Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
mesin basuh murah malaysia

9 Mesin Basuh Murah Bawah RM500 (Auto & Manual) 2024

Cucian tetap bersih dan wangi walaupun dari mesin basuh murah!

Mencuci dengan mesin basuh tidak dinafikan dapat menjimatkan masa dan tenaga terutama mereka yang sibuk bekerja.

Cuma disebabkan lambakan mesin basuh dipasaran kebanyakkannya diluar kemampuan kita.

Tapi tahu tak sekarang ni terdapat banyak tawaran mesin baru murah dan mempunyai ciri prestasi yang baik?

Jika anda mencari harga mesin basuh murah pada harga kurang dari RM500, jom lihat senarai kami ni.


Penyunting

9 Mesin Basuh Bawah RM500 Terbaik

Mesin basuh murah terbaik secara keseluruhan
Midea Fully Auto Washing Machine MFWE75S (7.5kg)
Midea
From
RM779.00
Check Midea Fully Auto Washing Machine MFWE75S (7.5kg) price below:
add_circle Butang kekunci yang mudah digunakan
add_circle Tidak perlu kerap diselenggarakan
add_circle Mesin tidak terlalu bising
add_circle Ada fungsi memori
remove_circle Tiada fungsi istimewa tambahan

Sebab menjadi pilihan utama;

Mesin basuh Midea ini adalah antara mesin basuh automatik sepenuhnya yang ditawarkan dengan harga berpatutan.

Ciri-Ciri;

Dilengkapi dengan teknologi tinggi Fuzzy Logic Control dan 3D Waterfall Current yang membuatkan ia setanding dengan mesin basuh yang lain. 

Mesin ini mempunyai had muatan sebanyak 7.5kg dan mempunyai power-off memori serta boleh melakukan self-diagnostic yang membuatkan ia mesra pengguna.

Dilengkapi dengan sistem keselamatan child-lock semasa sedang beroperasi.

Jadi anda tidak perlu lagi risau jika si kecil berada berdekatan dengan mesin basuh ini.

Review:

"Saya baru kahwin, beli washer machine ni. Sangat sesuai untuk keluarga kecil. Murah pun murah"

Mesin basuh semi auto
PENSONIC 9kg Semi-Automatic Washing Machine
PENSONIC
From
RM493.00
Check PENSONIC 9kg Semi-Automatic Washing Machine price below:
add_circle Mempunyai 3 pilihan program membasuh
add_circle Jaminan motor 5 tahun
add_circle Fungsi keselamatan
remove_circle Tidak mempunyai sistem penuh automatik

Mesin basuh separa automatik ini direka dengan rangka plastik agar tidak akan menyebabkan karat.

Sesuai untuk mencuci pakaian dalam jumlah yang agak besar kerana kapasiti serta kedalaman yang agak luas.

Mesin ini sangat mudah diselengarakan kerana ianya ringkas kerana sistem operasinya mudah difahami.

Putaran drum lebih stabil menjadikan setiap pakaian yang dicuci bersih sempurna dan cekap.

Malah turut mempunyai masa operasi yang boleh ditetapkan untuk memudahkan lagi kerja mencuci pakaian di rumah.

Mesin basuh manual
SHARP EST7015 7KG Semi-Auto Washing Machine
Sharp
From
RM539.00
Check SHARP EST7015 7KG Semi-Auto Washing Machine price below:
add_circle 3 pilihan program membasuh
add_circle Mempunyai penapis habuk - lint filter
remove_circle Kapasiti sederhana - 7kg

Sharp memastikan kerja cucian dapat dilakukan dengan sempurna kerana mempunyai 2 sistem program.

Program tersebut berfungsi memastikan baju di basuh dengan bersih dengan sistem putaran biasa dan lembut.

Selain itu, masa untuk spin pakaian anda juga boleh ditetapkan dan ini dapat menjimatkan masa anda untuk melakukan kerja-kerja rumah yang lain. 

Hanya dengan satu putaran, pakaian anda sedia dibasuh dan dengan harga yang sedemikian ianya sangat berbaloi untuk dimiliki oleh setiap rumah.

Mesin basuh mini
Semi-Auto Laundry Clothes Washing Machine
mesin basuh murah semi auto
From
RM84.90
Check Semi-Auto Laundry Clothes Washing Machine price below:
add_circle Saiz kecil - mudah alih
add_circle Jimat air dan elektrik
add_circle Mempunyai saluran air
remove_circle Ruang pengeringan agak kecil

Kecil bukan sebarang kecil tapi dapat membersih pakaian dengan berkesan.

Mesin basuh bersaiz kecil ini yang sangat ringan dan mudah di bawa ke mana sahaja.

Tambahan pula, mesin basuh ini juga menggunakan motor berkualiti tinggi untuk memastikan putaran yang stabil dan cekap.

Dengan kapasiti 4.5 kilogram pakaian, memang sesuai untuk anda yang bujang tinggal sendirian atau di kolej. 

Selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur dan yang paling penting menjimatkan penggunaan air dan juga elektrik.

Mesin basuh yang jimat elektrik
HAIER Semi-Auto Washing Machine HWM60-SX3
From
RM358.80
Check HAIER Semi-Auto Washing Machine HWM60-SX3 price below:
add_circle Mempunyai penapis
add_circle Penutup mesin lutsinar
add_circle Boleh diletakkan di dalam atau luar rumah
add_circle 5 tahun tempoh jaminan motor
remove_circle Kapasiti cucian hanya 6 kg

Mencuci pakaian lebih mudah dan pantas dengan mesin basuh berjenama Haier ini.

Dilengkapi dengan 4 proses iaitu rendam, basuh, bilas dan mengering yang sesuai untuk cucian sama ada baju, cadar, jeans ataupun pakaian bermaterial dari kapas. 

Menariknya, dapat menggunakan sistem pengeringan udara supaya tahap kering pada pakaian lebih sempurna dan tidak merosakkan pakaian. 

Walaupun diberi jaminan 5 tahun motor mesin basuh, tapi tetap memberi perlindungan dari binatang perosak seperti tikus.

Wayar dan kabel mesin dilengkapi plat asas supaya terhindar dari sebarang risiko kerosakan. 

Mesin basuh top load
MORGAN Fully Auto Top Loading Washing Machine MWM-7ZIRCON
MORGAN
From
RM534.00
Check MORGAN Fully Auto Top Loading Washing Machine MWM-7ZIRCON price below:
add_circle Mesin automatik
add_circle Jaminan motor 5 tahun
add_circle Jaminan butang kawalan PC 3 tahun
add_circle Jaminan unit 2 tahun
remove_circle Harga sedikit mahal

Mesin basuh Morgan memberikan cucian yang sempurna dan berkesan untuk mencuci pakaian harian anda.

Dengan aliran air kuat, ia sebatikan sabun cucian agar pakaian yang dibasuh wangi dan bersih.

Bukan itu saja, mesin basuh ini mempunyai panel kawalan yang mudah untuk anda faham. 

Malah dengan sistem penapisan yang cekap pada mesin ini, sewaktu pencucian mesin basuh ini dapat memerangkap habuk dan bulu pada pakaian anda dengan berkesan serta penapisnya juga mudah untuk dibersihkan.

Mesin basuh11kg
iSONIC Semi Auto Washing Machine CTWM-755
iSONIC
mesin basuh isonic murah
From
RM355.00
Check iSONIC Semi Auto Washing Machine CTWM-755 price below:
add_circle Kapasiti besar - 11kg
add_circle Jimat air dan elektrik
add_circle Mempunyai penapis habuk
add_circle Harga berpatutan

Mencuci pakaian dalam kuantiti yang banyak ataupun berat tidak menjadi masalah dengan mesin basuh dari iSonic ini.

Bukan sekadar boleh mencuci pakaian tapi dapat mencuci cadar dan selimut di rumah dengan kapasiti 11 kilogram. 

Selain itu, dapat memastikan pakaian dikeringkan dengan cepat melalui proses pengeringan udara yang maksimum.

Mesin basuh ini mempunyai ciri penjimatan air dan sabun pencuci tapi tetapi memberi pembersihan yang lebih efektif.

Mesin basuh sistem spin terbaik
TOSHIBA Semi Auto Washing Machine VH-H85MM
TOSHIBA
From
RM448.00
Check TOSHIBA Semi Auto Washing Machine VH-H85MM price below:
add_circle Murah
add_circle Kapasiti cucian sehingga 7.5kg
add_circle Menggunakan teknologi CycloneSpin
remove_circle Perlu dua kali kerja untuk cucian dan spin
remove_circle Pilihan program yang terhad

Mesin basuh dari Toshiba ini cukup unik kerana mempunyai fungsi isian air dua kali ganda lebih cepat dan putaran basuhan (cyclone spin) yang efisien.

Fungsi ini dapat menjadikan setiap cucian lebih bersih dan menjimatkan penggunaan sabun pencuci.

Lagipun mdah untuk digunakan dan ringkas dari segi sistem operasi dengan hanya satu putaran tombol.

Bagi yang ingin jimat masa, mesin basuh ini adalah pilihan yang tepat.

Selain itu, mempunyai pilihan tetapan untuk pemerahan mengikut kesesuaian material pakaian. 

Rekaan mesin yang sederhana dan badan mesin jenis tahan karat menjadikan sesuai untuk diletakkan di dalam atau luar rumah.

Mesin basuh 6kg
MIDEA Semi Auto Washing Machine MSW-6008P (6kg)
MIDEA
From
RM315.00
Check MIDEA Semi Auto Washing Machine MSW-6008P (6kg) price below:
add_circle Diperbuat dari plastik & tahan karat
add_circle Jaminan motor 5 tahun
add_circle Max spin speed 1250
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai untuk keluarga besar

Untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, mesin basuh semi auto Midea ini mungkin sudah memadai untuk anda berdua.

Berkapasiti sebanyak 6kg dan diperbuat daripada fiber sesuai dengan basuhan sederhana dan tahan lasak. 

Prestasi mesin ini lengkap dengan kelajuan hingga 1350 rpm dan dapat memuatkan air semaksima 55 liter.

Hasilnya ia dapat mengurangkan masa mencuci pakaian yakni hanya mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit.


Tips Pilih Mesin Basuh Murah & Berkualiti

Memiliki sebuah mesin basuh sangat menjimatkan masa, tenaga dan dapat mencuci pakaian dengan lebih bersih.

Malah sudah tentu kita mahukan mesin basuh yang berkualiti serta tahan lama supaya tidaklah menjerut untuk kos-kos kerosakan.

Jadi kami berikan beberapa tips untuk anda yang mencari mesin basuh yang murah dan berkualiti. 

  • Jenama

Sebaiknya pilih jenama mesin basuh sudah terjamin kualitinya seperti Midea, Toshiba, Sharp dan sebagainya.

Elakkan membeli mesin yang tidak mempunyai kilang keluaran sendiri atau senang kata jenama OEM.

Bukan apa, jika berlaku sebarang kerosakan teknikal atau sebagainya anda sendiri akan susah.

Tiada kendalian yang berhemah dari syarikat yang anda beli. Akhirnya anda juga yang rugi. 

  • Fungsi auto-clean

Kalau mesin yang anda beli mempunyai fungsi auto-clean, ini adalah satu bonus!

Ciri teknologi moden ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko kerosakan mesin akibat sisa kotoran.

Anda pun tidak perlu bersusah-payah membasuh mesin basuh secara manual.

Hanya tekan butang 'tub clean', mesin automatik membersih dalamannya. 

  • Penjagaan yang rapi

Bukan sahaja bergantung kepada model mesin semata-mata. Cara penjagaan oleh pengguna juga diambil kira.

Pilih tempat letak mesin basuh di sudut yang sesuai terhindar dari cuaca panas atau hujan.

Sentiasa pastikan paparan atau butang program mesin tidak terkena air, supaya tidak berlaku litar pintas.

Selain itu, pilih mesin basuh dengan kemasan wayar atau kabel yang terbaik dan terlindung dari gigitan binatang perosak seperti tikus. 

  • Tawaran jaminan (warranty)

Jangan lupa tentang jaminan mesin basuh kerana sangat berguna untuk sebarang kerosakan pada unit dan motor mesin basuh.

Jangka hayat jaminan bergantung pada jenis model dan harga mesin basuh.

Kebiasaanya, syarikat elektronik akan menawarkan jaminan motor sekurangnya dari 5 tahun dan 1 hingga 2 tahun bagi jaminan am (unit). 


Artikel Berkaitan

End of Article