Kalau di rumah anda ada mesin jahir lama, tentu sedikit susah untuk anda menggunakannya di tempat lain kerana ia agak berat dan besar untuk dialihkan.
Malah, mesin jahit lama hanya boleh digunakan di rumah anda sahaja, tidak seperti mesin jahit moden jenis portable.
Zaman sekarang lebih ramai suri rumah menggunakan jenis mesin jahit portable kerana ianya ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Nak bawa balik ke kampung pun boleh dengan saiznya yang kecil, jimat ruang dan mudah digunakan di mana sahaja.
Mesin jahit portable ini juga sangat sesuai untuk anda yang baru nak belajar menjahit sebab harga mesin jahit ini murah dan mampu milik.
Jom lihat senarai mesin jahit portable untuk anda pilih dan boleh terus beli dengan mudah.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Mesin Jahit Portable Terbaik Malaysia
Sebab menjadi pilihan:
Apa yang terbaik tentang mesin jahit SwissThomas ini adalah anda boleh pilih untuk menggunakannya sama ada menggunakan bateri atau sambungan adapter.
Ciri-ciri:
Bahagian benangnya juga tak mudah putus dan boleh digunakan untuk jahit lubang butang baju kerana dilengkapi dengan 12 corak jahitan.
Mempunyai 2 mod kelajuan iaitu tinggi dan perlahan dan turut lengkap dengan lampu LED, tempoh jaminan 2 tahun, pedal kaki serta pemotong benang.
Mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang begitu bising, jadi tidak akan mengganggu ahli keluarga anda yang lain ketika sedang digunakan.
Review:
"Kecil dan ringan mesin jahit ni. Jahitan smooth dan cantik. Mesin sampai ada kain kecil dah siap jahit, seller dah test siap awal untuk pastikan mesin berfungsi. Mudah dibawa ke mana saja."
Mesin jahit cantik nampak exclusive dengan design ergonomik, mempunyai pemegang pembawa terbina dalam, manual pengguna pun senang faham dan mudah nak guna serta sesuai untuk beginner atau amatur.
Menawarkan kunci untuk jahitan benang atas dan bawah serta kelajuan mesin jahit boleh dilaras.
Dengan dua belas corak jahitan yang sedia ada, anda boleh memilih jahitan asas atau mana-mana corak yang sesuai untuk pakaian.
Terdapat dua jenis jahitan iaitu ke hadapan dan belakang, sangat sesuai untuk menjahit bukaan sempit pada pakaian seperti lengan baju sequent.
Gunakan sama ada suis tangan atau pedal kaki untuk memulakan proses menjahit.
Anda boleh menggunakan adaptor 6V 1200mA AC/DC atau empat bateri "AA".
Smooth je bila menjahit dan bila test mesin bunyi pun tak bising!
Mesin jahit mini yang ringan dan simple untuk kegunaan di rumah.
Dilengkapi dengan dua kawalan kelajuan, double line, lampu LED dan fungsi penggulungan automatik.
Boleh menggunakan butang manual atau pedal kaki untuk mengawal mesin jahit dengan mudah.
Paling penting, boleh gunakan bateri atau adaptor untuk mengerakkan mesin jahit.
Harga mesin jahit yang sangat murah sememangnya berbaloi untuk berikan mesin jahit ini kepada ibu, isteri atau untuk kegunaan sendiri.
Mesin jahit ini menampilkan 12 corak jahitan terbina dalam dan kelajuan dua kali lebih cepat dengan dua benang.
Benang juga boleh digulung semula secara automatik dan boleh jahit lengan baju, dan juga hijab.
Ciri-ciri lainnya termasuk lampu LED terbina dalam, laci tersembunyi untuk penyimpanan, mempunyai pemotong benang, maximun ketebalan jahit 2.5 mm dan dua kelajuan (tinggi & rendah) untuk dipilih.
Sesuai untuk jahit pakaian koyak, tudung, nametag, lencana sekolah, kain batik atau jahitan simple.
Jangan risau, mesin jahit ini boleh jahit ke hadapan dan terbalik. Gunakan suis tangan atau pedal kaki untuk mulakan.
Pilih sahaja untuk menggunakan kuasa DC 6V 1200mA atau bateri 4xAA.
Mesin jahit tangan yang bagus untuk menjahit baju yang koyak dengan cepat atau tidak dapat dikendalikan oleh mesin jahit biasa.
Saiz kecil, mudah dibawa, harga mesin jahit yang murah dan boleh memperbaiki poket seluar yang koyak tanpa perlu menanggalkan seluar anda.
Boleh digunakan untuk jahitan yang kecil, membuat sapu tangan, apron, sarung tangan, dan mencantum kain nipis.
Namun, benang mudah terbuka sendiri jika anda tidak menjahit dengan baik kerana hanya boleh menjahit bahagian atas fabrik.
Mesin jahit berfungsi dengan kawalan pedal dan mampu menjahit dua jalur jahitan dalam satu masa.
Memiliki ciri free arm, boleh buat lubang butang, kedudukan jarum yang boleh diubah untuk menjahit jahitan benang atas dengan lebih tepat dan kotak meletakkan aksesori di bahagian tapak mesin jahit.
Tambah lagi, dilengkapi lampu LED yang membantu anda untuk menjahit dengan lebih jelas dan berguna untuk menjahit pakaian yang rosak atau jahitan pada kain licin dan sulaman.
Dengan fungsi asas, mesin jahit boleh menghasilkan lebih 10 jenis jahitan termasuk jahitan jenis lurus dan zig zag.
Mesin jahit Juki sesuai untuk beginner dan juga mereka yang pro dalam menjahit.
Menawarkan 7 corak jahitan terbina dalam yang sesuai untuk kraf, hiasan rumah, buat baju dan banyak lagi.
Ciri auto needle threader memudahkan anda memasukkan benang ke dalam jarum tanpa menegangkan mata dan menjahit lebih cepat pada 750 jahitan seminit berbanding mesin jahit standard.
Boleh buat lubang butang yang cantik secara automatik dalam 4 langkah mudah dan free arm untuk menjahit bahagian dari pakaian yang sukar seperti hujung seluar, kolar dan lengan baju.
Dengan reka bentuk snap-on, kaki penekan mudah diletakkan pada fabrik dan pengangkat kaki penekan lebih tinggi untuk fabrik tebal.
Jika ingin menjahit fabrik nipis atau tebal, laraskan sahaja tekanan pada kaki penekan mesin jahit.
Sesuaikan lebar jahitan hiasan dan satin dengan lebar jahitan hingga 5mm.
Kedudukan jarum boleh diubah untuk tugas seperti memasukkan zip, cording atau jahitan atas.
Malah, boleh jahit ke belakang dan menguatkan jahitan serta panjang jahitan juga boleh dilaras.
Mesin jahit Brother memang bagus kerana salah seorang ibu pengguna adalah tukang jahit dan telah menggunakan jenama ini sejak berpuluh tahun.
Mudah digunakan walaupun pertama kali menjahit dan paling suka sebab tak perlu cucuk benang dengan threader jarum yang automatik.
Selain itu, boleh menjahit apa sahaja dengan 14 jenis jahitan dan ciri free arm yang membolehkan anda menjahit cuff serta lengan baju.
Turut dilengkapi 4-step buttonhole, bobbin set pantas, lebar jahitan maksimum 5mm dan lampu LED untuk melihat jahitan dengan lebih terang.
Banyak dapat barang jahitan tambahan seperti gunting, benang, table extender, set sekoci, set jarum, pemutar skru, kit jahit, kaki zip " i ", kaki lubang butang " A ", dan lain-lain.
Jadi, anda boleh jahit kain baju sendiri tanpa perlu habiskan duit beli peralatan jahit yang berasingan.
Siap disertakan DVD untuk kenal dan belajar cara guna mesin jahit.
Bagi mereka yang baru sahaja belajar menjahit dan memerlukan mesin jahit portable, beli je mesin jahit Singer Mini Deluxe ini.
Model ini menggunakan gred enjin mesin jahit mudah alih mini, kecil, ringan dan tidak memerlukan penggunaan meja tambahan.
Ciri-ciri mesin jahit ini termasuk mempunyai 11 pilihan corak jahitan, lima jenis corak jahitan, jahitan kets ke belakang, pemutus benang manual, penggulung benang automatik, sistem top-in/top-out untuk gelendong, dan kelajuan 450 jahitan seminit.
Setiap pembelian mesin jahit anda akan mendapat mesin jahit Singer, pedal kawalan kaki, 12v adapter dan 1 kit alat (3 keping spool, jarum, manual thread insertion tool).
Sangat sesuai untuk suri rumah, mudah disimpan, dikendalikan, mempunyai nombor untuk difahami, beroperasi dengan lancar dan senyap.
Mesin Jahit Riino hadir dalam dalam warna biru Tiffany yang cantik dan rekaan mesin jahit nampak kukuh.
Menawarkan 12 corak jahitan berbeza dan boleh jahit ke hadapan atau ke belakang.
Dilengkapi pemegang, lampu jahitan terbina dalam, pembaris terbina dalam, pita pengukur terbina dalam, pelaras ketegangan terbina dalam dan penggulung benang automatik.
Pilih je kelajuan tinggi atau rendah dan laci juga disertakan bersama-sama alatan menjahit lain.
Menggunakan kuasa DC6V 1200mA, boleh mula jahit dengan tangan atau pedal kaki.
Senang je nak handle walaupun anda baru belajar menjahit dan bunyinya juga rendah.
Sangat bagus untuk mak-mak yang nak jahit seluar baju anak-anak!
Mesin jahit ini sesuai untuk pemula dengan arahan mudah ikut, reka bentuk mudah alih ringan dan disertakan tempat penyimpanan aksesori.
Dilengkapi 9 jahitan terbina dalam termasuk 6 jahitan asas, 2 jahitan hiasan dan lubang butang 4 langkah.
Tambahan lagi, boleh jahit fabrik tebal seperti langsir dan rujuk je tutorial Youtube untuk tip menjahit fabrik tebal.
Ciri-ciri lain termasuk 800 jahitan seminit, ketegangan boleh laras, penggulungan gelendong automatik, sulaman, pasang zip, petunjuk corak jahitan dan kawalan panjang jahitan.
Tips Memilih Mesin Jahit
Membeli mesin jahit buat pertama kali bunyinya agak mencabar. Ini kerana terdapat begitu banyak jenama dan jenis mesin jahit.
Sebagai contoh, mesin jahit brother, mesin jahit sulam, mesin jahit juki, mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, mesin jahit industri, mesin jahit Singer dan banyak lagi.
Jangan risau, ikuti sahaja tips memilih mesin jahit dari kami:
1. Keperluan dan tahap kemahiran
Kenal pasti tujuan anda memerlukan mesin jahit dan kekerapan anda akan menjahit.
Adakah untuk menjahit sulaman, quilting, membaiki jeans, kain batik atau kegunaan mudah?
Pemula boleh memilih jenis mesin jahit dengan fungsi asas dan arahan yang jelas. Anda boleh menaik taraf ke mesin yang lebih baik selepas anda mahir menjahit.
2. Saiz dan berat
Pertimbangkan tempat untuk menyimpan mesin apabila ia tidak digunakan.
Walaupun mesin jahit portable lebih ideal, lebih baik untuk mengangkatnya sebelum membelinya, atau sekurang-kurangnya untuk menyemak berat yang disenaraikan di laman web.
Belilah mesin jahit dengan komponen logam dan bukannya plastik untuk tahan lebih lama.
3. Fungsi dan ciri-ciri pada mesin jahit
Tentukan sama ada anda memerlukan mesin jahit portable, mini atau mesin jahit automatik.
Carilah mesin jahit dengan ciri-ciri berguna seperti free arm. Ciri ini berguna untuk menjahit lengan baju, kaki seluar, dan bahagian sempit lain.
Selain itu, dapatkan mesin jahit dengan kawalan kelajuan yang boleh berubah-ubah dan threader jarum automatik.
4. Bajet
Mesin jahit berkualiti lebih mahal tetapi tahan lebih lama dan lebih serba boleh.
Cuba sebelum anda beli dengan bawa sampel fabrik dan uji beberapa mesin pada pelbagai fabrik dan tetapan untuk memastikan ia dijahit secara sekata dan mudah digunakan.
Cara Guna Mesin Jahit Mini
Pastikan anda mengetahui komponen mesin jahit mini terlebih dahulu.
Selain itu, untuk mulakan menjahit anda perlu meletakkan benang dan tentukan sama ada mesin jahit anda mempunyai satu atau dua thread spindle.
Cara letak benang pada mesin jahit:
- Matikan enjin mesin jahit dan turn off dari plug elektrik.
- Naikkan jarum ke posisi paling tinggi.
- Angkat kaki penekan mesin jahit, di mana yang terletak di bahagian meletakkan kain.
- Pasangkan gulungan benang jahit pada tiang gulungan benang (thread spindle) ada yang jenis vertical atau horizontal mengikut mesin jahit.
- Tarik benang ke arah pemandu benang yang pertama dan pemandu benang yang kedua.
- Kaitkan benang pada pengatur tegangan benang (tension dial) dan masukkan benang pada lubang di tuas pengangkat benang (take up lever).
- Pasangkan benang pada pengait benang yang ada di atas jarum.
- Kemudian, pasanglah benang pada jarum mesin.
Cara untuk mulakan menjahit:
- Tarik hujung benang keluar dari jarum mesin dalam anggaran 14 cm dan turunkan jarum masuk ke dalam bobbins area.
- Putarkan roda atas (handwheel) secara perlahan-lahan untuk menaikkan kembali jarum sehingga ke posisi paling tinggi.
- Pegang hujung benang yang keluar dan benang dari bobbins compartment supaya ikut naik bersama dengan benang jarum.
- Rapikan benang dengan cara tarik benang atas menghala ke arah anda dan benang dari bobbin area keluar dari bekasnya.
Nak lagi senang, tengok je video kat bawah: