Bagi pasangan yang baru menggalas tanggungjawab ibu bapa, pasti ingin mencari dan menyediakan keperluan si comel serba lengkap.
Antaranya katil baby cantik supaya mereka tidur dengan lena dan selesa di tempat sepatutnya.
Jadi kami sediakan senarai katil baby yang terbaik dan harga katil baby untuk anda membuat pilihan. Jom lihat!
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Katil Baby Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Baby cot dari jenama Sweet Cherry ini merupakan baby cot serba guna yang turut dilengkapi dengan bassinet, boleh digunakan sehingga berat bayi 9kg.
Ciri-ciri:
Baby cot atau katil bayi ini sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 3 tahun atau maksimum berat 15 kg, ianya mudah dipasang di rumah.
Bassinet boleh digunakan sehingga bayi mencapai berat maksimum 9 kg dna ia mudah ditanggalkan dengan zip.
Dibina dengan rangka yang kuat dan kukuh, ia memastikan keselamatan yang maksimum untuk si comel.
Reka bentuk katil ini memaksimumkan pengedaran udara, mewujudkan persekitaran yang selesa.
Katil ini juga dilengkapi dengan meja menukar lampin yang boleh ditanggalkan dan bar mainan elektronik dengan melodi yang menenangkan serta mainan lembut yang boleh ditanggalkan untuk menghiburkan bayi anda.
Selain itu, ia juga hadir bersama jaring nyamuk untuk menghalang serangga yang tidak diingini. Untuk memudahkan anda mengalihkan dan menyimpannya, ia dilengkapi dengan dua roda brek yang terbina di dalam dan boleh dilipat kecil untuk anda simpan katil ini.
Ia dilengkapi dengan beg simpanan untuk anda menyimpannya dan membawanya keluar jika perlu.
Bagaimanapun, tilam perlu dibeli secara berasingan.
Review:
“Baby cakap dia tidur dalam ni tak nak bangun-bangun.”
Jika anda inginkan katil baby yang boleh dilipat dan dibawa ke mana saja, jenama Mamakiddies adalah pilihan tepat.
Lagipun, katil ini mempunyai ciri keselamatan yang baik kerana mempunyai kunci bahagian roda dan diperbuat 100% polyester yang tidak membahayakan anak anda.
Anda juga boleh tidur seakan-akan dengan si comel walaupun berbeza katil kerana katil baby Mamakiddies ini boleh buka penghadang pada sebelah.
Keluasan katil memang sesuai untuk anak sehingga usia 3 tahun kerana saiz panjang 103 cm x lebar 67 cm.
Katil ini merupakan pilihan tepat jika anda seorang yang suka berjimat kerana katil baby ini boleh berfungsi 3-dalam-1.
Anda boleh tukarkannya kepada katil baby dan apabila si comel sudah mencapai usia 3 tahun ke atas, katil ini boleh tukar menjadi meja belajar.
Malah katil ini juga boleh dijadikan seperti buaian jika anda mengangkat ke atas ke empat-empat roda. Tak perlu cabut roda pun.
Cara pemasangan juga sangat mudah, hanya ikut buku manual yang diberi dan katil baby siap!
Jangan risau, penghadang kiri kanan katil ini boleh dibuka untuk sambung dengan katil anda.
Pada mereka yang lebih selesa tidur bahagian bawah, anda boleh pilih katil baby jenis ini.
Bahan binaan katil ini menggunakan material bahan tidak toksik dan warna semula jadi yang tidak membahayakan si comel.
Walaupun kayu dan bersaiz kecil tapi jenis kayu yang digunkan solid dan mampu menyokong bebanan.
Dengan saiz 90cm x 48cm x 41cmm, sesuai untuk bayi berusia 1 tahun dengan berat 6kg.
Pagar katil ini selamat untuk bayi sehingga 1 tahun dan sesuai untuk katil saiz Queen dan King.
Pagar penghadang katil ini dikategorikan dalam katil bayi kerana untuk keselesaan dan keselamatan si comel ketika tidur dengan anda.
Pagar ini boleh adjust ketinggian yang sesuai mengikut usia si comel jadi anda tidak perlu risau bayi tergolek ke bawah katil ketika tidur.
Jadi, anda boleh tinggikan pagar katil mengikut ketinggian bayi anda dan pagar katil ini mempunyai 8 tahap adjust.
Ketinggian pagar boleh mencapai sehingga 93cm dengan dan fabrik pagar boleh dibasuh jika perlu.
Anda juga boleh melihat si kecil dari jauh walaupun meninggalkan mereka bersendirian dalam katil.
Jangan risau, bahan binaan diperbuat daripada 100% bahan selamat untuk bayi anda.
Walaupun harganya mahal tapi jika dilihat pada spesifikasinya, buaian ini sangat berbaloi untuk dibeli.
Ini kerana terdapat mesin automatik untuk membuai bayi anda. Maksudnya, si comel tak perlu di buai secara manual.
Kemudian, terdapat alat kawalan jauh untuk mengawal sistem buaian. Antaranya, lagu, kelajuan buaian dan masa.
Terdapat juga bakul untuk khas letak barang keperluan barang bayi jadi anda tak perlu ruang lain untuk simpan barang si comel.
Selain itu, katil baby ini boleh dibuka bahagian penghadang supaya si ibu dapat baring bersama si comel walaupun berbeza katil.
Jangan risau, fabrik katil ini mudah ditanggalkan untuk proses pencucian dan juga mempunyai roda untuk mudah tolak ke mana saja.
Walaupun tidak boleh dibuai tapi banyak kelebihan yang anda boleh dapat dengan katil baby ini.
Dengan saiz 105cm x 76cm x 78cm si kecil boleh bermain dalam katilnya sendiri bersama permainannya.
Lagipun katil ini mampu menampung berat sehingga 40kg atau sehingga si comel berusia 4 tahun.
Senang kata, sangat kukuh untuk letak si comel dan katil ini mempunyai dua lapisan iaitu untuk Newborn dan kanak-kanak.
Anda perlu adjut saja bahagian mana yang anda inginkan.
Selain itu, terdapat bahagian penukaran lampin jadi anda tak perlu susah-susah untuk membongkok badan untuk menukar lampin.
Terdapat brek pada bahagian dua buah biji roda dan anda boleh cabut roda untuk sesi si comel bermain.
Katil bayi ini senang pasang dan cukup besar serta selesa untuk bayi newborn.
Diperbuat daripada kain linen dan boleh digunakan di dalam atau di luar rumah.
Katil ini boleh dilipat, digerakkan dengan roda atau tukar ketinggian katil kepada sudut 5° untuk masa penyusuan bayi.
Tambah lagi, katil bayi ini boleh bercantum dengan sebelah katil besar ibu bapa, jadi lebih mudah untuk ibu menjaga bayi pada waktu malam.
Boleh ditukar menjadi katil buaian untuk menidurkan atau menenangkan bayi menangis.
Dengan pilihan kunci untuk memastikan katil bayi tidak bergerak dan sarung boleh ditanggalkan.
Untuk anda yang gemarkan barangan IKEA, anda boleh beli baby cot dari IKEA ini dan boleh padankan dengan perabut IKEA di rumah anda.
Katil ini mempunyai ketinggian yang selamat agar anak kecil anda tidak merangkak keluar dari katil sendirian.
Selain itu, katil ini juga selamat digunakan untuk bayi yang baru lahir dan sehingga bayi berumur 3-4 tahun, jadi boleh digunakan lama.
Bahagian bawah katil boleh dilaras kepada dua ketinggian bagi memudahkan anda menggangkat keluar bayi anda atau dibiarkan pada ketinggian paling bawah untuk keselamatan bayi.
Bahagian base katil ini telahpun diuji ketahanannya dan ianya sememangnya mampu beri sokongan yang diperlukan oleh bayi anda semasa tidur ataupun semasa berjaga.
Tambahan lagi, bahagian base katil ini mempunyai pengudaraan yang baik, memberikan bayi anda kualiti tidur yang terbaik dan selesa.
Katil atau tilam berbentuk bulat atau bujur ini direka untuk bayi yang baru lahir sehingga berumur 1-2 tahun
Set katil ini diperbuat daripada pengisian 100% poliester (gred A) dan bahan kain, menyediakan persekitaran tidur yang lembut dan selesa untuk si kecil anda.
Bahan yang digunakan adalah tidak toksik dan memenuhi semua standard keselamatan, memastikan kesejahteraan bayi anda semasa tidur ataupun berjaga.
Set ini termasuk bantal, bantal peluk, selimut dan tilam.
Semuanya boleh dibasuh dengan tangan atau mesin basuh untuk memastikan ianya kekal bersih buat si comel.
Bagaimanapun, set katil untuk si comel ini tidak boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering.
Katil Bayi jenis elektrik dari Samu Giken ini mempunyai mod ayunan automatik dengan lima tahap kelajuan, membolehkan anda mencari tetapan yang sempurna untuk menidurkan bayi anda.
Selain itu, ia turut dilengkapi pemasa (timer) yang boleh ditetapkan selama 15, 30, atau 45 minit.
Apa yang menarik, katil elektrik ini mempunyai built-in music bersama dengan fungsi Bluetooth yang membolehkan anda memilih muzik dari peranti mudah alih anda, jadi bayi anda akan kekal terlena dengan alunan muzik atau zikir.
Diperbuat daripada kain yang sangat lembut dan jenis breathable, katil ini memastikan pengedaran udara yang baik dan selamat.
Katil ini tahan lama dengan keluli tahan karat berlapis krom menjadikannya sesuai untuk pelbagai persekitaran, termasuk diletakkan di ruang tamu, atau bilik tidur.
Effect Baby Jatuh Katil
Sememangnya menjadi kerisauan buat ibu bapa sekiranya bayi mereka terjatuh dari katil kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada kesihatan.
Bergantung kepada ketinggian jatuh, permukaan yang terkena, dan umur bayi, setiap ibu bapa perlu tahu kesan yang patut dilihat sama ada ianya serius ataupun tidak.
Berikut adalah beberapa kesan umum yang mungkin berlaku:
- Cedera Ringan
Selepas terjatuh, anda anda mungkin mengalami luka kecil, lebam, atau bengkak pada tempat yang terkena. Kulit bayi juga mungkin terluka akibat geseran dengan permukaan yang keras.
- Cedera Serius
Kecederaan kepala adalah yang paling membimbangkan kerana otak bayi masih dalam perkembangan.
Cedera kepala boleh menyebabkan gegaran otak, pendarahan dalam tengkorak, atau kerosakan otak yang serius.
Selain itu, bayi mungkin mengalami patah tulang atau retak pada bahagian badan seperti tangan, kaki, atau tulang rusuk mungkin berlaku.
Paling merisaukan, cedera pada organ dalaman juga boleh berlaku walaupun jarang.
Tanda-Tanda Bahaya
Jika bayi jatuh dari katil, perhatikan tanda-tanda berikut dan dapatkan bantuan perubatan segera:
- Menangis secara berlebihan atau bukan seperti kebiasaan, dan tangisan tidak berhenti.
- Muntah yang berulang-ulang.
- Bayi kelihatan lemah, mengantuk, atau kurang responsif daripada biasa.
- Nafas yang pendek atau sukar bernafas
- Bengkak yang besar atau luka yang kelihatan serius.
- Kesukaran untuk bangun tidur atau tidur yang terlalu lama.
Jadi itu antara kesan jika bayi jatuh katil. Anda perlu perhatikan tanda-tanda ini dan lakukan tindakan yang wajar seperti bawa anak ke hospital.
Bagaimanapun, anda boleh elakkan daripada kejadian ini berlaku dengan menggunakan katil bayi yang rendah dan juga selamat.
Cara Pasang Katil Baby
Sebenarnya banyak cara pasang katil bayi. Bergantung pada jenis katil baby yang anda beli.
Selalunya ada manual dalam setiap kotak pembelian cuma ikut langkah yang ditunjuk.
Kalau katil yang anda beli memerlukan pertukangan, jadi mungkin sedikit sukar.
Tapi jika katil baby yang anda beli hanya perlu menyambung antara satu besi ke satu besi yang lain, agak mudah cuma memerlukan kekuatan untuk mengetatkan pada bahagian sesiku.
Jadi, sebelum beli cuba lihat cara pasang katil baby sama ada susah atau senang supaya kerja anda lebih mudah.
Artikel Berkaitan
- 9 Rangka Katil Murah Bawah RM300
- Cas Tenaga Semasa Tidur Dengan Berikan Keselesaan Sepanjang Malam Melalui 8 Katil Ini
- Untuk Lebih Keselesaan Semasa Melayari Mimpi Dengan 10 Sofa Bed Dibawah RM 300
- Tidur Nyenyak Tanpa Gangguan Dengan 8 Pilihan Tilam Terbaik
- Tilam Terbaik Untuk Sakit Belakang
- Jenama Tilam Terbaik di Malaysia