turut menjadi pilihan jenama smartphone Malaysia.

Apa-apa pun, korang boleh tengok senarai smartphone terbaik di bawah ini dan buat pilihan sendiri mana yang sesuai untuk korang.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Senarai 10 Smartphone Terbaik & Terbaru

Smartphone terbaik secara keseluruhan
Apple iPhone 16
Apple
iphone 16
From
RM3,999.00
Check Apple iPhone 16 price below:
add_circle Kawalan Kamera lebih mudah
add_circle Cip A18 yang lebih pantas
add_circle Hayat bateri lebih lama
add_circle Tahan lasak dengan Ceramic Shield
remove_circle Menggunakan USB type-C sepenuhnya
  • Cipset: Apple A18 (3 nm)
  • OS: iOS 18, naik taraf ke iOS 18.1
  • RAM: 8GB
  • Storage: 128GB, 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.1-inch, Super Retina XDR OLED
  • Resolusi: 1179 x 2556 piksel
  • Bateri:Ā  3561 mAh
  • Kamera: 48MP (lebar), 12MP (ultra-lebar) 12MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

iPhone 16 merupakan smartphone terbaik secara keseluruhan kerana prestasi cemerlang dengan kamera 48MP Fusion, lensa Ultra Wide dan cip A18 yang kuat.

Paparan Super Retina XDR dan reka bentuk aluminium tahan lasak menambah nilai, sementara ciri keselamatan seperti Pengesanan Kemalangan memberi ketenangan fikiran.

Hayat bateri juga lebih panjang dan ciri butang Action memudahkan penggunaan.

Ciri-ciri:

iPhone 16 membawakan peningkatan kawalan dan prestasi dalam fotografi dengan kamera 48MP Fusion dan Kamera Control, memberikan cara yang lebih intuitif untuk akses ciri-ciri kamera dan memberikan hasil gambar yang lebih terperinci.Ā 

Lensa Ultra Wide yang diperbaharui dengan autofokus membolehkan hasil gambar makro yang menakjubkan, manakala lensa Telefoto memberikan zum berkualiti optik 2x.Ā 

Sementara itu, dengan cip A18 baharu, iPhone 16 mengendalikan ciri foto lanjutan dan permainan setaraf konsol, sambil menggunakan kuasa dengan cekap untuk hayat bateri lebih lama, sehingga 22 jam untuk playback video.Ā 

Selain itu, telefon ini direka dengan aluminium gred aeroangkasa, paparan Super Retina XDR 6.1 inci dilindungi oleh Ceramic Shield, menjadikannya sangat tahan lasak.Ā 

Butang Action pula memudahkan akses kepada ciri seperti lampu atau mod Senyap.Ā 

Dengan iOS 18, korang boleh menyesuaikan skrin dengan warna pilihan, mencari foto kegemaran dengan lebih cepat, dan menambah kesan animasi dalam iMessage.Ā 

Tambahan pula, ciri keselamatan seperti Pengesanan Kemalangan memberi ketenangan serta keselamatan tambahan.

Review:

"Rasa ringat dan sangat premium bila dipegang. Kamera dia memang power, gambar jadi sharp gila, tambah pula lensa Ultra Wide yang best untuk makro shots. iPhone 16 ni memang puas hati gila!"

Smartphone terbaik untuk kerja
Google Pixel 10 Pro
Google
Google Pixel 10 Pro
From
RM4,999.00
Check Google Pixel 10 Pro price below:
add_circle Kamera dengan feature Camera Coach
add_circle Reka bentuk yang premium
add_circle Ciri AI yang dipertingkat
add_circle Software yang sangat lancar
remove_circle Bateri tak tahan lama

Ā 

  • Cipset: Google Tensor G5 (3 nm)
  • OS: Android 16, sehingga 7 naiktaraf Android
  • RAM: 16GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.3 inci LTPO OLED, 120Hz
  • Resolusi: 1280 x 2856 piksel
  • Bateri: 4870 mAh, 30W pengecasan pantas
  • Kamera: 50 MP (lebar), 48 MP (periskop telefoto), 48 MP (ultra lebar), 42 MP (swafoto)

Ā 

Korang yang tengah cari peranti Android yang betul-betul boleh support kerja-kerja berat, Google Pixel 10 Pro ni patut masuk list korang.

Power dengan cip pemprosesan Google Tensor G5 (3 nm) dan datang dengan RAM 16GB yang melimpah ruah, serta ROM 256GB, ia janji prestasi multitasking yang laju dan smooth, memang cun untuk handle semua aplikasi pejabat yang berat.

Paling best, ia guna Android 16 dan dijamin akan dapat sampai tujuh kali upgrade OS utama, kira macam pelaburan bijaklah untuk jangka masa panjang.

Skrin LTPO OLED 6.3-inci dengan resolusi tinggi, refresh rate 120Hz, dan kecerahan yang melampau akan bagi visual yang super jernih dan tajam bila korang nak baca dokumen atau buat video call.

Sistem tiga kamera belakang 50MP + 48MP + 48MP dengan 5x Optical Zoom dan OIS tu pula confirm akan tangkap semua dokumen dan gambar kerja korang dengan kualiti yang tip-top.

Dengan bateri 4870 mAh dan pengecasan pantas, ditambah pula sensor canggih macam UWB dan Circle to Search, Pixel 10 Pro ni memang kawan kerja digital yang sangat solid dan boleh harap.

Telefon iPhone yang berbaloi beli
Apple iPhone 17
Apple
Apple iPhone 17
From
RM3,999.00
Check Apple iPhone 17 price below:
add_circle Kualiti kamera yang bagus
add_circle Jangka hayat bateri lebih baik
add_circle Refresh rate 120Hz (akhirnya!)
remove_circle Reka betuk lama
  • Cipset: Apple A19
  • OS: iOS26
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.3 inci Super Retina XDR OLED, 120Hz
  • Resolusi: 1206 x 2622 piksel
  • Bateri: 3692 mAh
  • Kamera: 48 MP (lebar) + 48 MP (ultrawide), 18 MP (swafoto)

Kalau korang sedang mencari telefon pintar Apple yang menawarkan keseimbangan prestasi dan ciri-ciri termaju, iPhone 17 mungkin pilihan yang berbaloi.

Dikuasakan oleh cip Apple A19 (3 nm) yang cekap dan dipadankan dengan 8GB RAM serta 256GB storan, peranti ini menjanjikan pengalaman iOS 26 yang lancar.

Paparan LTPO Super Retina XDR OLED 6.3-inci dengan resolusi tinggi dan kadar segar semula 120Hz pasti memukau mata, disokong oleh ketahanan Ceramic Shield 2.

Dari segi fotografi, sistem dwi-kamera belakang 48MP memberikan kualiti gambar yang menakjubkan, termasuk lensa sudut lebar dan ultra lebar.

Ketahanan bateri Li-Ion 3692 mAh menyokong pengecasan pantas berwayar dan MagSafe, memastikan anda sentiasa bersedia.

Dengan sokongan 5G, Wi-Fi 7, dan binaan kalis air IP68, iPhone 17 dalam pilihan warna menarik seperti Mist Blue dan Lavender, sesuai untuk penggunaan harian yang lasak.

Smartphone terbaik untuk videografi
iPhone 17 Pro
Apple
iPhone 17 Pro
From
RM5,499.00
Check iPhone 17 Pro price below:
add_circle Prestasi cipset A19 Pro terbaik
add_circle Sesuai untuk gaming dan fotografi
add_circle Pengecasan lebih pantas
remove_circle Harga yang premium
remove_circle Kualiti kamera sama dengan model sebelumnya
  • Cipset: Apple A19 Pro (3 nm)
  • OS: iOS 26
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.3 inci LTPO Super Retina XDR OLED, 120Hz
  • Resolusi: 1206 x 2622 piksel
  • Bateri: 3988-4252 mAh, pengecasan pantas PD & MagSafe
  • Kamera: 48 MP (lebar), 48 MP (telefoto), 48 MP (ultrawide), 18 MP (swafoto)

iPhone 17 Pro sangat sesuai dijadikan sebagai smartphone videografi kerana ia menggabungkan prestasi tinggi dengan kemampuan rakaman video profesional dalam satu peranti.

Skrin LTPO Super Retina XDR OLED 6.3 inci dengan resolusi 1206 x 2622 piksel, kadar segar semula 120Hz dan puncak kecerahan sehingga 3000 nits memberikan pengalaman visual yang jelas dan terang, sesuai untuk suntingan video dan tontonan kandungan berkualiti tinggi.

Dikuasakan oleh cip Apple A19 Pro dan 12GB RAM, peranti ini mampu menjalankan aplikasi pengeditan video, rendering, dan multitasking dengan lancar tanpa sebarang lag.

Sistem tri-kamera 48MP pada bahagian belakang dengan sensor-shift OIS, lensa periscope telefoto 48MP, lensa ultrawide 48MP dan kamera depan 18MP membolehkan rakaman video 4K pada pelbagai kadar bingkai termasuk 120fps serta ProRes dan Dolby Vision HDR untuk hasil video profesional.

Bateri 3988-4252 mAh dengan pengecasan pantas PD 50W dan pengecasan wayarles MagSafe 25W memastikan penggunaan panjang tanpa risau habis kuasa.

Selain itu, iPhone 17 Pro hadir dengan ketahanan IP68, reka bentuk premium dengan kaca Ceramic Shield 2 dan rangka aluminium, serta sokongan Apple Pay.

Dengan sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC dan GPS yang lengkap, peranti ini adalah alat serba boleh untuk profesional videografi dan pengguna kreatif yang mahukan kualiti video terbaik dalam telefon pintar.

Smartphone terbaik untuk gaming dan fotografi
Realme 15 Pro
Realme
Realme 15 Pro
From
RM1,549.00
Check Realme 15 Pro price below:
add_circle Skrin AMOLED 144Hz yang lancar
add_circle Kamera dual 50MP terbaik
add_circle Bateri 7000mAh tahan lama
add_circle Pengecasan pantas 80W
remove_circle Tiada jack audio
  • Cipset: Snapdragon 7 Gen 4
  • OS: Android 15, Realme UI 6.0
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.8 inci OLED, 1080 x 2400 piksel, 144Hz
  • Bateri: 7000 mAh, 80W wired
  • Kamera: 50MP (utama) + 50MP (ultrawide), 50MP swafoto

Realme 15 Pro sesuai dijadikan sebagai smartphone gaming dan fotografi kerana ia menggabungkan prestasi tinggi dengan kemampuan fotografi yang versatil dalam satu peranti.

Skrin OLED 6.8 inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan sehingga 6500 nits menawarkan pengalaman visual yang lancar dan terang, sesuai untuk permainan berasaskan grafik tinggi serta menonton video.

Dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan pilihan sehingga 12GB RAM, telefon ini mampu mengendalikan multitasking, permainan dan aplikasi berat dengan lancar, sementara storan sehingga 512GB memastikan ruang cukup untuk semua fail, aplikasi dan games.

Dari segi kamera, Realme 15 Pro hadir dengan sistem dual 50MP belakang, satu untuk gambar lebar dengan OIS dan satu ultrawide.

Manakala kamera hadapan 50MP memudahkan swafoto berkualiti tinggi dan panggilan video jelas.

Bateri 7000mAh dengan pengecasan pantas 80W menjamin penggunaan sepanjang hari tanpa risau habis kuasa.

Tambahan lagi, peranti ini hadir dengan ciri kalis air dan debu IP68/IP69 serta standard MIL-STD-810H untuk tahap ketahanan yang lebih baik.

Sambungan lengkap seperti Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, NFC dan sensor cap jari bawah skrin memberikan pengalaman pengguna yang serba mudah dan pantas.

Secara keseluruhan, Realme 15 Pro merupakan pilihan sesuai untuk mereka yang perlukan telefon pintar mampu menampung keperluan gaming dan fotografi dalam satu peranti dengan pengalaman visual dan prestasi yang lancar.

Smartphone kamera terbaik
HUAWEI Pura 80 Ultra
Huawei
HUAWEI Pura 80 Ultra
From
RM6,599.00
Check HUAWEI Pura 80 Ultra price below:
add_circle Kamera quad sangat canggih
add_circle Skrin OLED terang jelas
add_circle Prestasi lancar 16GB RAM
remove_circle Harga sangat tinggi
remove_circle Tiada sokongan Google Services
  • Cipset: Kirin 9020 (7 nm)
  • OS: EMUI (International), HarmonyOS 5.1 (China)
  • RAM: 16GB
  • Storage: 512GB
  • Paparan: 6.8 inci LTPO OLED, 1276 x 2848 piksel
  • Bateri: 5170 mAh (International), 5700 mAh (China)
  • Kamera: 50MP (utama), 50MP (periscope telefoto), 12.5MP (periscope telefoto), 40MP tambahan

Huawei Pura 80 Ultra menampilkan diri sebagai pilihan utama bagi mereka yang mencari smartphone dengan kamera terbaik.

Skrin 6.8 inci LTPO OLED dengan resolusi 1276 x 2848 piksel memberikan visual yang jelas dan lancar, sesuai untuk menikmati multimedia atau menyunting gambar terus dari telefon.

Dikuasakan Kirin 9020 dengan 16GB RAM dan storan 512GB, prestasinya lancar walaupun untuk penggunaan multitasking berat atau aplikasi kamera profesional.

Bahagian kameranya menonjol dengan konfigurasi quad kamera belakang: 50MP utama, 50MP periscope telefoto dengan 3.7x zoom optikal, 12.5MP periscope telefoto dengan 9.4x zoom optikal dan 40MP sensor tambahan.

Kombinasi ini membolehkan pengguna menangkap imej dengan ketajaman tinggi, jarak dekat atau jauh, serta efek bokeh yang halus.

Sokongan OIS, PDAF dan sensor-shift menjadikan rakaman video lebih stabil dan jelas.

Dengan bateri Li-Po 5170 mAh (International) dan 5700 mAh (China), telefon ini mampu bertahan sepanjang hari.

Selain itu, telefon ini turut menyokong 4G LTE, 5G, Wi-Fi, Bluetooth, NFC dan GPS.

Berat 233.5g dan ketebalan 8.3mm membuatnya terasa premium, tetapi masih selesa dipegang.

Huawei Pura 80 Ultra sesuai untuk mereka yang menghargai kualiti fotografi pada tahap profesional, tetapi masih memerlukan telefon pintar yang berprestasi tinggi dan pantas untuk semua tugasan harian.

Smartphone terbaik boleh lipat
Samsung Galaxy Z Fold7
Samsung
Galaxy Z Fold7
From
RM7,799.00
Check Samsung Galaxy Z Fold7 price below:
add_circle Rekaan paling nipis dan ringan
add_circle Paparan lebih besar dan cerah
add_circle Prestasi tinggi
add_circle Kamera utama 200MP terbaru
remove_circle Tiada lagi sokongan S Pen
remove_circle Harga sangat mahal
  • Cipset: Qualcomm SM8750-AC Snapdragon 8 Elite (3 nm)
  • OS: Android 16, One UI 8
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 8-inch Foldable Dynamic LTPO AMOLED 2X
  • Resolusi: 1968 x 2184 piksel (~422 ppi)
  • Bateri: 4400 mAh
  • Kamera: 200 MP (lebar), 10 MP (telefoto), 12 MP (swafoto)

Samsung Galaxy Z Fold7 adalah peranti premium yang memperkenalkan teknologi lipatan terbaik dengan prestasi hebat.

Dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dan 12GB RAM, telefon ini memberikan kelancaran dan kelajuan yang luar biasa.

Paparan 8-inci Foldable Dynamic LTPO AMOLED 2X memberikan pengalaman visual yang menakjubkan dengan ketajaman 1968 x 2184 piksel.

Ditambah dengan tiga kamera belakang, termasuk kamera utama 200MP, telefoto 10MP dan ultra-lebar 12MP, Galaxy Z Fold7 membolehkan korang merakam gambar berkualiti tinggi dan video yang hebat.

Baterinya berkapasiti 4400mAh menyokong penggunaan sepanjang hari, manakala sokongan pengecasan pantas memastikan korang tak perlu menunggu lama untuk cas semula telefon.

Dengan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan berbanding model sebelumnya, Galaxy Z Fold7 menawarkan ketahanan dan fleksibiliti yang mengagumkan, sempurna untuk sesiapa sahaja yang mencari peranti dengan pelbagai fungsi.

Dilengkapi dengan One UI 8 dan sokongan untuk tujuh kemas kini Android utama, Galaxy Z Fold7 memastikan korang terus mendapat ciri-ciri terkini untuk tempoh masa yang lama.

Kalau korang tengah cari peranti lipat yang terbaik, Galaxy Z Fold7 adalah pilihan yang sangat tepat.

Ā 

Smartphone terbaik bawah RM2000
Nothing Phone (3a)
Nothing Phone
NothingPhone 3(a)
From
RM1,699.00
Check Nothing Phone (3a) price below:
add_circle Reka bentuk lebih segar
add_circle Pengalaman Android 15 yang hebat
add_circle Harga berpatutan
add_circle paparan skrin 120Hz
remove_circle Kualiti kamera yang biasa
remove_circle Ciri kalis air yang terhad
  • Cipset: Snapdragon 7s Gen 3
  • OS: Android 15, Nothing OS 3.1
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.77 inci
  • Resolusi: 1080 x 2392Ā piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 50 MP (telefoto) 8 MP (ultra lebar) 32 MP (swafoto)

Nothing Phone 3a ialah salah satu smartphone terbaik bawah RM2000 yang menawarkan reka bentuk unik, bateri tahan lama, dan pengecasan pantas yang memudahkan penggunaan harian.

Skrin 120Hz memberikan pengalaman visual yang lancar, manakala Nothing OS menawarkan antaramuka bersih dan mudah digunakan.

Walaupun cipsetnya bukan yang paling berkuasa, kualiti kamera kadang-kadang tidak konsisten, dan rintangan airnya terhad, ia tetap berbaloi pada harga ini.

Tapi selepas kami cuba ambil gambar menggunakan telefon ini, kami boleh katakan not bad kepada kualiti gambar yang dihasilkan Nothing Phone 3a.

Susunan butang utama mungkin perlukan sedikit biasakan diri, tapi secara keseluruhan, Nothing Phone 3a sangat sesuai untuk korang yang inginkan telefon 'rare' dengan prestasi memuaskan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

Jom lihat ulasan ringkas kami mengenai Nothing Phone 3a.

@productnation.bm

Nothing Phone (3a) ni dia bagi tiga kamera. Kualiti kamera pun not bad, cuma kurang sesuai dijadikan gaming phone. #nothingphone #nothingphone3a #nothingphone3 s#smartphone#techreview #android #productnation

♬ original sound - ProductNation BM - ProductNation BM
Smartphone terbaik untuk fotografi
Xiaomi 15 Ultra
Xiaomi
Xiaomi 15 Ultra
From
RM5,199.00
Check Xiaomi 15 Ultra price below:
add_circle Dilengkapi kamera Leica sangat canggih
add_circle Cip Snapdragon 8 Elite yang padu
add_circle Paparan 120Hz, 3200 nits
add_circle Rakaman 8K dan Dolby Vision
remove_circle Harga premium, agak mahal
remove_circle Badan agak berat (226g)
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.73 inci
  • Resolusi: 1440 x 3200 piksel
  • Bateri: 5410 mAh (global), 6000 mAh (China)
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (telefoto), 200MP (periskop telefoto), 50MP (ultrawide), 32MP (swafoto)

Xiaomi 15 Ultra memang layak digelar smartphone terbaik untuk fotografi.

Dengan kamera utama 50MP 1 inci, 200MP periskop telefoto, 50MP telefoto, dan 50MP ultralebar, ia menawarkan pelbagai sudut dan hasil gambar luar biasa.

Sistem Leica dan rakaman 8K dengan Dolby Vision menjadikan pengalaman mengambil gambar dan video setaraf kamera profesional.

Bagi pencinta fotografi, ini adalah pilihan yang sukar ditandingi.

Smartphone Samsung terbaik
Samsung Galaxy S25 Ultra
Samsung
Galaxy S25 Ultra
From
RM6,599.00
Check Samsung Galaxy S25 Ultra price below:
add_circle Bateri yang lebih tahan
add_circle Kamera sangat berkualiti
add_circle Teknologi AI dipertingkat
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Tidak dilengkapi Qi2 magnets
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite
  • OS: Android 15, sehingga 7 naiktaraf Android, One UI 7
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.9 inci
  • Resolusi: 1440 x 3120 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 200 MP (lebar) 10 MP (telefoto) 50 MP (periskop telefoto) 50 MP (ultra lebar) 12 MP (swafoto)

Samsung Galaxy S25 Ultra dilengkapi skrin AMOLED 6.9 inci yang cantik dengan resolusi tajam 1440 x 3120 piksel dan kadar segar semula 120Hz yang lancar, sesuai untuk beri pengalaman tontonan dan gaming terbaik.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite, ia memberikan prestasi pantas dan cekap, sama ada untuk multitasking atau gaming yang berat.

Sistem kamera pula sangat mengagumkan dengan lensa lebar 200MP, ultra-lebar 50MP, dan dwi-lensa telefoto (50MP dengan zoom 5x dan 10MP dengan zoom 3x), memastikan fotografi serba boleh dengan kejelasan luar biasa.

Kamera hadapan 12MP mampu menghasilkan swafoto yang detail dengan warna yang kelihatan hidup.

Untuk storan pula, ia menawarkan pilihanyang luas iaitu bermula 256GB, 512GB, dan 1TB bersama RAM 12GB untuk penggunaan aplikasi yang lancar dan kapasiti storan yang mencukupi.

Bateri 5,000mAh memberikan korang kuasa yang lebih lama sepanjang hari, jadi tidak perlu risau jika tertinggal powerbank.

Secara keseluruhannya, Galaxy S25 Ultra menggabungkan kuasa, prestasi, dan keupayaan fotografi dalam reka bentuk yang elegan, sesuai untuk pengguna yang mencari ciri premium pada telefon pintar Samsung.


Tips Memilih Smartphone Terbaik

  • Tentukan keperluan korang sama ada nak guna secara ringkas seperti buat panggilan dan hantar mesej atau gaming dan aplikasi berat?

  • Pilih spesifikasi sesuai seperti memilih CPU, RAM dan storan yang mencukupi berdasarkan penggunaan.

  • Pastikan Android/iOS versi terbaru untuk sokongan aplikasi.

  • Utamakan jenama yang dipercayai dengan kualiti terbukti seperti telefon kalis air dan khidmat selepas jualan.

  • Cari telefon mampu milik yang menawarkan ciri paling penting untuk korang.

Kalau korang jenis yang lebih utamakan penjimatan, boleh cuba untukĀ trade-in telefon lama korang dan dapatkan telefon baru.


Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Smartphone

Penggunaan smartphone kini meluas, termasuk dalam kalangan pelajar.

Namun, ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang perlu difahami.

Kebaikan:

  • Smartphone memudahkan akses maklumat terkini dan komunikasi melalui panggilan atau aplikasi mesej.
  • Ia meningkatkan produktiviti harian dengan aplikasi pengurusan masa dan kerja berkumpulan.
  • Media sosial pula memudahkan hubungan dengan rakan dan keluarga di seluruh dunia, serta menyediakan hiburan seperti muzik, filem dan permainan.

Keburukan:

  • Terlalu bergantung pada smartphone boleh mengganggu kehidupan harian dan hubungan sosial.
  • Untuk pelajar, ia boleh menjejaskan fokus pembelajaran.
  • Penggunaan berlebihan juga memberi kesan negatif pada kesihatan mental.
  • Selain itu, keselamatan juga terjejas, terutama ketika menggunakan telefon semasa memandu.

Kesimpulannya, korang kenalah gunakan smartphone dengan bijak, menjaga keseimbangan antara produktiviti, interaksi sosial dan kesihatan mental.


Pilihan Terbaik

Bagi tahun 2025, boleh dikatakan senarai ini merupakan pilihan smartphone terbaik untuk dimiliki:


Artikel berkaitan

End of Article