Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Hiasi Wajah dengan 8 Blusher yang Sesuai untuk Kulit Anda

Campur dan padankan pemerah pipi untuk acara yang berbeza.

Kebanyakan wanita lebih gemarkan pemerah pipi berwarna merah jambu kerana ia menimbulkan kesan pipi yang natural dan tidak terlalu terang warnanya. Tetapi tahukah anda bahawa pemerah pipi juga didatangi dalam pelbagai jenis bentuk dan warna? Ada jenis kulit yang sesuai dengan warna yang terang dan ada yang sesuai dengan warna lembut atau natural.

Teknik memakai pemerah pipi dengan betul juga menjadi penyebab tulang pipi anda akan nampak timbul (cheekbones). Pertama sekali, kenalilah tona kulit anda. Ada produk yang sesuai dengan tona kulit dan ada yang tidak. Yang penting, mestilah selamat untuk kulit. List dibawah ini mungkin dapat membantu anda membuat pilihan.

Blusher yang sesuai untuk kulit berminyak
FARMASI Colour Cosmetics
Blusher yang sesuai untuk kulit berminyak
From
RM31.80
Check FARMASI Colour Cosmetics price below:

FCC, satu jenama yang tidak asing lagi dalam dunia kosmetik, mengeluarkan rangkaian produk pemerah pipi yang sesuai untuk semua jenis kulit. Bagi anda yang kulit berminyak, gunakan pemerah pipi satu tona lebih cerah untuk kulit anda.

Jangan gunakan warna terang seperti merah. Ia akan menyebabkan kulit di pipi menjadi gelap kerana minyak semulajadi di wajah anda. Peringatan : elakkan pemerah pipi yang mempunyai kesan ‘shimmer’ dan liquid tetapi gunakan pemerah pipi bentuk compact. Warna pemerah pipi mestilah mengikut kesesuaian tona kulit anda juga, ya.  

Cream blusher terbaik untuk kilit sensitif dan kering
3CE Cream Blusher
Cream blusher terbaik untuk kilit sensitif dan kering
From
RM65.00
Check 3CE Cream Blusher price below:

Jika pemerah pipi berbentuk serbuk sesuai untuk kulit berminyak, pemerah pipi jenis krim ini pula untuk kulit kering atau sensitif. Ianya untuk menambahkan kelembapan yang diperlukan untuk si kulit kering atau sensitif dan membuatkan kulit anda bersinar dari dalam.

Blusher jenis ini tidak sesuai untuk anda yang kulit berminyak kerana selepas disapu ke pipi, tekstur pemerah pipi ini akan berubah menjadi bedak dan cepat kering. Sapukan pemerah pipi ini untuk warna yang lebih menyerlah. Selamat untuk dicuba.

Blusher sesuai untuk kulit sawo matang
Elianto Make Up Mono Blusher
Blusher sesuai untuk kulit sawo matang
From
RM25.38
Check Elianto Make Up Mono Blusher price below:

Tidak seperti wanita berkulit cerah, wanita berkulit sawo matang perlulah tahu warna pemerah pipi yang sesuai untuk kulit anda. Kalau memilih pemerah pipi yang pucat atau natural ronanya, akan kelihatan ‘ashy’ dan membuatkan wajah anda nampak tak bermaya.

Warna seperti terracotta, orange, mauve atau coral adalah pilihan yang sesuai untuk menaikkan seri wajah anda. Pemerah pipi dari Elianto ini menawarkan 8 rona pilihan yang bersesuaian dengan kulit anda. Calit di pipi, anda sudah sedia untuk menjalani rutin harian anda!

Cushion blusher terbaik dari Korea sesuai untuk remaja
A’PIEU Air Fit Cushion Blusher Rilakkuma 10g
From
RM49.00
Check A’PIEU Air Fit Cushion Blusher Rilakkuma 10g price below:

A’PIEU merupakan jenama penjagaan kulit dan komestik Korea untuk remaja dan wanita muda kerana bekas kosmetik yang digunakan sangat unik. Produk ini adalah hypoallergenic dan sesuai untuk kulit remaja yang sensitif.

Jika anda gemar menonton drama-drama Korea, pasti skrin anda akan dihiasi dengan wajah pelakon wanita Korea yang tampil dengan solekan yang sangat natural dan asas. Pemerah pipi dari pelbagai warna untuk pilihan anda yang gemarkan rona lembut atau terang. Hanya sapu sedikit di pipi dan anda sudah bersedia untuk shopping!

Blusher yang tahan lama
Sleek Make Up Blush
Blusher yang tahan lama
From
RM36.70
Check Sleek Make Up Blush price below:

Pemerah pipi keluaran Sleek Make Up ini berpigmen, tahan lama dan dapat menaikkan seri wajah anda selepas mencalit sedikit di pipi. Dengan rangkaian 6 jenis warna disediakan, akan buat anda berketrampilan dengan gaya yang menakjubkan.

Untuk kemasan lebih sekata, gunakan berus kecil yang sesuai untuk pemerah pipi ini. Sapukan dengan berhati-hati di sepanjang bahagian atas tulang pipi anda, ini bertujuan untuk menampakkan cheekbones anda lebih tinggi. Tak perlu terlalu kuat sapuan berus, hanya sapu secara ringan saja wajah anda akan tampak berseri.  

Pemerah pipi yang sesuai untuk tona kulit gelap dan hitam manis
Maybelline Fit Me Blush 4.5g
Maybelline
Pemerah pipi yang sesuai untuk tona kulit gelap dan hitam manis
From
RM19.44
Check Maybelline Fit Me Blush 4.5g price below:

Untuk wanita yang berkulit gelap atau hitam manis, sapukan pemerah pipi rona seperti peach dan wine untuk tulang pipi anda tampak tinggi. Pemerah pipi rona ini dapat menaikkan seri wajah anda tanpa membuatnya kelihatan kusam atau tidak bermaya.

Jika anda menggunakan brown shades blush on, rona yang akan terhasil adalah lebih natural kerana warna pemerah pipi ini dan tona kulit anda seakan tiada perbezaan. Pilihan rona seperti gold shades juga akan membuatkan wajah anda bersinar dari jauh. Jadi, pilihlah warna yang tepat supaya kontur pipi anda akan kelihatan segar dan berkilau.   

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article