Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Shampoo Terbaik untuk Lelaki Malaysia 2024 (Semua Jenis Rambut)

Penjagaan rambut amat penting untuk penampilan diri.

Seperti yang kita semua tahu, syampu berfungsi untuk membersihkan kotoran pada rambut.

Jadi tak hairanlah terdapat banyak pilihan shampoo di pasaran.

Penjagaan rambut amat penting untuk penampilan diri.

Cuma ingin diingatkan hendaklah memilih shampoo yang sesuai untuk rambut sebelum membeli.

Bukan apa, anda tidak boleh menggunakan sembarangan produk supaya rambut anda kekal sihat, tebal dan bersih.

Tapi apa yang menjadi masalah bagi kaum lelaki di mana mungkin ada diantara mereka tidak tahu mana satu shampoo untuk lelaki yang terbaik.

Sesetengah jenis shampoo sesuai digunakan untuk lelaki dan juga perempuan, tetapi bagi sesetengah masalah rambut lelaki perlu menggunakan shampoo rambut lelaki.

Kini sudah ada banyak jenama shampoo untuk rambut rosak lelaki, jadi anda tidak perlu pening kepala mencari shampoo terbaik untuk lelaki.

Jom kami bantu anda senaraikan shampoo bagus dan sesuai untuk selesaikan masalah rambut lelaki.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 12 Syampu Lelaki Terbaik

Shampoo lelaki terbaik secara keseluruhan
Maro Volume Hair Growth 3D Shampoo
Maro
From
RM49.90
Check Maro Volume Hair Growth 3D Shampoo price below:
add_circle Melebatkan rambut
add_circle Bebas silikon
add_circle Menghalang rambut gugur dan menipis
remove_circle Botol nampak tak penuh

Sebab menjadi pilihan utama:

Shampoo lebatkan rambut lelaki ini dapat meningkatkan volume rambut sambil menguatkan setiap helai untuk menjaga kesihatan dan kilauan semula jadi. 

Ciri-ciri:

Maro Volume Hair Growth 3D Shampoo adalah syampu pertama di dunia yang menggabungkan formulasi Defenscalp®, formula peningkatan volume 3D yang inovatif.

Syampu inovatif ini direka untuk menambah volume dan ketebalan rambut sambil menggalakkan pertumbuhan rambut yang kuat dan sihat. 

Selain itu, ia juga menenangkan dan menyuburkan kulit kepala anda dan membantu mencegah penipisan rambut dan keguguran rambut. 

Dengan bahan-bahan utama seperti ekstrak Jeli Diraja, Pucuk Kacang Soya, Lili Blackberry, Archangelica, Buah Zizyphus Jujuba, dan ekstrak Artemisia Absinthium, syampu ini menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk anda yang mencari syampu untuk lebatkan rambut.

Review:

“Syampu ni sangat berkesan! Rambut saya sangat nipis dan rapuh. Guna dalam 2-3 hari terus rambut jadi tebal balik. Memang berkesan sangat-sangat. Seriously siapa-siapa yang ada masalah rambut nipis kena cuba shampoo ni. Tak tipu, sumpah berkesan sangat-sangat. Nanti akan repeat balik!”

Shampoo kelemumur lelaki
Head & Shoulders Ultra Men Cool Menthol Shampoo (480ml)
Head & Shoulders
From
RM19.50
Check Head & Shoulders Ultra Men Cool Menthol Shampoo (480ml) price below:
add_circle Harga murah
add_circle Mampu merawat masalah kelemumur
add_circle Mengurangkan minyak kulit kepala
remove_circle Sukar didapati di pasaran

Kulit kepala lelaki lebih cenderung untuk menghasilkan banyak sebum berbanding perempuan. 

Jadi shampoo ini mempunyai rumusan khas seperti Deep-sea minerals untuk pembersihan secara menyeluruh, mengurangkan minyak dan kegatalan di kulit kepala.

Dalam masa yang sama, syampu ini dapat menghidratkan rambut anda agar lebih terurus, tidak kering serta bebas kelemumur sepanjang hari.

Bukan tu je, masalah keguguran rambut pun dapat diatasi kerana mempunyai kandungan Ginseng bagi menguatkan akar rambut.

Apa yang best lagi, Head & Shoulders Ultra Men Cool mempunyai kesan menthol dan Cooling Mint yang mana dapat memberi kesegaran pada kulit kepala.

Shampoo untuk rambut keriting
L'Oreal Paris Elseve 6 Oil Nourish Shampoo
L'Oreal Paris
L'Oreal Paris Elseve 6 Oil Nourish Shampoo
From
RM16.90
Check L'Oreal Paris Elseve 6 Oil Nourish Shampoo price below:
add_circle Melembapkan kulit kepala dan rambut
add_circle Tidak membuatkan rambut berminyak
add_circle Diperkaya dengan 6 jenis minyak terbaik
remove_circle Hasil terbaik jika dipakai bersama pelembap

Syampu ini menggabungkan 6 jenis minyak ini dapat menjadikan rambut lembut, berkilat, tebal, kuat, licin dan mudah diurus. 

Antara 6 jenis minyak yang digabungkan adalah Argan, Chamomilla, Rose, Lotus, Soja dan Sunflower.

Rumusan ini dapat menyerap jauh ke dalam kulit bagi menguatkan akar dan memastikan rambut menerima nutrisi yang secukupnya supaya rambut tidak kering dan lembut. 

Malah syampu ini dapat melindungi rambut anda daripada terus dari terkena sinaran matahari.

Shampoo untuk rambut gugur lelaki
Alpecin Caffeine Shampoo C1
Alpecin Caffeine Shampoo
From
RM33.95
Check Alpecin Caffeine Shampoo C1 price below:
add_circle Harga yang berpatutan
add_circle Membantu melebatkan rambut
add_circle Rambut kelihatan bermaya
remove_circle Berbau kuat

Masalah berpunca rambut gugur adalah atas faktor stres, tekanan hormon testosteron yang rendah atau corak pemakanan yang salah. 

Jadi produk ini mempunyai formula utama khas iaitu active caffeine-complex untuk mengurangkan keguguran rambut.

Malah dengan kandungan bahan Zinc dan Niacin menjadikan rambut anda sihat dan kuat sekaligus membuatkan rambut anda kelihatan segar dan bermaya.

Cara penggunaan hanya sekali setiap hari dan lumurkan selama 2 minit bagi mendapatkan kesan yang lebih baik untuk perlindungan akar rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

Shampoo untuk rambut rosak
Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing Shampoo
Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing Shampoo
From
RM31.11
Check Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing Shampoo price below:
add_circle Memberi kesan rambut lebat
add_circle Merangsang pertumbuhan akar
add_circle Tiada silikon, paraben, alcohol, sulfat
add_circle Mengurangkan minyak berlebihan di kepala
remove_circle Sukar didapati di pasaran

Syampu yang berasaskan tumbuhan ini memberikan kesegaran sepanjang hari.

Syampu Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing ini mengandungi jumlah sebanyak 5,000 ppm untuk setiap estrak daun kayu putih dan pokok daun teh serta menthol.

Kandungan ini untuk memberikan kulit kepala anda rasa nyaman dan sejuk selepas menggunakannya.

Tambah pula, kandungan Panthenol yang diekstrak daripada vitamin B5 membantu melegakan kulit kepala yang mengalami iritasi dan melembapkan. 

Bagusnya lagi, mengandungi 40 jenis tumbuhan, 7 minyak asli yang diestrak dari tumbuhan dan bebas dari 13 kandungan berbahaya. 

Produk ini bukan sahaja membuatkan rambut anda kelihatan lebih bermaya malah kulit kepala anda terjamin sihat!

Shampoo melembutkan rambut lelaki
Shea Moisture Manuka Honey & Mafura Oil Intensive Hydration Shampoo
Shea Moisture Manuka Honey & Mafura Oil Intensive Hydration Shampoo
From
RM61.03
Check Shea Moisture Manuka Honey & Mafura Oil Intensive Hydration Shampoo price below:
add_circle Memberikan kelembapan
add_circle Melebatkan rambut
add_circle Tiada paraben, phthalates dan petrolatum
remove_circle Harga mahal

Syampu bebas sulfat ini boleh membersihkan dan memberikan kelembapan dan nutrisi yang mencukupi.

Syampu penghidratan intensif ini juga bebas dengan rumusan berbahaya seperti paraben, phthalates dan petrolatum.

Jadi kulit dan helaian rambut lebih kelihatan bersinar dan tidak mudah rosak sehingga menyebabkan iritasi atau keguguran.

Malah dengan campuran kandungan mentega Shea Organik, madu Manuka, minyak Mafura dan Baobab dapat memulihkan, menguatkan dan melembutkan rambut. 

Kesan ini juga dapat menjadikan rambut anda lebih kuat, lembut dan tidak bercabang pada hujung rambut.

Shampoo untuk kulit kepala gatal
CLEAR Men Cooling Itch Control Ant-dandruff Shampoo
CLEAR Men Cooling Itch Control Ant-dandruff Shampoo
From
RM15.90
Check CLEAR Men Cooling Itch Control Ant-dandruff Shampoo price below:
add_circle Harga yang berpatutan
add_circle Memberikan kesegaran sepanjang hari
add_circle Berkesan hilangkan kegatalan dan kelumumur
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif

Cuaca yang panas atau kering boleh menyebabkan kulit kepala berpeluh sehingga timbul masalah kelumumur dan kulit kepala mengelupas.

Jadi shampoo Clearm Men ini dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah ini kerana mempunyai kandungan Eucalyptus dan daun teh hijau untuk melegakan kegatalan.

Malah dengan teknologi Taurine dan Triple Anti-Dandruff yang dirumus dengan Niacimide (Vitamin B3) dan Amino Acid, kelumumur dapat dihilangkan.

Jadi, shampoo ini mampu mengatasi masalah kulit kepala anda dengan efektif dan hasilnya kulit kepala anda kekal segar sepanjang hari.

Shampoo untuk kulit kepala kering
Selsun Blue Extra Moisturizing Anti-Dandruff Shampoo
Selsun Blue Extra Moisturizing Anti-Dandruff Shampoo
From
RM36.68
Check Selsun Blue Extra Moisturizing Anti-Dandruff Shampoo price below:
add_circle Melembapkan kulit kepala
add_circle Menghilangkan kelemumur
add_circle Menyegarkan kulit kepala
add_circle Mengurangkan kegatalan
add_circle Harga murah
remove_circle Bau kurang menyenangkan

Syampu Selsun Blue Extra Moisturizing Anti-Dandruff ini di rumus dengan bahan Selenium Sulfid untuk menghilangkan kelemumur secara efektif.

Ia juga diperkaya dengan kandungan aloe vera untuk melembapkan rambut secara optimum.

Hasilnya, rambut anda menjadi sihat, tidak gatal sekaligus dapat menghasilkan helaian rambut yang berkilau dan terurus.

Terdapat juga rumusan Panthenol yang terdapat dalam produk ini yang bantu melembutkan rambut anda.

Maksudnya, guna jari pun boleh, tak perlu sikat!

Anda juga boleh menggunakan syampu ini untuk rambut yang rosak akibat kerap mewarnakan rambut dengan bahan kimia.

Shampoo untuk kulit kepala bau
BADLAB No Worries ScalpCare All Hair Types Shampoo
BADLAB
BADLAB No Worries ScalpCare All Hair Types Shampoo
From
RM22.90
Check BADLAB No Worries ScalpCare All Hair Types Shampoo price below:
add_circle Rasa sejuk di kepala
add_circle Kulit kepala rasa segar
add_circle Melegakan iritasi kulit kepala
remove_circle Stok terhad

Syampu dari jenama BADLAB ini sesuai digunakan untuk semua jenis rambut dan ia menawarkan pengalaman yang menyegarkan semasa dan selepas penggunaan.

Jika anda mempunyai rambut berbau, memang sangat sesuai gunakan syampu ini yang diperkaya dengan Fluidipure 8G, ia membersih dengan letusan mentol. 

Syampu ini membersihkan rambut secara menyeluruh dan menenangkan kerengsaan kulit kepala anda.

Selain itu, kesan sejuk syampu ini membuatkan kepala anda rasa bertenaga dan segar, memastikan rambut dan kulit kepala yang clear.

Direka untuk kegunaan harian, produk ini diformulasikan untuk semua jenis rambut dan ideal bagi mereka yang mencari syampu yang boleh bersih dan segarkan kulit kepala.

Shampoo untuk kulit kepala berminyak
Aveda Men Pure-Formance Shampoo
Aveda
Aveda Men Pure-Formance Shampoo
From
RM125.00
Check Aveda Men Pure-Formance Shampoo price below:
add_circle Melembapkan
add_circle Menyegarkan kulit kepala
add_circle Membuang kotoran dan minyak berlebihan
remove_circle Harga mahal

Syampu Aveda Men Pure-Formance ini direka untuk membersih, merawat, dan melembapkan rambut anda. 

Walaupun harga syampu ini agak mahal, ia bukan sahaja menyegarkan kulit kepala anda tetapi juga memastikan rambut anda dibersihkan, dirawat, dan dihidrat sepenuhnya. 

Diperbuat dengan aroma unik pure-fume Aveda yang mengandungi spearmint organik, vetiver, lavender, dan esen bunga dan tumbuhan tulen lainnya. 

Hasil ujian klinikal menunjukkan bahawa 65% pengguna mengalami pengurangan kekeringan dan kegatalan kulit kepala.

Memang sangat sesuai untuk anda yang mencari syampu untuk membersihkan kulit kepala yang berminyak dan dalam masa yang sama bekalkan kelembapan.

Shampoo untuk rambut kering
Kerasys Deep Cleansing Cool Shampoo
Kerasys
Kerasys Deep Cleansing Cool Shampoo
From
RM29.90
Check Kerasys Deep Cleansing Cool Shampoo price below:
add_circle Diciptakan khas untuk lelaki
add_circle Menghalang rambut gugur
add_circle Merangsang pertumbuhan rambut
add_circle Beri kelembapan pada rambut
remove_circle Bukan jenis unisex

Kerasys Homme Men Deep Cleansing Cool Shampoo direka khas untuk lelaki dan sesuai untuk semua jenis rambut. 

Syampu yang mengandungi mentol ini bukan sahaja menyegarkan tetapi turut mencegah keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut.

Ia juga membersihkan rambut dengan lembut, meningkatkan peredaran mikro, menyuburkan dan menguatkan akar rambut, serta menenangkan iritasi pada kulit kepala. 

Selain itu, dengan ekstrak pudina semula jadi, ia memberikan rasa kesejukan dan membuatkan kepala anda rasa lebih bertenaga.

Syampu ini juga sebenarnya mempunyai kesan antibakteria, dapat menghapuskan proses keradangan dan kemerahan. 

Sistem anti-kelemumur yang kuat, Climbazole, dan natrium salisilat pula berkesan menenangkan kelemumur, menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk keperluan penjagaan rambut lelaki.

Shampoo memanjangkan rambut
BAWANG (6 herbs) Hair Strengthening & Root Firming Ancient Herbs Shampoo
BAWANG
BAWANG (6 herbs) Hair Strengthening & Root Firming Ancient Herbs Shampoo
From
RM34.90
Check BAWANG (6 herbs) Hair Strengthening & Root Firming Ancient Herbs Shampoo price below:
add_circle Bau herba yang wangi
add_circle Mengurangkan rambut gugur
add_circle Menguatkan rambut dari akar
add_circle Merangsang pertumbuhan rambut
remove_circle Bau herba mungkin kuat bagi sesetengah orang

Produk ini diperbuat daripada formula herba Cina seperti bunga Eclipta dan akar Salvia Miltiorrhiza yang bagus untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Yang penting, bahan yang digunakan halal dan boleh digunakan oleh golongan Muslim.

Selain itu, turut mengandungi Ligustrum Lucidum dan Cynomorium Songaricum yang boleh menyeimbangkan kulit kepala dan menyihatkan rambut. 

Rambut juga akan jadi kurang gugur. Ramai pengguna kata syampu Bawang ini boleh lebatkan semula rambut mereka.

Walaupun bau herbanya berbau harum, namun mungkin ianya agak sedikit kuat bagi sesetengah individu.

Penting untuk gunakan secara konsisten untuk dapatkan hasil yang terbaik, barulah rambut anda kembali lebat seperti sediakala.


Berapa Kali Perlu Shampoo Rambut Lelaki?

Kekerapan mencuci rambut bagi lelaki bergantung kepada jenis rambut, jenis kulit kepala, dan gaya hidup lelaki tersebut.

Jika anda mempunyai rambut yang sangat berminyak, mencuci rambut setiap hari atau setiap dua hari mungkin lebih sesuai untuk mengawal minyak dan memastikan rambut kekal bersih.

Bagi rambut yang cenderung kering atau dalam keadaan normal, mencuci rambut dua hingga tiga kali seminggu sudah mencukupi, kerana terlalu kerap mencuci boleh mengeringkan rambut dan kulit kepala.

Sementara itu, bagi kulit kepala yang sensitif atau cenderung kepada kelemumur, menggunakan syampu yang lembut dan mencuci dua hingga tiga kali seminggu adalah lebih baik.

Jika anda aktif bersukan atau kerap berpeluh, mencuci rambut lebih kerap mungkin perlu, terutama selepas aktiviti fizikal yang lasak untuk menghilangkan peluh dan kotoran.

Jika anda sering menggunakan produk gaya rambut seperti gel, pomade, atau wax, mencuci rambut setiap hari atau setiap dua hari boleh membantu menghilangkan produk tersebut dari rambut anda.

Apa-apa pun, anda perlu guna syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan keperluan kulit kepala anda.


Tips Penjagaan Rambut Lelaki

Walaupun anda menggunakan syampu terbaik untuk menjaga atau merawat rambut yang rosak, anda juga masih perlu mengikuti tips penjagaan rambut.

Berikut adalah beberapa tips penjagaan rambut lelaki untuk memastikan rambut sentiasa sihat, kuat, dan kelihatan bersinar:

  • Cuci Rambut Secara Berkala

Gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan kulit kepala anda. Elakkan mencuci rambut terlalu kerap kerana boleh menyebabkan rambut kering.

Jika mempunyai rambut berminyak, mencuci setiap hari mungkin diperlukan, tetapi untuk rambut kering atau normal, mencuci dua hingga tiga kali seminggu sudah memadai.

  • Gunakan Perapi (Conditioner)

Perapi membantu melembapkan rambut dan menjadikannya lebih lembut dan mudah diurus. Gunakan perapi selepas syampu untuk hasil terbaik.

  • Elakkan Air Panas

Mencuci rambut dengan air panas boleh menghilangkan minyak semula jadi rambut dan menjadikannya kering. Gunakan air suam atau sejuk untuk mencuci rambut.

  • Gaya Rambut dengan Berhati-hati

Elakkan penggunaan alat penggayaan rambut yang panas seperti pengering rambut, pengeriting, atau pelurus rambut secara berlebihan. Jika perlu digunakan, pastikan menggunakan perlindungan haba.

Gunakan produk penggayaan yang ringan dan elakkan penggunaan produk yang mengandungi alkohol yang boleh mengeringkan rambut.

  • Pemotongan Rambut Berkala

Potong rambut setiap 4-6 minggu untuk mengelakkan hujung rambut bercabang dan menjaga bentuk gaya rambut.

  • Pemakanan Seimbang

Makan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein, dan lemak sihat untuk menyokong pertumbuhan rambut yang sihat.

  • Elakkan Tekanan Berlebihan

Tekanan atau stress boleh mempengaruhi kesihatan rambut. Cari cara untuk menguruskan tekanan seperti bersenam, meditasi, atau hobi yang menyeronokkan.

  • Urut Kulit Kepala

Mengurut kulit kepala dengan lembut boleh merangsang peredaran darah dan menyokong pertumbuhan rambut yang sihat. Lakukan urutan beberapa kali seminggu.

  • Jauhi Bahan Kimia Keras

Elakkan produk rambut yang mengandungi bahan kimia keras seperti sulfat dan paraben. Pilih produk yang lembut dan sesuai dengan jenis rambut anda.

  • Lindungi Rambut dari Matahari

Jika berada di bawah matahari untuk jangka masa yang panjang, pakai topi atau gunakan produk rambut yang mempunyai perlindungan UV.

Itulah antara tips yang anda boleh ikut bagi mengurangkan kerosakan rambut dan juga menjaga keadaan rambut anda agar tidak mudah rosak.


Apa Tips Memilih Syampu?

Syampu berfungsi untuk membersihkan rambut kerana terdapat rumusan khas.

Rumusan pula berbeza untuk setiap masalah dan jenis kulit dan rambut. 

Jadi kami kongsikan beberapa tips untuk memilih syampu yang tepat untuk anda.

  • Kenali jenis rambut anda

Adakah anda mempunyai masalah rambut kering, berminyak, bercabang atau kusut? 

Sebaik saja sudah mengetahui masalah rambut, pilih syampu yang dapat membaiki masalah rambut anda.

  • Syampu yang bebas dari bahan yang memudaratkan

Pastikan anda periksa dahulu label pada badan produk tersebut dan elakkan dari menggunakan bahan yang boleh merosakkan rambut.

Antara bahan tersebut sulfat kerana boleh menyebabkan kulit kepala kering dan mengelupas.

  • Periksa keadaan kulit kepala anda

Jika anda mengalami masalah kulit kepala yang berkelemumur dan gatal, pilih syampu yang mempunyai bahan zinc pyrithione.

Ini kerana boleh merawat iritasi kulit dan mengurangkan kelumumur.

  • Semak kandungan nutrisi

Syampu yang bagus perlu mengandungi nutrisi yang penting seperti protein, vitamin dan mineral. 

Hal ini kerana, dapat membantu untuk menguatkan rambut dan mengekalkan kulit kepala yang sihat.

  • Berjumpa dengan pakar rambut

Jika anda masih tidak tahu syampu yang sesuai untuk digunakan untuk masalah rambut anda, boleh saja berjumpa dengan pakar rambut untuk mendapatkan nasihat yang lebih terperinci.

Kesimpulannya, anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis produk syampu sebelum jumpa yang serasi dengan rambut dan kulit kepala anda!


Artikel berkaitan

End of Article