Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Corakkan Bibir Anda Bagai Kanvas Dengan 7 Lipstick Crayon Ini

Warnai bibir anda dengan elovusi baru gincu bibir crayon.

Salah satu ‘fashion statement’ yang nyata setiap kali ada bersolek adalah bibir. Bibir merupakan anggota yang mampu menyerikan wajah agar tampak lebih sihat dan menarik dengan pemakaian gincu bibir bersesuaian. Tanpa pemakaian krim atau gincu pada bibir, mendedahkannya kepada pelbagai masalah seperti kulit bibir kusam, kering, bibir gelap dan sebagainya.

Kini terdapat pelbagai jenis gincu yang berfungsi untuk mencantikkan sambil memelihara bibir. Evolusi pasaran alat solek telah memperkenalkan crayon bibir yang unik dan pelbagai guna. Ikuti senarai dibawah untuk mengetahui jenis-jenis lipstick crayon sesuai untuk bibir anda;

Crayon tanpa bahan berminyak seperti coconut oil
mulai
RM27.36
Semak YADAH Auto Lip Crayon harga dibawah:

Yadah Auto Lip Crayon ialah lipstick crayon mengandungi bahan semulajadi yang bebas dari minyak kelapa. Ia dirumus khas dengan minyak biji Macadamia yang berfungsi untuk melembapkan, melindungi serta melembutkan bibir. 

Ingin dapatkan rona bibir ala-ala selebriti Korea? Lipstick ini boleh digaya dengan campuran dua warna untuk mendapatkan tona yang lebih unik dan menarik. Dengan tekstur yang ringan serta kemasan matte, ianya mampu melindungi bibir sepajang hari. Bebas dari pengawet tiruan, tidak akan menyebabkan bibir kekeringan.

Lipstick crayon jenis pencil – rona kekal tahan lama di bibir
mulai
RM37.14
Semak B. By BANILA Lipdraw Velvet Crayon harga dibawah:

Lipstick crayon jenis pencil dengan reka bentuk hujungnya lebih halus dari gincu crayon yang lain. Gincu bertekstur seperti baldu ini mempunyai pigmen warna mikro yang mudah melekat pada bibir dan ronanya kekal lama sepanjang hari. 

Fungsi crayon pencil ini direka adalah untuk memudahkan aplikasi pada bibir untuk supaya proses penyapuan gincu pada bibir terbentuk dengan elok tanpa mengunakan berus. Dengan sentuhan kemasan matte, bibir anda tampak berseri dari jauh.

Set lipstick 3 dalam 1 – penjimatan berganda
mulai
RM48.75
Semak SEPHORA COLLECTION My Flash Jumbo Lip Pencils Kit harga dibawah:

My Flash Jumbo Lip Pencils Kit (Limited Edition) ialah satu set lengkap dengan 3 gincu bibir yang mudah digunakan. Ia membantu sapuan pada bibir kelihatan lebih rapi. Cara yang betul untuk mendapatkan bibir anda tampil lebih segar dan sihat, gunakan lip moisturizer atau campurkan rona lipstick. 

Didatangi dengan set lengkap 3 dalam 1, penjimatan wang juga berganda. Gunakan salah satu lipstick crayon yang terdapat dalam set ini untuk membuatkan bibir anda kelihatan lebih mungil. 

Lipstick crayon murah dan berkualiti
mulai
RM14.10
Semak ZA Lip Crayon Magenta 1’s harga dibawah:

Berfungsi bagaikan lipbalm, lipstick crayon dari jenama ZA ini seringkali menjadi pilihan pengguna wanita kerana rangkaian ronanya yang terang, lebih sesuai untuk gadis-gadis di peringkat remaja. Pigmen warna gincu crayon ini mempunyai tekstur yang pekat dan jenis kalis air serta kemasan glossy. 

Saiz lipstick ini yang kompak, senang untuk dibawa kemana sahaja membolehkan anda untuk bereksperimen dengan pelbagai kaedah aplikasi untuk mencipta trend terkini. Anda akan tampil seperti remaja belasan tahun! 

Lipstick crayon dengan dwi-fungsi
mulai
RM48.00
Semak LIP & CO Make It Matter Soft Lip Crayon harga dibawah:

Gincu bibir crayon ini diperkaya dengan Vitamin E untuk memelihara dan melindungi bibir buat jangka masa yang panjang. Gincu ini juga boleh digunakan sebagai pemerah pipi, sedikit olesan sahaja ia mampu memerahkan pipi gebu anda. 

Diformulasikan secara bebas paraben, lipstick crayon ini meluncur dengan mudah ke bibir dan pipi tanpa mengeringkannya. Ditambah pula dengan sentuhan matte lembut, masa untuk mendapatkan bibir yang menawan tidak lagi menjadi masalah. 

Lipstick crayon dengan kandungan bahan semulajadi
mulai
RM49.90
Semak ELIANTO Pro Matte Lip Crayon harga dibawah:

Elianto memperkenalkan Pro Matte Lip Crayon yang diperkaya dengan minyak semulajadi untuk memelihara kulit bibir seperti Rosa Canina Fruit Oil, Macadamia Ternifolia Seed Oil, Avocado Oil, Apricot Kernel Oil.

Lipstick crayon jenis matte dan tekstur berkrim ini berfungsi sebagai pelembap untuk memberikan kelembapan sepanjang hari buat bibir anda tanpa perlu memakai lipbalm atau lip moisturizer. 

Artikel berkaitan 

End of Article