Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

13 Jenama Stroller Baby Terbaik Malaysia 2024 (Brand Berkualiti)

Mudah bawa si manja berjalan-jalan tanpa rasa penat.

Untuk memudahkan pergerakkan apabila keluar bersama bayi, kereta sorong bayi atau lebih mudah disebut stroller menjadi salah satu barang utama si kecil yang si ibu dan ayah akan beli.

Lagipun kereta tolak baby ini dapat memudahkan kita membawa si manja berjalan-jalan tanpa rasa cepat letih dan sakit badan kerana kerap mendukung anak.

Tapi nak cari stroller bayi terbaik mestilah kita nak tengok yang ada review bagus-bagus, barulah kita dapat buat pilihan stroller bayi terbaik.

Jadi kami yakin ramai ibu dan ayah di luar sana keliru nak pilih jenama stroller terbaik dengan harga stroller baby yang berbaloi untuk si comel.

Jangan risau, kami bantu anda senaraikan stroller baby terbaik dan semestinya stroller yang recommended.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 13 Jenama Stroller Terbaik

Stroller terbaik secara keseluruhan
2 Ways Baby Stroller (front-back stroller)
stroller murah terbaik
From
RM158.90
Check 2 Ways Baby Stroller (front-back stroller) price below:
add_circle Mudah lipat
add_circle Multifungsi
add_circle Boleh guna lama
remove_circle Tempoh warranty 1 bulan
  • Berat stroller: 5kg
  • Sesuai berat bayi: 1-3 years (20-25kg)

Sebab utama menjadi pilihan:

Bagi mereka yang inginkan stroller harga mampu milik, kami sarankan stroller yang ini kerana harganya tidak lebih RM180.

Ciri-ciri:

Walaupun harganya murah tapi stroller ini mampu menampung berat bayi sehingga 35kg dan mempunyai fungsi kepelbagaian.

Antaranya bahagian backrest boleh adjust kepada 3 levels ,175 darjah jadi anak anda boleh duduk, sandar atau baring dengan selesa.

Kemudian, stroller ini boleh tukar arah tolak bahagian depan atau belakang mengikut keselesaan ibu dan ayah.

Bahagian roda pula, boleh berpusing 360 darjah bagi mudah ketika menolak kereta sorong bayi anda.

Malah, terdapat juga compartment kecil serta bakul bahagian bawah untuk memuatkan barangan keperluan bayi.

Bumbung penutup stroller mampu menghalang cahaya UV terkena kulit bayi anda dan fabrik digunakan anti-dust.

Selain itu, stroller baby ini mudah dilipat jadi memang senang dibawa ke mana saja. Lipat dan terus masukkan ke dalam but kereta!

Jangan risau dengan waranti sebulan yang diberikan kerana kami yakin, stroller ini tidak mudah rosak jika anda pandai menjaganya.

Review:

"Walaupun agak besar untuk baby newborn tapi bagus sebab boleh pakai sampai umur 4 tahun."

Stroller newborn terbaik
Mamakiddies Reverso Baby Stroller
Mamakiddies
Mamakiddies Reverso Baby Stroller
From
RM698.00
Check Mamakiddies Reverso Baby Stroller price below:
add_circle Multifungsi
add_circle Sesuai untuk semua cuaca
add_circle Dapat sekali baby carseat
add_circle Boleh pakai bersama baby carseat
remove_circle Agak berat (11.5kg)
  • Berat stroller: 11.5kg
  • Sesuai berat bayi: 1-3 years (15-20kg)

Baby stroller dari Mamakiddies ini jenis travel system dan mempunyai multifungsi 2 in 1.

Maknanya boleh digunakan sebagai stroller dan juga car seat tapi hanya sesuai untuk newborn saja iaitu anak berumur 0-3 bulan.

Bahagian backseat stroller boleh adjust kepada 3 posisi berbeza iaitu duduk, sandar dan baring.

Stroller ini boleh dilipat dengan menggunakan satu tangan saja jadi tidak ada masalah jika sebelah tangan lagi anda dukung bayi.

Menariknya, terdapat bahagian untuk ibu dan ayah meletakkan gelas atau cawan minuman mereka. Sangat parents-friendly.

Terdapat juga bakul bahagian bawah untuk menyimpan barangan keperluan bayi seperti susu, pampers atau mainan.

Stroller ini sesuai untuk bayi 13kg (car seat) dan 18kg (stroller).

Stroller untuk 2 anak
JOIE AIRE Baby TwinS troller
JOIE
From
RM848.10
Check JOIE AIRE Baby TwinS troller price below:
add_circle Ringan
add_circle Fleksibel
remove_circle Harga mahal
  • Berat stroller: 11.8kg
  • Sesuai berat bayi: 0-3 years (15kg)

Double stroller dari jenama Joie Aire ini direka khas untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mereka yang mempunyai bayi kembar.

Lagipun jika anda mempunyai anak kembar lagi sekali, anda sudah tidak masalah untuk beli lagi stroller. Recycle sahaja!

Walaupun terdapat dua seat tapi jangan risau kerana brand Joie Aire ini menggunakan rangka stroller aluminum yang tidak berat. 

Jadi, bila angkat untuk masuk ke dalam kereta atau kapal terbang, tidak ada masalah.

Stroller baby kembar ini lebih ringan berbanding baby stroller untuk twin jenama lain. 

Selain itu, dengan saiz yang leper apabila dilipat membuatkan ibu bapa mudah untuk membawa atau menyimpannya di ruangan yang terhad.

Stroller ini juga sangat fleksibel untuk kegunaan harian kerana mudah dilipat, hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Stroller ringan terbaik
BABYZEN YOYO² 6+ Stroller
BABYZEN
babyzen yoyo2
From
RM2,040.00
Check BABYZEN YOYO² 6+ Stroller price below:
add_circle Mempunyai bakul simpan barang
add_circle Boleh dilipat & dibuka dengan mudah
add_circle Terdapat kanopi untuk lindung bayi dari matahari
remove_circle Harga mahal
  • Berat stroller: 6.2kg
  • Sesuai berat bayi: 6 months above (22kg)

Bagi mereka yang gemar berjalan dan ada baby 6 bulan ke atas, kami sarankan beli brand stroller Babyzen Yoyo2.

Untuk buka stroller ini sangat mudah kerana seperti bermain yoyo. Menarik bukan? 

Caranya, anda hanya tekan klip dan tolak ke depan sahaja. Sangat mudah!

Berat stroller ini hanya 6.2kg dan ada tali galas untuk anda galas dengan bahu sahaja.

Walaupun ringan tapi stroller Yoyo2 ini mampu menampung bayi seberat 22kg.

Selain itu, terdapat juga bag stroller ini untuk kelihatan lebih kemas apabila disimpan.

Bahagian fabrik pula mereka menggunakan teknologi anti-UV fabric (UPF 50+) dan waterproof.

Jadi tidak mudah basah jika terkena hujan dan baby anda tak panas apabila duduk di dalam stroller.

Kainnya juga jenis washable pada suhu 30 darjah akan mudahkan anda cuci dengan mudah.

Stroller compact terbaik
Quinny Zapp Flex
Quinny
Quinny Zapp Flex
From
RM1,699.00
Check Quinny Zapp Flex price below:
add_circle Design lawa
add_circle Mudah dilipat
add_circle Boleh digunakan hingga usia anak 5 tahun
remove_circle Harga mahal
  • Berat stroller: 8.8kg
  • Sesuai berat bayi: 0-3.5 years (15kg)

Stroller dari jenama Quinny mempunyai tiga roda padat supaya ibu atau ayah dapat menolak stroller dengan stabil.

Ditambah pula bahagian pemegang stroller jenis Zapp yang ikonik memudahkan ibu bapa menggenggam handle stroller dengan selesa.

Bahagian tempat duduk pula jenis Flex dimana boleh menghadap dua hala dan kedua-duanya boleh diletakan pada posisi menyandar.

Stroller ini direka bukan untuk newborn tapi untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun yang mempunyai berat sehingga 15kg.

Nama stroller Zapp Flex ini direka untuk mereka yang mempunyai kehidupan di bandar kerana design dan saiz yang compact.

Paling menarik, fabrik stroller ini jenis water-resistant.

Stroller baby naik flight
Evenflo GB Pilot Cabin Size Stroller
Evenflo
Evenflo GB Pilot Cabin Size Stroller
From
RM649.00
Check Evenflo GB Pilot Cabin Size Stroller price below:
add_circle Ringan
add_circle Bersaiz kabin & kompak
add_circle Terdapat bakul simpan barang
add_circle Boleh dilipat dengan sebelah tangan sahaja
remove_circle Harga mahal
  • Berat stroller: bawah 6kg
  • Sesuai berat bayi: 0-4 years (10-15kg)

Dengan hanya menggunakan satu tangan, angkat pegangan yang terdapat pada kerusi dan stroller baby ini akan dilipat dengan cepat. 

Stroller Evenflo Pilot Compact ini memenuhi keperluan saiz kabin dan dengan itu, anda boleh membawanya bersama anda ke dalam pesawat. 

Stroller ini tahan lasak kerana mempunyai rangka aluminium yang kuat dan tahan lama.

Berat stroller ini hanya 6kg, stroller ini sangat mudah untuk diangkat dan dibawa bersama anda. 

Dilengkapi dengan suspension pada roda hadapan, memberikan kesan yang lebih lancar semasa bergerak.

Anda juga boleh menyesuaikan kedudukan rehat hingga 170 darjah, membolehkan bayi anda bersantai dan berehat sepanjang perjalanan. 

Tambah lagi, stroller baby ini dilengkapi dengan palang hadapan yang boleh dipasang dan dilepaskan dengan mudah.

Ciri ini juga akan memberikan keselamatan tambahan untuk bayi anda semasa dalam perjalanan. 

Terdapat juga bakul untuk menyimpan barang-barang keperluan bayi anda seperti beg diaper, botol susu, dan mainan.

Stroller Evenflo Pilot Compact ini direka untuk digunakan dari bayi lahir hingga berat 15kg (lebih kurang 4 tahun). 

Stroller lightweight terbaik
MIKUBI Compact Stroller Cabin (V6-1/LB6-6A)
MIKUBI
MIKUBI Compact Stroller Cabin (V6-1/LB6-6A)
From
RM199.98
Check MIKUBI Compact Stroller Cabin (V6-1/LB6-6A) price below:
add_circle Sesuai untuk travel
add_circle Mudah dikendali
add_circle Ringan
remove_circle Hanya mampu tampung berat 20kg
  • Berat stroller: 6kg
  • Sesuai berat bayi: 0-36 months (20kg)

Stroller Mikubi Compact Stroller Cabin mempunyai dua jenis iaitu V6-1 dan LB6-6A.

Untuk stroller V6-1, mempunyai ciri ringan dimana beratnya hanya 6kg, memang mudah di bawa ke mana saja.

Malah, reka bentuk yang unik dimana boleh dilipat dalam beberapa saat hanya menggunakan satu tangan.

Paling penting, stroller baby ini boleh dilaras untuk baring atau posisi duduk untuk beri bayi anda makan.

Jangan risau, bahagian roda terdapat kekunci supaya stroller tidak bergerak apabila anda jauh daripada stroller diletakkan.

Stroller ini sesuai untuk bayi berusia 0-36 bulan dengan berat maksimum 20kg.

Stroller auto fold (lipat) terbaik
Sweet Cherry Compact Fold Baby Stroller (SC686 T-Bar Stroller)
Sweet Cherry
Sweet Cherry Compact Fold Baby Stroller
From
RM329.00
Check Sweet Cherry Compact Fold Baby Stroller (SC686 T-Bar Stroller) price below:
add_circle Ringan
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Boleh laras
add_circle Kukuh
remove_circle Hanya mampu tampung 15kg
  • Berat stroller: 7kg
  • Sesuai berat bayi: 0-5 months (5kg)

Stroller baby dari Sweet Cherry ini direka untuk bayi berusia 0-36 bulan yang mempunyai berat maksimum kurang dari 15kg.

Dari mata kasar mungkin stroller ini kelihatan tidak kukuh tapi sebenarnya sangat stabil dan kuat kerana bingkainya diperbuat daripada aluminum penuh.

Selain itu, bahagian tempat duduk boleh dilaras jadi bayi anda selesa untuk tidur, makan atau duduk apabila diletakkan di dalam stroller.

Bahagian bawah stroller terdapat satu bakul untuk letak dan simpan barang keperluan baby dan bahagian roda terdapat kekunci untuk keselamatan.

Jangan risau, stroller ini mudah dibawa kemana saja kerana walaupun dalam keadaan berlipat, stroller ini boleh ditarik seperti beg luggage.

Stroller untuk travelling
BABY THRONE Advance Baby Stroller Travel
Baby Throne
baby stroller
From
RM289.00
Check BABY THRONE Advance Baby Stroller Travel price below:
add_circle Mudah dilipat, dibuka dan ditolak
add_circle Mempunyai bakul simpan barang yang luas
add_circle Penutup bumbung matahari UVF 30+
add_circle Pemegang botol boleh laras
add_circle Ada brek
remove_circle Tidak sesuai untuk 5 tahun ke atas
  • Berat stroller: 5.8kg
  • Sesuai berat bayi: 1-3 years (10-15kg)

Nak cari stroller baby harga bawah RM300? Anda boleh beli sahaja stroller ini!

Walaupun harganya murah, tapi stroller ini memang bagus dan mempunyai banyak fungsi penting seperti stroller berjenama mahal.

Sesuai untuk anak berusia 0-4 tahun dan boleh dibawa bersama ke penerbangan dalam dan luar negara.

Mempunyai 4 roda yang lengkap dengan penyerapan hentakan, jadi bayi boleh tidur atau minum susu dengan selesa di dalam kerana tempat duduk boleh dibaringkan. 

Stroller baby dengan berat 5.8 kg ini boleh menampung berat anak hingga 20 kg.

Bahagian tempat letak bayi boleh dilaras hingga 175°, sesuai untuk bayi yang baru lahir.

Mempunyai perlindungan yang lebih lebar dan menyeluruh sehingga melindungi kaki bayi.

Menariknya, stroller baby ini mudah dilipat dan boleh disesuaikan dengan tiga kedudukan yang berbeza.

Jenama stroller yang paling mahal
Bugaboo Butterfly Baby Stroller
Bugaboo
bugaboo baby stroller
From
RM2,399.00
Check Bugaboo Butterfly Baby Stroller price below:
add_circle Mampu tahan berat hingga 22kg
add_circle Boleh dilipat & dibuka dengan mudah
add_circle Terdapat kanopi untuk lindung bayi dari matahari
add_circle Bakul bawah tempat duduk yang besar
add_circle Fabrik boleh dibasuh mesin
remove_circle Harga mahal
  • Berat stroller: 7.3kg
  • Sesuai berat bayi: 6 bulan ke atas (22kg)

Dapatkan stroller baby ini untuk perjalanan dekat dan jauh kerana mudah dilipat dengan reka bentuk ultra-compact dan boleh dilipat dengan satu tangan.

Tambah lagi, turut mempunyai tempat duduk yang luas dengan cushion yang lebih tebal untuk keselesaan bayi anda.

Mempunyai kanopi matahari yang menyeluruh dengan panel yang berangin dan ruangan kaki yang mudah disesuaikan serta pengunci klik cepat.

Tali pengikat dapat disesuaikan ketinggiannya dengan mudah dan mempunyai bakul yang sangat besar di bawah tempat duduk.

Stroller reversible terbaik
Mamakiddies EZ Twist Magic Baby stroller
Mamakiddies
stroller bayi
From
RM429.00
Check Mamakiddies EZ Twist Magic Baby stroller price below:
add_circle Boleh dilipat
add_circle Tempat duduk menghadap belakang
add_circle Ringan
remove_circle Hanya sesuai untuk 3 tahun ke bawah
  • Berat stroller: 7kg
  • Sesuai berat bayi: 1-3 years (10-15kg)

Dapatkan stroller bayi ini untuk anak anda dengan harga dibawah RM500!

Stroller jenama Mamakiddies inijuga mempunyai beberapa ciri keselamatan yang sangat berguna untuk keselamatan bayi anda.

Antaranya ialah tali pinggang keselamatan, brek pada roda belakang, boleh menghadap dua hala (ke hadapan & ibu bapa), saiz padat dan memudahkan penyimpanan stroller ini di rumah.

Selain itu, juga mudah dilipat atau dibuka dalam beberapa saat.

Bukan itu sahaja, stroller ini mempunyai kanopi & pemegang boleh laras dan bar keselamatan depan boleh tanggal.

Sesuai untuk umur dari 6 hingga 36bulan dengan kapasiti berat hingga 15kg.

Stroller untuk anak 1 - 3 tahun
Foldable 4 Wheel Magic Stroller Premium Ultra Lightweight Portable
foldable 4 wheel magic stroller
From
RM249.00
Check Foldable 4 Wheel Magic Stroller Premium Ultra Lightweight Portable price below:
add_circle Boleh laras
add_circle Boleh dilipat
add_circle Ringan
add_circle Ada penutup hujan
remove_circle Hanya mampu tampung berat 25 kg
  • Berat stroller: bawah 5kg
  • Sesuai berat bayi: 1-3 years (20-25kg)

Stroller bayi ini boleh menampung berat sehingga 25 kg dan sesuai untuk anak anda yang berusia 1 - 3 tahun. 

Tambah lagi, stroller ini boleh disesuaikan, ringan dengn bingkai aluminium dan kusyen plastik, serta dilengkapi dengan penutup hujan. 

Dengan non-slip footrest dan joystick steering yang memudahkan pengendalian stroller, ia membuat pengalaman berjalan lebih selamat terutama ketika melalui selekoh. 

Seperti stroller berjenama mahal, stroller ini juga boleh dilipat dan disimpan dalam bonet kereta, memudahkan anda yang ingin bergerak kemana-mana bersama bayi dengan lebih selesa.

Stroller untuk bayi 6 bulan
Mamakiddies Speedy Baby Jogger Stroller
Mamakiddies
mamakiddies_stroller
From
RM999.00
Check Mamakiddies Speedy Baby Jogger Stroller price below:
add_circle Roda pusing hadapan boleh dikunci
add_circle Tayar berbasikal besar dan tahan lasak
add_circle Ketinggian boleh dilaras
add_circle Tempat duduk & kanopi boleh dilaras
add_circle Bakul simpanan yang lebih besar
remove_circle Sedikit berat & tidak sesuai untuk travel
  • Berat stroller: bawah 5kg
  • Sesuai berat bayi: 6-36 months (25kg)

Nak bawa anak jogging atau shopping di mall bersama tapi tiada stroller? Dapatkan je Stroller Bayi Mamakiddies Speedy Baby Jogger! 

Stroller ini sesuai untuk jogging dan berjalan-jalan dengan roda belakang yang boleh dikeluarkan dan muat dalam bonet kereta. 

Ia juga dilengkapi dengan roda depan yang boleh berpusing dan dikunci untuk jogging atau dibuka untuk perjalanan santai, serta tayar stroller yang lebih besar untuk bergerak di pelbagai permukaan.

Selain itu, turut dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik seperti tali keselamatan fully adjustable 5-point, tempat duduk yang boleh disesuaikan, pemegang cawan dan telefon, kanopi yang boleh disesuaikan untuk melindungi anak dari panas matahari, dan banyak lagi. 

Sangat sesuai untuk aktiviti berlari dan ibu bapa yang aktif.


Adakah Stroller Mempunyai Tempoh Hayat?

Boleh dikatakan semua ibu bapa pasti ingin membawa bayi mereka berjalan-jalan untuk melihat dunia luar untuk perkembangan mental dan fizikal anak.

Tapi penat juga kalau nak mendukung bayi lebih-lebih lagi jika si kecil sudah mencapai berat yang kita sendiri tidak larat nak dukung mereka ke hulur ke hilir.

Langkah yang tepat adalah membeli stroller berkualiti untuk memudahkan pergerakan anda bersama si kecil.

Tapi, stroller ada ke tarikh luput ke? Jawapannya tidak, sama seperti car seat.

Selagi stroller dalam keadaan baik, roda tidak rosak, seat masih stabil selagi itu stroller boleh digunakan.

Jadi, tidak hairanlah jika stroller yang dah berhabuk dalam stor pun, kita boleh guna untuk anak yang seterusnya atau berikan pada orang lain.


Ada Berapa Jenis Stroller Bayi?

Kereta sorong bayi boleh dikatakan salah satu aksesori yang penting untuk memudahkan ibu dan ayah keluar berjalan bersama anak kecil.

Tapi sebelum membuat pembelian kereta tolak bayi, apa kata kenal dulu jenis stroller bayi menerusi video berikut.

Selain daripada 4 jenis stroller yang diterangkan dalam video di atas, terdapat juga jenis stroller yang lain.

Antaranya full-sized stroller, lightweight, jogging, dan travel system.

  • Full-sized stroller

Jika anda sejenis ibu ayah yang memerlukan stroller sehingga usia anak mencecah fasa toddler, anda digalakkan buat pembelian jenis ini.

Ini kerana full-sized stroller mempunyai saiz besar, lebih kukuh, tahan lasak, bahagian kerusi boleh dipasang mengadap ke depan atau ke belakang, mempunyai bakul dan banyak lagi.

Namun, terdapat juga beberapa kekurangan iaitu berat dan tidak sesuai untuk dibawa travel.

  • Lightweight

Jika anda mencari kereta tolak bayi yang ringan dan mudah dibawa berjalan keluar, kami sarankan pilih stroller jenis lightweight.

Bukan apa, stroller jenis lightweight mempunyai ciri istimewa.

Antaranya mudah dilipat, saiz kecil yang mudah untuk dibawa ke kapal terbang atau simpan dalam kereta kecil, tempat duduk boleh gerak dan banyak lagi.

Cuma kebanyakan stroller lightweight direka untuk si manja yang berusia 6 bulan ke atas dimana mereka sudah mampu duduk sendiri.

  • Jogging

Bagi anda yang gemarkan aktiviti luar dan sering membawa bayi keluar berjalan, sebaiknya gunakan stroller jenis ini. 

Tambah pula sesuai untuk dijadikan tempat duduk bayi ketika anda sedang melakukan aktiviti bercucuk tanam di kebun atau jogging.

Selalunya, stroller jenis jogging ini mempunyai saiz roda yang lebih besar untuk keselesaan bayi.

Anggaran harga bermula dari RM300 ke atas mengikut jenama.

  • Travel system

Jenis stroller travel system ini mempunyai multifungsi 2 dalam 1. 

Maksudnya, anda boleh guna sebagai car seat dan juga stroller mengikut kesesuaian situasi.

Jadi, bila si kecil sedang tidur dalam car seat, anda boleh pindahkan ke stroller tanpa mengganggu tidurnya.

Tetapi, stroller jenis travel system ini tidak sesuai untuk anak yang berada pada fasa toddler.

Kesimpulannya, pilihan terletak di tangan anda. Paling penting, belilah stroller mengikut kesesuaian penggunaan anda.


Bagaimana Cara Pilih Stroller Bayi? 

Stroller adalah salah satu peralatan bayi yang sangat penting dan akan memberikan keselesaan serta kemudahan kepada anda dan si kecil semasa melakukan aktiviti di luar rumah.

Tapi dengan pelbagai brand stroller baby yang ada dipasaran, bagaimana cara untuk memilih stroller bayi yang terbaik?

Berikut tips untuk memilih stroller bayi terbaik;

  • Keselamatan 

Ketika mencari stroller bayi, pastikan stroller tersebut mempunyai sistem brek yang baik kerana untuk memastikan stroller berhenti dengan sempurna apabila diperlukan.

Tambah lagi, pastikan juga stroller mempunyai pengunci roda untuk mengelakkan roda daripada bergerak sendiri.

Tali pengikat juga penting untuk memastikan bayi anda selamat dalam stroller.

  • Rekabentuk yang ergonomik

Stroller yang baik harus mempunyai reka bentuk yang ergonomik untuk keselesaan bayi anda.

Pastikan stroller anda mempunyai kusyen yang cukup dan boleh dilaras mengikut kedudukan duduk atau berbaring.

Ini akan memberikan sokongan yang mencukupi kepada tubuh bayi semasa berada dalam stroller.

Selain itu, ibu bapa boleh pilih stroller yang mempunyai kerusi dan penutup yang mudah ditanggalkan dan dicuci kerana kebersihan sangat penting untuk kesihatan bayi anda.

  • Saiz dan berat yang sesuai

Pilihlah stroller bayi yang sesuai dengan keperluan anda.

Jika anda sering bergerak dan travel, stroller yang mudah dilipat dan ringan akan menjadi pilihan yang bijak.

Ini kerana akan memudahkan penyimpanan dan pengangkutan di dalam kenderaan.

  • Kualiti dan tahan lama

Pastikan bingkai stroller diperbuat daripada bahan yang kuat dan tahan lasak.

Selain itu, periksa juga kualiti roda, jenis kain, dan cara lipatan untuk memastikan stroller tahan lama. 

  • Ciri tambahan

Dengan ciri tambahan yang berlainan akan memudahkan kehidupan anda.

Contohnya penutup bayi yang boleh digulung, penutup hujan, atau tempat penyimpanan yang luas di bawah kerusi stroller


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Stroller Bayi?

Stroller bayi direka khas untuk memudahkan ibu bapa dalam membawa bayi mereka.

Dengan roda yang mudah bergerak, ibu bapa dengan mudah mendorong stroller di sepanjang jalan atau di dalam pusat membeli-belah.

Sekaligus, membantu mengurangkan beban fizikal dan memberi keselesaan kepada ibu bapa.

Selain itu, kebanyakan stroller bayi juga dilengkapi dengan tali pengikat yang kukuh untuk melindunginya daripada jatuh atau tergelincir.

Beberapa model juga mempunyai roda yang boleh dikunci, jadi tidak akan bergerak ketika berhenti.

Terdapat juga stroller bayi yang boleh diubahsuai menjadi kerusi makan bayi atau kerusi pengangkutan untuk perjalanan jauh.

Ini sangat berguna untuk ibu bapa menguruskan keperluan bayi mereka dengan lebih praktikal.

Stroller bayi juga direka dengan tempat duduk yang empuk dan bantal kepala yang boleh disesuaikan untuk keselesaan bayi.

Ada beberapa stroller bayi dilengkapi dengan bumbung yang boleh dilipat untuk melindungi bayi daripada cahaya matahari atau hujan.

Tapi salah satu kekurangan stroller bayi adalah saiznya yang besar.

Anda memerlukan ruang penyimpanan yang mencukupi di rumah atau di dalam kereta. 

Anda juga akan menghadapi kesukaran melalui laluan sempit seperti pintu masuk kedai yang kecil atau tangga berdekatan. 

Stroller baby yang berkualiti tinggi juga berharga sedikit mahal dan ini akan membebankan mereka yang mempunyai bajet rendah.


Artikel Berkaitan

End of Article