Gaya Lelaki

13 Penjagaan Muka (Skincare) Terbaik Untuk Lelaki di Malaysia 2026

Skincare lelaki memang berbeza dengan wanita sebab produk muka untuk lelaki memerlukan bahan khas. Ini skincare terbaik untuk lelaki yang berbaloi.


Editor · Updated 4 Dec 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Penjagaan Muka (Skincare) Terbaik Untuk Lelaki di Malaysia 2026

Sekarang penampilan dan kecantikan bukan saja dititikberatkan oleh golongan wanita, tetapi lelaki juga.

Jadi tidak hairanlah sekarang ini terdapat banyak produk penjagaan muka lelaki di pasaran dan juga perkongsian skincare routine untuk lelaki yang banyak dikongsikan.

Kandungan

Bukan apa, banyak rutin penjagaan muka lelaki atau cara jaga kulit muka lelaki yang dikongsikan di internet, dan semua itu bermula dari kesedaran ramai lelaki terhadap kepentingan penjagaan kulit wajah.

Maklumlah jenis kulit lelaki berbeza dengan kaum wanita, jadi memang memerlukan produk muka untuk lelaki yang dihasilkan mengikut kondisi kulit wajah kaum lelaki.

Jadi, kami ingin bantu lelaki yang sedang mencari skincare lelaki dengan menyenaraikan skincare terbaik untuk lelaki.

Ada juga skincare untuk lelaki di Watsons, jom lihat senarai ini!


Senarai 13 Penjagaan Muka Terbaik Untuk Lelaki

Ms Glow For Men
Set Skincare muka lelaki terbaik secara keseluruhan 1 daripada 13
MS Glow Men 3In1
Dari RM105
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Sebab menjadi pilihan utama:

Lebih mudah untuk membeli produk penjagaan muka lelaki secara set, dan MS Glow Men 3In1 menawarkan set lengkap untuk penjagaan wajah secara menyeluruh.

Ciri-ciri:

Bagi setiap set penjagaan muka lelaki ini, anda akan dapat 1x Energizer Facial Wash, 1x Power Serum, dan 1x Energy Bright Cream.

Semua ini khas untuk penjagaan wajah lelaki, memang kekal handsome dan auto kacak selepas menggunakan set penjagaan muka ini.

Pencuci muka Energizer Facial Wash membantu menyingkirkan kotoran pada wajah selepas seharian bekerja di luar, serta membantu mencerahkan muka dan memberi kelembapan berpanjangan.

Manakala, Power Serum dari set ini akan mengawal masalah jerawat serta mengurangkan parut jerawat.

Akhir sekali, Energy Bright Cream akan membantu melindungi wajah dari radikal dan memberi kelembutan pada kulit wajah.

Review:

"Pertama kali pakai masa tu kulit terasa lembut, yang ni pembelian kali kedua. Produk yang sangat sesuai untuk lelaki. Nampak perubahan pada minggu ke-2 selepas pakai."

Skincare muka lelaki terbaik untuk remaja 2 daripada 13
Badlab Depth-Charged Deep Cleansing Facial Cleanser
Badlab
Dari RM13.14
Lihat harga di Lazada Malaysia
Beri lembapan pada kulit kering
Mengandungi Glycerin & serbuk arang
Memedihkan mata
2 lagi
Khas untuk lelaki kulit kusam
Hanya untuk lelaki

Jenama BadLab makin terkenal kerana sangat berkesan untuk melembapkan kulit yang kelihatan kering dan kusam.

Malah akan menyerap ke dalam lapisan kulit paling dalam untuk mencuci kotoran yang melekat dalam liang pori.

Ini kerana kandungannya diperkaya Bentonite Clay dan Charcoal yang dapat mengembalikan wajah bersih dan sihat.

Untuk kesan yang lebih berkesan, anda disarankan menggunakan juga BADLAB Dirty Deeds Facial Scrub dan BADLAB Battle Repair Facial Moisturizer. 

Pencuci muka untuk kulit kering lelaki 3 daripada 13
L'OREAL Men Expert Hydra.P Duo Water Detox Face Wash
L'OREAL Men Expert
Dari RM25.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Melembutkan tekstur kulit wajah
Menghilangkan kotoran dengan berkesan
Pedih jika terkena mata
1 lagi
Ada teknologi detoksifikasi dan anti-kekasaran

Pencuci muka ini terbaik untuk mengekalkan hidrasi dan lembapan sehingga ke dalam lapisan kulit.

Malah, anda tidak terasa iritasi semasa melakukan aktiviti luar walaupun terdedah dibawah sinaran UV sepanjang hari.  

Ditambah pula dengan 2 inovasi terkini pada produk pencuci muka ini iaitu detoksifikasi dan anti-kekasaran sekaligus dapat melembutkan dan menghidrasi kulit.

Diperkaya pula dengan French Mountain Water dan G-Cylic Resurfacing Complex untuk memberi kesegaran pada kulit wajah.

Lakukan teknik cucian dengan betul untuk menghilang dan menghapuskan kotoran pada liang pori dengan berkesan.  

Garnier Men Turbolight Oil Control 3 in 1 charcoal
Skincare muka lelaki untuk hilangkan bintik hitam 4 daripada 13
Garnier Men Turbolight Oil Control 3In1 Charcoal
Garnier
Dari RM19.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Fungsi 3 dalam 1
Mengawal kulit berminyak selama 12 jam
Terasa panas apabila dipakai
3 lagi
Mengurangkan bintik hitam
Halal
Mudah didapati di pelbagai kedai

Produk ini terbukti memberi keberkesanan kepada jenis kulit lelaki yang berminyak dan apabila kulit bebas dari minyak, muka anda akan bebas dari jerawat.

Produk ini merupakan produk pembersih muka lelaki 3 dalam 1 yang berfungsi sebagai pembersih, scrub dan mask.

Pencuci muka ini mengandungi gabungan arang, manik-manik dan tanah liat untuk kuasa membersih secara menyeluruh.

Produk ini telah menjalani ujian klinikal terhadap 27 lelaki Asia dan sememangnya terbukti keberkesanannya.

Antara bukti dapat dilihat adalah dapat mengawal minyak sehingga 12 jam dan mengurangkan bintik hitam dan telah pun disahkan halal.

Cara penggunaan ada 3 cara bergantung pada jenis penggunaan.

  1. Pembersih: Sapukan ke muka yang basah dan bilas dengan air.
  2. Scrub: Sapukan ke muka yang basah, urut perlahan-lahan dan bilas dengan air.
  3. Mask: Gunakan ke muka dalam keadaan kering 2 ke 3 kali seminggu, biarkan selama 30 saat dan bilas dengan air.
Biotherm Homme Force Supreme Blue Pro Retinol Anti Aging Serum For Men
Serum anti penuaan untuk lelaki 5 daripada 13
Biotherm Homme Force Supreme Blue Pro Retinol Anti Aging Serum For Men
Dari RM312
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menentang penuaan
Menguatkan kulit
Harga mahal
1 lagi
Tampak lebih muda

Produk penjagaan muka ini merupakan produk eksklusif untuk lelaki yang diperkaya dengan ekstrak Alga biru dan pro-xylane.

Bahan ini untuk mengurangkan proses penuaan, menguatkan kulit dan membina sel dari dalam.

Produk ini membuatkan kulit lebih tegang dan cergas untuk menampakkan anda lebih muda.

Sangat sesuai untuk lelaki yang semakin menganjak usia agar tampak lebih yakin dan muda.

Cara penggunaan:

  1. Tuang 3 ke 4 titik pada tapak tangan.
  2. Sapukan dengan rata ke bahagian muka.
  3. Urut sehingga ia terserap.
Nivea Men Moisturizer Extra Whitening
Skincare muka lelaki berjerawat 6 daripada 13
Nivea Men Moisturizer Extra Whitening
Nivea
Dari RM20.96
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Formula Whitinat Vita Complex Plus
Merawat kulit kusam dan tidak sekata
Perlu produk tambahan untuk hasil yang terbaik
1 lagi
Melindungi kulit dari menjadi gelap semula

Produk penjagaan muka lelaki ini diformula Whitinat Vita Complex Plus iaitu vitamin pemutih kompleks.

Kandungan tersebut yang mengandungi 10 nutrien termasuk Whitinat yang terbukti mencerahkan kulit kusam dan kulit tidak sekata 10 kali lebih efektif berbanding Vitamin C.

Selain itu, mampu melindungi kulit dari menjadi gelap semula, mengecilkan saiz lubang pori dan juga mengurangkan masalah jerawat.

Anda disaran menggunakan produk ini setiap pagi dan untuk hasil yang terbaik.

Dan anda digalakkan untuk menggunakan Nivea Men Extra Whitening Oil Control Pore Minimizer terlebih dahulu sebelum menggunakan produk ini.

Emami Fair and Handsome Advanced Whitening Cream for Men
Skincare muka lelaki terbaik untuk memutihkan 7 daripada 13
Emami Fair and Handsome Advanced Whitening Cream for Men
Dari RM7.70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mencerah dan memutihkan kulit
Perlindungan daripada sinaran UV
Produk ini hanya untuk penggunaan jangka pendek
2 lagi
Kawalan peluh dan minyak
Murah

Produk penjagaan muka lelaki ini direka khas untuk memutihkan dan mencerah.

Ini kerana diperkaya dengan Vitamin B3 untuk memutihkan dan mencerahkan kulit lelaki.

Produk ini juga telah dibuktikan dalam ujian klinikal di mana mampu memperbaiki kulit dan memutihkan kulit wajah dalam masa 3 minggu.

Bukan itu saja produk ini juga mampu memberi perlindungan kepada kulit daripada sinaran UV dan mengawal minyak.

Jadi, selepas ini anda lebih yakin menjalani aktiviti di luar rumah atau di bawah terik matahari.

Namun, ini tidak bermaksud anda boleh abaikan penggunaan sunblock sebagai pelindungan kepada sinaran UV.

L’Oreal Men Hydra Power Lotion Face Toner
Toner untuk lelaki 8 daripada 13
L’Oreal Men Hydra Power Lotion Face Toner
Dari RM36.73
Lihat harga di Lazada Malaysia
Melembapkan kult
Kulit terasa lebih segar dan lembut
Penggunaan melebihi 2 kali sehari menyebabkan iritasi kulit
2 lagi
Menghalang kulit daripada pencemaran
Sesuai untuk semua jenis kulit

Dengan Fresh Quench Hydration Anti Water loss Action Defense System, produk ini berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit selama sehari.

Malah dapat mengelakkan kulit menjadi kering dan menghalang daripada pencemaran.

Produk ini membuatkan kulit muka anda terasa lebih segar, lega dan lebih lembut.

Cara penggunaan:

  1. Tekan 1 pam ke tapak tangan.
  2. Sapukan ke keseluruhan bahagian muka.
  3. Gunakan setiap pagi dan petang.
Venzen 5Pcs Men Oil Control Skin Care Set
Set penjagaan muka untuk lelaki kulit berminyak 9 daripada 13
Venzen 5Pcs Men Oil Control Skin Care Set
Dari RM29.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Penjimatan wang dengan pembelian set
Membersihkan kulit
Set ini tidak mempunyai fungsi mencerah
2 lagi
Melembapkan kulit
Mengawal kulit berminyak

Apa yang menarik tentang produk ini, anda boleh jimat kerana setiap pembelian anda akan dapat set lengkap produk penjagaan kulit muka lelaki. 

Terdapat 5 jenis skincare iaitu 2 cleanser, toner, serum dan moisturizer.

Setiap daripada skincare tersebut mempunyai fungsi berbeza iaitu:

  1. Mengecilkan pori.
  2. Bantu sihatkan kulit.
  3. Melembapkan kulit kering.
  4. Mengawal minyak.
  5. Dapat membersih dari dalam.
sunblock untuk lelaki
Skincare muka lelaki terbaik untuk kulit sensitif 10 daripada 13
Azarine Hydrosoothe Suncreen GEL SPF45 PA+++++
Azarine
Dari RM45
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kulit berminyak dan acne prone skin
Mudah meresap
2 lagi
Melembapkan kulit
Tiada whitecast

Jika anda sedang mencari pelindung matahari terutama untuk kulit berminyak dan berjerawat, cubalah sunscreen ini.

Ini kerana sunscreen ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Produk ini dalam bentuk gel, sangat ringan, menyejukkan dan mudah meresap ke dalam kulit.

Turut mengandungi bahan semulajadi seperti propolis, aloe vera, teh hijau dan delima.

Tambah lagi, ia mengandungi Niacinamide dan hyaluronic acid.

Bahan-bahan ini melindungi kulit anda daripada sinaran ultraungu (UV) dan membantu memastikan kulit anda sihat dan terhidrat.

Bukan itu sahaja, sunscreen ini tiada whitecast, tidak melekit, bebas alkohol, minyak, silikon dan sesuai untuk kulit yang terdedah kepada fungal acne. 

Kahf Face Wash
Skincare muka lelaki yang berminyak 11 daripada 13
Kahf Face Wash
Kahf
Dari RM28.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kurangkan masalah jerawat
Membersih hingga ke pori-pori
Bukan untuk keradangan kulit teruk
1 lagi
Mengawal masalah minyak

Pencuci muka jenama Kahf ini mempunyai kandungan HydroBalance dan Pure Cleanse untuk menjadikan wajah bersih dan lembap secara menyeluruh.

Selain membantu mengurangkan jerawat, pencuci muka ini sangat sesuai untuk anda yang miliki jenis kulit muka yang berminyak dan berjerawat.

Ekstrak Mediterranean Sage akan mengurangkan pertumbuhan jerawat baru dan mengurangkan kemerahan serta kerengsaan pada jerawat.

Manakala French Cypress pula akan mengurangkan lebihan minyak untuk menjadikan wajah bebas berkilat dan HydroBalance akan mengekalkan kelembapan semula jadi kulit dan tidak menjadikan kulit kering. 

Dengan penggunaan yang konsisten, pencuci muka ini menjadikan kulit terasa lembap dan licin sambil membersihkan kulit dari kotoran hingga ke liang pori.

Anda boleh pilih antara tiga jenis pencuci muka dari jenama Kahf ini iaitu; Oil & Acne, Energizing & Brightening dan Oil & Comedo Defense.

YOU Radiance Up!
Skincare muka lelaki terbaik untuk mencerahkan 12 daripada 13
YOU Radiance Up!
YOU
Dari RM56.65
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Meningkatkan kelembapan kulit
Memperbaharui pelindung kulit
Perlu guna set untuk kesan lebih bagus
1 lagi
Mencerahkan kulit wajah

Krim untuk mencerahkan kulit wajah lelaki terbaik dari jenama YOU ini diperkaya dengan ekstrak Snow White, Ceramides, dan Sistem Pencerahan bagi memastikan kelembapan kulit berpanjangan.

Selain itu membantu mencerahkan kulit, turut mempunyai fungsi mengantikan atau memperbaharui pelindung kulit agar kulit kekal terlindung dari pencemaran luar.

Kulit anda juga akan terasa lebih lembut dan kelihatan cerah jika anda menggunakan krim ini secara konsisten.

Lebih bagus, krim YOU Radiance Up! tidak mengandungi bahan yang boleh mengeringkan kulit seperti alkohol dan paraben.

Cara pemakaian juga mudah, hanya perlu sapu dengan rata pada muka dan boleh dipakai pada waktu pagi dan juga malam sebelum tidur.

EELHOE Moisturizing Balm
Skincare muka lelaki untuk kulit kering 13 daripada 13
EELHOE Moisturizing Balm
EELHOE
Dari RM20.69
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Untuk semua jenis kulit
Anti penuaan & kedutan
Untuk bersihkan perlu guna pencuci muka
1 lagi
Boleh guna sehingga ke leher

Kulit wajah anda sentiasa terasa kering? Jangan risau anda boleh dapatkan EELHOE Moisturizing Balm ini bagi membantu melembapkan kulit wajah anda.

Bukan sekadar memberikan kelembapan pada wajah, krim pelembap ini juga diperkaya dengan kolagen yang akan memberikan rasa keanjalan pada wajah.

Secara tidak langsung kulit wajah anda akan kelihatan tidak berkedut dan lebih muda dari usia sebenar.

Selain itu, bahan yang digunakan juga adalah selamat dan mampu mengurangkan rasa pedih pada kulit.

Boleh gunakan krim ini sebelum tidur dan biarkan ia bekerja semalaman membaiki kulit wajah anda pada waktu tidur.

Selepas anda bangun tidur, anda boleh re-apply krim ini pada wajah untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah.


Cara & Tips Penjagaan Kulit Muka Lelaki

Mungkin ramai lelaki beranggapan penjagaan wajah lelaki hanya cuci-cuci dan siap!

Sebenarnya salah, sebab sebelum mengetahui produk apa yang bagus dan cara penjagaan, sebaiknya kenali jenis kulit anda terlebih dahulu.

Kenali Jenis kulit

Menurut American Academy of Dermatology (AAD) terdapat 5 jenis kulit iaitu:

  • Kulit normal - Bebas cela dan minyak, tidak sensitif terhadap produk yang mengandungi pewarna atau pewangi tiruan.
  • Kulit berminyak - Muka sering kelihatan berminyak dan berkilat.
  • Kulit kering - Kulit boleh terasa kasar, kering atau sering mengelupas.
  • Kulit gabungan (combination) - Kulit kawasan T-zone yang berminyak, manakala bahagian lain lebih kering.
  • Kulit sensitif - Kerengsaan senang berlaku akibat pemakaian produk tidak bersesuaian. Kulit cenderung menjadi gatal atau sensasi seakan terbakar.

Amatlah penting untuk mengenali masalah kulit terlebih dahulu bagi mengelakkan anda dari tersalah memilih produk. 

Penjagaan asas

Untuk rutin penjagaan asas, golongan lelaki disarankan untuk mencuci muka setiap hari.

Kemudian, pakai pelembap untuk mengelakkan kulit kering dan memakai pelindung sinaran matahari.

Jom tonton video berikut untuk mengetahui rutin penjagaan muka lelaki.


Bagaimanakah Langkah Penjagaan Muka Terbaik Bagi Lelaki?

Percayalah, setiap individu memiliki jenis dan masalah kulit yang berbeza.

Maksud disini, tidak semestinya kawan anda gunakan produk A berkesan dan begitu juga anda kerana jenis dan masalah kulit berbeza.

Jom kita ketahui cara penjagaan kulit wajah mengikut jenis dan masalah kulit masing-masing.

Penjagaan untuk kulit berminyak atau berjerawat

Untuk kulit berminyak, anda disarankan memilih produk yang bebas minyak.

Juga digalakkan untuk memakai produk khusus untuk kulit berminyak bagi mengelakkan pengeluaran minyak yang berlebihan.

Kebiasaannya produk jenis oil control adalah terbaik untuk yang mempunyai kulit berminyak secara berlebihan.

Tapi bagi anda yang mempunyai masalah berminyak dan jerawat, anda disarankan menambah produk anti jerawat bagi menghilangkan jerawat.

Paling utama, elakkan dari menggosok secara kasar atau memicit jerawat.

Penjagaan untuk kulit kering dan sensitif

Untuk anda yang berkulit kering dan sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk.

Pastikan kandungan dan bahan sesuai untuk kulit anda supaya dapat mengelakkan kulit menjadi lebih teruk.

Untuk golongan ini, amatlah digalakkan untuk memakai produk pelembap kulit secara berkala.

Elakkan dari membasuh muka dengan sabun yang mengeringkan, air panas dan lap secara kasar.

Penjagaan untuk kulit kombinasi

Untuk anda yang mempunyai masalah ini, anda digalakkan untuk cuba menggabungkan rutin penjagaan kulit berminyak dan kulit kering.

Kebiasaannya anda memerlukan lebih dari satu produk.

Seterusnya anda boleh perhatikan rutin mana yang sesuai untuk penjagaan kulit anda.


Cara Pilih Penjagaan Muka Untuk Lelaki?

Mencari produk penjagaan wajah yang sesuai untuk lelaki bukanlah perkara mudah.

Pasaran kini dipenuhi dengan pelbagai jenis produk penjagaan muka yang anda mungkin rasa buntu dan tidak tahu yang mana satu sesuai untuk anda.

  • Jenis kulit

Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui jenis kulit anda sebelum memilih produk penjagaan wajah yang betul.

Terdapat beberapa jenis kulit biasa, seperti kulit kering, kulit berminyak, kulit sensitif dan sebagainya.

Anda juga perlu mengambil kira faktor seperti umur, gaya hidup, dan keperluan kulit anda sebelum membeli sebarang produk muka.

  • Bahan semula jadi

Selain itu, anda perlu memilih produk penjagaan muka yang mengandungi bahan semula jadi dan sesuai untuk kulit lelaki.

Sebagai contoh, bahan-bahan seperti aloe vera dan minyak pokok teh sesuai untuk kulit lelaki kerana akan membantu mengurangkan kesan kemerahan dan jangkitan kulit.

Pilih produk yang tidak mengandungi bahan berminyak kerana boleh menyumbat pori dan menyebabkan jerawat.

  • Pelindung matahari

Juga pastikan produk yang anda pilih mengandungi perlindungan matahari yang mencukupi, seperti SPF30 dan ke atas kerana ia penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan kulit.

  • Berjumpa pakar

Sebelum membeli produk penjagaan muka, pastikan anda berunding dengan pakar dermatologi atau pembekal produk penjagaan muka.

Mereka boleh memberi anda nasihat berharga tentang produk terbaik untuk jenis kulit anda.

  • Mencuba produk

Jika anda masih tidak pasti produk mana yang sesuai untuk anda, anda boleh mencuba beberapa produk secara berperingkat.

Berikan beberapa minggu sebelum bertukar kepada produk baharu.

Ini kerana kulit memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan produk baru dan memberikan kesan yang diingini.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Penjagaan Muka Untuk Lelaki?

Penjagaan muka merupakan satu bentuk usaha untuk mengekalkan penampilan yang menarik dan menyihatkan kulit muka.

Dengan skincare yang tepat, membantu mencegah masalah kulit yang sering dialami oleh lelaki seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering dan kasar.

Sekaligus, membantu meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.

Tambah lagi, boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang, membantu mereka berinteraksi dengan orang lain dengan baik dan menjalankan tugas harian dengan lebih baik.

Ini kerana kulit yang sihat dan bersih menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dan menarik.

Tapi kekurangan utama ialah kos lebih tinggi diperlukan untuk membeli produk penjagaan muka yang berkualiti tinggi.

Selain itu, penjagaan muka juga memerlukan banyak masa dan konsisten setiap hari untuk menunjukkan kesan kepada kulit muka. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation