Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
smartwatch terbaik

8 Jam Pintar Smartwatch Terbaik di Malaysia 2025

Berikut senarai jenama dan fungsi jam pintar supaya kualiti senaman anda lebih efektif.

Anda boleh terus lihat senarai 8 Smartwatch terbaik di Malaysia ini yang kami senaraikan khas untuk anda yang mahu kekalkan hidup gaya aktif.

Selain handphone, barangan lain seperti mesin basuh, televisyen, jam tangan pintar dan banyak lagi sudah mula mendominasi dunia teknologi.

Sekarang, semakin ramai yang mula aktif dalam aktiviti sukan dan kami yakin pasti anda memerlukan alat peranti mudah untuk membaca pergerakan kesihatan anda atau kiraan heart rate anda seperti smart watch terbaik.

Jam terkini Malaysia mempunyai pelbagai fungsi canggih seperti memantau degupan jantung, merekod aktiviti harian, dan juga menghantar mesej kecemasan.

Terdapat pelbagai jenis smartwatch yang anda boleh dapatkan, termasuk daripada jenama jam tangan mampu milik dan jenama jam tangan popular di Malaysia, tapi tentu anda pun pening nak pilih smart watch paling berbaloi dan sesuai dengan personaliti anda.

Jadi, kami kongsikan dengan anda senarai smart watch terbaik dan harga smartwatch untuk anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Senarai 8 Smartwatch Terbaik

Smartwatch terbaik secara keseluruhan
Samsung Galaxy Watch Ultra
Samsung
Samsung Galaxy Watch Ultra
From
RM3,399.00
Check Samsung Galaxy Watch Ultra price below:
add_circle Reka bentuk yang premium
add_circle Dilengkapi butang pantas
add_circle Bacaan sensor yang tepat
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Lebih serasi dengan telefon Samsung
  • OS: Android Wear OS 5, One UI Watch 6
  • Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
  • Paparan: 1.5 inci, Sapphire crystal glass
  • Pemproses: Exynos W1000 (3 nm)
  • Storan dalaman: 32GB 2GB RAM
  • Bateri: 590 mAh
  • Cara Pengecasan: 10W wireless (Qi)
  • Penarafan IP: IP68 / 10 ATM certified
  • Penghubungan: Wi-Fi, Bluetooth 5.3, GPS (L1+L5)

Sebab menjadi pilihan utama:

Jam tangan pintar Ultra yang pertama dari Samsung, Galaxy Watch Ultra membawa penjejakan kecergasan dan prestasi ke tahap yang lebih tinggi, menawarkan kecerdasan dan keupayaan terbaik untuk anda yang mahu mencapai tahap terbaik.

Ciri-ciri:

Galaxy Watch Ultra dilengkapi dengan rangka Titanium Gred 4 yang kukuh dan ketahanan air 10ATM, menjadikannya sempurna untuk digunakan dalam keadaan yang ekstrem. 

Sama ada anda berenang di lautan atau mendaki gunung yang tinggi, jam ini dibina untuk mampu bertahan dalam semua keadaan terutamanya keadaan ekstrem.

Reka bentuk kusyen baru meningkatkan perlindungan, sementara Sistem Dinamik Lug memastikan keselesaan, membolehkan anda melakukan yang terbaik dalam sebarang aktiviti.

Dengan Galaxy Watch Ultra, anda boleh menjejaki senaman multi-course seperti berenang, berbasikal, dan berlari dengan lancar.

Untuk pengembaraan yang panjang, Galaxy Watch Ultra menawarkan jangka hayat bateri yang panjang dalam barisan Galaxy Watch, menyediakan sehingga 100 jam hayat bateri dalam mod Penjimatan Kuasa dan 48 jam dalam mod Penjimatan Kuasa Latihan. 

Ini memastikan jam anda terus berfungsi tidak kira betapa ekstremnya aktiviti anda.

Review:

"Sangat-sangat puas hati, baru je masuk ecosystem Samsung tapi memang terbaik product daripada Samsung!"

Smartwatch terbaik untuk iPhone
Apple Watch SE (gen 3)
Apple
Apple Watch SE (gen 3)
From
RM1,149.00
Check Apple Watch SE (gen 3) price below:
add_circle Paparan Retina OLED terang
add_circle Integrasi lancar dengan iPhone
add_circle Mod kecergasan lengkap
add_circle Ketahanan air 50m
remove_circle Bateri tahan hanya sehari
  • OS: watchOS 11 oleh Apple
  • Keserasian sistem operasi: iOS 17.0 ke atas
  • Paparan: 1.78 inci, Retina OLED
  • Pemproses: Apple S8
  • Storage: 32GB, 1GB RAM
  • Bateri: 18 jam penggunaan tipikal
  • Cara Pengecasan: Magnetic charging (USB-C)
  • Penarafan IP: WR50 (kalis air 50m)
  • Penghubungan: Bluetooth 5.3, GPS, Wi-Fi (2.4GHz & 5GHz)

Apple Watch SE (Generasi ke-2) adalah pilihan tepat sebagai smartwatch terbaik untuk iPhone, menawarkan semua fungsi penting untuk memastikan anda kekal aktif, terhubung, dan selamat.

Dengan watchOS 11, jam ini menjadi lebih pintar dan peribadi, jadi anda boleh menghantar mesej, membuat panggilan, dan mendengar muzik tanpa perlu melayangkan iPhone.

Dari segi kesihatan dan keselamatan, Watch SE menampilkan Pengesanan Jatuh, Pengesanan Kemalangan, serta pemberitahuan sekiranya kadar degupan jantung anda terlalu rendah, tinggi, atau tidak teratur.

Fungsi Check In secara automatik memberitahu orang tersayang apabila anda tiba di destinasi.

Selain itu, paparan Retina OLED yang terang juga kalis air hingga 50 meter, membolehkan anda berenang tanpa risau.

Sebagai rakan kecergasan, Apple Watch SE menyokong pelbagai mod latihan dengan metrik terperinci menerusi aplikasi Workout, malah anda mendapat langganan percuma Apple Fitness+ selama tiga bulan.

Reka bentuknya yang ringan dan ringkas menjadikan jam ini selesa dipakai sepanjang hari, manakala tali dan muka jam yang boleh diubah suai sesuai dengan gaya anda.

Dengan ketahanan bateri yang mencukupi untuk satu hari penggunaan biasa dan pengecasan magnetik yang praktikal, Apple Watch SE adalah smartwatch terbaik untuk iPhone sesuai untuk anda yang mencari keseimbangan antara fungsi kesihatan, kecergasan, dan gaya.

Jam pintar pemantau kesihatan
Apple Watch Series 10
Apple
Apple Watch Series 10
From
RM1,799.00
Check Apple Watch Series 10 price below:
add_circle Pemantau ECG, SpO₂, tidur
add_circle Pengecasan pantas 80% dalam 30 minit
add_circle Ciri keselamatan jatuh & kemalangan
add_circle Ketahanan kalis air 50m, IP6X
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Hanya serasi dengan iPhone
  • OS: watchOS 10
  • Keserasian sistem operasi: iPhone dengan iOS 17 ke atas
  • Paparan: 1.9 inci, Always-On Retina LTPO OLED
  • Pemproses: Apple S10
  • Storage: 32GB
  • Bateri: 18 jam penggunaan tipikal
  • Cara Pengecasan: Magnetic charging (USB-C)
  • Penarafan IP: WR50 (50 meter kalis air)
  • Penghubungan: Bluetooth 5.3, GPS, Wi-Fi 802.11b/g/n

Jika anda mencari jam pintar pemantau kesihatan, Apple Watch Series 10 menjanjikan pengalaman lengkap untuk keperluan kesihatan dan kecergasan anda.

Paparannya kini lebih besar, dengan sehingga 30% kawasan skrin tambahan, memudahkan anda melihat maklumat kesihatan seperti bacaan ECG dan data SpO₂ dengan lebih jelas.

Reka bentuknya juga lebih nipis dan ringan, membuatkan anda selesa memakainya sepanjang hari tanpa rasa berat.

Dari segi pemantauan kesihatan, Series 10 membolehkan anda mengambil ECG bila-bila masa, menerima pemberitahuan jika degupan jantung terlalu rendah atau tinggi, serta memantau ratios oksigen darah.

Fungsi penjejakan tidur pula memaparkan perincian tahap tidur anda, termasuk masa dalam REM, Core, atau Deep sleep, manakala aplikasi Vitals menunjukkan data kesihatan seperti kadar pernafasan secara automatik.

Bagi wanita, ciri penjejakan kitaran haid dan anggaran ovulasi membantu anda merancang kesihatan dengan lebih baik.

Apple Watch Series 10 bukan sekadar jam kesihatan kerana dengan sambungan mudah alih, anda boleh menghantar teks, membuat panggilan dan menstrim muzik tanpa perlu bawa iPhone.

Ciri laporan latihan mendalam membolehkan anda mengukur beban senaman dan memantau aktiviti renang dengan sensor kedalaman dan suhu air.

Tambahan pula, jam ini menawarkan Fitur Keselamatan seperti Pengesanan Jatuh dan Pengesanan Kemalangan yang boleh menghubungkan anda dengan perkhidmatan kecemasan secara automatik jika berlaku kecelakaan.

Dari segi ketahanan, Series 10 direka untuk kalis retakan dengan penarafan tolak habuk IP6X dan kalis air hingga 50 meter.

Dengan pengecasan pantas, anda boleh mencapai 80% bateri dalam kira-kira 30 minit, sesuai untuk penggunaan aktif.

Kesemuanya dipadukan dalam ekosistem Apple.

Jam yang memang serasi dan lancar dengan iPhone, membolehkan anda berkongsi lokasi, mengunci Mac secara automatik, dan menggunakan Apple Pay.

Dengan pelbagai pilihan tali dan muka jam yang boleh disesuaikan, Apple Watch Series 10 adalah jam pintar pemantau kesihatan yang sempurna untuk kehidupan aktif dan gaya.

Smartwatch terbaik bawah RM500
Amazfit Bip 6
Amazfit
Amazfit Bip 6
From
RM449.00
Check Amazfit Bip 6 price below:
add_circle Bateri tahan sehingga 14 hari
add_circle Sensor kesihatan lengkap
add_circle GPS 5 satelit terbina
remove_circle Tiada Always-On Display
  • OS: Zepp OS 4.5
  • Keserasian sistem operasi: Android 7.0+ & iOS 14.0+
  • Paparan: 1.97 inci, AMOLED (390×450 piksel)
  • Pemproses: Proprietari (Zepp chipset)
  • Storage: (terhad untuk data kesihatan & muka jam)
  • Bateri: 340 mAh (tahan hingga 14 hari)
  • Cara Pengecasan: magnetik USB-C
  • Penarafan IP: 5 ATM (kalis air hingga 50 meter)
  • Penghubungan: Bluetooth 5.2, BLE, Wi-Fi, GPS (5 satelit)

Amazfit Bip 6 adalah antara smartwatch terbaik bawah RM500 yang menawarkan pelbagai ciri premium tanpa membebankan bajet anda.

Skrin AMOLED 1.97 inci dengan resolusi 390×450 piksel dan kecerahan puncak 2,000 nits memastikan paparan jelas walaupun di bawah sinar matahari.

Direka dengan rangka aloi aluminium dan polimer gentian yang ringan (27.9g tanpa tali), Bip 6 cukup selesa dipakai sepanjang hari.

Dari segi kesihatan dan kecergasan, Bip 6 dilengkapi sensor BioTracker™ PPG 5PD+2LED untuk pantauan degupan jantung 24 jam, kadar oksigen dalam darah (SpO₂), serta penjejakan tidur dan tekanan.

Selain itu, sokongan 140+ mod sukan membolehkan anda mengukur prestasi pelbagai aktiviti seperti berjalan, berlari atau berenang, semuanya kerana adanya ketahanan air 5 ATM.

Fungsi Posisi GPS 5 satelit membolehkan anda berjalan atau berbasikal tanpa risau kehilangan jejak laluan.

Amazfit Bip 6 juga menyokong panggilan Bluetooth (speaker dan mikrofon terbina), Wi-Fi, dan Bluetooth 5.2, menjadikan ia lebih versatil untuk sebarang kegunaan harian.

Bateri 340mAh menawarkan ketahanan sehingga 14 hari untuk penggunaan tipikal, dan mod Bateri Saver membolehkan ia bertahan sehingga 26 hari.

Untuk pengecasan, ia menggunakan pangkalan magnetik USB-C yang memudahkan anda mengecas semula tanpa kabel rumit.

Dengan harga yang mesra bajet, paparan AMOLED berkualiti, dan pelbagai fungsi kesihatan serta kecergasan, Amazfit Bip 6 memang layak digelar smartwatch terbaik bawah RM500.

Smartwatch terbaik bawah RM200
Xiaomi Smart Band 9
Xiaomi
Xiaomi Smart Band 9
From
RM199.00
Check Xiaomi Smart Band 9 price below:
add_circle Skrin 1.62" AMOLED terang
add_circle Bateri tahan sehingga 21 hari
add_circle Monitor SpO₂ dan degupan jantung
add_circle Kalis air sehingga 5ATM
remove_circle Tiada GPS terbina dalam
remove_circle Tiada storan muzik dalaman
  • OS: Proprietari MIUI Band Firmware
  • Keserasian sistem operasi: Android 8.0+ (kecuali Go edition), iOS 12.0+
  • Paparan: 1.62 inci, AMOLED
  • Pemproses: Tidak dinyatakan (cip mini proprietari)
  • Storage: Tiada storan dalaman (memori terhad untuk data kesihatan)
  • Bateri: 233mAh (tahan sehingga 21 hari)
  • Cara Pengecasan: Magnetic charging (lebih kurang 1 jam penuh)
  • Penarafan IP: 5 ATM (kalis air sehingga 50 meter)
  • Penghubungan: Bluetooth 5.2 LE (tanpa GPS, WiFi)

Jika anda mencari smartwatch terbaik bawah RM200, Xiaomi Smart Band 9 adalah pilihan yang bijak kerana menawarkan ciri-ciri premium pada harga yang sangat berpatutan.

Skrinnya sebesar 1.62 inci AMOLED dengan kecerahan sehingga 1200 nits memudahkan anda membaca pemberitahuan walau di bawah cahaya terik.

Fungsi SpO2, monitor denyut jantung 24 jam, dan penjejakan tidur membolehkan anda memantau kesihatan harian dengan lebih teliti.

Tambahan lagi, ciri penjejakan wanita membantu merancang kitaran haid dengan lebih tepat.

Bateri sebesar 233mAh memberikan masa penggunaan sehingga 21 hari dengan sekali cas, menjadikan anda tidak perlu mengecas setiap hari.

Reka bentuknya yang ringan (15.8g tanpa tali) dan kalis air 5ATM membolehkan anda memakainya semasa berenang atau bersenam tanpa risau.

Smart band ini juga dilengkapi dengan berpuluh-puluh mod sukan, membolehkan anda mengira langkah, kalori, dan prestasi senaman dengan tepat.

Dengan sambungan Bluetooth 5.2, Xiaomi Smart Band 9 serasi dengan telefon Android dan iOS melalui aplikasi Mi Fitness.

Ciri Watch Faces juga boleh diubah membolehkan anda menyesuaikan paparan ikut gaya sendiri.

Kesemuanya menjadikan Xiaomi Smart Band 9 sangat sesuai sebagai smartwatch terbaik bawah RM200 untuk pemantauan kesihatan dan gaya hidup aktif.

Jam running terbaik
Garmin Forerunner 165
Garmin
Garmin Forerunner 165
From
RM1,290.00
Check Garmin Forerunner 165 price below:
add_circle Jam pintar premium
add_circle Paparan sentuh AMOLED terbaik
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Harga agak mahal
  • Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
  • Paparan: 1.2 inci, AMOLED display
  • Storan dalaman: 4GB
  • Bateri: bertahan sehingga 13 hari
  • Cara Pengecasan: Garmin proprietary plug charger
  • Penarafan IP: 5 ATM
  • Penghubungan: Bluetooth, ANT+, GPS

Garmin Forerunner 165 adalah jam tangan pintar canggih yang direka untuk anda yang gemar berlari dan mahu fokuskan pada kecergasan.

Dilengkapi paparan AMOLED 1.2 inci, jam tangan ini menawarkan visual yang jelas dan kawalan sentuh yang intuitif. 

Ia termasuk pelan latihan adaptif perlumbaan yang menyediakan latihan peribadi, tips latihan, dan ramalan masa penyelesaian berdasarkan butiran perlumbaan yang dimasukkan ke dalam aplikasi Garmin Connect™. 

Ciri kuasa dan dinamik larian membolehkan anda mengukur metrik larian kritikal seperti kadens, langkah panjang, dan masa anda menjejakkan kaki ke tanah untuk membantu meningkatkan bentuk larian anda. 

Ciri kesan latihan membolehkan anda melihat bagaimana latihan anda mempengaruhi kecergasan, memberikan insights berharga ke dalam rutin latihan anda. 

Selain itu, dengan pengesanan waktu tidur siang, jam tangan ini boleh menjejak atau mencatat waktu tidur siang secara automatik, memberikan pandangan tentang kualiti tidur dan tahap kesihatan anda.

Jadi, dapat dilihat Garmin Forerunner 165 adalah jam tangan pintar terbaik untuk meningkatkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.

Smartwatch murah
HUAWEI Band 9 Smartwatch
Huawei
HUAWEI Band 9 Smartwatch
From
RM219.00
Check HUAWEI Band 9 Smartwatch price below:
add_circle Jangka hayat bateri yang lama
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai untuk sukan renang
remove_circle Tidak banyak beza dengan model terdahulu
  • OS: HarmonyOS
  • Keserasian sistem operasi: Android 8 ke atas dan iOS 13 ke atas
  • Paparan: 1.47 inci, AMOLED, Full-screen touch + side button
  • Bateri: 180 mAh
  • Cara Pengecasan: Magnetic charging port
  • Penarafan IP: 5 ATM
  • Penghubungan: Wi-Fi 2.4, Bluetooth 5.0, BLE

HUAWEI Band 9 Smartwatch direka untuk meningkatkan gaya hidup anda, dengan berat hanya 14 gram tanpa tali, jam tangan pintar ini menampilkan paparan AMOLED 1.47 inci dengan resolusi 194 × 368 piksel, memastikan visual yang jelas dan terang. 

Dilengkapi dengan sensor canggih, termasuk sensor IMU 9-paksi, sensor kadar jantung optik, dan sensor cahaya ambien, HUAWEI Band 9 menyediakan pemantauan kesihatan yang komprehensif. 

Jenama jam tangan popular di malaysia ini tahan air sehingga 5 ATM, menjadikannya sempurna untuk kegunaan harian termasuk berenang. 

Ia menyokong Android 8.0 ke atas dan iOS 13.0 ke atas, memastikan keserasian dengan pelbagai peranti. 

Dengan hayat bateri sehingga 14 hari, anda boleh kekal berhubung dan menjejak kecergasan anda tanpa perlu kerap mengecas. 

Manakala, port pengecasan magnet memastikan pengecasan mudah dan efisien. 

Kekal berhubung dengan Bluetooth 5.0 dan BLE, dan nikmati prestasi tanpa gangguan. 

Sama ada anda mahu menjejak kadar jantung, corak tidur, atau aktiviti harian anda, HUAWEI Band 9 adalah jam tangan pintar murah yang ideal untuk anda yang menjalani gaya hidup aktif.

Smartwatch terbaik untuk anak
Samsung Galaxy Watch 7
Samsung
Samsung Galaxy Watch7
From
RM1,199.00
Check Samsung Galaxy Watch 7 price below:
add_circle Ciri kesihatan dikuasakan AI
add_circle Bacaan GPS yang tepat
add_circle Cerapan pola tidur yang lengkap dan tepat
remove_circle Bateri tak tahan lama
  • OS: Android Wear OS 5, One UI Watch 6
  • Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
  • Paparan: 1.5 inci, Sapphire crystal glass
  • Pemproses: Exynos W1000 (3 nm)
  • Storan dalaman: 32GB 2GB RAM
  • Bateri: 425 mAh
  • Cara Pengecasan: 10W wireless (Qi)
  • Penarafan IP: 50m/5ATM water resistant (IP68)
  • Penghubungan: Wi-Fi, Bluetooth 5.3, GPS (L1+L5)

Galaxy Watch7 kini menawarkan pendekatan holistik untuk kesihatan dan kecergasan anda. 

Dilengkapi dengan ciri-ciri untuk menyokong kesejahteraan harian anda, ia menjadi aksesori yang boleh memotivasikan anda ke arah tabiat dan rutin yang lebih sihat.

Reka bentuk bulat ikonik Samsung dinaiktaraf dengan tali jam baru, termasuk corak ripple dan butiran jahitan berwarna-warni. 

Anda boleh menyesuaikan paparan skrin jam anda dengan gaya peribadi anda, menjadikan Galaxy Watch7 aksesori yang bergaya.

Ciri utama Galaxy Watch7 adalah keupayaan melakukan penjejakan glikasi lanjutan untuk memantau paras gula dengan Indeks AGEs. 

Metrik inovatif ini memaparkan proses penuaan biologi anda, dipengaruhi oleh diet dan gaya hidup anda, dan kemudian memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kesihatan metabolik anda.


Bagaimanakah Cara Pilih Smartwatch?

  1. Fungsi & Keperluan
    Kenal pasti keperluan utama anda seperti kecergasan, komunikasi, GPS atau pengurusan masa.

  2. Sistem Operasi
    Pilih jam tangan pintar yang serasi dengan telefon anda (Android atau iOS).

  3. Reka Bentuk
    Utamakan keselesaan dan pilih reka bentuk ringan dan kecil jika dipakai harian.

  4. Ciri-ciri Tambahan
    Pertimbangkan fungsi seperti GPS, pemantau jantung, notifikasi mesej dan panggilan.

  5. Ketahanan Bateri
    Pilih jam tangan dengan bateri tahan lama, serta kalis air jika anda aktif dengan aktiviti air.


Apa Fungsi Sebenar Jam Tangan Pintar?

  • Pemantauan kesihatan: Pengesan denyut nadi, pemantau tidur, langkah harian (steps tracking), dan rekod aktiviti senaman.

  • Komunikasi mudah: Menjawab panggilan dan mengirim mesej terus dari jam.

  • Keselamatan canggih: Mengesan keadaan kesihatan pengguna serta menghubungi orang terdekat secara automatik jika pengguna pengsan atau hilang kesedaran.

Pintar bukan? Jadi, perlu ke tidak memiliki smartwatch? Jom tonton video berikut.


Apakah Kelebihan Jam Tangan Pintar?

Seperti alat peranti lain, industri jam tangan tidak lepaskan peluang untuk membuat transformasi dengan pelbagai kelebihan.

Lihatlah, kini sudah ada jam pintar dan fitness tracker untuk kita guna dalam kehidupan seharian.

  1. Berfungsi seperti telefon pintar dimana boleh menerima dan menjawab panggilan masuk
  2. Membuat panggilan keluar
  3. Menerima dan menghantar WhatsApp
  4. Dapat memantau tahap kesihatan si pemakai
  5. Dapat membaca pergerakan tubuh
  6. Dapat membantu membaca degupan jantung, kualiti tidur, suhu badan, tahap oksigen individu
  7. Mempunyai sistem Bluetooth untuk disambungkan dengan telefon pintar

Dan banyak lagi, mungkin lima tahun akan datang setiap daripada kita wajib ada smartwatch untuk melakukan aktiviti harian. 


Cara Guna Smartwatch

  1. Cas penuh bateri: Cas bateri hingga 100% sebelum penggunaan pertama.

  2. Muat turun aplikasi rasmi: Pasang aplikasi pengeluar dari Play Store atau App Store.

  3. Sambungkan ke telefon: Aktifkan Bluetooth dan ikut arahan di aplikasi untuk menghubungkan jam dengan telefon.

  4. Tetapkan profil: Isi maklumat peribadi (umur, berat, tinggi) dan tetapan notifikasi pilihan.

  5. Kenali antara muka: explore antara muka dengan meleret skrin atau tekan butang untuk fungsi utama.

  6. Gunakan fungsi kesihatan: Aktifkan pemantauan nadi, oksigen, tidur, dan mod aktiviti fizikal.

  7. Fungsi tambahan: Gunakan ciri seperti kawalan muzik, pembantu suara, dan penyesuaian paparan jam.

  8. Kemas kini perisian: Pastikan perisian jam sentiasa dikemas kini.

  9. Penjagaan: Bersihkan jam secara berkala dan elakkan suhu ekstrem untuk penjagaan optimum.


Adakah Smart Watch Waterproof?

Kebanyakan jam pintar direka kalis air, tetapi tahap perlindungan berbeza mengikut model:

  • IP67/IP68: Tahan debu dan percikan, boleh direndam (IP67: 1 m/30 min; IP68: lebih dalam dan lama).

  • 5 ATM: Tahan tekanan hingga 50 m, sesuai berenang kolam atau mandi, tetapi bukan untuk menyelam.

  • 10 ATM ke atas: Tahan tekanan hingga 100 m atau lebih, sesuai untuk snorkeling dan menyelam laut cetek.


Artikel Berkaitan

End of Article