Keibubapaan

10 Stroller Untuk Newborn Dengan Rekaan Minimalis Dan Ringkas

Untuk bayi baru lahir, dapatkan stroller jenis reclining serta lengkap dengan kanopi supaya baby selesa. Ini senarai review stroller yang bagus untuk newborn.


Editor · 20 Mar 2020, 12:35pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Stroller Untuk Newborn Dengan Rekaan Minimalis Dan Ringkas

Kebanyakan ibu bapa akan memastikan stroller menjadi salah satu alatan wajib ada ketika hendak menyambut kedatangan bayi baru lahir. Ada pelbagai jenis stroller di pasaran mengikut kesesuaian penggunaan dan umur bayi. Tidak kira daripada yang baru lahir sehingga 6 tahun, semuanya ada di pasaran kini. 

Kandungan

Bilakah waktu sesuai untuk bayi baru lahir menggunakan stroller?

Tiada had atau limit umur bagi ibu bapa menggunakan stroller untuk bayi baru lahir. Malah anda boleh menggunakan stroller seawal umur bayi satu hari. Namun, stroller yang dibeli hendaklah berpadanan dan selamat untuknya. Seeloknya, dapatkan stroller yang boleh diturun atau reclining serta lengkap dengan kanopi untuk beri keselesaan buat bayi yang semestinya sangat sensitif di awal kelahiran. 

Jika ibu bapa bercadang untuk membeli stroller untuk bayi baru lahir, berikut disenaraikan stroller buat newborn yang boleh didapati secara online; 

10 Stroller Terbaik Untuk Newborn di Malaysia 

Stroller untuk newborn yang murah dan berkualiti 1 daripada 10
Sweet Heart Paris ST250 Compact Size Stroller
Partnership with Sweet Heart Paris
Dari RM399

Stroller jenama Sweet Heart Paris model ST250 ini boleh diubah kepada pelbagai posisi yang membuatkan ia sesuai digunakan untuk bayi newborn. Ia dilengkapi dengan 8 biji roda 5 inci yang membuatkan ia stabil dan kukuh serta roda belakang mempunyai brek kaki untuk keselamatan. Ia juga mempunyai kanopi tambahan untuk kegunaan di bawah terik matahari. 

Si kecil akan berasa selesa sepanjang berada di dalam stroller ini tanpa merengek untuk minta didukung.

Stroller newborn yang ringan dan boleh lipat kecil 2 daripada 10
Little One Compatto Lightweight One Hand Cabin Stroller
Partnership with Little One
Dari RM249

Dengan keberatan hanya 4.8kg membuatkan stroller Little One ini memudahkan urusan ibu bapa yang mempunyai bayi newborn. Ianya sangat kompak dan tahan lasak serta senang untuk dikendali. Dilengkapi dengan bakul besar untuk ibu meletakkan barang-barang asas seperti tisu basah atau lampin tambahan. 

Kusyen kerusinya juga boleh ditanggalkan untuk memudahkan anda melakukan kerja-kerja pembersihan.

Stroller untuk newborn dengan roda besar 3 daripada 10
Belecoo Luxury Baby Stroller
Partnership with Belecoo
Dari RM219.90

Bagi ibu bapa yang meletakkan keselesaan bayi  sebagai aspek utama dalam membeli stroller, stroller Beleeco ini mungkin boleh dipertimbangkan. Kerusinya jenis lebar dan boleh diubah mengikut pelbagai posisi, stroller ini sempurna untuk bayi baru lahir anda. 

Ia juga mempunyai kanopi yang boleh diubah mengikut kesesuaian untuk keselesaan dan dengan rodanya besar, membuatkan si kecil tidak mudah terjaga. 

Stroller newborn yang menepati ciri-ciri saiz kabin kapal terbang 4 daripada 10
Prego Newborn Lightweight Aeroplane Mode Stroller
Partnership with Prego
Dari RM245

Mempunyai berat kurang daripada 7kg iaitu berat maksimum yang dibenarkan untuk membawa masuk ke dalam kabin kapal terbang, stroller jenama Prego ini ternyata antara stroller yang sesuai untuk ibu bapa pertimbangkan. Ianya boleh digunakan bukan sahaja sewaktu bayi baru lahir, malah sehingga bayi membesar seberat 30kg. 

Stroller ini boleh ditutup dan disimpan hanya dengan menggunakan satu tangan dan sangat mudah untuk dikendali. Tidak memerlukan ruang penyimpanan yang luas, anda boleh simpan dimana-mana sahaja.

Stroller newborn untuk ibu bapa yang sering travel 5 daripada 10
Mamakiddies Aviant Baby Stroller
Partnership with Mamakiddies
Dari RM323
Terdapat tingkap kecil
Boleh duduk dan baring
Kurang sesuai untuk anak 5 tahun keatas
3 lagi
Saiz bakul penyimpanan besar
Muat dalam kabin kapal terbang
Sesuai untuk newborn hingga 4 tahun

Bagi ibu bapa yang sering melakukan aktiviti travelling tidak kira samada untuk bercuti atau kerja, mungkin anda ingin mempertimbangkan stroller Mamakiddies model Aviant yang ringan dan kompak ini. Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 3 tahun, stroller  ini kecil dan ringan. 

Ianya dilengkapi dengan sistem tali pinggang 5 poin yang membuatkan bayi anda selamat dan selesa ketika berada di dalam stroller.

Terbaik buat newborn sehingga kanak-kanak 5 tahun 6 daripada 10
Baby Throne Royal Compact Ultra Slim Stroller
Partnership with
Dari RM389

Diperbuat daripada bahan nilon berkualiti tinggi dan rangka aloi alumunium yang kuat, stroller jenama Baby Throne ini dapat menampung bayi baru lahir sehingga berat 25kg. Saiznya slim memudahkan ia untuk di bawa kemana-mana. 

Roda hadapan boleh dipusingkan sehingga 360 darjah memudahkan pengendalian semasa bayi berada di dalamnya tanpa mengganggu keselesaan bayi. Stroller ini antara stroller yang berbaloi dari segi nilai dan kualiti untuk dimiliki. 

Stroller newborn sehingga umur 3 tahun atau kurang 15kg 7 daripada 10
Halford Quaver Compact Stroller
Partnership with Halford
Dari RM478

Menepati standard piawaian EN1888, stroller Halford ini boleh digunakan oleh bayi newborn sehingga meningkat umur 3 tahun atau berat sehingga 15kg. Ia mempunyai sistem brek link untuk memastikan keselamatan bayi. Lengkap juga dengan dua peringkat recliner yang memberi keselesaan kepada bayi yang berada di dalamnya.

Stroller untuk newborn dengan reversible handle 8 daripada 10
Evenflo Nuvue 2 Stroller
Partnership with Evenflo
Dari RM499

Stroller jenama GB ini membolehkan pemegangnya dialihkan dengan mudah untuk menyokong badan bayi semasa ibu atau bapa mengubah posisi kerusi menghadap ke arah mereka. Fungsi reversible handle ini memberi kebebasan bukan sahaja kepada ibu bapa malah untuk bayi sendiri yang ada masanya mahu melihat keadaan di luar. Kesemua roda pada stroller ini boleh dikunci sebagai satu ciri keselamatan stroller.

Stroller newborn yang boleh lipat hanya dengan satu tangan 9 daripada 10
Maxi-Cosi Lara Stroller
Partnership with Maxi-Cosi
Dari RM799

Stroller Maxi-Cosy model Lara ini sangat kompak, padat dan ringan yang membuatkan ia mudah disimpan di dalam tempat yang kecil dan terhad seperti di dalam but kereta dan sebagainya. Sistem one-hand flash fold yang dilengkapi pada stroller ini hanya memerlukan 1 sentuhan pada pushbar dan stroller  akan terlipat untuk disimpan secara automatis. 

Kerusinya juga mempunyai kusyen tebal membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan suhu yang selesa semasa berada di dalam  stroller.

Untuk newborn sehingga 4 tahun atau seberat 20kg 10 daripada 10
Chicco Goody Stroller
Partnership with Chicco
Dari RM1,099

Stroller Chicco model Goody ini direka khas untuk bayi baru lahir sehingga peringkat umur 4 tahun atau berat purata sehingga 20kg. Ia adalah stroller Chicco pertama yang dilengkapi dengan sistem auto-folding yang membuatkan ia mudah dikendali oleh ibu bapa. Kerusinya boleh dibaringkan atau dialihkan mengikut kesesuaian bayi dan boleh digunakan semasa travelling. 

Pemegang stroller  ini menggunakan teknologi eco-leather yang memberi genggaman kuat dan selesa semasa menggunakannya.

Lagi daripada ProductNation