Kini, wireless CCTV camera semakin popular di kalangan pemilik rumah kerana mahu jaminan keselamatan terbaik untuk mengawasi rumah selama 24 jam sehari.
Terdapat banyak jenis CCTV rumah tanpa label dijual dengan harga CCTV rumah yang berpatutan dan mampu milik di bawah RM200.
Kalau anda nak cari CCTV murah dan ada WiFi, anda boleh beli CCTV pasang sendiri untuk jimat kos pemasangan dan terus boleh guna untuk awasi keadaan luar dan dalam rumah.
Jom lihat senarai CCTV murah dan bagus, serta brand CCTV yang bagus untuk pasang di rumah anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 CCTV Murah Untuk Rumah Terbaik
Sebab Menjadi Pilihan Utama:
CCTV SriHome ini sesuai dipasang di dalam bangunan seperti di ruang tamu, bilik anak, pejabat dan di kawasan parkir yang bertutup.
Ciri-ciri:
Selain mampu berpusing sehingga 355°, juga mempunyai ciri pan, tilt and zoom untuk mengawasi kawasan yang luas.
Turut direka dengan fungsi voice intercom di mana anda boleh bersuara melalui telefon pintar yang dihubungkan dengan CCTV.
Suara anda akan keluar dari CCTV untuk bercakap dengan sesiapa yang berada berdekatan dengan kamera.
Juga dilengkapi sistem penggera yang diaktifkan melalui fungsi pengesanan pergerakan (motion detection).
Review:
"Mudah untuk dipasang sebab plug and play je. Boleh awasi anak-anak ketika tiada orang dewasa di rumah. Kualiti imej bagus dan senang untuk setting dengan WiFi dan smartphone".
Jika anda perlukan kamera litar tertutup yang tersembunyi, boleh guna CCTV yang direka persis mentol lampu ini.
CCTV ini boleh digunakan dengan atau tanpa sambungan internet. Bagus bukan?
Kamera yang tersorok dalam mentol ini mampu merakam imej panorama pada sudut 360°.
Jenis CCTV ini juga berfungsi sebagai lampu agar rakaman pada waktu malam tetap terang walaupun keadaan gelap.
Anda hanya perlu pasangkan kamera CCTV ini seperti anda pasang mentol lampu biasa, jadi tidak perlu risau tentang kabel tambahan.
Turut lengkap dengan ciri penggera siren agar penceroboh dapat ditakutkan.
CCTV keluaran HIKVISION ini memiliki kamera 2 megapiksel dengan resolusi 1920 x 1080.
CCTV ini mampu merakam video dengan jelas walaupun pada waktu malam atau ketika gelap sehingga jarak IR 30m jauhnya.
Ciri tambahan kamera litar tertutup ini termasuk boleh dicondongkan sehingga 180° jadi anda boleh laras kedudukannya mengikut kemahuan anda.
Walaupun CCTV ini khas untuk kegunaan outdoor, namun boleh dipasang di dalam kawasan juga.
Anda boleh pasangkannya di kilang dan pusat asuhan kanak-kanak untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.
TP-Link TAPO membawakan CCTV yang boleh dihubungkan terus ke peranti pintar dan membolehkan anda mengawasi kediaman atau kucing setiap masa.
Tapi yang penting, CCTV tersebut perlu disambung dengan akses internet.
Sesuai diletakkan di bilik bayi anda kerana boleh merakam pandangan dalam keadaan gelap. Jadi, keadaan ketika si comel tidur sentiasa boleh diawasi.
Dilengkapi juga dengan pengesanan gerakan di mana akan memberikan notifikasi serta merta jika ada gerakan yang dicurigai.
Turut mempunyai mikrofon dan pembesar suara untuk komunikasi audio 2 hala.
CCTV juga boleh dicondongkan sehingga 114° dan berpusing 360 darjah.
Pantau anak-anak atau haiwan peliharaan ketika anda berjauhan dari rumah dengan mudah menggunakan CCTV Dahua ini.
CCTV ini tidak memerlukan pemasangan yang sulit, kalau nak letak atas meja atau rak pun tiada masalah.
Dengan ciri Smart Tracking, CCTV akan secara automatik berpusing mengikut pergerakan.
Menariknya, CCTV ini mampu mengesan bunyi luar biasa seperti kaca pecah atau anak menangis dan notifikasi akan terus dihantar ke telefon pintar anda.
Dengan ciri ini, sangat mudah untuk awasi anda anak bermain walaupun ketika berada di dapur.
Model CCTV yang comel ini jenis wireless, jadi anda tidak perlu pening kepala fikirkan cara pemasangannya.
Bagi pengguna telefon pintar, anda boleh hubungkan kamera ini dengan peranti anda dengan mudah.
Jadi rakaman CCTV boleh ditonton dari jauh dan boleh menjadikan pengawasan keselamatan rumah atau anak lebih mudah.
Selain boleh berpusing 355° & 90°, CCTV pasang sendiri ini juga dilengkapi ciri penggera (alarm) untuk waktu kecemasan.
Turut direka dengan built-in mic dan speaker untuk komunikasi dua hala walaupun ketika anda tiada di rumah.
Risau nak tinggalkan haiwan peliharaan di rumah ketika bercuti atau balik kampung?
Usah takut, dengan kamera ini, keadaan haiwan kesayangan anda dapat dipantau dengan mudah secara live dari telefon.
Ciri menarik yang turut ditawarkan ialah Smart Tracking dan Motion Detection yang boleh mengesan subjek dengan tepat.
Anda akan terima notifikasi serta merta ke app EZVIZ di telefon pintar anda.
Dengan ciri Infrared LED Lights pula, CCTV ini mampu merakam imej dalam gelap sehingga 10 meter dari posisi CCTV murah WiFi ini.
Menariknya, CCTV ini juga boleh memantau kawasan sehingga 360° secara mendatar.
Apa yang menarik tentang CCTV mini ini ialah mempunyai magnet pada bahagian belakang kamera, jadi boleh dilekatkan pada mana-mana tempat yang mempunyai besi.
Anda tidak perlu pening kepala tentang cara pemasangan. Sangat senang!
CCTV ini juga jenis wireless dan menggunakan bateri yang boleh dicas semula untuk berfungsi.
Menarik lagi, saiznya yang kecil akan memudahkan anda untuk sorokkan CCTV agar tindakan penceroboh rumah dapat dirakam tanpa halangan.
Selain itu, CCTV ini juga mempunyai ciri night vision dan penggera.
Jangan lupa untuk cas kamera sehingga penuh sebelum menggunakannya.
Walaupun rekaan CCTV compact, namun kemampuannya untuk mengawasi rumah anda sangat hebat.
Ini kerana CCTV ini boleh merakam pandangan panorama sehingga 360° secara mendatar dan 108° secara menegak.
Lengkap juga dengan ciri infrared night vision yang menjanjikan rakaman menyeluruh dan jelas walaupun pada waktu malam.
Rakaman video CCTV pula boleh dimainkan semula (playback) agar mudah untuk anda periksa keadaan rumah ketika bercuti.
Dilengkapi dengan lensa sudut pandangan lebar 120°, IP camera ini dapat meliputi kawasan yang lebih meluas.
Jadi, CCTV ini membolehkan anda nampak apa yang terjadi di segenap ruang ketika rumah kosong.
Ciri night vision pada CCTV ini pula membolehkan video dirakam dengan jelas sehingga 10 meter jauhnya.
Usah risau jika rumah diceroboh kerana anda akan terima notifikasi di telefon apabila berlaku pergerakan mencurigakan dengan adanya ciri Motion Detection.
Takut dinding rosak jika dipasang pada dinding? Tidak apa, anda boleh letak CCTV ini di atas rak.
Turut mempunyai mikrofon dan speaker yang membolehkannya merakam bunyi.
CCTV bersaiz mini ini memang sangat sesuai sekiranya anda sedang mencari CCTV untuk di pasang dalam rumah anda, dan ianya sangat mudah untuk dipasang (plug and play).
Selain mudah di pasang, ia turut dilengkapi dengan sambungan terus ke WiFi dan telefon anda, jadi anda boleh lihat secara live rakaman CCTV itu.
Lebih menarik, CCTV ini mempunyai audio 2 hala, membolehkan anda untuk berkomunikasi secara dua hala menerusi CCTV ini.
Pada waktu malam pula, anda tetap dapat merakam segala gerak geri di rumah anda kerana ia turut dilengkapi dengan night vision.
Bagaimanapun, CCTV mini ini lebih sesuai untuk diletakkan di dalam rumah berbanding di luar rumah.
Mungkin anda sedang mencari CCTV yang sesuai untuk diletak di pejabat atau kedai, dan boleh monitor selama 24 jam sehari tanpa gangguan.
Inilah CCTV yang paling sesuai untuk kegunaan anda sekiranya anda mempunyai pejabat, kedai atau kilang sendiri kerana CCTV ini tidak memerlukan memory card untuk menyimpan rakaman.
Segala rakaman akan disimpan secara cloud tanpa menjejaskan fungsi CCTV ini, jadi segala rakaman CCTV di premis anda akan dapat diperolehi dan disimpan dengan mudah.
Tiada lagi isu CCTV tidak boleh rakam sebab memory dah penuh!
Bagaimanapun, sekiranya anda mahu menyimpan rakaman CCTV ini untuk satu tempoh yang lebih lama, anda perlu melanggan perkhidmatan cloud yang disediakan oleh pihak AWS.
Dari segi fungsi, memang ia mudah digunakan dan boleh sambungkan pada telefon anda menerusi talian WiFi dengan mudah.
Kualiti rakaman juga memang sangat baik dengan resolusi HD penuh 1080p, jadi rakaman CCTV anda tidak akan kelihatan kabur atau kurang jelas.
Kalau nak ketatkan lagi kawalan kawasan rumah anda, tidak kira pada waktu siang atau malam, anda boleh dapatkan CCTV dari jenama SriHome ini.
Ini merupakan CCTV terbaik untuk luar rumah kerana ia dapat mengawasi keadaan sekeliling rumah dengan pusing 360 darjah, jadi tidak akan ada pencuri yang terlepas dari rakaman CCTV.
Selain itu, CCTV ini turut mempunyai 2-way audio bagi memudahkan anda berkomunikasi dengan tetamu yang sedang berada di luar rumah.
Kualiti rakaman tidak menjadi masalah dengan rakaman resolusi HD penuh 1080p, jadi setiap rakaman akan kelihatan jelas.
Disebabkan ia direka untuk diletak di luar rumah, maka CCTV ini turut mempunyai ciri kalis air IP66, jadi tidak mudah rosak sekiranya terkena air hujan.
Pada waktu malam, CCTV ini juga turut dapat merakam dengan jelas dengan ciri night vision, memastikan rumah anda sentiasa diawasi dengan selamat.
CCTV dari jenama Tenda ini sesuai digunakan untuk dalam rumah, atau luar rumah pada bahagian depan pintu.
Fungsi yang berguna pada CCTV ini adalah 2-way audio di mana anda boleh bercakap dengan tetamu yang sedang berada di depan rumah.
Tidak perlu lagi tergesa-gesa mahu membuka pintu rumah, boleh terus check menerusi telefon anda siapa yang berada di luar dan bercakap terus dengan mereka.
Selain itu, CCTV ini juga turut boleh membuat rakaman 360 darjah bagi memastikan anda dapat merakam atau melihat keadaan sekeliling rumah anda.
Tidak akan ada lagi blind spot dengan CCTV dari jenama Tenda ini.
Pada waktu malam pula, ia mempunyai infrared night vision dan dalam masa sama akan memastikan kualiti rakaman pada waktu malam dalam resolusi yang terbaik.
Jika anda tidak mahu menggunakan WiFi untuk membuat sambungan pada CCTV ini, anda turut boleh menyambungkannya menerusi kabel ethernet.
Jika rumah dimasuki pencuri, CCTV ini boleh menghasilkan bunyi alarm bagi menakutkan pencuri itu atau sebagai amaran pada orang sekeliling.
Anda mencari CCTV yang boleh digunakan tanpa internet? Boleh pertimbangkan untuk beli CCTV dari COQ ini.
Antara ciri-ciri CCTV ini adalah 2-way audio yang membolehkan anda berkomunikasi secara dua hala, dan juga boleh preview kembali rakaman pada CCTV ini.
Selain itu, CCTV ini juga turut boleh digunakan tanpa internet menggunakan mod AP yang tersedia, jadi tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai talian internet tetap untuk menggunakan CCTV.
Bagaimanapun, kualiti rakaman CCTV ini hanya sebanyak 720p sahaja yanng mungkin akan membuatkan rakaman anda kurang jelas pada waktu malam.
Selain mudah dipasang, CCTV ini juga mempunyai siren alarm untuk menakutkan penceroboh yang masuk atau memberi amaran pada orang sekeliling.
Tips Beli CCTV Murah Dan Bagus
-
Ketahui sama ada anda ingin pasang CCTV di dalam atau luar rumah
CCTV yang ingin dipasang di luar rumah mempunyai rekaan yang berbeza dengan CCTV jenis indoor.
CCTV outdoor selalunya direka untuk bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca.
Kamera CCTV juga ada pelbagai bentuk, antaranya bentuk dome, bullet, PTZ dan Covert.
-
Pertimbangkan ciri-ciri kamera CCTV yang diinginkan
Perhatikan terlebih dahulu resolusi kamera dan jenis lensa.
Kebanyakan CCTV zaman kini mempunyai kamera HD dan ada juga guna Internet Protocol (IP).
Ada juga kamera CCTV yang boleh berpusing 360 darjah, zoom jarak dekat, pan and tilt untuk memudahkannya memantau kawasan yang luas.
-
Ketahui sama ada CCTV itu boleh mempunyai infrared night vision
Jika anda mahukan CCTV anda boleh merakam pergerakan dengan baik ketika waktu malam, pastikan mempunyai ciri infrared night vision.
-
Berapa GB data yang boleh kamera CCTV anda simpan?
Lazimnya, kamera CCTV atau IP Camera boleh menyimpan data video yang dirakam menggunakan kad memori.
Jadi, penting untuk anda ketahui berapa jumlah maksimum data yang boleh disimpan oleh CCTV pilihan anda.
-
Pilih sama ada anda mahukan CCTV jenis berwayar atau wireless
Lazimnya, CCTV jenis berwayar adalah lebih murah dan mempunyai sambungan yang lebih stabil berbanding wireless CCTV kamera.
Namun, wireless CCTV pula lebih mudah dipasang berbanding jenis wayar dan video rakamannya boleh ditonton walaupun anda tidak berada di rumah.
Anggaran Harga CCTV Rumah Yang Bagus Dan Murah
Anda tak semestinya perlu berhabis ribuan ringgit untuk dapatkan kamera litar tertutup (CCTV) yang terbaik.
Ini kerana terdapat beberapa jenama CCTV yang tetap menawarkan kualiti yang bagus dengan harga yang murah.
Antara brand CCTV yang bagus dan murah ialah TPLINK, Xiaomi dan Hikvision.
Kebanyakannya boleh didapati dengan harga sekitar RM80 hingga RM180 sahaja.
CCTV Yang Mana Sesuai Untuk Anda?
Nak pilih mana satu CCTV yang sesuai untuk anda memerlukan beberapa pemahaman mengenai fungsi CCTV, lokasi anda letakkan CCTV dan juga keperluan penggunaan CCTV anda.
Pertama anda perlu tahu tujuan pemasangan CCTV, sama ada untuk keselamatan rumah, untuk pantau pejabat atau premis perniagaan anda, anda untuk mengawasi pergerakan penghuni di dalam rumah.
Selain itu, anda perlu tentukan sama ada mahu gunakan CCTV tersebut secara indoor atau outdoor, dan jika guna untuk outdoor pastikan anda beli yang jenis kalis air.
Dari segi resolusi pula, jika anda mahu gunakan untuk awasi premis perniagaan anda, lebih baik untuk guna CCTV beresolusi tinggi seperti full HD.
Paling penting, dari segi penyimpanan rakaman CCTV tersebut perlulah mengikut keperluan anda, sama ada untuk disimpan dalam tempoh yang panjang atau pendek.
Pilih je CCTV yang sesuai dengan bajet dan juga tujuan anda menggunakan CCTV tersebut, dan jangan sampai tersilap beli.