Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Stroller Untuk Bayi Kembar, Tak Perlu Dukung Si Kecil Semasa Berlibur

Memudahkan urusan ibu bapa yang beranak kembar

Ibu bapa yang beranak kembar mungkin sentiasa berada di dalam dilema dalam memilih stroller untuk si kembar, sama ada ingin membeli stroller single dengan kuantiti berganda atau hanya membeli double stroller yang sesuai untuk si kembar.

Adakah berbaloi membeli double stroller untuk bayi kembar?

Double stroller ternyata lebih mahal daripada stroller biasa, namun jika anda mempunyai bayi kembar, ia sesuatu yang memudahkan urusan anda, terutama sekali bagi ibu bapa yang kerap berada di luar.

Dengan melaburkan sedikit wang dan membeli double stroller yang berkualiti tinggi, anda pasti berpuas hati dengan keputusan yang anda buat. Untuk panduan, kami sediakan senarai double stroller untuk baby twin buat pilihan anda.

8 Stroller untuk Bayi Kembar Pilihan Ibubapa

Stroller baby twin yang murah dan berkualiti
GTE
Semak GTE Twin Baby Stroller harga dibawah:

Bagi ibu bapa yang mencari stroller double untuk bayi kembar yang mudah dilipat, jenama ini tepat untuk anda. Ia kelihatan moden dan padat, pasti membuat si kecil anda kelihatan bergaya semasa menggunakannya. Stroller berkembar GTE ini sangat tahan lasak dan berkualiti tinggi.

Rangkanya kuat dan padat menbolehkan ia bertahan lebih lama untuk kegunaan walaupun bayi sudah membesar. Ia juga dilengkapi dengan brek keselamatan di tayar belakang bagi menambahkan ciri-ciri keselamatan si kecil anda semasa berada dalam stroller ini.

Stroller twin baby detachable dan menjimatkan ruang penyimpanan
MARVYBABY
Semak MARVYBABY HY6603 Twin Baby Stroller harga dibawah:

Rata-rata, double stroller MarvyBaby HY6603 ini adalah jenis detachable untuk menjadi 2 stroller berasingan. Ianya sangat sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai kawasan storan yang terhad. Mudah untuk dikendali serta bersaiz kompak, stroller ini boleh ditegakkan setelah anda melipatnya.

Dilengkapi dengan kanopi untuk melindungi bayi dari pancaran matahari, bekas menyimpan barangan yang luas dan tempat meletakkan kaki boleh diubah mengikut keselesaan bayi anda.

Stroller baby twin yang ringan dan mudah untuk dikendali
Mamakiddies
Semak Mamakiddies Baby Stroller for Twin harga dibawah:

Ramai ibu bapa tidak mahu membeli double stroller kerana kebanyakannya agak berat. Double stroller Mamakiddies ini direka dengan rekaan lebih ringan dan kompak untuk baby twin anda dengan berat hanya 13kg sahaja.

Stroller ini sesuai untuk baby twin anda yang berumur 6 bulan ke atas. Ia dilengkapi dengan bakul storan yang besar untuk kegunaan anda meletakkan barang keperluan si kecil.

Stroller baby untuk newborn – biasakan si kecil tanpa perlu mendukung
HALFORD
Semak HALFORD FLIPLITE Twin Baby Stroller harga dibawah:

Sesuai untuk bayi kembar baru lahir, double stroller Halford ini sangat selamat dengan rekaan 5-point harness serta reflektif yang membolehkan ia kelihatan di dalam keadaan gelap. Ketinggiannya boleh dilaraskan mengikut harness bahu.

Stroller ini mempunyai 4 peringkat posisi yang boleh diubah dan ianya tidak bergantung antara satu sama lain. Jadi, jika anak kembar kita yang seorang itu mahu duduk sementara adiknya ingin tidur, bolehlah disesuaikan mengikut keperluan.

Stroller baby twin untuk bayi kembar yang lasak dan aktif
JOIE
Semak JOIE AIRE Baby TwinS troller harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Fleksibel
remove_circle Mahal

Double stroller jenama Joie Aire ini direka untuk kegunaan jangka panjang bayi kembar anda. Material stroller yang diperbuat daripada aluminium ini agak ringan berbanding baby stroller untuk twin lain. Ianya memudahkan ibubapa untuk membawa, melipat dan menyimpannya di ruangan yang terhad. Stroller ini juga sangat fleksibel untuk kegunaan harian.

Masa untuk keluar bersantai bersama keluarga, tidak lagi menjadi satu masalah besar!

Stroller baby twin untuk bayi 3 bulan
GRACO
Semak GRACO Ready2Grow Twin Baby Stroller harga dibawah:

Bagi ibu bapa yang mencari stroller double untuk bayi kembar yang berusia seawal 3 bulan, bolehlah mempertimbangkan stroller Graci Ready2Grow ini. Ia kelihatan moden dan padat, pasti membuat si kecil anda kelihatan bergaya semasa menggunakannya.

Ketinggian kerusi stroller ini boleh diubahsuai sehingga 175 darjah bagi memberi keselesaan bayi untuk baring dan tidur serta pelbagai fungsi lain. Ia juga dilengkapi dengan brek keselamatan di tayar belakang bagi menambahkan ciri-ciri keselamatan si kecil anda semasa berada dalam stroller ini.

Stroller baby twin untuk ibu bapa yang gemar beriadah dan beraktiviti lasak
Baby Monster
Semak Baby Monster KUKI TWIN Stroller harga dibawah:

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kembar dan kerapkali travel, double stroller Kuki Twin ini mungkin sesuai untuk anda. Ianya mudah dikendali, tahan lasak dan senang untuk ditolak walaupun di permukaan yang kasar dan tidak rata.

Kerusinya boleh diubah mengikut kesesuaian dan keselesaan ibu bapa serta bayi sama ada ingin menghadap ke hadapan atau belakang. Baby stroller ini mudah untuk dilipat dan dibawa kemana sahaja.

Stroller baby twin untuk kemudahan semasa travelling
BABY JOGGER
Semak BABY JOGGER City Select Twin Double Stroller harga dibawah:

Double stroller Baby Jogger City Select Twin ini direka untuk ibu bapa beranak kembar yang kerap berjogging atau beriadah dan mahukan si kembar juga menikmati kesegaran alam sekitar semasa anda beraksi. Stroller Baby Jogger ini boleh dibawa semasa anda ingin melakukan perjalanan jauh.

Dilengkapi dengan Forever Air Tyres untuk memudahkan pergerakan stroller semasa anda membawa si kecil berlibur. Stroller ini juga mudah dilipat dan kusyennya boleh dilaras mengikut keselesaan anak-anak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article