Kulit yang sihat, anjal serta cantik adalah impian setiap wanita dan kolagen untuk kulit adalah rahsia terbaik untuk mendapatkan hasil tersebut.
Bukan sahaja untuk kecantikan, tetapi juga dapat membantu menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang anda.
Jadi, jika anda ingin mengekalkan kulit yang sihat, muda dan berseri, amalkan minuman kolagen terbaik untuk kesihatan kulit anda.
Selain itu, anda juga boleh dapatkan suplemen untuk tegangkan kulit muka jika mahukan kulit wajah nampak awet muda.
Tapi apakah jenama kolagen yang paling berkesan?
Jangan risau, jom lihat senarai jenama produk kolagen atau minuman untuk kulit cantik terbaik dan selamat di Malaysia.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 16 Suplemen Kolagen Terbaik Dan Selamat
Sebab menjadi pilihan:
Boleh mengurangkan inflamasi dan kemerahan pada kulit serta menghasilkan kulit yang lebih cantik, cerah, sekata dan sihat dalam masa yang singkat.
Ciri-ciri:
Produk kolagen jenama Kitsui menyediakan khasiat dan perlindungan kulit yang menyeluruh melalui campuran L-Glutamine, Omega 3, 18 Premix Vitamins and Minerals, Mixed Powdered mix berries, dan BeetRoot.
Selain menggalakkan keanjalan kulit dan mengurangkan tanda penuaan, kolagen ini juga boleh meningkatkan kesihatan rambut dan mengurangkan keradangan dalam badan.
Dalam masa yang sama, akan membantu meningkatkan kesihatan anda dan mencerahkan serta meratakan tona kulit.
Jika anda sedang mengambil ubat, menyusu, mengandung, atau mempunyai alahan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk ini.
Cukup satu sachet sehari untuk mendapatkan kulit yang muda dan berseri.
Paling penting, produk ini juga telah diiktiraf sebagai suplemen anti-penuaan terbaik di pasaran.
Review:
“Sebagai seorang ibu yang sibuk bekerja, saya sering mengabaikan kulit dan kesihatan saya. Sejak saya mula mengambil Kitsui Collagen White 6000 mg, saya melihat peningkatan yang ketara dalam kesihatan dan kulit saya secara keseluruhan. Saya berasa lebih bertenaga dan sihat, dan kulit saya lebih lembut dan berseri daripada sebelumnya.”
Diperkaya dengan ekstrak benih anggur dan Vitamin E yang membantu meremajakan kulit dalam hanya 6-12 minggu.
Kolagen ini berkesan dalam membaiki kulit sambil menggalakkan pertumbuhan sel baru untuk kecantikan yang mendalam.
Kandungan Vitamin E dan ekstrak biji anggur pula membantu dalam melindungi sel-sel anda daripada kerosakan radikal bebas.
Suplemen sedap ini dijamin asli tanpa bahan pengawet atau bahan tambahan tiruan.
Formulasi terbaru produk kolagen dari NeoCell dilengkapi bersama Vitamin C dan Biotin.
Kolagen ini akan membantu dalam memberi kekuatan tulang, kulit tak sekata, rambut yang rosak dan juga kerosakan pada kuku.
Selain itu, manfaat gabungan dua bahan ini juga bagus dalam pembaikan tisu untuk membantu anda dapatkan keanjalan yang lebih sempurna.
Kolagen NeoCell juga baik untuk semua aspek iaitu untuk tendon, rambut, kulit, otot dan juga kuku.
Produk ini jenis serbuk dan mudah untuk dimakan begitu sahaja ataupun dicampurkan ke dalam minuman jus kegemaran anda.
Kinohimitsu Diamond Collagen mempunyai 5300mg collagen peptide yang direka khusus untuk memulihkan dan meremajakan kulit.
Suplemen ini mudah diserap oleh kulit dan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kekeringan wajah.
Dengan bahan-bahan seperti jus laici dan Perilla Seed, produk ini bukan sahaja mencantikkan kulit wajah, malah membantu menegangkan payudara dan punggung untuk bentuk badan yang lebih menarik.
Anda pasti akan jatuh cinta selepas mencubanya sendiri.
Aurawhite Beauty Gold Collagen baik untuk kecantikan luaran dan dalaman.
Sesuai untuk lelaki dan juga wanita yang berumur 16 tahun ke atas.
Kolagen ini bagus dalam memperbaiki struktur kulit dan menjadikannya lebih cerah, lembut dan lembap.
Bukan hanya itu, turut membantu kulit yang bermasalah seperti mengurangkan jerawat dan bintik gelap.
Penjagaan menyeluruh juga boleh dilakukan dengan hanya minum kolagen ini untuk mendapatkan kuku yang sihat dan rambut yang kuat.
Rasanya seperti air anggur, lebih sedap untuk diminum walaupun hanya dibancuh dengan air kosong.
Beauxlim Collagen dengan Pomegrante adalah formula kecantikan kolagen yang berperisa buah-buahan.
Ia dirumus dengan kolagen marin yang berkualiti tinggi dengan ekstrak buah delima dan teh polyphenols yang membantu meningkatkan kesihatan kulit dalaman.
Dengan penggunaan yang berterusan, kolagen ini akan mencerahkan kulit, menghilangkan kedutan dan mengurangkan pengeluaran melanin.
Sementara itu, punicalagins yang terdapat pada delima bekerjasama dengan teh polifenol memberikan dua kali ganda perlindungan kepada kulit daripada pendedahan UV yang berbahaya dan radikal bebas.
NH Colla Plus adalah minuman kecantikan kolagen dari 100% bahan semula jadi iaitu formula terbaharu Vitamin C dan GSE 95% OPCs.
Kolagen ini membantu menyuburkan kulit dari dalam untuk menggalakkan kulit yang lebih licin.
Selain itu, turut mengandungi Phyto cell yang bagus untuk memperbaiki sel kulit anda, mencerahkan kulit kusam dan memudarkan kemunculan garis penuaan.
Sangat mudah untuk diamalkan kerana anda hanya perlu buka penutup dan sedia untuk terus diminum.
Kolagen dari Auramen ini mampu untuk membantu kaum lelaki menjaga penampilan terutamanya di bahagian muka.
Malah dapat membantu lelaki mengekalkan stamina sepanjang hari semasa melakukan aktiviti harian.
Dengan kandungan serbuk protein, kolagen ini mampu meningkatkan kadar hormon testosterone dan melancarkan peredaran darah.
AuraMen Turbo Collagen juga mengandungi “protein whey” yang bagus untuk pertumbuhan otot dan “fat burner” untuk membakar lemak berlebihan dalam badan.
Bagi yang ingin menurunkan berat, anda boleh dapatkan kolagen ini!
Semasa mengandung, anda digalakkan untuk mengambil kolagen bagi memberi tenaga untuk menjalani aktiviti seharian tanpa rasa letih atau lesu.
Dengan kolagen peptide ikan, hydrolyzed TYPE 1, produk ini sangat bagus untuk kesihatan kulit.
Menariknya, kolagen ini akan membantu mencegah stretch mark pada perut semasa hamil dan melambatkan proses penuaan pada kulit.
Tiada lagi masalah kulit bersisik, tumit merekah dan siku kering kerana kolagen dari Sendayu Tinggi ini akan membuatkan kulit anda akan kekal anjal serta lebih halus dari biasa.
Parut berkurangan dan lembapan juga berkekalan pada lapisan kulit anda tau!
Suplemen kolagen ini dapat mengekalkan keanjalan pada kulit anda dan mengurangkan penampilan garis halus serta kedutan.
Anda tidak perlu risau, kolagen ini tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan dan perasa tambahan.
Jadi, sangat selamat diambil oleh anda yang inginkan kulit lebih glowing dan tampak segar berpanjangan.
Bebas dari sodium, menjadikan kolagen ini pilihan ramai kerana ianya mampu melambatkan proses penuaan dan tidak membahayakan kesihatan.
Kolagen ini diperbuat daripada Aqueous Marine Collagen, Coenzyme Q10, ekstrak biji anggur dan vitamin.
Bahan semula jadi ini akan menjadikan kulit anda kelihatan lebih segar dan bebas dari masalah kulit kusam atau keletihan.
Kolagen ini membina mekanisme pertahanan untuk melindungi kulit anda dari pencemaran dan radikal bebas.
Jika anda selalu terdedah kepada sinaran UV, kolagen ini terbaik untuk anda.
Produk ini juga boleh melindungi kulit anda dari kedutan, garis halus, kemunculan urat varicose, selulit, parut, ederma dan lebam.
Kolagen dari Joymix ini mengandungi 200,000mg kolagen yang bebas perisa tambahan, pewarna tiruan dan bahan pengawet.
Bukan sahaja boleh membaikpulih kerosakan pada kulit anda, malah dapat mengurangkan penampilan kedutan serta garis halus.
Tambah lagi, boleh menguatkan tulang, otot dan rambut, supaya tidak mudah gugur atau rapuh.
Produk ini mampu meresap ke dalam lapisan kulit dan tidak ada bau ‘fishy’, jadi lagi mudah untuk dicampur dengan minuman lain.
Collagen plus powder dari Shaklee ini berfungsi sebagai anti-penuan yang mengurangkan kedutan dan mengecilkan liang pori seluruh badan.
Selain itu, berfungsi melembapkan kulit agar kekal hidrasi tanpa mengeringkan kulit anda.
Bahan lain yang ada memberikan kesan pada tona kulit dengan mengurangkan pigmentasi pada kulit serta meratakan tona kulit.
Dengan hanya pengambilan satu kotak sahaja, anda sudah boleh melihat kesannya.
Tetapi anda disarankan menggunakan 4-5 kotak untuk hasil yang memuaskan.
Mahal tapi berbaloi, apa salahnya untuk kecantikan diri.
Pastinya produk ini mempunyai kelulusan dari KKM (MAL18106012NCR).
Best Farm Premium Pearl Coix Collagen ialah suplemen kolagen yang dirumus khas untuk mereka yang inginkan kulit yang lebih cerah, sihat, dan berseri.
Pengambilan tetap suplemen ini akan bantu penghidratan kulit yang lebih baik, melawan tanda-tanda penuaan, kulit anda akan menjadi lebih licin, cerah dan halus.
Selain itu, boleh membantu menurunkan kolesterol darah anda dan mencegah penyakit kardiovaskular, hipertensi, strok, hiperlipidemia, dan penyakit jantung.
Tapi anda disyorkan untuk mengambilnya secara sederhana, hanya satu cawan sehari.
Dengan rasa barli yang ringan, anak anda pasti sukakannya!
Anda boleh tambah suplemen ini kepada minuman kegemaran anda seperti minuman bijirin, jus, air kosong, atau dalam makanan seperti bubur atau bijirin.
Jika anda seorang wanita berusia dan sedang mengalami fasa menopause, dapatkan Marine Collagen Peptides.
Kolagen peptida ini mengandungi 5000mg peptida kolagen marin untuk mengembalikan keremajaan kulit anda.
Dengan bahan-bahan lain seperti minyak MCT (minyak kelapa tulen), akan membantu membakar lemak dan pengurusan berat badan.
Paling menarik, penyerapannya juga 1.5 kali lebih cepat berbanding jenama kolagen lain.
Selain memberi manfaat kepada kesihatan anda secara keseluruhan, kulit anda menjadi lebih tegang, glowing, melegakan sakit sendi dan pergerakan.
Dalam masa yang sama, akan membuatkan rambut dan kuku anda menjadi lebih kuat.
Produk keluaran Jepun berperisa vanila ini bebas gluten dan bebas kolesterol, mesra keto dan rendah karbohidrat.
Bagaimana nak consume? Anda boleh mencampurkannya dengan kopi pagi, teh, oatmeal, susu atau ais untuk milkshake pagi yang sempurna.
Anda mampu memperlahankan kesan penuaan badan luaran serta dalaman anda? Anda boleh cuba minuman Nutrilite Mixed Collagen Peptide ini dari Amway.
Anda cuma perlukan 1-2 sachet sehari yang dicampurkan ke dalam 100-150ml air suam untuk mendapatkan tubuh badan yang sentiasa cergas.
Kolagen ini diformulasikan dengan gabungan marine collagen oligopeptide dan soybean peptide yang diekstrak menggunakan teknologi bio-enzimatik yang terkini.
Dengan gabungan peptida dwi sehingga 56%, ia menyediakan nutrien penting untuk mengekalkan penampilan yang berseri.
Minuman kolagen ini akan menyokong pertumbuhan kulit, rambut dan kuku yang sihat, jadi anda akan kelihatan muda sentiasa.
Selain itu, ia turut diperkaya dengan ekstrak bunga serai wangi semula jadi yang terkenal dengan sifat antioksidannya yang kuat.
Kolagen ini juga bebas gula, sekaligus menawarkan manfaat penjagaan kulit yang komprehensif.
Adakah Kolagen Penting Untuk Kulit?
Tahukah anda sekiranya kekurangan kolagen di dalam badan, boleh mengakibatkan kulit kendur, kemunculan garis halus, kulit kusam dan juga rambut rosak?
Kolagen merupakan sejenis protein yang merangkumi 30% dalam badan anda.
Jadi, pengambilan kolagen sangat penting, tetapi pastikan produk yang di ambil bersesuaian dengan diri anda!
Kebaikan pengambilan kolagen dapat memelihara kelembapan kulit, kekal anjal, menguatkan otot dan tulang, detoksifikasi dan mengurangkan radang kulit.
Kesan Sampingan Kolagen
Pengambilan kolagen dalam intake seharian sepatutnya tidak merisikokan seseorang.
Tetapi kebanyakkan kolagen dalam pasaran juga mengandungi bahan lain di dalamnya.
Risiko gabungan bahan lain seperti herba, dan kandungan vitamin yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan anda.
Sesetengah kolagen yang mengandungi bahan lain boleh merisikokan kaum ibu yang sedang mengandung dan menyusukan bayi.
Bahkan dalam sesetengah kolagen ada mengandungi bahan seperti biotin yang memberi kesan pada jantung dan thyroid.
Vitamin dan mineral berlebihan juga akan menjejaskan kesihatan anda, jadi perlu berhati-hati jika anda mahu ambil kolagen seperti collagen putih satu badan.
Oleh itu anda sangat disarankan untuk membaca kandungan dan kuantiti pada setiap kologen yang anda ingin membeli.
Harap ianya membantu anda lebih peka untuk membuat pilihan!
Cara Pengambilan Kolagen Yang Betul
Tiada cara yang tepat tentang pengambilan kolagen kerana bergantung kepada jenis produk kolagen. Ada yang jenis serbuk, kapsul, cecair dan pil.
Anda wajib ketahui cara-cara pengambilan produk dari cadangan pemakanan yang biasanya dipaparkan pada botol atau paket produk.
Kebiasaannya, kolagen jenis serbuk memerlukan 1 - 2 scoop dan perlu dilarutkan dalam air. Anda boleh pilih untuk diminum bersama jus atau hanya sekadar air kosong.
Manakala untuk jenis kapsul, gel atau pil perlu diambil 1 - 2 biji ketika perut kosong atau setelah makan.
Keberkesanan kolagen ketara jika anda mengikut cadangan pengambilan dengan betul dan konsisten.
Anda boleh merasa perbezaan sekurang-kurang setelah 3 bulan.
Fungsi Kolagen
Kolagen merupakan sejenis protein yang terdapat dalam tubuh manusia dan memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kecantikan kulit.
Produk ini semakin popular dalam industri kosmetik dan penjagaan kulit kerana keupayaannya mengekalkan keanjalan dan kehalusan kulit.
Fungsi utama kolagen adalah sebagai bahan yang membantu membentuk struktur kulit.
Turut bertindak sebagai "rangka" yang memberikan kekuatan, keanjalan, dan keupayaan untuk mengekalkan bentuk kulit.
Kolagen juga bertanggungjawab membantu dalam proses penyembuhan luka dan penjanaan semula sel kulit yang rosak.
Bagaimana anda boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan anda? Terdapat beberapa cara untuk melakukan ini.
Salah satu cara adalah dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, yang merangkumi sumber protein yang mencukupi seperti daging, telur, ikan, dan kacang.
Vitamin dan mineral tertentu, seperti Vitamin C dan zink juga diperlukan untuk penghasilan kolagen.
Selain itu, terdapat suplemen kolagen yang boleh diambil sebagai tambahan kepada diet harian.
Kebaikan Kolagen
Apabila usia meningkat, pengeluaran kolagen dalam badan semakin berkurangan dan ini boleh menyebabkan kulit kusam, kendur, dan kemunculan garis-garis halus serta kedutan.
Anda mungkin pernah mendengar tentang kolagen dalam produk kecantikan atau suplemen, tapi tahukah anda bahawa kolagen mempunyai banyak manfaat yang luar biasa untuk kulit?
-
Meningkatkan hidrasi kulit
Kolagen juga dapat membantu meningkatkan hidrasi kulit dan membantu mengekalkan kelembapan pada kulit, menjadikan kulit lebih lembut, licin dan lebih berseri.
Kulit yang terhidrat dengan baik juga akan kelihatan lebih muda dan lebih sihat.
-
Mengurangkan penampilan parut jerawat dan luka
Kolagen mempunyai sifat penyembuhan yang baik, di mana boleh membantu mengurangkan penampilan parut jerawat dan luka.
Selain itu, boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan kulit dan menggalakkan pembentukan tisu baru, menjadikan kulit kelihatan lebih licin dan sekata.
-
Melindungi kulit dari radikal bebas
Radikal bebas adalah molekul yang boleh merosakkan sel kulit dan menyebabkan penuaan kulit.
Kolagen mempunyai sifat antioksidan yang kuat dan boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.
Bukan itu sahaja, merangsang pengeluaran kolagen semulajadi dalam kulit, membantu melambatkan proses penuaan kulit.
-
Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku
Pengambilan kolagen tambahan juga boleh membantu mengekalkan kesihatan sendi, mengurangkan masalah sendi yang berkaitan dengan penuaan.
Rambut yang lebih kuat dan kuku yang lebih sihat adalah tanda-tanda kulit yang sihat secara keseluruhan.
Artikel Berkaitan
- Kembalikan Kulit Wajah Seperti 10 Tahun Lalu Dengan 7 Krim Collagen Ini
- Tingkatkan Imuniti Badan dengan 8 Suplemen Berasaskan Vitamin C Ini
- 7 Jenama Minyak Ikan Terbaik di Malaysia
- Jika Nak Kulit Sentiasa Muda, Cuba 7 Produk Anti-Aging Ini
- 14 Serum Muka ‘Hidden Gems’ Ini Dari Drugstore Terkenal, Watsons Di Malaysia
- Probiotik Terbaik di Malaysia
- Suplemen Pemutih Kulit Terbaik Malaysia 2024 -Paling Berkesan
- 10 Supplement (Vitamin) Untuk Ibu Mengandung di Malaysia 2024