Saiz karpet rumah tentunya memainkan peranan penting untuk memastikan rumah anda menepati cita rasa dan dekorasi rumah.
Karpet ruang tamu mampu mengubah ruangan yang dingin dan hambar kepada yang lebih selesa dan mesra.
Ada pelbagai jenis karpet rumah dipasaran dan harga karpet lantai rumah juga kini juga ada banyak pilihan mengikut bajet anda.
Dibawah adalah beberapa idea contoh permaidani yang unik untuk memanjakan kaki anda dan menambah sentuhan estetika peribadi di rumah atau ruang kerja anda.
Jom lihat senarai hiasan karpet rumah dan corak karpet terkini untuk tambahkan seri rumah anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 13 Karpet Rumah Murah Terbaik
Sebab utama menjadi pilihan:
Karpet ini sangat sesuai untuk ruang keluarga yang ada anak kecil kerana permukaannya tak licin dan tak perangkap habuk dan debu.
Ciri-ciri:
Karpet ini sangat sesuai digunakan di ruang tamu, dapur atau bilik tidur kerana mudah dibersihkan dan mudah kering jika anda mahu menjemurnya.
Selain itu, karpet ini sangat ringan dan mudah dilipat jadi akan memudahkan anda untuk simpan apabila tidak digunakan.
Paling menarik, ada saiz dari M (90x120cm) sehingga 5XL (200x300cm) tau serta ada 10 pilihan corak menarik dan semuanya sangat cantik.
Anda tak perlu risau, dengan harga yang berbaloi ini kualitinya sangat bagus kerana karpet ini tak mudah berbulu dan jahitan bucu serta sisi karpet yang kemas dan teliti.
Review:
“Dah beli kali ke 2, memang cantik sangat-sangat dan harga pun murah. Saya bagi 10 bintang!”
Karpet Gebu Baldu Tebal 5D ini sesuai diletakkan di ruang tamu rumah kerana pilihan corak dan warna sangat meriah dan kualitinya sepadan dengan harga.
Ukuran karpet ini 260X 195 X 2CM manakala material karpet pula diperbuat daripada baldu khas yang membuatkan permukaan karpet sangat lembut.
Selain itu, karpet ini direka khas tak licin kerana lapisan bahagian bawah ada anti slip jadi sangat selamat jika anak anda bermain dan berlari di kawasan ruang tamu.
Jika anda gemarkan karpet yang mempunya corak timbul, anda boleh dapatkan karpet gebu baldu ini.
Jika anda mahu ukuran karpet mengikut saiz yang anda mahukan, anda boleh dapatkan karpet DIY ini yang bersaiz 50cmx50cm setiap satu karpetnya.
Dengan menggunakan material polypropylene, menjadikan permukaan karpet ini lembut, tidak kasar pada kulit kaki dan tahan lasak.
Selain itu, karpet DIY ini sangat mudah dipasang kerana dilengkapi dengan pelekat di bahagiannya yang anda hanya perlu tanggalkan sebelum lekat pada lantai rumah.
Paling penting, pastikan anda membelinya dengan kuantiti yang sesuai dengan ukuran rumah untuk membuatkan ruangan rumah anda nampak lebih menarik.
Karpet velvet ini semakin popular di kalangan suri rumah kerana material crystal velvet ini sangat lembut dan mudah dibersihkan, sangat sesuai dijadikan karpet meja makan juga.
Saiznya 300x200cm membuatkan karpet ini nampak mewah dan eksklusif pada dekorasi rumah anda serta kini saiz karpet besar sudah menjadi trend.
Design 3D printing membuatkan corak karpet ini nampak lebih menonjol dan cantik jika diletakkan di ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik belajar anak.
Selain itu, karpet ini sangat mudah dibersihkan dan ringan jadi anda boleh lipat dengan mudah untuk simpan apabila tak digunakan.
Anda tak perlu risau, karpet ini tak mudah kecut jika dibasuh dan tak mudah luntur.
Karpet eksklusif dari Turki dan Iran ini telah lama menjadi idaman suri rumah kerana coraknya sangat cantik dan nampak mewah.
Saiz karpetnya 200x290cm cukup besar untuk diletakkan di ruang tamu atau di bahagian meja makan rumah anda.
Anda jangan risau, kalau anak tertumpahkan makanan atau minuman ke atas karpet ini, sangat mudah mudah dibersihkan tau.
Selain itu, karpet ini anti habuk, tahan lasak dan tidak licin menjadikannya sangat sesuai dipakai oleh keluarga yang mempunyai anak kecil.
Walaupun coraknya terhad, akan membuatkan rumah anda eksklusif kerana potensi untuk karpet sama dengan jiran sangat tipis.
Karpet bulu lembut antara trend permintaan karpet yang semakin tinggi terutama di kalangan wanita kerana permukaan karpet yang gebu dan selesa.
Tekstur karpet ini sangat lembut dan cepat kering jadi sukar untuk bakteria membiak. Sesuai untuk anda yang ada anak kecil!
Saiz karpet paling kecil ialah M (90x120cm) dan paling besar pula 180cmx210cm sangat cantik untuk dijadikan hiasan tambahan bilik anda.
Karpet super fluffy ini diperbuat daripada material polyester yang tidak mudah renyuk dan rosak kerana tahan lasak.
Permukaan bawahnya anti-slip dan karpet ini tahan lama malah mampu bertahan lebih daripada 5 tahun!
Jika anda suka konsep islamik kontemporari, anda boleh dapatkan karpet inspirasi dari Raudhah ini.
Karpet ini berukuran 120x70cm ini sedikit kecil daripada saiz karpet biasa dan boleh juga dijadikan sebagai sejadah.
Corak rekaan bunga penuh karpet ini sangat eksklusif dan selesa dipijak kerana mempunyai ketebalan 8mm.
Paling menariknya, mini karpet ini dilengkapi bersama satu bag kecil untuk memudahkan penyimpanan anda.
Walaupun karpet ini sedikit berat, tapi anda boleh gunakannya dalam jangka masa yang lama kerana tahan lasak.
Anda mahukan kelainan untuk dekorasi rumah tahun ini? Jom hias rumah anda dengan karpet warna merah Mak Ngah!
Red Shaggy Carpet ini sesuai diletakkan di ruang tamu dan bilik tidur kerana permukaan karpet ini lembut dan tak licin.
Saiz karpet ini ada 3 pilihan yang anda boleh pilih iaitu S (120x80cm), L (175x120cm) dan XL (205x180cm).
Kami cadangkan ambil paling besar untuk nampak lebih meriah!
Diperbuat daripada polyester membuatkan karpet ini selesa dipijak, tahan lasak dan tak licin jadi sangat selamat untuk anak kecil.
Paling penting, anda tak perlu risau jika ada makanan tumpah atau terkena kotoran kerana karpet ini mudah dibasuh.
Karpet dapur ini mempunyai teknologi baru iaitu permukaannya diperbuat daripada Diatom Mud menjadikannya mudah meresap.
Karpet ini boleh menyerap air sepantas 3 saat dan sangat mudah untuk dibersihkan kerana kesan kotoran mudah ditanggalkan.
Selain itu, karpet dapur ini oil-proof dan jika terkena minyak, anda hanya perlu gosokkan bahagian kotor itu menggunakan berus atau span bersih sahaja. Sangat mudah!
Paling penting, selamat digunakan di dapur kerana permukaan bawah karpet ini diperbuat daripada getah dan 100% anti-slip.
Selepas penggunaan, anda boleh basuh karpet dapur ini dengan menggunakan tangan, mesin basuh, vakum dan boleh juga hantar dry cleaning.
Untuk anda yang mencari karpet tebal, Original Tatami Carpet Japanese Style mungkin boleh jadi pilihan utama anda.
Rekaannya seperti kusyen membuatkan karpet tatami ini sangat lembut menjadikan karpet ini ideal untuk ruang tamu dan bilik tidur anda.
Selain ruangan tersebut, karpet ini sesuai juga diletakkan di ruang bilik anak anda kerana non-toxic dan tebal.
Paling menarik, karpet tatami ini kalis air jadi akan memudahkan anda membersihkannya!
Kami sarankan anda untuk tak membasuh karpet ini menggunakan mesin basuh kerana mungkin akan merosakkan karpet anda.
Karpet plastik ini mungkin menjadi pilihan ramai kerana mempunyai dua corak yang berlainan di kedua-dua bahagian depan dan belakang.
Menariknya, kedua-dua bahagian ini anda boleh pilih dan tukar ikut cita rasa anda bila-bila masa sahaja sebab karpet ringan serta mudah dialihkan.
Selain itu, karpet ini kalis air dan tebal menjadikannya sangat sesuai digunakan sebagai playmat untuk anak anda di rumah tau.
Dengan ukuran 180x180cm cukup besar untuk anda letak karpet ini di bahagian ruang tamu, dapur atau bawa bersama ketika berkelah di sungai atau pantai.
Tentunya ruang luar rumah atau balkoni anda perlukan hiasan juga, jadi hiasan paling mudah adalah dengan meletakkan karpet rumput ini.
Karpet rumput tiruan ini mempunyai reka bentuk inovatif, menjadikan rumput berdiri lebih tegak dan kelihatan lebih semula jadi berbanding turf tiruan biasa.
Selain itu, ia direka untuk menyerupai keindahan turf bola dan juga menawarkan estetika yang sangat realistik yang meningkatkan seri mana-mana ruang luar.
Paling penting, ia selamat untuk kanak-kanak dan haiwan kesayangan, rumput tiruan ini menyediakan permukaan yang lembut dan gebu untuk bermain dan bersantai.
Ia lebih mudah dipasang dan diselenggara berbanding rumput semula jadi, menjimatkan masa dan usaha anda.
Dengan ketebalan 25/30mm, rumput karpet tiruan ini menawarkan rasa mewah dan gebu di bawah kaki, melebihi keselesaan rumput karpet tradisional.
Mungkin anda perlukan karpet getah kerana mahukan alas permukaan lantai yang lebih murah untuk cover keseluruhan lantai rumah anda.
Anda boleh dapatkan tikar getah tahan lasak dengan reka bentuk mozek yang unik ini.
Ia diperbuat di Korea, tikar berkualiti tinggi ini diperbuat daripada bahan PVC premium, memastikan ketahanan yang terbaik.
Dengan lebar 5 kaki (150 cm atau 60 inci), ia memberikan liputan yang mencukupi untuk pelbagai kegunaan, sama ada sebagai tikar lantai atau alas meja.
Ketebalan 0.5 mm menambah ketahanan sambil mengekalkan rupa dan reka bentuk yang anggun.
Tikar getah serbaguna ini sempurna untuk melindungi permukaan lantai anda dan menambah sentuhan elegan kepada ruang anda.
Cara Cuci Karpet
Membersih atau mencuci karpet adalah tugas yang mudah dan tidak memerlukan banyak langkah yang complicated.
Berikut adalah langkah-langkah atau cara untuk cuci karpet di rumah anda.
Pertama sekali anda perlukan beberapa alat sebelum memulakan cucian untuk memudahkan proses cucian anda.
- Penyedut hampagas (vacuum cleaner).
- Berus karpet atau berus berbulu lembut.
- Sabun cuci karpet atau detergen cair yang lembut.
- Air suam.
- Baldi atau penyembur air.
- Tuala bersih atau kain lap.
- Kipas angin atau pengering karpet (pilihan).
Langkah-langkah:
Persiapan
- Alihkan semua perabot yang ada di atas karpet.
- Gunakan penyedut hampagas untuk membersihkan habuk dan kotoran dari permukaan karpet. Pastikan anda melakukannya dengan teliti untuk menghilangkan habuk-habuk atau kotoran kecil yang boleh merosakkan karpet semasa proses pencucian.
Menghilangkan Kotoran
- Jika terdapat kotoran tertentu pada karpet, sediakan larutan pembersih daripada campuran air suam dan sedikit sabun cuci karpet atau detergen cair.
- Gunakan kain lap atau tuala bersih yang dicelup dalam larutan tersebut untuk mengelap kotoran secara perlahan. Jangan menggosok terlalu kuat supaya permukaan karpet tidak rosak.
Mencuci Karpet
- Campurkan sabun cuci karpet dengan air suam dalam baldi mengikut arahan pada bungkusan sabun. Jangan gunakan terlalu banyak sabun supaya tidak meninggalkan sisa.
- Gunakan berus karpet atau berus berbulu lembut untuk menyapu larutan sabun ke seluruh permukaan karpet. Berus dengan gerakan melingkar dan pastikan seluruh kawasan karpet terkena larutan sabun.
Bilas Karpet
- Bilas karpet dengan air bersih untuk menghilangkan sisa sabun. Anda boleh menggunakan penyembur air untuk menyembur air bersih atau mengelapnya dengan kain basah. Pastikan untuk membilas sehingga tiada lagi sabun yang tertinggal di karpet.
Pengeringan
- Gunakan tuala bersih atau kain lap untuk menyerap lebihan air dari karpet dengan cara menekan-nekan permukaan karpet. Jangan menggosok karpet kerana boleh merosakkan serat dan permukaannya.
- Biarkan karpet kering secara semula jadi dengan meletakkannya di kawasan yang mempunyai pengudaraan baik. Anda boleh menggunakan kipas angin untuk mempercepatkan proses pengeringan. Jika boleh, jemur karpet di bawah sinar matahari.
Tip Tambahan
- Jangan terlalu kerap mencuci karpet kerana boleh merosakkan seratnya. Lakukan pencucian menyeluruh 1-2 kali setahun, atau mengikut keperluan.
- Untuk menjaga kebersihan karpet sehari-hari, gunakan penyedut hampagas secara rutin.
- Jika karpet anda diperbuat daripada bahan yang sensitif atau material mahal, pertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan pencuci karpet profesional.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda boleh mencuci karpet rumah dengan berkesan dan memastikan kebersihannya.
Anda juga boleh tonton tips di bawah untuk cuci karpet rumah seperti pro:
Tips Memilih Karpet Rumah
Memilih karpet untuk rumah mungkin sukar untuk sesetengah individu kerana ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membelinya.
Anda perlu tahu material apa yang digunakan, warna apa menarik, ukuran dan gaya yang sesuai dengan dekorasi anda.
Jom lihat beberapa tips mudah untuk memilih karpet rumah.
-
Tentukan ruangan
Pilihlah karpet yang sesuai dengan tempat yang anda mahu letakkan di ruangan rumah.
Karpet di ruang tamu dan ruang keluarga harus lebih tahan lasak dan mudah dibersihkan sebab ini antara ruang yang kerap digunakan.
-
Materials
Pilihlah karpet yang sesuai dengan cara penggunaan anda.
Karpet jenis kapas lebih tahan lama dan lembut dan karpet jenis getah pula lebih mudah dibersihkan dan tahan lama.
-
Ukuran karpet
Tentukan ukuran ruangan yang anda mahu tempatkan karpet tersebut.
Pastikan juga karpet yang dipilih memiliki ukuran yang mencukupi supaya dapat menutupi seluruh ruangan yang diinginkan.
-
Warna
Pilihlah warna yang sesuai dengan cita rasa dan gaya dekorasi rumah anda.
Warna neutral seperti coklat, beige atau kelabu mudah disesuaikan dengan pelbagai warna dan gaya dekorasi.
-
Design rekaan
Pilihlah rekaan karpet yang sesuai dengan gaya dekorasi rumah anda. Ada banyak jenis rekaan karpet yang tersedia contohnya moden dan tradisional.
-
Penjagaan
Pertimbangkan kemudahan dalam penjagaan karpet tersebut.
Pilihlah karpet yang mudah dibersihkan dan tahan lama untuk memastikan anda tidak berbelanja lebih.
-
Bajet
Tentukan bajet anda dan pilihlah karpet yang sesuai dengan anggaran tersebut.
Pastikan bajet anda selari dengan kualiti karpet yang dipilih supaya anda tak perlu membeli karpet terlalu kerap.
Anda masih keliru dan perlukan tips? Jom tonton video di bawah.